Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir

07/01/2001

Tuan tuan yang mulia


Allah swt telah menetapkan kejayaan, kemuliaan setiap manusia dalam agama. Sejauh mana manusia mengamalkan agama dalam kehidupan didunia sejauh itulah kejayaannya di dunia dan akhirat dan sejauh mana ia meninggalkan agama sejauh itulah kegagalannya di dunia dan di akhirat dan jauh dari rahmat Allah swt. Kebinasaan manusia akan berlaku apabila dia tidak mengamalkan agama, di dunia ia mendapat kesusahan dan membawa kepada kehidupan akhirat.

Tuan-tuan yang mulia,

Hari ini cinta kita tertumpu banyak pada dunia, sehingga kita lupa untuk hidup beragama, sesungguhnya kita telah menzalimi diri kita sendiri. Agama akan datang dalam kehidupan kita melalui usaha yang bersungguh-sungguh dan penuh bermujahadah. Dengan ini kita akan mendapat keredhaan Allah swt. Keredhaan Allah swt itulah kemuncak kejayaan hidup manusia di dunia dan akhirat.

Tuan-tuan yang mulia,

Hari ini masa kita banyak telah kita habiskan untuk dunia, sedangkan dunia yang kita perolehi datang mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Allah swt, tidak lebih atau kurang, sedangkan agama datang dalam kehidupan manusia dengan kadar usaha yang sungguh-sungguh oleh manusia. Agama telah di sempurnakan oleh Allah swt dan untuk mengamalkannya perlu mengikut cara Rasulullah. Cara inilah asas kejayaan manusia. Hari ini kehidupan manusia mengalami berbagai masalah, ini berpunca manusia tidak menyempurnakan hukum Allah swt. Melalui penyempurnaan hukum Allah swt disitulah adanya kebahagiaan dan keselesaan dan kebahagiaan ini akan berterusan dikehidupan akhirat buat selama-lamanya.

Kehidupan dunia adalah pendek. Jika di dunia kita gunakan untuk menyempurnakan nafsu dan membuat rumah, membeli kenderaan sahaja, kehidupan itu seperti kehidupan haiwan, sedangkan maksud kehidupan manusia di dunia untuk menyempurnakan hukum Allah swt cara Rasulullah saw. Maksud kehidupan setiap manusia ialah menjadi hamba Allah swt yang setia dan menjadi pengikut Nabi Muhammad saw yang tulin. Tetapi hari ini apabila kita tidak bawa hukum Allah swt cara Rasulullah saw maka kehidupan kita tidak ada maksud. Usaha dakwah tabligh yang bergerak hari ini untuk mengwujudkan manusia yang menjadi hamba Allah swt dan pengikut setia Rasulullah saw. Oleh itu jemaah telah bergerak ke seluruh alam yang maksudnya bukan sahaja orang itu dapat amal agama yang sempurna tetapi dapat mengusahakan orang lain dapat membawa hukum Allah swt dan cara Rasulullah saw.

Tuan-tuan yang mulia,

Semua masalah yang berlaku di dunia hanya sanya dapat diselesaikan dengan mengamalkan agama yang sempurna. Apakah itu agama? Agama ialah mentauhidkan Allah swt dengan menyebut kebesaran Allah swt lagi dan lagi supaya masuk dihati kita hakikat kebesaran Allah swt. Inilah dikatakan iman. Hari ini cinta dunia telah menebal dihati orang Islam kerana hari-hari bercakap kebesaran dunia, fikir kebesaran dunia dan usaha kebesaran dunia. Oleh itu usaha dakwah tabligh hendak mengubah cinta manusia itu kepada Allah swt dengan senantiasa bercakap kebesaran Allah swt supaya  takaruf manusia hanya kepada Allah swt. Sesiapa yang ada agama mempunyai hakikat hidup dan jika tiada agama kehidupannya kosong.

Dunia seisi nya tiada nilai disisi Allah swt. Dunia seisinya seumpama sekeping kepak nyamuk. Jika dunia ada nilai nescaya Allah swt tidak akan memberi minum walaupun seteguk air kepada orang kafir. Kedatangan kita di ijtimak ini bukan sahaja untuk mendengar bayan tetapi perlu berusaha bagaimana agama yang sempurna masuk dalam diri kita. Apabila kita dapat hidupkan usaha dakwah dalam diri kita maka akan wujud cabang-cabang agama atau amal-amal agama satu persatu dalam diri kita.

Tuan tuan yang mulia

Apabila kita membuat usaha dakwah beberapa perkara akan wujud dalam diri kita,

1) Iman kita akan bertambah
2) Ibadat kita akan mempunyai roh
3) Muamalat kita akan Allah swt perbaiki
4) Muasyarah kita akan bertambah baik
5) Akhlak kita akan bertambah baik

Dunia adalah kehidupan sementara, satu ketika akan binasa, yang kekal ialah akhirat. Apabila manusia berjaya di akhirat ialah asas kejayaan. Oleh itu kita perlu usahakan supaya kehidupan akhirat senantiasa ada pada diri kita.

Kehidupan akhirat berpunca dari amal manusia di dunia. Samada manusia selesa atau tidak di dunia bukannya asas kejayaan tetapi bagaimana dalam keselesaan dan kemiskinan ia membawa hukum Allah swt cara Rasulullah saw, itulah asas kejayaan di akhirat. Melalui dakwah iman, yakin terbentuk, ilmu akan membawa kepada cara beramal yang betul, zikir menjadikan amal bernyawa, ikhlas tanda makbuliat amal dan melalui mujahadah dan tabligh agama yang sempurna akan datang dalam kehidupan kita.

Masa di dunia yang pendek ini perlu kita berusaha untuk membina kehidupan akhirat kita. Sebenarnya mati datang dengan tiba-tiba. Mati tidak takut pada Nabi, mati tidak takut pada wali dan mati tidak takut pada sesiapa. Oleh itu sebelum mati inilah, akhirat kita perlu kita bina. Disamping itu kita jangan lupa berdoa kerana segala sifat dan segala pemberian datang dari Allah swt. Oleh itu kita perlu luangkan masa di malam hari untuk menangis dan berdoa pada Allah swt. Dakwah dan doa perlu kita usahakan serentak. Kita tidak tahu dari air mata siapa untuk Allah swt amkan hidayat seluruh alam.

Comments

  1. Anonymous27.4.22

    prkongsian yg mntap sy mohon izin utk screnshoot bayan ni utk dbcakan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin