Tongi 2001 - bayan subuh bhai wahab

 07/01/2001


Tuan-tuan yang mulia

Allah swt telah memberi tugas nabi dan rasul kepada kita. Semua umat ini lelaki dan perempuan, tua, muda, pemerintah, rakyat bertanggungjawab membawa kerja nabi-nabi ke seluruh alam. Maksud hidup nabi adalah maksud hidup umat ini. Dimana ada orang Islam di dunia ini samada di utara, di selatan, di timur dan di barat adalah bertanggungjawab meneruskan kerja nabi sebagai kerja mereka. Walaupun di rumah orang Islam yang tiada makanan ia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Walaupun pada nenek tua atau datuk tua yang sedang terlantar sakit diatas katil, dia pun dihantar untuk membuat kerja dakwah ke seluruh alam. Jika umat ini meniru-niru sahaja pun kerja Nabi, Allah swt akan jadikan asbab hidayat seluruh alam. Lebih-lebih lagi jika umat ini secara menyeluruh membuat kerja Nabi, Allah swt akan mempercepatkan penyebaran hidayat ke seluruh alam.

Sesungguhnya Allah swt  berkuasa atas segala-galanya. Apabila kita membawa hukum-hakam Allah, Allah swt akan redha dengan kita. Kita perlu keluarkan ghairullah dalam hati dan bergerak ke seluruh alam membetulkan yakin yang salah dikalangan umat di seluruh alam. Sahabat dan Baginda Rasullullah saw telah membuat usaha hidayat di seluruh alam walaupun bilangan mereka sedikit, mereka telah mengambil kerja nabi sebagai maksud hidup mereka, maka Allah swt telah jadikan mereka asbab hidayat ke seluruh alam. Hari ini kita perlu bertaubat kerana belum menjadikan kerja dakwah sebagai maksud hidup kita. Kita perlu bertaubat bersungguh-sungguh dengan hati yang tulus ikhlas kerana lalai dalam membuat  kerja dakwah. Masyarakat orang Islam hari ini telah lalai untuk menjadikan kerja dakwah sebagai maksud hidup mereka dan tidak menyedari bahawa sesungguhnya mereka telah dijadikan oleh Allah swt asbab hidayat seluruh alam.

Tuan-tuan yang mulia

kita perlu bertaubat dan sediakan orang lain bertaubat, kerana tidak menjadikan kerja dakwah sebagai maksud hidup kita dan maksud hidup mereka, supaya Allah swt dengan ini tidak melihat kita dengan kemurkaanNya. Kita bukannya pekilang, pekerja pejabat, doktor, peguam, petani dan sebagainya. Kita sebenarnya naib/pembantu Nabi dan perlu bergerak ke seluruh alam. Hari ini kita banyak menzalimi diri sendiri dan menzalimi umat seluruh alam. Oleh itu kita perlu berdoa, “Ya Allah, ampuni dosa saya dan akan datang, saya berjanji untuk menjadikan kerja nabi sebagai kerja saya”. Kita perlu letakkan seluruh dunia medan kerja kita.

Keburukan yang akan wujud apabila kita tidak menjadikan maksud hidup nabi, iaitu kita tidak ada risau kehidupan selepas mati. Oleh itu kerja nabi bagaimana untuk menyediakan diri dan umat seluruh alam perlu dijadikan kerja utama kita.

Allah swt beri kita kalimah Laillahailllah. Seorang yang mengucapkan kalimah ini walaupun kufur dan syirik selama 80-100 tahun, semua dosa-dosanya Allah swt akan ampunkan. Kita perlu sediakan manusia dimana berada untuk bertaubat kepada Allah. Dengan usaha kita itu seolah-olah kita telah mengalihkan kemurkaan Allah swt kepada umat ini yang tidak menjadikan kerja nabi sebagai kerja mereka. Kita perlu sediakan umat seluruh alam untuk menjadikan kerja nabi sebagai kerja mereka. Semua yang ada dalam ijtimak ini perlu disediakan bagi melaksanakan maksud hidup nabi. Allah swt telah jadikan kita asbab hidayat seluruh alam. Umat ini sebenarnya telah dijadikan oleh Allah untuk asbab hidayat seluruh alam. Apabila umat ini melaksanakan kerja ini, Allah swt akan pancarkan cahaya hidayat ke seluruh alam. Usaha ini tidak memerlukan kerajaan, wang ringgit dan sebagainya.

Orang yang terlantar sakit di katil juga bertanggungjawab untuk hidayat seluruh alam. Orang yang membuat kerja agama, Allah swt akan mudahkan asbab mereka. Orang yang datang ke masjid ia adalah tetamu Allah swt. Kita perlu bertaubat kerana kita salah faham dan tidak menjadikan dakwah maksud hidup kita, kita keluar bukan untuk 4 bulan, 40 hari atau satu tahun sahaja. Kerja kita bukan untuk sesuatu masa, tetapi seluruh hidup kita perlu kita wakafkan untuk menyempurnakan tanggungjawab agama yang Allah swt beri kepada kita. Sejauh mana tanggungjawab yang Allah swt berikan kita ambil, sejauh itu bantuan Alla swt datang kepada kita. Kita perlu letakkan di depan kita samada umat seluruh alam telah beriman kepada Allah swt atau belum. Untuk menyeru manusia kepada Allah swt, tidak memerlukan wang ringgit tetapi kita perlu redha dengan bantuan Allah swt. Hadratji Inamul Hassan rah. pernah berkata, ‘kamu ada hak pada diri kamu, keluarga kamu dan umat seluruh alam, kamu tidak dapat menyempurnakan hak-hak itu jika tidak menjadikan kerja nabi sebagai kerja kita’.

Satu mahfum hadis nabi, di akhirat nanti seorang akan memegang orang lain walaupun tidak kenal orang itu. Orang itu mengatakan ketika saya melakukan kemungkaran dahulu di dunia, tuan tidak pernah mencegahkannya. Kerja agama tidak perlu wang tetapi perlu penerimaan Allah swt. Allah swt telah hantarkan kita untuk ke seluruh alam hingga hari kiamat. Kita tidak perlu menjadi khalifah untuk mana-mana Sheikh, kita perlu melihat umat ini samada telah menjadikan dakwah sebagai kerja mereka atau belum.

Bani Taqif lambat menerima Islam, mereka pun bertanggungjawab untuk membawa kerja nabi ke seluruh alam. Kita semua mampu untuk membawa kerja nabi ke seluruh alam. Allah swt yang membuat segala-galanya. Kita makhluk tidak ada daya upaya. Kesusahan, kerugian yang datang apabila kita membuat kerja nabi kita perlu lihat perintah Allah swt. Apabila susah atau lapar, apa perintah Allah swt ketika itu. Kita semua bertanggungjawab menyampaikan keesaaan Allah swt ke seluruh alam dan memberitahu dan menyediakan umat seluruh alam untuk membuat kerja nabi. Setiap orang, yang menjual roti, penarik beca, derebar kereta, penyapu sampah, guru, doktor, peguam dan seluruh umat adalah dihantar untuk sumber hidayat ke seluruh alam. Semua manusia, orang Islam seluruh alam bertanggungjawab dengan kerja nabi. Pemandu beca juga bertanggungjawab membawa kerja agama di pekan mereka dan seluruh alam.

Hari ini kita tidak bertaubat kepada Allah swt kerana tidak merasa satu kesalahan meninggalkan kerja nabi sebagai maksud hidup. Kampung demi kampung penduduk di situ perlu dibangunkan dengan kerja dakwah sebagai maksud kerja mereka. Kita perlu beritahu manusia fadhilat-fadhilat ia mengamalkan agama. Seorang yang mengucap kalimah syahadah 100 kali setiap hari, esok dalam kehidupan akhirat dia akan dibangkitkan dengan muka bercahaya. Kita perlu jumpa umat dari pintu ke pintu, sediakan mereka untuk menjadikan kerja nabi sebagai kerja mereka. Apabila kita sibukkan diri dengan kerja ini, esok dalam kehidupan akhirat akan dibangunkan bersama-sama nabi-nabi dan anak dan isteri kita akan dibangkitkan bersama-sama anak dan isteri-isteri nabi.

Tuan tuan yang mulia.

Semua amalan kita perlu kita buat dengan cara Nabi saw. Apabila kita bangun membuat kerja agama cara Nabi, Allah swt akan turunkan keberkatan. Sesuatu kerja yang kita buat perlu kita belajar bagaimana kerja yang dibuat oleh Nabi saw. Kita perlu bertaubat dan jangan cerita ghairullah kepada sesiapa pun kecuali mengadu kepada Allah. Walaupun kita berlapar selama 3 hari, jangan mengadu kepada makhluk, Allah swt akan beri rezeki yang halal selama satu tahun.

Tuan-tuan yang mulia,

Apabila kita melihat seseorang melakukan kemungkaran, kita perlahan-lahan jumpa mereka beritahu kemungkaran itu dan nangis-nangis berdoa kepada Alla swt semoga Allah menjauhkan mereka dari kemungkaran itu. Kita perlu fikir bagaimana umat di seluruh dunia membuat kerja nabi dan jangan lihat poket kita dan doa pada Allah, “Ya Allah, ambil kerja dari saya dan hantar saya ke seluruh alam dan kita perlu sayang kepada semua orang Islam kerana mereka semua telah dijadikan asbab hidayat kepada umat seluruh alam.

Kita perlu sediakan setiap penghuni rumah untuk bangun membuat kerja nabi dan kita perlu usahakan tidak seorang pun di kampung kita yang tidak bersembahyang di masjid. Kita perlu belajar kerja agama dengan cara Nabi saw. Kita perlu fikir di tempat mana-mana di dunia perlu dihantar jemaah. Kita perlu fikir dari masjid kita jemaah boleh dihantar ke seluruh alam. Kita perlu hubungkan setiap orang Islam dengan masjid. Kita perlu hidupkan masjid di seluruh alam dengan amalan masjid Nabi. Kita perlu sediakan kawan-kawan kita untuk maksud kerja ini. Kita perlu bergerak dari kampung ke kampung untuk membuat kerja Nabi ini.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir