Malfuzat Maulana Inamul Hasan

1. Semua amal yg kita lakukan di dalam usaha dakwah adalah untuk memajukan diri kita sendiri. Melalui usaha ini, Allah akan mengangkat darjat seseorang.

2. Langkah pertama syaitan ialah dia tidak membenarkan manusia melakukan amal. Apabila manusia melakukan amal maka syaitan mencuba untuk mengotorkan amal itu dgn was2 nafsu yg mengakibatkan amal tersebut tidak berkesan

3. Di dlm jalan ini (usaha dakwah) tidak ada ketika di mana seorang boleh merasakan yg ‘saya sekarang sudah bebas/sempurna’

4. Apa itu tazkiyah? Jika mana2 cabang kehidupan seseorang itu bertentangan dgn perintah Allah maka ini kena ditinggalkan. Jika cabang itu ditinggalkan maka tazkiyah sudah berlaku

5. Ikhlas adalah ruh usaha ini. Seseorang perlu membuat usaha hanya utk keredhaan Allah. Jangan ada apa2 kepentingan peribadi. Jika seseorang mengharapkan apa2 ganjaran drp makhluk, makhluk itu sendiri miskin, apa yg dia boleh beri pd kamu. Jika kamu mengharap pd Allah, Allah dgn keagunganNya akan mengurniakannya. Setiap org sangka ‘saya buat usaha dgn ikhlas’. Namun perkara ini hanya Allah yg akan tentukan. Usaha utk ikhlas harus dibuat hingga mati. Seseorang itu tidak boleh berfikir bahawa saya adalah mukhlis.

6. Akhlak ialah melalui kita org lain mendapat menafaat, tiada seorang mendapat mudharat melalui kita. Setiap segi kehidupan kita hari ini sudah rosak. Hinggakan mereka yg buat usaha dakwah terperangkap dlm arus ini. Kita lama buat dakwah sementara pd waktu yg sama kita harus memenuhi semua hak yg terlibat di dlm setiap urusan. Jika tidak, kalau kita hanya buat dakwah dan mengabaikan segi lain maka ini adalah salah.

7. Setiap org mesti sentiasa ada 2 fikir utk dirinya :
  1. buat usaha dgn berhati-hati
  2. buat usaha dgn ikhlas

8. Taqwa kena dtg dlm kehidupan kita. Makna taqwa ialah memelihara diri sendiri dan terus bergerak. Seorang mesti jauhkan dirinya dari kepentingan dan kesenangan dunia ini. Jika ada taqwa maka Allah s.w.t akan menerima amalan kita.

9. Kalau niat kamu hanyalah islah org lain maka kamu akan mengabaikan islah diri kamu. Walaupun kelihatan banyak usaha berjalan pada hakikatnya tidak ada nyawa di dlm usaha. Nyawa akan dtg ke dlm usaha dgn tawadduk.

10. Dengar dgn perhatian percakapan org lain. Dgn ini hati2 akan bersatu dan akan berlaku kemajuan di dlm usaha.

11. Jika seseorang mengabaikan islah dirinya dlm membuat usaha maka tidak akan ada berkat dlm usahanya.

12. Kita perlu buat usaha dgn ikram dan hormati saudara2 kita

13. Allah membuka jln utk seseorang mengikut niat dan usahanya. Bila Allah telah buka jln maka tiada siapa dpt menutupnya.

14. Bila amal ijtimai dan infradi dibuat dgn tawajjuh kpd Allah, dgn mengingati Allah dan dgn yakin akan janji2 Allah, maka dgn ini satu keadaan nur akan wujud dlm batin kita.

15. Setiap org mesti merasai kerja ini t/jawabnya. Dia harus bersyukur kpd Allah dan memohon ampun bagi kekurangan. Jika 2 perkara ini dibuat maka Allah akan mengurniakan kemajuan. Ruh dtg kpd kerja ini melalui zikrullah. Sebanyak mana kita berharap pd Allah dan membuat kerja begitulah akan Allah penuhi cita2 kita. Penerimaan kerja ini akan dtg drp Allah berkadar dgn banyak mana doa kita.

16. Kita bersyukur bagi apa sahaja yg berjalan dan bertaubat dan memohon ampun bagi kekurangan dan kesilapan. Apa sahaja yg kita lakukan dgn meletakkan kehebatan (shan) Allah di hadapan kita. Diri kita serba kekurangan.

17. Hijrah ialah meninggalkan perkara2 yg seseorang kasih dan suka dan jika perlu meninggalkan kampong halaman semata2 kerana Allah.

18. Segala usaha ini mestilah utk keredhaan Allah. Jgn sama sekali kerana kepentingan kebendaan. Juga jgn ada niat utk nama atau kedudukan.

19. Apa t/jawab kamu, kamu perlu lakukan dan apa yg menjadi t/jawab org lain, jgn dipaksa. Malah maafkanlah. Jika tidak, iri hati dan kebencian akan wujud dan ini adalah azab umat ini. Hari ni dunia terlibat dgnnya.

20. Jika ada kasih sayang sesama sendiri, tidak ada perbalahan maka akan ada ruh dan tawajjuh di dlm ibadat dan muamalat akan jadi betul.

21. Bila seseorang membiarkan haknya dan menunaikan hak org lain maka arah menuju taqwa akan dtg.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir