Ijtimak yala 2018 - maulana syamim

bayan maghrib - 20/10/2018

Allah s.w.t telah menjanjikan asbab utk menyatukan umat, asbab kemuliaan umat, asbab kejayaan umat ialah dlm kesatuan hati/kasih sayang sesama manusia. Bapa dan anak, pemerintah dan rakyat, kasih sayang akan wujud bila mulia-memuliakan, memandang kebaikan antara satu sama lain. Bila wujud perkara ini, akan dpt rahmat Allah s.w.t. Utk menyatukan semua manusia, hanya ada satu asbab iaitu dlm kalimah tauhid, lailahaillallah. Tak ada sesiapa akan masuk syurga selagi tak beriman. Dan tak ada sesiapa pun yg beriman selagi tak berkasih sayang. Atas perkara inilah Allah telah menurunkan kalimah tauhid. Kalimah ini dpt menyatukan umat. Akan wujud kesatuan hati. Bila hati umat bersatu, Allah akan tawajjuh pd umat ini. Utk satukan umat, tidak ada asbab2 keduniaan yg Allah bagi pd ambiya a.s. Semua ambiya a.s telah usaha atas umat sehingga umat dpt terima Allah yg esa dgn hanya kalimah tauhid.

Allah s.w.t telah turunkan kalimah ini ke seluruh alam, tak kira siapa dia, org India, org china, org amerika, org jerman, di mana sahaja, di kpg, di bandar, petani, peniaga atau pekilang, utk satukan pelbagai umat, hanya dlm kalimah lailahaillallah. Kalimah ini mempunyai kekuatan yg sangat luar biasa. Sebagaimana anggota badan manusia, bila kaki sakit, maka semua seluruh badan akan berfikir. Tangan fikir nak cari ubat, mulut cakap dgn doktor, mata melihat mana nak pergi cari pertolongan, seluruh badan fikir macam mana nak hilangkan sakit di kaki. Begitulah juga dgn umat ini, umat islam umpama satu badan, jika ada satu org tak taat perintah Allah, maka umat seluruh dunia fikir macam mana nak selamatkan dia. Kena ada perasaan sedih, belas kasihan, kena usaha selamatkan mereka dari azab Allah. Kena fikir bagaimana semua org islam dpt jadi tetamu Allah dlm syurga nanti. Kalimah lailahaillallah inilah yg dpt menyelamatkan umat.

Kekuatan kalimah tauhid inilah yg menyatukan kita semua dlm medan ijtimak ini dari berbagai bangsa, negara, bahasa dan warna kulit. Ini adalah kerana keberkatan kalimah tauhid. Kalimah tauhid inilah yg menyebabkan kita bantu membantu satu sama lain dan memberi kebaikan kpd lain. Demi Allah, semua yg berkumpul dari berbagai negara di sini, adalah semata-mata kerana Allah dan kerana kekuatan kalimah tauhid. Demi Allah, tidak ada satu kekuatan dlm dunia ini yg dpt menyatukan umat sebegini ramai, hanya semata-mata kerana nisbat/hubungan kita dgn Allah dan kalimah tauhid. Hubungan atas dasar keduniaan akan hancur tapi hubungan kerana Allah akan kekal selama-lamanya, kekal sehingga kubur, padang mahsyar, mizan, hingga ke dlm syurga Allah.

Maulana saad sekarang berada di ijtimak England. Dia kirim surat dan minta sampaikan salam pd syura2 Thailand dan semua yg hadir disini dgn lafaz assalamualaikum. 40 buah negara telah berkumpul di ijtimak di Dewsbury, England. Demi Allah, perhimpunan yg kita buat ini bukan utk pangkat, harta, bukan utk majoriti, bukan utk kumpul manusia ramai2, bukan utk pengaruh, bukan utk nama, hanya atas satu maksud iaitu bagaimana nak hidupkan kemanusiaan dlm diri manusia itu sendiri. Wujud mahabbah, kasih sayang antara manusia, wujud sifat inginkan kebaikan, wujud kesatuan hati, dan terhapus sifat kebinatangan dlm diri manusia, terhapus sifat dengki, terhapus sifat dendam, terhapus sifat2 buruk yg lain. Demi Allah, inilah sahaja maksud perhimpunan kita di sini.

Maulana saad pesan, ruh pd ijtimak ini ialah jemaah2 yg keluar di jln Allah. Berhimpun kita disini agar dpt keluarkan jemaah sebanyak yg mungkin. Dtg dgn fikir agar jemaah dpt bertebaran ke seluruh alam. jemaah2 bergerak ke seluruh alam atas maksud hidayat. Semoga Allah terima. Dah 3 thn tak ada ijtimak di Thailand. Kita semua niat keluar di jln Allah dari ijtimak ni, sehingga terbentuk suasana dimana2 sahaja ada jemaah sedang bergerak. insyaAllah.

Satu anugerah dari Allah s.w.t kpd umat ini, Allah bagi kerja ambiya a.s utk kebaikan, kebahgiaan, kejayaan, ketinggian, kemenangan, kemuliaan umat ini. Ini adalah kerja saidul mursalin, imamul ambiya. Allah s.w.t beri umur yg panjang pd nabi2 yg lain tapi umur yg pendek kpd nabi s.a.w. Nabi2 terdahulu ada yg 1000 thn, 800 thn, 500 thn tapi nabi s.a.w hanya 63 thn. Tempoh usaha nabi s.a.w paling pendek. Tapi nabi s.a.w telah diberi ruang kerja yg paling luas. Medan kerja nabi s.a.w ialah seluruh umat hingga hari kiamat. Tanpa ada batas tempat, batas kaum. Nabi2 yg lain ada utk kaum sahaja, utk negara sahaja, utk keluarga sahaja. Nabi s.a.w telah sediakan para sahabat. Mereka ada sifat ihsan, ingin kebaikan, akhlak macam nabi s.a.w. Mereka telah ambil faedah sebanyak mungkin dari nabi s.a.w. Mereka ada sifat nabi s.a.w. Mereka telah ambil t/jawab kerja ini dgn sungguh2. Melalui berkat usaha mereka, Allah telah pelihara agama sehingga ke hari ni.

Di awal kedatangan nabi s.a.w, keadaan umat begitu teruk sekali. Umat pd masa itu tidak ada sifat kemanusiaan. Permusuhan, berperang antara satu sama lain. Mereka tawaf telanjang di keliling kaabah. Ada 360 berhala di kaabah. Jarak antara nabi isa a.s dan nabi s.a.w lebih kurang 600 thn. keadaan umat begitu teruk. Di saat macam itulah nabi s.a.w dihantar oleh Allah s.w.t. Umat ini telah diberi kerja kenabian yg jadi asbab terbiyah utk umat ini. Dgn kerja kenabian akan dtg sifat yg baik dlm diri umat. Sifat akan terbentuk, akhlak akan terbentuk, Allah sendiri yg akan bentuk bila umat bangun dgn pengorbanan utk buat kerja nabi.

124,000 nabi2 telah dihantar oleh Allah ke atas permukaan alam ini. Allah bagi kalimah yg sama iaitu kalimah tauhid. Inilah kalimah yg menyatukan umat, meninggikan umat ini. Pd umur 40thn, nabi telah diberi kerasulan. Bila nabi iklan, wahai manusia, ucaplah kalimah lailahaillallah, kamu akan dpt kejayaan. Semua telah menentang nabi s.a.w. Org yahudi, nasrani, majusi yg menunggu kedatangan nabi terakhir juga menentang nabi s.a.w. Dulu mereka kata nabi baik, tapi bila buat dakwah, semua menentang nabi s.a.w. Harus kita ingat, perkara yg sama akan berulang di setiap zaman, bila bawa perkara yg hak, akan ada org2 yg menentang. Org yg tetap teguh dgn kerja nabi s.a.w walaupun ada berbagai dugaan, org yg macam ni, Allah akan jadikan dia sebagai asbab hidayat seluruh alam.

Org yg istiqamah dgn kerja ini, berusaha terus tanpa melihat tentangan di sekelilingnya, ikut mesyuarat, taat, insyaAllah, Allah akan jadikan dia asbab hidayat. Allah akan hancurkan kebatilan. Kerja ini secara ijtima’i telah ditinggalkan oleh umat selama 600 thn. usaha dakwah secara infaradi ada, tapi secara ijtima’I tak ada, menyebabkan umat telah jauh dari agama. Pd zaman ini, Allah telah bangkitkan satu org hambaNya, maulana ilyas rah. yg telah fikir bagaimana nak hidupkan kembali kerja nabi s.a.w. Bagaimana nak selamatkan umat dari kemurtadan. Para ulamak menyokong Maulana ilyas rah. tapi siapa nak buat? Maulana ilyas kata Allah yg akan buat. Beliau sangat lemah, gagap, ada penyakit, tapi Allah telah bagi pd beliau satu kekuatan dalaman yg sangat tinggi spt sahabat. Allah jadikan beliau asbab hidayat seluruh dunia.

Allah s.w.t telah lahirkan nabi s.a.w dlm keadaan sangat miskin. Padahal pd zaman tersebut, ada kerajaan2 yg hebat. Allah telah hantar nabi s.a.w di tempat akhlak yg rosak, tamadun yg rendah, utk bagitahu umat bahawa dakwah ada kekuatan yg luar biasa. Kekuatan dakwah akan mengatasi segalanya. Nabi buat kerja di mekah 13 thn, pergi jumpa setiap org. Terangkan pd mereka tentang kalimah tauhid dan islam. Dlm tempoh 13 thn sedikit sahaja yg beriman. Org2 islam telah diseksa oleh kafir quraish. Selepas 13 thn, Allah perintah hijrah ke madinah. Segalanya tinggalkan kerana hijrah. Kekuatan dakwah dizahirkan melalui hijrah. Begitu juga dgn maulana ilyas, Allah lahirkan di India dan ambil kerja dari org mewat yg tak tahu menulis, yg lemah. Masyarakat yg paling tak bertamaddun. Allah telah bangunkan usaha dakwah di sana. Kekuatan dakwah tak berhajat pd apa2 pun. Bila umat bangun  buat kerja kenabian, tak kira dizaman mana sekalipun, kekuatan dakwah tetap dizahirkan.

Semua kita, dgn kesatuan hati, kesatuan fikir, dgn yakin pd janji2 Allah, bergerak jumpa umat, hidupkan masjid2 dgn amal masjid nabawi, hidup 24jam, dgn sifat belas kasihan pd umat, maka Allah akan hapuskan kebatilan. Allah akan ubah suasana, Allah akan hancurkan segala mahul2 yg rosak. Kita buat dgn pengorbanan. Dgn berkat usaha agama, Allah telah buat perubahan. Umat telah dtg kpd agama. Org telah mula solat, wanita mula tutup aurat, org mula hafal quran, alhamdulillah, ini adalah rahmat dari Allah. Tapi hari ni kita masih belum ada keyakinan pd amal agama. Org islam dan org bukan islam sama sahaja kerana tak yakin pd amal. Org tak solat ada masalah, org solat pun ada masalah. Yakin org islam dan yakin org bukan islam sama sahaja. Kerana yakin org islam telah berubah.

Pada hari ni, begitu banyak masjid di seluruh dunia, begitu ramai yg tunaikan haji, begitu ramai tunaikan solat, begitu ramai org2 hafiz quran dan org alim, tapi dlm keadaan macam ni, begitu ramai org islam dihina, dibunuh, Kenapa? Kerana keyakinan yg salah dlm diri org islam. Org islam tak yakin pd amal. Org islam tak yakin pd sunnah. Utk bawa umat kpd keyakinan yg betul, kena buat dakwah.

Asas kerja agama ini adalah pengorbanan dan susah payah. Allah biarkan semua ambiya dlm kelaparan, dlm kemiskinan, Allah telah tawarkan pd nabi harta dan kerajaan. Nabi telah pilih kemiskinan dan kenabian. 3 hari berturut2 nabi dlm kelaparan. Bila ada makanan, syukur. Bila tiada makanan, sabar. Nabi buat usaha kenabian dlm keadaan miskin. Kita kena buat kerja ini dgn korbankan harta, diri, perasaan barulah Allah akan amkan hidayat. Kita akan jumpa Allah di jln Allah. Kesusahan di jln Allah adalah kekuatan yg paling besar dlm usaha agama. Sakit di jln Allah, Allah ampunkan semuia dosa dia. Janji Allah ialah dlm kesusahan bila keluar di jln Allah. Jgn minta kesusahan tapi bila ada kesusahan, kita sabar. Allah bersama org yg sabar. Kesusahan di jln Allah adalah perkara yg paling Allah suka. Allah pandang dgn pandangan kasih sayang. Malaikat akan hamparkan sayap pd org yg keluar di jln Allah. Semua binatang di daratan, di lautan akan doakan keampunan utk org keluar di jln Allah. Yakinlah, Allah bersama dgn org yg keluar di jln Allah. Semua bangun dan azam, bagi nama. insyaAllah.   

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir