Ijtimak KL 2018 - bayan subuh

04/11/2018

Perhimpunan kita ini adalah semata2 kerana kita ada hubungan yg khusus dengan usaha dakwah illallah. Hubungan yg khusus dgn dakwah maksudnya bagaimana kebaikan agama dtg dlm diri  kita dan kita juga kena  fikir untuk org lain juga dpt kebaikan agama. bukan kita hanya fikir diri kita saja. Dlm hadis nabi bagitahu, "sebagaimana apa yg  kamu suka pd diri kamu begitu juga kamu juga akan suka perkara tersebut di beri pd org lain". Kita suka dan telah rasa kemanisan dlm buat dakwah, kita juga kena pergi bertebaran ke seluruh dunia supaya org lain juga dpt kemanisan dalam amal agama dan kelazatan  amalan dakwah ini. Untuk perkara ini kita dtg sini dan akan bertebaran ke seluruh alam.

Nabi bersabda manusia spt satu jasad, mana2 bahagian yg sakit maka  seluruh anggota badan akan rasa sakit. Contohnya bila kuku pd kaki kita  sakit, anggota lain, mata, kaki, tangan akan turut rasa sakit dan rasa risau dan berusaha nak sembuhkan kuku yg sakit itu. Begitula juga bila ada mana2 manusia tak taat pd perintah Allah, iman makin luntur, hidup tanpa amal agama, mereka sedang menuju ke neraka Allah, walaupun mereka di Gambia, di Amerika, di France, di jepun, di Australia, kita di M’sia kena turut runsing dan risau macammna mereka juga dpt amal agama yg sempurna supaya terselamat dari azab neraka Allah. Ini maksud kita datang ke ijtimak ini.

Nabi s.a.w adalah penghulu kpd seluruh nabi, baginda sentiasa runsing dan risau atas setiap individu umat. Mengambil fikir risau tentang agama pd umat adalah "ain sunnah", sunnah utama, inilah fikir risau nabi s.a.w. Kita sebagai umat juga kena ada fikir dan risau yg sama. Kita mewarisi risau bimbang nabi tentang umat.

Apa usaha masjid? Duduk dlm masjid kena fikir org di luar masjid. Kalau kita tak fikir atas org lain, kita telah khianat pd masjid. Nabi s.a.w bila  berada dlm masjid sentiasa fikir atas setiap individu di luar masjid. Abu Bakar kebiasaannya bila  ada dlm masjid akan fikir pd org yg di luar masjid. Umar pun kebiasaannya, akan cari org yg tak dtg masjid. Inilah kebiasaan mereka bila berada dlm masjid.

Sedangkan Nabi yg yg sgt tinggi kedudukannya, sehinggakan tak dijadikan dunia ini melainkan kerana  nabi muhammad s.a.w, pun sentiasa fikir org tak dtg masjid. Satu ketika  dlm satu majlis dalam masjid, Nabi tanya anak yahudi mana? Di jawab oleh sahabat anak yahudi sakit, berada di rumah. Nabi tak suruh sahabat tadi pergi ziarah tapi  nabi sendiri bangun  dan tanya sahabat siapa2 yg sedia ikut nabi s.a.w  pergi ziarah anak yahudi tersebut. Sampai di rumah yahudi, nabi sendiri ketuk pintu. Melihat anak tadi nabi tawarkan padanya supaya ucap kalimah. Dia lihat ayahnya spt minta pendapat ayahnya. Ayah dia kata ikutlah dan taatlah abil qosim. Budak tu mengucap kalimah dan kemudian meninggal dunia. Nabi begitu gembira dan  berkata  Alhamdulilah, "hari ni aku sangat gembira kerana melalui aku seorang telah terselamat dari neraka Allah". Inilah fikir nabi s.a.w. Kita yg hadir pd hr ini nak usaha  fikir yg sama.

Hanya seketika sahaja Nabi duduk dgn anak yahudi, dakwah, sehinga berubah kehidupan yahudi tersebut. Kalau kita pergi rumah ke rumah, dakwah pd manusia, berapa byk ganjaran akan dpt. Allah buka fikir risau ini kepada maulana Ilyas rah. Kerunsingan nabi ada pd beliau. Beliau tidur berpusing2, menangis setiap mlm, isteri tanya kenapa risau dan tak boleh tidur? Maulana Ilyas kata kalau runsing ini ada pd kamu maka 2 org akan  tidak boleh tidur. Siapa saja beliau jumpa akan dakwah org tersebut. Risau dlm hati beliau bagaimana supaya semua dpt masuk syurga.

Satu org dtg jumpa maulana Ilyas rah, cara Maulana bercakap spt dia  bercakap kepada seolah2 ribuan org ada di depannya. Kita pun kena ada kerunsingan ni. Kawan maulana tanya kenapa tuan ckp pd seorang saja tapi seolah2 ckp pd ribuan org. Maulana jawab walaupun saya bercakap  depan satu org tapi saya bayangkan  saya sedang dakwah  dlm ribuan org2  di negaranya. Dengan fikir begini Allah telah sebar agama di seluruh dunia.

Kami sebelum ini sudah hadir di ijtimak Zon Timur terengganu, di Zon Utara penang, di zon selatan Johor, sudah 500 jemaah  4B/40H telah keluar. Semua catitan amalan mereka akan masuk dlm  catitan buku maulana Ilyas. Masa dulu org hina maulana Ilyas. Mereka kata Maulana menghina ilmunya dengan gerak jumpa manusia tetapi setelah org Mewat dpt amal agama yg sempurna org kata maulana ilyas telah menggunakan ilmunya dgn baik. Org Mewat dtg nak kerja di Delhi, maulana bayar sama spt bayaran upah pekerjaan mereka tapi mereka buat kerja dakwah.

Satu jemaah dtg ke Nizamudin nak keluar 3 hari, Maulana risau kalau dia tinggalkan masiid tak ada org nak buat amalan dalam masjid. Waktu nak bawa keluar jemaah tu, Maulana nampak satu org nama HAFIZ MAQBUL, sebelum hafiz maqbul nak bentang takazahnya, Maulama Ilyas bentang dulu takazah dia. Hafiz maqbul kata, saya akan bawa jemaah ini. Saya mohon takazah saya dipenuhkan dulu. Takazah saya ialah minta maulana pergi  ke rumah saya, anak perempuan saya telah meninggal, minta maulana  tlg uruskan. Ini lah cara korban org terdahulu. Hari ni telah berubah.

Satu ketika jibrail a.s dtg, arash bergegar, seorang sahabat telah meninggal. Jibrail a.s turun nak bagitahu nabi s.a.w sahabat tersebut telah syahid. Inilah kemulian, kematian seorang sahabat, Jibrail a.s turun dari langit. Hari ni rumah besar, kereta besar, harta banyak, pangkat besar bukanlah kemulian tetapi siapa akhir kalamnya dpt ucap atau tidak inilah kemulian.

Nabi dgr berita dari Jibril, terus bangun, pergi  rumah Saad bin muaz, nak tengok jenazah. Dia adalah sahabat yg tak terkenal pun, tapi sangat mulia disisi Allah. Bila nabi masuk sahabat kosongkan bilik. Hanya nabi dan jenazah Saad sahaja  dlm bilik tersebut, Tiada siapa2. Nabi berjalan ke sana ke sini seolah-olah nak mengelak seseorang. Sahabat tanya kenapa nabi jln begitu. Nabi jawab,  wahai sahabat, apa yg aku nampak kamu tak nampak, apabila aku nak masuk bilik Saad, malaikat sgt ramai  turun bertingkat2, penuh ruang dlm rumah, aku terpaksa berjalan mengelak2 kerana ramainya Malaikat. Inilah kemulian.

Para sahabat kata, kami dulu dimuliakan kerana agama ini. Dikatakan  jenazah jasad Saad sgt besar, tapi bila nak angkat jenazahnya terasa   ringan, mcm kapas. Nabi kata, jenazah Saad di angkat oleh malaikat, sebab itulah ianya ringan. Inilah kemuliaan. Buatlah sesuatu supaya kita mulia. Zaman ini pun ada org yg Allah beri kemulian yg sama.

Di Nizamudin, maulana Izharul hasan, sdg mesyuarat, tiba2 maulana lihat di satu arah, maulana Izhar kata, "Selamat datang, selamat datang" , Ahli mesyuarat pun melihat ke arah pintu yang maulana kata selamat datang tadi, tapi tak nampak sesiapa pun, bila mereka toleh pd maulana Izhar semula  didapati maulana Izhar  telah meninggal. Inilah kemulian.

Di Poona, India, ada seorang da’i, dia kumpul semua anak2, cakap pd anak2, pd waktu tahajjud, selepas jumpa dgn setiap anaknya, dari lidahnya akhir kalam keluar kalimah lailahaillallah, kemudian meninggal dunia. Di zaman ni pun ada org spt ini diberi kemuliaan.

Seorang sahabat tanya soalan pd nabi, bila berlaku kiamat? Nabi tak cerita tanda2 kiamat. Nabi jawab "apa persiapan yg kamu buat untuk berhdapan dgn hari kiamat? Kalau soalan ni ditanya pd kita apa amal yg kita dah ada untuk persiapan akhirat? .

Di akhirat org akan menyesal hingga gigit jari habis. di gigit pula tangannya sampai habis kerana menyesal yg amat sangat. Ada orang peluh sampai ke hidung. Org2 ini adalah org yg telah sia2kan hidup masa di dunia. Dlm quran, ‘robbana Absorna....’ kita nak minta balik ke dunia, tapi tak akan diberi peluang.

Dlm Quran, 89 kali Allah sebut wahai org telah beriman, Allah cakap terus dgn kita, ya aiyuhallazi na amanu, Qu anfisakum wa ahlikum narra, kamu kena selamatkan diri kamu, keluarga kamu dari api neraka. Hari ni manusia buat maksiat tiada siapa  fikir nak selamatkan mereka.

Satu org masuk syurga seorang diri akan rasa malu, sepatutnya dia masuk bersama  dgn ramai org. jika kita buat gasht didunia, di akhirat nanti org yg didakwahkan itu, akan ikut dibelakang kita yakni kerana dia menjadi sebab hidayat orang yg dia dakwahkan itu.

Bilal disusahkan, batu diletak atas dadanya, dibawah panas matahari, dipakaikan pakaian besi, dia di susahkan begitu sekali. Satu ketika bilal tanya nabi, saya org miskin, saya hamba, sahabat yg lain merdeka, mereka akan dekat dgn Nabi. Nabi jawab, kamu akan masuk syurga lebih awal dari semua. Inilah kemuliaan. Semasa mikraj, nabi dengar derapan tauk langkah kaki Bilal dlm syurga. Suara ini tiap hari Allah dgrkan pd Ahli syurga. Inilah kemuliaan. Kubur bilal jauh dari kubur nabi. Bila kiamat, Allah akan bangkitkan plg awal  Abu Bakar, Umar, Usman dan kemudian Bilal akan bangkit. Walaupun jarak kubur Bilal jauh dari kubur di Baqiq tapi ia akan bangun awal bersama dgn nabi s.a.w. Inilah kemuliaan.

Untuk kemuliaan ini kita juga perlu buat pengorbanan seperti Bilal dan para sahabat. Oleh itu, kita perlu bagi nama untuk khuruj di jalan Allah 4 bulan, 40 hari.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir