bayan malam markaz KL – ust ali

2012 - sri petaling

Tuan2 yg mulia,

Allah adalah rob kita. Allah pencipta kita. selain dari Allah semua adalah ciptaan Allah. Allah pencipta. Yg lain semua makhluk. Allah cipta benda dan Allah juga cipta keadaan. Allah buat apa yg Dia kehendaki. Bukan yg makhluk kehendaki. Seluruh makhluk nak buat tapi yg terjadi apa yg Allah kehendaki. Seluruh makhluk tak ingin buat, tapi Allah ingin pasti berlaku. Allah buat apa yg dia kehendaki dgn kudratNya. Allah tak berhajat pd satu pun makhluk. Allah yg menyempurnakan hajat seluruh makhluk. Seluruh makhluk di langit dan di bumi berhajat pd Allah. tak boleh buat apa2 dgn izin Allah. setiap detik, setiap saat Allah menghidupkan, mematikan, bagi menafaat, bagi mudharat, bagi kemuliaan, bagi kehinaan, bagi sihat, bagi sakit. Dlm satu masa Allah buat semua perkara serentak. Allah berkuasa atas segala sesuatu. Allah khaliq. Allah hafiz. Allah raziq. Allah pencipta selain dari Allah adalah makhluk dicipta. Allah pemelihara selain dari Allah adalah mahfuz dipelihara. Allah pemberi rezeki selain dari Allah adalah marzuq diberi rezeki. Allah memiliki segala sesuatu. Selain dari Allah dimiliki oleh Allah. bila Allah kata ‘kun’ maka jadilah. Allah buat dgn asbab, tanpa asbab, bertentangan dgn asbab. Hari2 kena cakap kebesaran Allah sehingga masuk meresap dlm hati kita. putuskan pergantungan, harapan, hubungan kita selain dari Allah. pergantungan dan harapan hanya pd Allah. utk perkara ini nabi2 diutuskan utk bawa manusia kpd Allah.

Syair maulana umar palampuri yg mahsyur :
jo la ka ha,
o la hu wa,
o la vi,
is me la hu wa,
juz la hu wa,
qul la hu wa,
fir kia hu wa,
Allah hu wa.

Satu org cakap la - lailahaillallah
Dia pun tak boleh cakap - tanpa bantuan Allah nak gerak lidah tak boleh
Satu juz/bahagian yg kecil dari makhluk tak boleh buat apa2
Qul/semua makhluk pun tak boleh buat apa2
Apa yg boleh?
Allah sahaja yg buat segala sesuatu

Yakin pd ghairullah adalah najis batin. Yakin yg salah. Syirik. Iktikad yg salah. Allah kata syirik itu najis. Alah tak ampunkan org yg syirik dgn Allah. syirik adalah pergantungan selain dari Allah. Selain dari Allah adalah ghairullah, tak boleh selesai masalah. Iman adalah percaya pd benda yg ghaib. Allah perintah kita utk cerita kebesaran Allah. wahai org berselimut, bangun dan beri peringatan, hanya Allah dibesarkan. Selain dari Allah tak layak dibesarkan. Kebesaran hanya milik Allah. dakwah kpd kebesaran Allah. Maulana syed ahmad khan kata,  keluar di jln Allah utk belajar iman. Wahai org beriman bertaqwalah kamu pd Allah, cakap dgn percakapan yg betul. Percakapan yg betul ialah lailahaillallah. Duit tak boleh selesai masalah, yg selesaikan masalah Allah. makanan tak bole hilangkan lapar, yg hilangkan lapar Allah. air tak boleh hilangkan dahaga, yg hilangkan dahaga Allah. inilah percakapan yg betul. Barulah Allah akan islahkan amal kita. dakwah adalah asbab utk islahkan umat ini. semua nabi2 dtg buat dakwah. Sunnatullah adalah perkara yg tak boleh berubah. Bila bantu agama Allah, Allah akan bantu dia. Bila usaha atas iman dan amal, Allah bagi kejayaan dunia dan akhirat. Dgn usaha dakwah, Allah akan islah diri dia. Inilah sunnatullah. Dakwah kpd kebesaran allah dan dakwah umat kpd kehidupan nabi s.a.w. dakwah kpd apa perkara yg kita mahu diwujudkan dlm diri kita.

Manuisa masuk syurga bukan dgn amal tapi dgn rahmat Allah. Tinggalkan kehidupan selain dari kehidupan muhammad s.a.w. Rahmat Allah ada dlm perantaraan ikut sunnah dan syariat muhammad s.a.w.  Nabi s.a.w dtg bawa rahmat. Tidak Aku utuskan kau wahai muhammad melainkan utk bawa rahmat. Sunnah dakwah, sunnah ibadat dan sunnah adat. Dlm kehidupan nabi ada rahmat. Nabi kata semua umat aku akan masuk syurga kecuali mereka yg enggan. siapa yg taat nabi masuk syurga. Siapa yg tak ikut sunnah dan syariat nabi adalah mereka yg enggan masuk syurga. Sebanyak mana kehidupan kita mirip dgn kehidupan nabi s.a.w maka sebanyak itulah rahmat Allah ada dlm khidupan kita. sebanyak mana kehidupan nabi ada dlm umat maka sebanyak itulah rahmat Allah dlm umat. Lagi jauh umat dgn sunnah dan syariat nabi maka lagi jauh umat dari rahmat Allah. bukti kita cinta Allah ialah ikut nabi s.a.w. dgn ikut sunnah Allah ampun dosa kita. Allah sayang dan cinta kita. kita kena kembali kpd kehidupan nabi dan bawa seluruh umat kpd kehidupan nabi s.a.w. kita kena ikut dan taat nabi. Apa beza taat dan ikut? taat ialah apa yg disuruh buat dan apa yg dilarang tinggal. Ikut ialah macam mana nabi buat mcm tulah kena buat. exactly. Ittibaq nabi. hanya satu jln ini sahaja yg selamat. Tidak ada jln lain yg boleh menyelamatkan kita. dakwah adalah ummul hasanat. Dakwah adalah ibu segala kebaikan. Dakwah kpd kebesaran Allah, imaniat, akhirat, risalah, kehidupan nabi

Amal yg mula2 sekali akan dihisab ialah solat. Bila solat baik, maka semua amalan lain akan jadi baik dan betul. Bila solat rosak, semua amalan lain akan rosak. Kena betulkan solat. Bawa 5 perkara dlm solat: sahih yakin, sahih tarekat, ehsan, ihtisab dan ikhlas. Selesaikan semua masalah dgn solat. Apa sahaja musibah bergegas kpd solat. Minta pertolongan dgn sabar dan solat. Sabar dlm taat perintah Allah dan sabar dlm tinggalkan larangan Allah. Dakwah umat kpd solat. Bawa umat ke masjid. Memakmurkan masjid. Org yg selalu berulang alik ke masjid adalah org yg beriman. Org yg memakmurkan rumah Allah adalah org yg beriman pd Allah dan hari kiamat. Di masjid ada suasana malaikat, ada suasana yg baik. Masjid adalah pusat hidayat. Bawa org dari tempat yg lalai ke masjid. Hidupkan amal dlm masjid.

Ilmu yg sebenarnya ialah ilmu yg boleh bantu kita jawab soalan dlm kubur. Yg selain dari itu hanyalah kemahiran, yg dihasilkan melalui pengalaman. Soalan dlm kubur: siapa tuhan kamu?, apa agama kamu?, siapa nabi kamu? Keluar berjalan utk menuntut ilmu, Allah mudahkan jln ke syurga. Setiap amal kena ada ilmu. ilmu adalah imam kpd amal. Ilmu tanpa amal hanya tinggal sebagai maklumat. Ada ilmu tapi tak amal akan diazab sebelum dari penyembah berhala lagi. Satu org yg beramal tanpa ilmu, adalah kejahilan dan amal tak diterima. Belajar ilmu masail dgn kita jumpa ulamak. Ziarah ulamak adalah ibadat. Adakah sama org yg berilmu dan org tak berilmu? Tak sama disisi Allah. ilmu fadhail pula ialah kita duduk dlm taklim. Taklim fadhail ialah utk menyuburkan keyakinan terhadap janji2 Allah. setiap amal kena ada ihtisab/janji Allah. Amal tanpa ihtisab tidak diterima.     

Kena ada hubungan hati dgn Allah. mereka2 yg sentiasa megingati Allah dlm keadaan berdiri, duduk, baring, Allah puji. Satu org sahabat tanya, apa amal paling besar? Zikrullah. Org yg tak ada hubungan hati dgn Allah adalah org mati, mayat, bangkai. Org yg berzikir hidup dan org tak berzikir mati. jaga zikir pagi dan petang. baca quran. Subhanallah, maha suci Allah. alhamdulillah, segala pujian utk Allah. lailahaillallah, tiada tuhan yg disembah melainkan Allah. Allahuakbar, Allah maha besar. Tanda kita cinta pd Allah. selawat pd nabi tanda cinta pd nabi. Allah dan malaikat pun selawat pd nabi. bila kita selawat pd nabi 1X, Allah akan selawat pd kita 10X. istighfar ialah tanda kita sayang pd diri kita. minta ampun dgn Allah. dgn istighfar Allah ampunkan dosa. Dgn istighfar Allah mudahkan rezeki. Siapa yg melazimkan istighfar, Allah tunjukkan jln keluar dari setiap kesempitan, hilang sedih dan risau, dan dpt rezeki dgn cara yg tak di sangka. Bila istighfar kita kenangkan dosa kita. quran adalah pembela kita di akhirat. Kalau tak sempurnakan hak quran, tak beramal dgn quran, maka akan didakwa di akhirat.

Hubungan dgn manusia juga kena betul. Dlm kitab fekah, ada 4 bahagian: ibadat, muamalat, munakahat, jinayat. Drp 4 ni, hanya 1 bahagian sahaja hubungan dgn Allah iaitu ibadat: taharah, wuduk, solat, zakat, haji ddsbnya. Lagi 3 hubungan dgn manusia. Muamalat: jual beli, sewa menyewa, gadai mengadai, dsbnya. Munakahat: nikah kahwin, talak rujuk, dsbnya. Jinayat: hudud, qisas, dsbnya. 3 perkara ni hubungan dgn manusia. Maksudnya kalau ibadat kita sahaja yg baik, kita ada hubungan yg baik dgn Allah, kita cuma ada 25% drp agama. Lagi 75% adalah hubungan dgn manusia. Agama kita masih tak sempurna. Dua-dua kena ada iaitu Hablum minallah dan hablum ninannas.  Dosa kita dgn manusia, kita tak boleh minta ampun dgn Allah. kita kena minta maaf. Hormat org tua2, kasih sayang pd kanak2, muliakan alim ulamak. Dlm hadith, nabi tanya siapa org muflis? Sahabat jawab, org muflis ialah org tak ada harta, tak ada dirham. Nabi jawab, org muflis ialah mereka yg dtg pd hari kiamat dgn pahala yg banyak macam gunung, tapi pernah maki org, makan harta org, hutang tak bayar, kianat, tipu, pukul org, bunuh org. semua pahala dia akan di bagi pd org itu yg disusahkan tadi. Sampai habis semua pahala dia bagi pd org, maka dosa org disusahkan tadi akan dibagi pd dia pulak. Akhir sekali dia dihumban masuk ke dlm neraka. Oleh itu kena ada ikram muslimin supaya pahala kita tak dibagi pd org. pandang baik org dan pandang buruk diri sendiri. Nabi mempunyai akhlak yg agung. Allah puji akhlak nabi. sambungkan silaturahim dgn org yg putuskan hubungan dgn kamu. Tak akan masuk syurga org yg putuskan silaturahim. Maafkan org yg menzalimi kamu. Buatlah baik pd org yg buat jahat pd kamu. Kita kena usaha bawa akhlak nabi s.a.w dan bawa umat kpd akhlak nabi. nabi kata, hanya sanya aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg mulia. Dgn akhlak nabi, org dpt hidayat.

Kita kena betulkan niat kita kerana Allah. amal tak ikhlas tak diterima Allah. Amal tak ikhlas juga akan di azab. Solat kerana manusia, sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah. satu ketika Abu hurairah nak riwayatkan hadith, jatuh pengsan. 3 kali pengsan. Di akhirat nanti 3 jenis manusia akan dipanggil, org syahid, org alim/qari, org dermawan. Buat bukan kerana Allah. buat utk dpt nama dan kemahsyuran. Allah kata menipu. Inilah 3 golongan yg akan mula2 sekali di humban masuk neraka. Amal riak. Bukan sahaja tak dpt pahala bahkan akan diazab sebab tak ikhlas. Kena usaha utk dtgkan ikhlas dlm setiap amal. Dlm kitab bukhari, kitab paling sahih dlm dunia selepas quran, hadith pertama dlm kitab tu ialah betulkan niat. Amal di akhirat akan ditimbang. Bukan sebab banyak atau sikit. Tapi sebab berat atau ringan. Ikhlas akan beratkan amal walaupun sikit. Jaga niat sampai mati. periksa niat sebelum, semasa dan selepas setiap amal. Jgn ada riak, ujub, sumah, takabbur, sombong, hasad dsbnya. Jgn di ungkit amal yg dah lepas walaupun kita dah buat amal tu 20-30 thn lepas. Buat semata-mata utk dpt keredaan Allah. utk sukakan Allah.

Salah faham umat ialah menyangka harta dan diri milik kita. harta, diri dan masa milik Allah. Allah dah beli harta dan diri utk ditukarkan dgn syurga. 4 syarat jual beli. Pembeli, iaitu Allah. Penjual, iaitu org beriman. Barang yg nak dijual, iaitu harta dan diri. Harga, iaitu syurga. Dakwah ialah kita nak hidupkan usaha agama dgn cara nabi ke seluruh alam, utk membetulkan yakin dan amal kita dan bawa seluruh umat kpd yakin dan amal yg betul. Kita keluar ke jln Allah ni bukan ikut bilangan hari tapi ikut bilangan amal. 40 hari buat dakwah, 40 hari tahajjud, 40 hari gasht, 40 hari taklim, 40 hari zikir, 40 hari baca quran. 40 hari disibukkan dgn dakwah, taklim, ibadat dan khidmat. Begitu juga dgn 4 bulan, 120 hari di sibukan dgn amal. Allah nak tengok isi. Dgn dakwah iman jadi kuat. Perbaharui iman. Banyakkan cakap mafhum kalimah. Nafikan ghairullah. Isbat Allah. dgn dakwah Allah akan islahkan iman dan amal kita. kita kena sediakan umat utk buat kerja dakwah. Dgn perantaraan dakwah Allah terima doa kita. dgn perantaran dakwah semua masalah umat akan selesai. Kita dakwah apa yg kita mahu dtpkan bukan dakwah apa yg kita dah amal. Walaupun kita belum amal, tetap kena buat dakwah. Salah faham umat ialah bila tak amal tak boleh dakwah, kena amal dulu baru dakwah, ini salah. Ajaklah kpd makruf walaupun kita tak buat lagi makruf tu. Cegahlah mungkar walaupun kita masih belum dpt tinggalkan mungkar. Sampaikan walaupun satu ayat. Ibu segala fardu ialah amalan dakwah. Dgn dakwah akan hidup semua amalan yg lain, imaniat, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Semua juzuk agama hidup dgn perantaraan dakwah. Oleh itu, siapa sedia 4B tunai…         

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir