2013 - bayan masturat : ust ali

ibu2 & bapak2 yg dimuliakan Allah,

Allah s.w.t adalah pencipta kita. Allah s.w.t adalah pemelihara kita. apa sahaja keadaan yg berlaku di depan mata dan di belakang mata kita berlaku dgn kehendak Allah. Allah s.w.t berkuasa mutlak atas makhluknya. Semua makhluk tak boleh buat apa2 tanpa izin Allah. apa sahaja yg berlaku di dunia ini berlaku dgn kehendak Allah. makhluk langsung tak ada kuasa. Menafaat, mudharat, sihat, sakit, untung, rugi, hidup, mati, apa sahaja yg berlaku dari Allah. Allah buat apa sahaja yg Dia kehendaki dgn kudratNya. Allah tak berhajat pd makhluk. Allah maha kaya. Manusia yg kaya tetap berhajat, berhajat pd makan, minum, udara, lagi kaya manusia lagi banyak hajat dia. Allah maha kaya langsung tak berhajat pd sesiapa. Semua makhluk di langit dan di bumi adalah fakir, berhajat pd Allah. tak boleh buat apa2 tanpa izin Allah. Allah buat semua perkara serentak. Pd saat ini, Allah bagi roh pd bayi dlm kandungan, Allah cabut roh, Allah bagi rezeki jutaan ikan2 di lautan, burung2, manusia, Allah dengar setiap percakapan manusia, Allah memahami semua bahasa di seluruh dunia tanpa terjemahan, Allah maha melihat, Allah maha mendengar. Allah tak berhajat pd telinga utk mendengar. Allah tak berhajat pd mata utk melihat. Allah tak berhajat pd bunyi utk mendengar. Allah tak berhajat pd cahaya utk melihat. Allah berkuasa atas segala sesuatu. Allah boleh keluarkan benda yg hidup dari benda yg mati. Allah boleh keluarkan benda yg mati dari benda yg hidup. Allah boleh sesuatu dgn asbab, tanpa asbab dan bertentangan dgn asbab. Ashabul kahfi dlm gua, 309 thn, tidur tak mati, tak perlu makan, tak perlu minum. Allah yg menhidupkan. Allah yg mematikan. Allah yg bagi rezeki. Makhluk semua adalah marzuq, penerima rezeki. Ketenangan dari Allah. Allah yg selesaikan semua masalah.

Masalah yg dtg hari ni sebab kita telah tinggalkan agama. Berlakunya kefasadan di lautan, di daratan, kemarau, banjir, gempa bumi, apa sahaja musibah yg berlaku sebab tangan2 manusia. Sebab dosa2 manusia. Nak baiki ahwal dunia ni adalah dgn membaiki amal manusia. Bila amal baik baru keadaan dunia akan jadi baik. Hatta serigala dan kambing boleh makan sekali. Dan utk baiki amal manusia ialah dgn baiki iman. Bila iman baik, maka amal jadi baik, bila amal manusia baik barulah Allah akan bagi keberkatan. Allah akan buka berkat langit dan bumi. Allah akan bagi ketenangan dan keamanan. Nak betulkan iman kena buat usaha cara nabi s.a.w. dgn perantaraan kerja dakwah akan dtg kekuatan iman. Dgn iman mudah utk amal agama. Dgn amalan agama manusia akan berjaya. Syarat utk manusia berjaya bukan harta, pangkat, emas, perak, intan berlian, jawatan, kedudukan. Kejayaan manusia ialah bila taat perintah Allah. siapa sahaja, lelaki dan wanita, org kaya, org miskin, org kulit putih, org kulit hitam, org kpg, org bandar, org terpelajar, org buta huruf, org arab, org ajam, org pemimpin, org yg di pimpin, raja, rakyat mentaati Allah dan rasul, maka sesunguhnya akan berjaya dgn kejayaan yg agung.

Wanita lebih mudah masuk syurga dari lelaki. Wanita yg solat fardu, puasa di bln ramadan, mentaati perintah suami, dan menjaga maruah. 4 perkara asas kena jaga. Wanita yg jaga perkara ni akan masuk syurga dari mana-mana 8 pintu syurga. Agama akan dtg dlm kehidupan kita dgn perantaraan iman. Yakin yg betul pd Allah. Allah yg buat segala-galanya. Yg pertama, kena jaga solat awal waktu. Sebelum azan dah siap ambil wuduk dan dah berada atas sejadah. Bila azan, terus solat. Kedua, cahayakan rumah dgn amalan agama. Jgn jadikan rumah mcm kubur. Suasana madrasah hidup dlm rumah. Suasana masjid hidup dlm rumah. Hidupkan taklim di rumah, muzakarah sifat2 sahabat. Mana2 rumah yg hidup dgn amalan solat, taklim, zikir, tilawah quran maka penduduk langit akan lihat bercahaya mcm penduduk bumi lihat bintang di langit. Berkilauan, bergemerlapan. Manakala rumah yg tiada amalan agama, kegelapan akan menyelubungi rumah tersebut. bila gelap tak boleh nak bezakan antara ular dgn tali. Kita ingat menafaat tapi sebenarnya mudharat. Kena mantapkan taklim di rumah. Dgn amalan taklim Allah akan selesaikan semua masalah di rumah kita. dgn taklim ada nur quran, nur hadith, baru tahu nilai amal. Kejayaan dlm agama.

Kalau kita ambil jln dunia, cara halal kena hisab, cara haram kena azab. Semua akan dihisab. Di mahsyar, bumi dari tembaga, matahari sejengkal dari kepala. Lagi banyak harta lagi banyak akan dihisab. Setiap sen akan ditanya. Macam mana dpt dan macam mana belanja. Setiap harta ditanya 2 soalan. Lagi banyak harta lagi lama di hisab. Bila sahaja di hisab, maka akan binasa. Amat sukar utk lepas. Harta banyak akan menyusahkan kita di akhirat. Antara nabi2, yg paling akhir masuk syurga ialah nabi sulaiman a.s sebab banyak harta & kerajaan. Sekurang2nya ½ jam buat taklim dan hari2 muzakarah sifat sahabat. Semua ahli keluarga duduk dlm taklim. Majlis taklim adalah majlis sakinah, rahmat, pengampunan. Di kerumuni malaikat. Taklim akan menghalang kemungkaran masuk dlm rumah dan keluarkan kemungkaran yg ada dlm rumah. Allah akan keluarkan semua keburukan bila org masuk rumah kita rasa macam madrasah. Semua rumah sahabat adalah madrasah.

Jaga zikir pagi dan ptg, lepas subuh dan lepas asar. Tasbihat 300 kali. Subhanallah, maha suci Allah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. lailahaillallah, tiada tuhan yg disembah melainkan Allah. Allahuakbar, Allah mahabesar. Tanda kita cinta pd nabi kena selawat pd nabi s.a.w. Allah dan malaikat pun selawat pd nabi. Allah perintah pd org beriman supaya selawat pd nabi s.a.w. bila kita selawat pd nabi 1 kali, Allah akan ucap selawat pd kita 10 kali. Org yg kedekut ialah bila diucap nama nabi tidak selawat. Tanda kita cinta pd diri kita, kita istighfar, minta ampun dari Allah. ingat dosa2 kita, dosa kecil, dosa besar, dosa sengaja, dosa tak sengaja, dosa mata, dosa telinga, dosa mulut, dosa kemaluan, dosa kaki. Menyesal atas dosa2 kita. tangisi atas dosa2 kita. satu titik air mata yg keluar kerana takut Allah, boleh padamkan api neraka. Tangisan di akhirat tak ada nilai walaupun menangis air mata darah dan nanah. Org yg selalu istighfar akan dimurahkan rezeki. Allah akan bagi jln keluar, selesaikan masalah. Hilang susah hati dan kerisauan. Allah bagi rezeki tanpa disangka. Masalah dtg sebab dosa. Sebab tu kena istighfar. Nabi yg maksum pun istighfar 100 kali sehari. Apatah lagi kita yg setiap hari berdosa. Bangun tidur je dah buat dosa. Baca quran setiap hari.

Didik anak cara sunnah. Cintai sunnah. Dgn sunnah akan dpt rahmat Allah. masuk syurga bukan dgn ibadat tapi dgn rahmat Allah. Nabi dtg bawa rahmat utk seluruh manusia. Nabi kata semua umat aku akan masuk syurga, melainkan mereka yg enggan. org yg taat nabi akan masuk syurga. yg tak taat, tak nak ikut sunnah dan syariat nabi ialah org yg enggan masuk syurga. Amalkan kehidupan sunnah 24 jam. Bantuan Allah, nusrah Allah, cinta Allah akan dtg dllm kehidupan. Tarbiyah anak dgn kehidupan nabi.

Hidup sederhana. Dunia bukan maksud. Dunia hanya keperluan. Belanja bukan ikut kemampuan. Belanja ikut keperluan. Walaupun kita mampu nak beli tapi tak perlu maka jgn beli. Banyakkan guna harta utk agama Allah. keluar negara jauh, nusrah jemaah yg dtg. Apa yg kita bagi utk agama itulah harta kita. kpg kita adalah akhirat. Kita hantar bekalan ke akhirat. Malaikat akan bina syurga.

Sangat penting utk kita buat pengorbanan utk agama. Kerja agama ni bukan utk lelaki sahaja. Lelaki dan wanita telah diberi t/jawab. Walaupun tak ada nabi dikalangan wanita tapi semua nabi2 dilahirkan oleh wanita kecuali nabi Adam. Manusia yg pertama terima dakwah nabi s.a.w  ialah khatijah. Manusia yg pertama syahid ialah sumayyah. Wanita telah maju ke depan dari segi pengorbanan utk agama. Allah bagitahu dlm quran mukminin dan mukminat, lelaki yg beriman dan wanita yg beriman, sebahagian mereka jadi pembantu sebahagian yg lain. suami dan isteri saling membantu utk agama, mengajak kpd makruf dan mencegah mungkar. Lelaki dan wanita bertanggungjawab atas kerja agama. Kita dihantar utk seluruh manusia di seluruh alam. Yakinlah, bila kita buat pengorbanan utk agama Allah akan bantu. Allah pelihara zuriat kita. Ibrahim a.s tinggalkan hajar dan ismail di padang pasir yg tak ada tumbuhan, tiada kehidupan langsung. Allah perintah utk tinggalkan. Hajar kata, Allah tak akan sia2kan kami. Ibrahim a.s telah keluar selama 9 thn. Hajar telah berlari antara safa dan marwah. Ismail menangis kelaparan dan kedahagaan. Dgn berkat pengorbanan ibrahim, hajar dan ismail telah keluar air zam2. air yg boleh jadi makanan, minuman dan ubat. Ikut apa yg kita niatkan. Tak pernah kering2. Allah suka sangat dgn pengorbanan tersebut, sa’i telah jadi rukun haji, disyariatkan utk seluruh umat sampai kiamat. Allah yg sama yg pelihara ibu2 dan anak2 bila suami keluar dijln Allah. Allah pelihara, Allah bagi rezeki, Allah tarbiyah anak2. Syaitan akan takut2 kan kita dgn kefakiran. Allah yg buat segala-galanya. Oleh itu, buat niat dan azam, bagi nama utk keluar di jln Allah. keluar 3H, 10/15H, 40H atau 2B.                 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir