mesyuarat bulanan KL - bentang takazah : ust hamid

03/01/2016 - sri petaling

Allah s.w.t telah pilih kita utk jadi umat nabi s.a.w. dan Allah s.w.t telah pilih kita utk jadi org islam. Allah telah letakkan kemampuan dan kebolehan utk buat usaha nabi. Allah telah pilih saya dan tuan2 utk buat usaha agama dan ambil t/jawab kerja agama. Tapi kita masih belum jadikan usaha agama sebagai kerja kita. kemuliaan umat ini dlm usaha agama. Sahabat telah ambil t/jawab kerja agama dan Alah telah beri kemuliaan pd mereka di dunia dan di akhirat. Satu masa dulu mereka adalah satu kaum yg lemah. Tetapi bila ambil kerja agama mereka jadi kaum yg dihormati, kaum yg disanjungi.

Kezaliman yg dibuat oleh org islam pd masa kini ialah mencuaikan usaha dakwah. Bila usaha tidak dibuat maka agama tak tersebar. Bukan sahaja zalim pd org kafir tapi juga telah menzalimi org islam sendiri. Org islamlah yg paling berhak utk di dakwah. Org islamlah yg paling berhak utk usaha atas iman. Usaha utk tingkatkan iman sehingga dpt mentaati semua perintah Allah dan ikut seluruh sunnah nabi s.a.w. Dgn iman akan dpt kelazatan dlm ibadat, sabar menanggung kesusahan dan redho dgn qada Allah.  

Bila buat usaha agama maka iman akan bertambah. Tanda bertambahnya iman ialah bertambahnya amal. Tanda iman berkurang ialah manusia akan meninggalkan perintah Allah atau melakukan yg dilarang. Kerja dakwah ini adalah utk bawa seluruh umat kpd agama. Sesungguhnya Allah telah beli diri dan harta org mukmin dgn syurga. Harta dan diri digunakan utk berjuang di jln Allah. dakwah adalah perkara yg asal. Jihad kittal bukan perkara yg asal.

Hari ni kita hanya rasa kita ni org islam. Kita tidak merasai kita ni adalah umat nabi s.a.w yg bertanggungjawab atas kerja nabi. ini adalah kerja yg mulia. Kerja yg tinggi. Tapi kita zalim. Maksud zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pd tempatnya. Kita tidak letakkan diri kita di tempat tersebut. kemampuan dan kebolehan yg kita ada digunakan utk perkara yg lain. kita telah menzalimi diri kita sendiri. Allah tak akan bagi hidayat pd org yg zalim. Utk keluarkan umat ini dari kezaliman, kita kena gerakkan umat ini keluar di jln Allah. Pd zaman abu bakar, selama 3 hari tak ada azan, semua lelaki telah keluar di jln Allah. maulana umar palanpuri pernah bayan bahawa zaman sekarang adalah zaman siddiqi. Iaitu semua org kena keluar di jln Allah. berbondong-bondong keluar di jln Allah. jemaah tentera usamah telah dikeluarkan.  jemaah juga telah dibentuk utk memerangi nabi palsu musalmah kazzab. Jemaah juga telah bergerak di sekitar madinah utk memerangi org yg murtad. Jemaah juga telah dibentuk utk memerangi org yg tak mahu keluarkan zakat. Abu bakar begitu tegas, kalau dulu bayar zakat unta bersama tali dan sekarang bagi unta tanpa tali pun akan diperangi. Abu bakar tak mahu sedikit pun kekurangan dlm agama. Maksud usaha dakwah adalah utk bawa agama ke tahap agama pd hari dimana nabi s.a.w telah tinggalkan umat ini.

Kita kena bawa umat keluar di jln Allah dgn usaha, fikir dan pengorbanan. Syaitan akan letakan was2 dlm hati. Syaitan kata bila keluar di jln Allah kamu jadi fakir. Syaitan suruh kita belanja utk buat maksiat. Nafsu akan ditarbiyah dgn kebesaran Allah. dakwah kebesaran Allah supaya masuk dlm hati. Kita kena gerak dan gerakkan org lain utk buat dakwah. Kita kena azam utk sempurnakan semua takazah di seluruh dunia. Org malaysia ada kemampuan utk pergi ke seluruh dunia. Atas maksud ni siapa sedia 4B tunai…   

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir