targhib - prof abdul rahman

Kerja ini adalah kerja t/jawab. Agama adalah t/jawab.
Dakwah adalah maksud hidup umat ini
Agama tak akan hidup tanpa dakwah
Tidak ada kerja yg lebih besar drp kerja ini.
Semua kerja lain boleh ditangguhkan. Kerja agama perlu didahulukan
Bukan cakap sahaja tapi kena buat. Bila buat jadi kerja
Siapa kena buat? Saya sendiri kena buat
Allah nak tengok kegelisahan dlm hati. Fikir dan risau.
Bila ada kegelisahan dlm hati bantuan Allah akan dtg
Bila semua org ambil t/jawab. Kerja jadi ringan. takazah dpt disempurnakan.
Bila sambut takazah – Allah suka dan Allah bina kehidupan kita

‘Ballighu anni walau aayah’ - sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat
ballighu (ada beban) - amanah. satu perintah. t/jawab. sampaikan pd seluruh umat
anni (ada kemuliaan) - walaupun kita semua berdosa
walau aayah (ada keringanan) - utk sampaikan tak perlu jadi alim

Asas takazah adalah fikir
Sahabat telah fikir dan risau sehingga Allah bagi ilham azan
Fikir dan risau jadi asbab utk sempurnakan takazah
Mulakan dgn doa. Mula dgn diri sendiri. Bukan dgn menyuruh org lain.  
Dengan dakwah akan dtg amal. Dgn amal, Allah akan tukar suasana
Dgn hidayat – manusia kenal Allah
Utk usaha hidayat – kena korban segala-galanya
Kena lenyapkan jasbah kita yg lain-lain
Kena ada satu jasbah sahaja – iaitu hidayat utk umat
Allah janji hidayat dgn pengorbanan
bulan ramadan, doa diterima. Minta benda yg besar iaitu hidayat utk seluruh umat
bulan ramadan, malaikat akan aminkan doa kita.
Tapi utk org yg buat usaha agama, setiap saat  sepanjang tahun malaikat akan aminkan doa dia.
Setiap malam adalah malam lailatulqadar. Ini adalah makam yg sangat tinggi.
Dlm amal ada janji Allah. Yakin dgn janji Allah. Dlm janji Allah ada kudrat Allah.
Siang pujuk manusia, malam pujuk Allah  - doa dan menangis

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir