1999 - targhib untuk pelajar : hafiz iqbal & prof halim

05/07/1999 - sri petaling

Targhib Hafiz Iqbal
Di akhirat, seseorang itu tidak akan dapat melangkah walaupun setapak sehingga dia menjawab 5 soalan :

  • Bagaimana dia habiskan umurnya?
  • Bagaimana dia habiskan masa mudanya?
  • Bagaimana dia mendapat harta?
  • Bagaimana dia belanjakan hartanya?
  • Bagaimana dia gunakan ilmunya?

Jadi, Allah s.w.t akan tanya bagaimana kita habiskan masa muda kita. Kalaulah kita habiskan masa muda kita dengan sia-sia, kita akan berjumpa dengan Allah s.w.t dengan markah 80% sahaja. Masa muda ini adalah masa yang penting. Rasullullah s.a.w telah bersabda, “Aku telah dibantu oleh orang-orang muda (dalam usaha agama)”.

Hafiz Iqbal telah memberi targhib bagaimana sahabat Rasullullah s.a.w yang muda menjalankan usaha agama termasuk orang-orang tabien dan selepasnya. Contoh-contoh ialah Usama Bin Zaid r.a telah menjadi Amer jemaah melawan tentera Rom semasa umurnya 17 tahun. Muhammad Bin Kassim r.a telah menjadi Amer jemaah ke Hindustan semasa umurnya 18 tahun. Tariq Ibnu Ziad menjadi Amer jemaah ke Sepanyol pada umur 23 tahun.

Kalaulah pelajar-pelajar (orang-orang muda) bangun atas usaha agama semasa mudanya, agama akan berkembang luas. Seorang pelajar bernama Saniullah yang membuat PhD di Perancis, sambil belajar dia bangunkan usaha agama di Perancis. Mula-mula ada satu masjid sahaja, tetapi sekarang melebihi 3000 masjid di Perancis. Ramai orang­ telah ubah kehidupan kepada kehidupan agama. Semua amalan-amalan orang-orang ini akan masuk ke dalam buku amalannya.

Jadi, tuan-tuan kena bersungguh-sungguh buat usaha ini. Buat usaha ini dengan penuh fikir dan doa. Dimana-mana sahaja tuan berada, tuan-tuan kena buat dakwah. Walaupun semasa naik bas dan nampak satu kampung, katalah, “Ya Allah, saya tidak berkesempatan untuk pergi kepada mereka ini. Ya Allah, berilah hidayat kepada mereka dan kasihanilah mereka”.
        
Dalam membuat usaha agama, pelajar mesti jaga pelajaran mereka. Pelajar-pelajar kena imbangkan masa belajar dan masa buat usaha ini.

Sebelum sembahyang Subuh, sembahyang sunat 2 rakaat dan kemudian sembahyang fardhu pun 2 rakaat tetapi 2 rakaat sembahyang fardhu adalah 70 kali ganda pahalanya lebih daripada 2 rakaat sembahyang sunat. Kenapa? Bezanya ialah niat. Satu fardhu dan satu lagi sunat. Beliau telah menyebut kata-kata Maulana Yusuf rah, “Kalau seorang pelajar ilmu akademik (kejuruteraan, kedoktoran, dll.) mempunyai niat yang betul iaitu niat untuk buat usaha agama, pahalanya adalah sama seperti seorang pelajar madrasah agama”.


Targhib Prof. Halim
Pelajar yang membuat usaha agama kena imbangkan masa iaitu masa untuk belajar dan masa untuk usaha agama. Kalau terlampau banyak masa untuk usaha agama sehingga terjejas pelajaran mereka, maka orang akan pandang buruk pada usaha ini dan mereka akan kata, “Kalau masuk Tabligh, pelajaran akan merosot atau gagal”. !ni akan jadi penghalang kepada ramai orang kepada usaha ini. Disebaliknya, kalau seorang pelajar yang membuat usaha ini mendapat kecemerlang dalam pelajarannya, ianya akan menjadi dakwah dan tarikan kepada pelajar lain pada usaha ini.

Jadi, amat rugilah pelajar yang membuat usaha ini tetapi mengabaikan pelajaran mereka. Sebaliknya, kalaulah pelajar hanya menjaga pelajarannya tetapi mengabaikan usaha ini, itu pun rugi baginya. Jadi, kedua-duanya penting.

Pelajar-pelajar yang tinggal di kampus, buat usaha dalam kampus. Pelajar-pelajar yang tinggal di Iuar kampus, buat usaha bersama-sama dengan orang awam di marhallah masing-masing.

Orang-orang muda mempunyai semangat dan kadang-kadang semangat ini tidak dapat dikawal. Oleh itu pelajar-pelajar yang buat usaha dalam kampus perlu pengawasan daripada pensyarah-pensyarah karkun yang mengajar di IPT tersebut.

Kalau pelajar hendak keluar 3 hari, tetapi mesyuarat (Nizamuddin))telah putus hanya keluar 24 jam, maka itu adalah lebih baik bagi dia dari dia keluar 3 hari.

Pelajar-pelajar yang tinggal di kampus, bentuk jemaah mereka sendiri dan masukkan beberapa orang pensyarah atau orang awam bersama mereka. Pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus, keluar bersama-sama orang awam dalam jemaah yang dibentuk di marhallah rnasing-masing.

Apa juga masalah berkenaan dengan urusan usaha seperti pembentukkan jemaah dll, mesyuarat di tempat masing-masing. Masalah selainnya bawa perkara tersebut ke Markaz.

Beliau berkata bahawa beliau telah menasihati ramai pelajar di Universiti Aligarh, tempat beliau mengajar dahulu, “Kamu belajar dan buat usaha sungguh-sungguh, dengan tertib dan mesyuarat dan berdoa kepada Allah s.w.t supaya Allah s.w.t ambil kerja daripada kamu sepanjang hayat kamu”. Beliau telah lihat sendiri Allah s.w.t telah ambil kerja daripada mereka dan mereka telah dapat keluar ke banyak negara jauh.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir