Wednesday, 4 May 2016

ijtimak KL 2016 - targhib kerja

02/05/2016 – sri petaling
bersama org t/jawab113 halaqah dlm KL

Allah s.w.t jadikan dunia ni tempat menyempurnakan t/jawab dan Allah jadikan syurga tempat utk manusia memenuhi tuntutan nafsu dan syahwat. Sejauh mana seseorang memberanikan diri berusaha utk menyempurnakan t/jawab tersebut, sejauh itulah Allah akan bagi kekuatan utk menyempurnakannya
Mahfum hadith: bantuan Allah berkadar dgn t/jawab

Allah terangkan t/jawab insan dlm quran. nabi adam dan semua anak cucunya hingga hari kiamat ada t/jawab . tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk mengabdikan diri / beribadat pd Allah. Ulamak tafsir yakbuduni ialah yakrifuni, iaitu mengenal Allah.

Imam ghazali kata ibadat ada 10 jenis. Solat, puasa, zakat, haji, baca quran, zikir, tijarah, hak jiran, ihtimam dgn sunnah dan dakwah. t/jawab ke-10 ialah keistimewaan sebagai umat nabi s.a.w iaitu menyambung kerja nabi s.a.w. kamu adalah sebaik-baik manusia yg dikeluarkan utk kebaikan dan faedah seluruh umat. ini merupakan t/jawab asas yg pertama dan utama

Allah terangkan siapa yg lebih baik agamanya iaitu dia sendiri beramal dan jadi baik dan berusaha supaya org2 lain juga dpt amal agama dan jadi baik. Org yg berjaya ialah ialah org yg paling elok amalan agamanya

Perkara pertama yg perlu diusahakan ialah masukkan keyakinan dlm kepala otak kita bahawa hanya sanya kejayaan dlm agama yg sempurna dan dlm usaha agama. Tidak ada jln2 lain utk berjaya. Hanya 2 jln ini sahaja. hanya dgn agama dan usaha agama sahaja dpt menyelesaikan masalah2 kita. Tidak ada cara yg lain utk menyelesaikan masalah kita. Penyelesai masalah hanya dlm agama dan usaha agama

Perkara kedua, kena letak dlm hati kita keyakinan bahawa tanpa susah payah dan mujahadah agama tidak akan dtg dlm kehidupan kita.

Perkara ketiga, kena yakin bahawa agama hanya akan dtg dgn cara nabi s.a.w dan cara usaha sahabat. Bila buat usaha cara nabi dan sahabat barulah agama yg hakiki akan dtg dlm kehidupan. Agama tidak akan dtg dgn cara pemikiran dan kepandaian kita.

Semua cara utk mengajak manusia pd agama dlm setiap zaman tidak dipanggil dakwah. Dakwah ialah cara usaha yg dibuat oleh nabi dan para sahabat.

Semua alatan moden yg digunakan utk sampaikan agama bukan dakwah, hanya maklumat agama sahaja akan tersebar dgn alatan tetapi kehidupan beragama tidak akan tersebar. Mujahadah tidak ada hubungkait dgn alatan/benda. Mujahadah berhubungkait dgn pengorbanan.

Usul kerja dakwah ada dlm hayatus sahabah yg telah ditulis oleh maulana yusuf. 3 jilid. Di dlmnya ada cara2 kerja dakwah yg dibuat oleh nabi dan sahabat. Org yg buat kerja agama kena selalu mentelaah hayatus sahabah. Jilid 1 Dakwah, jilid 2 ibadat dan jilid 3 ketaatan. Kita kena buat kerja dakwah dgn sifat para sahabat.

Kita bukan satu jemaah, bukan pertubuhan, bukan persatuan, bukan kumpulan tapi kita adalah satu umat. t/jawab kerja kenabian atas setiap umat samada lelaki atau wanita. Kerana kerja ini kerja kenabian, maka ianya perlu dilaksanakan ikut etika kenabian 

Bila buat usaha kenabian, maka segala ujian akan dtg maka kita hendaklah istiqamah dan terus jlnkan kerja ini.

Manzil/target kita adalah bagaimana nak bawa agama dan usaha agama nabi s.a.w dan cara kehidupan nabi s.a.w secara sempurna.

Utk sampai ke manzil, ada 2 highway. 1. Keluar di jln Allah  2. Usaha tempatan 

Bila buat usaha ini, akan dtg bermacam2 ujian, rasa susah, rasa tak mungkin. Akan dtg berbagai perasaan.

6 perkara dlm usaha ini:
1.       Tak ada berhenti. Sentiasa bergerak
2.       Tak ada letih
3.       Tak ada pencen
4.       Tak ada cuti
5.       Tak ada mustahil
6.       Tak ada putus asa

Sebagaimana kapalterbang, terus bergerak, kalau berhenti akan jatuh.

keluar di jln Allah 4B, 40H, 3H. ini terhad. Kalau keluar 4B maknanya akan berada di makami selama 8 bulan. Kalau keluar 40H maka akan berada di makami selam 10 bln lebih.

berada di makami. Ini tidak ada had. Samada berada dlm masjid atu berada di luar masjid. Sentiasa ada t/jawab dan amalan2 yg kena buat. 

Dlm setiap keadaan kena menyempurnakan t/jawab tersebut. Dlm masjid kita jadi da’i, di luar masjid pun jadi da’i. Keluar di jln Allah jadi da’i. Berada di makami pun kita jadi da’i. Setiap masa dan keadaan kena sempurnakan t/jawab.

Maulana syed ahmad khan kata, dakwah ini kena bagi pd semua org, setiap masa, setiap keadaan dan dlm setiap hal sekalipun.

Buat usaha agama dgn semangat/jasbah yg ada pd para sahabat, apa niat mereka, apa cara mereka. Maka kita akan dpt keberkatan dan nur sebagaimana mereka dpt dari Allah.

Pertama, niat mereka hanya utk mendapat keredaan Allah. Bukan utk kemahsyuran, nama, pangkat. Asas pd amalan adalah niat. Kita betulkan niat kita supaya sama macam niat mereka.

Kedua, perasaan yg perlu ada dlm diri kita ialah saya yg berhajat. Saya  yg berhajat pd usaha atas iman dan amal. Bila usaha atas iman maka saya akan berjaya di akhirat. Saya buat usaha ini utk bina kehidupan akhirat saya. Saya tak nak apa2 ganjaran dekat dunia ini.

Ketiga, kena ada semangat utk meninggikan agama Allah. Utk menyampaikan agama Allah pd seluruh manusia seluruh alam.

Kerja agama berasaskan quran, hadith dan hayatus sahabah. Kita buat usaha ikut tertib yg diberitahu.

Sebagaimana penting usaha keluar di jln Allah, begitulah juga penting usaha makami. Dua2 penting. Ia menguatkan antara satu sama lain. Sekiranya berlaku kekurangan pd usaha tempatan maka akan berlaku juga kekurangan usaha  semasa keluar di jln Allah.

Setiap perkara ada pasangan. Hijrah-nusrah, dakwah-doa,  khuruj-makami

Kita muzakarah pasal amal tempatan supaya dpt menafaat. Memberi peringatan bermenafaat utk org mukmin. Dgn muzakarah maklumat akan jadi segar semula dan akan ada kekuatan utk amalkannya. Jgn jadikan muzakarah sebagai maksud kerja. Muzakarah adalah sebagai pendorong utk kita buat amal.

Sebagaimana lidah kita, hanya 100g sahaja, utk cakap dan fahamkan, tapi himpunan seluruh tubuh badan baru dikatakan jasad. Begitu juga dakwah ni adalah cakap, penerangan, muzakarah, ianya guna lidah, tapi semua juzuk kerja yg lain juga perlu ada baru di panggil dakwah. Tabligh bukan bayan. Tabligh adalah usaha. Tabligh kena bergerak. Tabligh adalah amal. Tabligh bukan tulisan dan percakapan. Jangan kita hanya muzakarah sahaja tapi kerja tak buat.


Asas dakwah ada 4 perkara :

·         Mesyuarat

Bila ada mesyuarat maka bermulalah usaha. Walau 2 org, kena duduk mesyuarat. Usahakan supaya setiap org dtg solat duduk dlm mesyuarat. Kita kena ajak mereka dan fahamkan mereka sama2 duduk mesyuarat. Sama2 fikir bagaimana setiap org di mahalah kita dpt amalkan agama dan dpt tunaikan solat. Ini bukan mesyuarat parti atau pertubuhan. Semua bertanggungjawab utk amalkan agama dan buat kerja agama, sediakan org lain utk amalkan agama.

Maulana ilyas kata, satu org yg amalkan agama yg sempurna, kita panggil dia org soleh/org beragama. Kita tak panggil dia pembantu agama. Pembantu agama ialah dia risau dan fikir bagaimana org lain juga dpt amalkan agama.

Mesyuarat mempunyai kedudukan yg tinggi dlm agama. Allah telah gandingkan hal mesyuarat dgn solat. Usaha agama dibuat dgn mesyuarat. Setiap lelaki akil baligh perlu dihubungkaitkan dgn mesyuarat.

Mesyuarat bulanan halaqah ialah utk kumpulkan semua masjid/surau dlm halaqah.

-Tetapkan waktu yg sesuai bila nak mesyuarat.
-Atas niat apa kita duduk dlm mesyuarat. Niat bagaimana dlm diri saya dan seluruh individu umat sampai hari kiamat dpt amalkan agama dan buat usaha agama.

-Bagaimana nak buat mesyuarat? Ada 3 perkara. 
1.       Karguzari. Laporan kerja semalam yg telah diberi t/jawab.
2.       Takazah hari ni. Apa kerja utk hari ni.
3.       Jgn panjang sangat. 10-15 minit. Nak pelihara keselesaan semua org.


·         Usaha 2½ jam setiap hari.

Org lama kena bagi 8 jam. Org baru 2½ jam. Org awam bagi masa banyak mana pun kita terima. Kumpul dan bagi targhib bagaimana nak juga 2½ jam  tersebut. Bila boleh bagi masa? Lepas subuh, lepas asar, lepas isyak. Pergi jumpa org dan sediakan dia utk dtg ke masjid. bila dtg masjid dengarkan sedikit taklim. Kemudian targhib dan tashkil. Kalau tak dpt dtg dakwah dirumah pun boleh.

5 perkara perlu dibuat. 5 perkara ni ditentukan dgn mesyuarat
1.       Kenal pasti siapa nak bagi
2.       Waktu bila nak bagi
3.       Tentukan bila nak keluar 3 hari
4.       Tentukan bila nak keluar 40H
5.       Tentukan kawasan. Bilangan rumah.

Apa nak cakap :
1.       Dakwah keimanan
2.       Dakwah kpd solat
3.       Bagaimana nak hidupkan taklim di rumah
4.       Bawa wanita ke taklim masturat
5.       Bawa anak ke maktab quran di surau/masjid


·         Taklim masjid setiap hari

Baca taklim dari kitab muntakhab, fadilat amal dan fadilat sedekah.
Tentukan waktu yg majoriti org tempatan ada
Sebaik-baiknya ½ jam.
Letak tanda pd kitab yg dibaca supaya dpt dibaca ikut turutan

5 amal taklim di rumah:
1.       Halaqah quran
2.       Taklim kitabi
3.       Muzakarah 6 perkara
4.       Tashkil
5.       Mesyuarat


·         Gasht/jaulah setiap minggu

Waktu yg sesuai ialah bila ramai org di mahalah ada di rumah
Buat skurang-kurangnya ½ jam dan selebih-lebihnya 45 minit
Bayan 20 minit dan tashkil 10 minit
Tashkil 4B dan 40H tapi jgn keras sangat
Tashkil 3H kena sungguh-sungguh
Maksud dari gasht pertama ialah utk keluarkan jemaah 3 hari tunai

Buat gasht ke-2 di tempat yg ada beberapa amal
Maksud gasht ke-2 ialah supaya masjid yg ada beberapa amal jadi 5 amal


·         Keluar 3H dgn jemaah masjid

Selama 27 hari kita bagi 2½ jam utk jumpa org setiap hari, tak kan tak boleh dpt 10 org utk keluar 3 hari.
Bagi bayan hidayat dgn sempurna
Bila balik bagi karguzari dan wafsi

Semasa keluar kita usaha 3 perkara:
1.       islah diri
2.       keluarkan jemaah tunai
3.       mantapkan usaha tempatan

usahakan utk keluar 72 jam
lebih baik kalau dpt lebihkan lagi jadi 73 jam atau 74 jam
kalau nak ambil air dlm perigi yg kedalamannya 30 kaki, kita kena ada tali yg lebih dari 30 kaki baru akan dpt air
begitu juga nak ram telur utk jadikan anak ayam, ambil masa 21 hari, kalau kurang hari, anak ayam tak jadi dan telur pun rosak.

Siapa nak buat kerja ni?
Satu org bapa boleh bela 11 org anak tapi 11 org anak tak boleh bela 1 org bapa. Mengapa?
Bila tanya bapa, dia akan jawab ‘ini anak-anak saya’
Bila tanya anak, dia akan jawab ‘ini bapa kami’
Bila kita kata ini kerja saya, maka mudah utk kita buat
Sebenarnya kita belum buat kerja lagi. Kita buat sebagai mainan sahaja. Permainan ikut keadaan.
Tapi kerja ini dlm semua keadaan kena buat. Suka, tak suka, gembira, sedih tetap kena buat.
Hari ni kita keluar tabligh tapi tabligh belum masuk dlm diri kita lagi
Org yg tabligh dah masuk dlm diri dia ialah org yg usaha jadikan org lain pun tabligh
Org yg bawa org lain keluar, dlm diri dia ada fikir risau nabi s.a.w
Fikir risau akan dtg bila kita keluar di jln Allah

4 asas dlm usaha:
1.       mesyuarat
2.       amal dgn keputusan mesyuarat
3.       korban harta diri masa
4.       bergerak

dgn ini bangunan dakwah akan terdiri
jgn peduli org lain buat atau tak buat tapi saya akan buat. Ini kerja saya dan t/jawab saya
apa pun jadi, kita buat keazaman, saya kena buat
kita kena berdoa pd Allah sebab Allah yg bagi hidayat
kita hanya berusaha. Usaha kita adalah makhluk. Hati2 manusia dlm gengaman Allah.
Bangun mlm pukul 2 pagi, dgn 2 rakaat, dgn 2 titisan air mata – merayu pd Allah utk hidayat seluruh umat
Kudrat Allah bersama-sama dgn kita
Maulana ilyas mula usaha sorang-sorang tapi hari ni satu dunia telah buat usaha ini.

Kena ada 4 perkara dlm diri da’i :
1.       Kerja ini adalah kerja kita. Kita akan buat dlm apa keadaan sekalipun.
2.       Kita kena buat usaha ini tanpa targhib, tanpa di dorong.
3.       Kena buat dgn fikir
4.       Buat kerja dgn senang hati, dgn seronok. Jgn buat dgn rasa beban

Kalau belum ada 4 perkara ni kita belum lagi jadikan dakwah sebagai kerja kita

Semoga Allah terima kita dlm usaha ini.

No comments:

Post a Comment