1999 - usaha masturat : hafiz iqbal & prof hallim

04/07/1999 - Sri Petaling

Matlamat usaha ialah :

  • Wujudkan suasana agama di rumah (solat, zikir – kurangkan masa untuk keperluan)
  • Wujudkan ta’alim fadhail
  • Wujudkan perbualan agama sesama mereka
  • Mendidik anak-anak dengan suasana agama

Maksud ta’alim mingguan ialah untuk mewujudkan suasana agama. Bila keluar dari rumah untuk menghadiri ta’alim mingguan, usul-usul perlu dijaga kerana bila keluar banyak fitnah.

Buatlah tashkil :
  • Keluarkan suami-suami di jalan Allah
  • Lelaki mewujudkan 5 amal di masjid
  • Hidupkan ta’alim di rumah masing-masing

Bentuk fikir wanita melalui kelebihan/fadhilat menghidupkan ta’alim di rumah masing-masing

Pintu untuk wujudkan suasana amal ialah ta’alim di rumah.

Dalam karguzari, tanya tentang ta’alim rumah.

Bentuk fikir lelaki supaya wujudkan ta’alim di rumah.

Maulana Ilyas rah. berkata kehendak hati beliau ialah setiap kampung ada suasana agama
dan setiap rumah macam bilik darjah cakap mengenai Allah dan Rasul.

Wujudkan suasana amal di rumah

Bentuk juga fikir dikalangan lelaki supaya wujudkan suasana amal

Melalui 2 ½ jam wujudkan fikir supaya wujudkan ta’alim di rumah mereka untuk wujudkan
suasana agama dalam rumah

Dalam mesyuarat harian di masjid/surau, sekali sekala targhib kepentingan ta’alim di rumah

Beri targhib sahaja dan jangan perintah.

Targhib diberi agar dalam apa hal sekalipun ta’alim perlu disempurnakan sebelum tidur.

Pendekatan dengan ahli keluarga mestilah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Apa juga kekerasan dan perintah tidak wujud dalam usaha Rasulullah s.a.w. Allah s.w.t beritahu Nabi s.a.w supaya berlemah-lembut, kalau tidak sahabat-sahabat kamu akan lari. Dalam rumah pun tidak ada hak perintah.

Bawa ahlia-ahlia ke ta’alim mingguan supaya wujud fikir agama yang berterusan.

setiap 3 bulan sekali bawa keluar ke jalan Allah 3H untuk meningkatkan fikir agama dan terus membantu kerja-kerja suami.

Pengawasan sangat penting. Buat apa yang diberitahu sahaja.

Wanita mempunyai semangat yang tinggi, kadang-kadang susah untuk dibendung.
Percakapan pun mula akan berubah, terutama dalam cakap 6 perkara

Cerita perkara-perkara baik, jangan cerita perkara-perkara buruk. Bila cerita baik wujud dalam
hati maka perkara buruk akan keluar.

Jangan buat perkara berlainan sehingga menimbulkan puak-puak dalam masyarakat, ini
tabligh dan ini bukan tabligh. Warna pakaian pun perlu dijaga. Tutup hijab itu wajib tetapi
jangan buat kumpulan-kumpulan melalui pakaian.

Apa yang dicakap perlu diawasi oleh lelaki.

Segala kerja dan urusan masturat dikendalikan oleh lelaki.

Segala kerja-kerja masturat dikendalikan oleh orang-orang yang dipercayai mengikut usul
usulnya. Wanita-wanita sentiasa taat dibawah mesyuarat lelaki.

ta’alim di rumah, boleh buat halaqah tajwid dan muzakarah 6 perkara. Jika diabaikan,
hilanglah fikir hal keagamaan keluarga kita.

ambil karguzari berapa rumah dapat hidupkan ta’alim.

Apa-apa amal yang dibuat lihat ketahanan iaitu kekuatan iman. Ta’alim dibuat sekurang
kurangnya ½ jam. Walaupun ta’alim sudah habis hati masih mahu lagi. Inilah tahap ta’alim yang
dikehendaki.

Ta’alim masjid dibuat dengan niat untuk menyukakan Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t suka, Allah s.w.t akan penuhkan segala keinginan saya.

Gasht dibuat untuk wujudkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan tunaikan. Jika kita buat dengan semangat dan kafiat yang betul, lama-kelamaan Allah s.w.t akan buka mata hati. Lama-kelamaan Allah s.w.t wujudkan satu keyakinan iaitu Allahlah yang buat semua perkara. Melalui amal akan bereskan segala masalah dan urusan. Nur hidayat akan datang pada orang-orang yang buat usaha dahulu, kemudian barulah Allah s.w.t tukarkan hati manusia yang lain. 

Ta’alim di rumah akan jadi sebab terpancarnya nur. Mula-mula kena latih, lama-kelamaan Allah s.w.t akan masukkan nur amalan. Apabila ada nur amalan maka nampak masalah dapat diselesaikan melalui gasht, 2 ½ jam, ta’alim dan amalan-amalan lain. Melalui 5 amal kita akan nampak amal yang memelihara kita. Inilah perkara penting yang perlu diperolehi sebelum mati. Lama-kelamaan keperluan agama akan mengatasi keperluan dunia.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir