mesyuarat malaysia 1998 - bayan maghrib maulana ahmad lat

nizamuddin - 06/09/98

Maulana Ahmad Lat menyatakan muzakarah seperti ini (memanggil orang tanggungjawab dari sesebuah negara datang ke Nizamuddin)  pada peringkat awal dahulu di adakan dengan menjemput orang tanggungjawab dari kalangan kawasan di sekitar India sahaja, tetapi kemudian telah dikembangkan dengan memanggil orang tanggungjawab dakwah dari seluruh dunia.  Tujuannya adalah untuk meyelaraskan kerja supaya kerja dakwah ini dapat dilakukan dengan satu cara yang sama seluruh dunia. 

Malfuzat/kehendak Maulana Ilyas rah. dalam membuat kerja ini ialah beliau mahukan 6 sifat sahabat dapat diamalkan oleh setiap orang yang membuat usaha dakwah ini.

Mengikut Maulana Ilyas rah. kerja aku ialah “Seperti tangisan seorang janda yang kematian suami, yang sentiasa mengingatinya dan dalam tangisan itu tidak ada riak.  Semua tanggungjawab suaminya dahulu dia terpaksa melakukannya”.  Pada zaman sahabat 100% agama telah diamalkan.  Berbanding pada masa sekarang, banyak kekurangan agama telah berlaku di kalangan umat.  Untuk itu kita perlu menangis seperti seorang janda yang kematian suami itu kerana agama telah terkeluar dari dalam kehidupan umat Islam dan kita perlu bertanggungjawab bagaimana hendak membawa agama keseluruh alam.

Mengikut Maulana Ilyas rah., apa maksud jemaah perlu dikeluarkan. Beliau menyatakan tujuan jemaah dikeluarkan ialah untuk membolehkan umat membawa agama ke tahap penghayatan yang dibawa oleh Baginda Rasullullah s.a.w atau dengan lain perkataan setiap umat perlu mengamalkan setiap amal agama yang dilakukan oleh Baginda Rasullullah s.a.w dan beliau bersumpah berkali-kali, jemaah dikeluarkan bukan supaya beliau disanjung atau dipuja atau beliau hendakkan harta. 

Sesungguhnya semua apa yang berlaku di seluruh alam ini diwujudkan oleh Allah s.w.t.  Agama Allah s.w.t berkembang dengan kehendak Allah s.w.t.  Agama tidak berkembang melalui perancangan manusia, bayan atau targhib manusia.  Walaubagaimanapun oleh kerana dunia adalah darul asbab maka kebiasaannya Allah s.w.t akan kembangkan hidayat melalui doa dan dakwah.  Tetapi dalam melakukannya 2 tertib perlu dijaga :

1. Membuat usaha dengan satu cara dengan Ijtima’i qulub

2. Membuat usaha bukan untuk mendapat sesuatu kebendaan di dunia ini seperti  pangkat dan harta.

Apabila membuat usaha dengan kaedah ini maka Allah s.w.t akan mengislahkan diri orang itu  dan Allah s.w.t akan menjadikan usahanya asbab hidayat kepada orang lain.

6 sifat jikalau dihayati dengan sempurna maka melaluinya Allah s.w.t sembunyikan berjuta-juta hidayat.  Hari ini dalam membut usaha agama, kita tidak banyak bercakap 6 sifat, sebaliknya kita banyak memperkatakan hal-hal lain seperti  bab usul dan sebagainya.  Sebenarnya melalui cara itu syaitan telah berjaya menipu.  Kita biasanya yang telah mengetahui 6 sifat, tetapi tidak menghayati dalam kehidupan harian.  Apabila kita mengalami masalah kita tidak merujuk kepada Allah s.w.t sebaliknya merujuk kepada makhluk. 

Sebenarnya 6 sifat itu tidak ada penghujung dan dalamnya tidak boleh digali.  Melalui penghayatan 6 sifat kita akan dapat mengamalkan kesempurnaan agama.  Dengan  mengamalkan kesempurnaan agama sahaja barulah datangnya bantuan dan pertolongan Allah s.w.t.

Maulana Ahmad Lat memberitahu tahap iman kita hari ini sama dengan iman dua orang peminta sedekah yang buta yang menyatakan “Berilah duit kerana Allah” dan seorang lagi mengatakan “Allah yang memberi duit” tetapi ia meminta sedekah kepada orang ramai dan ia tidak pergi ke masjid untuk sembahyang hajat bagi minta bantuan kepada Allah s.w.t. 

Kerja kita sebenarnya ialah bagaimana 6 sifat sahabat boleh kita masukkan dalam penghidupan kita.  Untuk menghayatinya kita perlu melakukan tertib-tertib tahunan, bulanan dan harian yang telah diberitahu oleh orang-orang tua kita. 

Baru-baru ini Maulana Ahmad Lat telah pergi ke satu negara dan beliau diminta memberi nasihat kepada karkun di situ, beliau mengatakan semua karkun telah mengetahui tertib kerja dalam membangunkan jemaah masjid.  Tetapi masalahnya bukan tidak tahu cara dan tertib kerja hendak membuatnya, tetapi adakah ia hendak membuatnya atau sebaliknya.

Bagi kawasan sabguzari yang ramai dihadiri oleh  orang   seperti 2,000 hingga 3,000 orang dan kita telah berbangga.  Disini syaitan telah berjaya menipu kerana daripada jumlah yang datang dalam malam sabguzari itu beberapa persoalan bolehlah diajukan :

1.        Berapa orang yang telah keluar 4 bulan ?

2.        Berapa orang yang menjaga cillah tahunan (40 hari) ?

3.        Berapa orang yang menjaga tertib bulanan (3 hari) ?

4.        Berapa orang yang menjaga 2½ jam setiap hari ?

5.        Berapa orang yang menjaga ta’alim di rumah dan di masjid ?

6.        Bagaimana kehidupan sunnah dalam kehidupan mereka ?

Daripada persoalan itu ternyata sangat sedikit peratusan yang melakukannya.  Oleh itu kejayaan kita dalam membuat kerja agama ini bukan bergantung kepada ramai orang yang telah datang menyertai usaha ini, tetapi bagaimana seseorang itu menyempurnakan tertib tahunan, bulanan dan harian.  Kerja itu akan menjadi kerja jikalau keperluan (takazah) kerja dapat dipenuhkan. 

Sebagai contoh syarikat Ford mengeluarkan kereta dalan satu minit sebuah kereta.  Dalam kaedah ini ia tidak menguntungkan, tetapi jika hendak menguntungkan ia perlu meningkatkan pengeluaran kereta itu kepada 45 saat sebuah kereta.  Melalui cara ini, maka barulah pengeluar itu mendapat keuntungan. 

Begitulah keadaannya dalam membuat usaha agama.  Apabila kaedah yang diamalkan sekarang tidak meningkatkan usaha, maka satu usaha yang bersungguh-sungguh perlu dibuat supaya kerja dapat ditingkatkan.  Jika tidak, usaha agama akan berkurangan dan lama kelamaan kita akan terkeluar dari usaha itu.  Oleh itu kita perlu bangun dengan membuat kerja ke tahap yang boleh membangunkan kerja agama.  Dengan cara ini taqwa, syariat, akhlak akan terbentuk.

Sebenarnya dalam membuat kerja ini kita perlu melaksanakan 2 tanggungjawab :

1. Bagaimana kita menghayati 6 prinsip dalam kehidupan

2. Bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab umat Baginda Rasulullah s.a.w dan bergerak seluruh dunia, seluruh alam.

Kita perlu mengamalkan sunnah/perilaku kehidupan Nabi s.a.w iaitu cara senyum Baginda, cara makan, cara tidur semuanya perlu menghayati sunnah Nabi s.a.w. 

Seterusnya masjid Nabawi perlu menjadi contoh masjid kita dan bandar Madinah menjadi contoh bandar kita dan kehidupan Baginda menjadi contoh kehidupan kita. 

Bagi mencapai hakikat kerja ini kita perlu membuat kerja dengan satu hati, mahabbat/kasih sayang.  Kita tidak dapat bayang kasih sayang kehidupan sahabat sesama mereka seperti Usab bin Umair yang mengikat adiknya selama 3 hari di Masjid Nabawi, beliau menyatakan kamu jaga baik-baik orang ini kerana bapanya orang kaya.  Adiknya berkata itulah bapa kita. Umair berkata kamu tidak sama dengan kami kerana kami telah menerima seruan Nabi s.a.w tetapi kamu belum menerima seruan Nabi s.a.w.  Begitulah keadaan sahabat dengan sahabat terlampau rapat hubungannya malah adik kandungnya tidak dikasihinya kerana ia belum menerima  Islam.  Perhubungan mereka sangat jauh berbanding dengan sahabat mereka yang telah menerima seruan Allah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir