mesyuarat malaysia 1998 - nasihat maulana ibrahim

nizamuddin - 11/09/98

Agama maksudnya dengar dan taat. Sebanyak mana kita dapat wujudkan ketaatan dalam diri kita maka sebanyak itu kita akan dapat hidayat.  100% taat maka 100% Allah s.w.t beri hidayat. 

Sahabat telah berjanji setia dengan Rasulullah s.a.w akan dengar dan taat. Dalam hati tidak suka atau sebaliknya sahabat akan taat, dalam miskin atau kaya sahabat akan taat.

Sebanyak mana sifat taat pada diri orang Islam, sejauh itu ia akan dijadikan asbab hidayat.  Perlu wujudkan dalam diri agar dalam setiap keadaan kita sentiasa  taat.  Taat ada 3 ketogori
1. Taat kepada Allah
2. Taat kepada Rasulullah  
3. Taat kepada zumidar/orang tanggungjawab

Untuk sampai ke peringkat tertinggi kita perlu taat  kepada zumidar kerana melaluinya ia akan dapat taat kepada Rasul dan Allah s.w.t.  Tanggungjawab itu adalah berbagai, kalau kita anak, ibubapa kita adalah zumidar, jika kita penuntut kita taat kepada guru.  Beginilah kehidupan Islam akan terhasil sifat ketaatan. 

Usaha agama sebagai latihan agar kita taat dalam berbagai bidang hidup. Jika sekiranya tidak tahu dalam melakukan sesuatu amal ia boleh tanya dahulu.

Dalam satu majlis Baginda Rasulullah s.a.w meminta semua duduk, Abdullah bin Masud r.a ada di pintu ia terus duduk. Rasulullah nampak Abdullah dan arahkan ia datang ke hadapan mimbar.  Abdullah Rawahah yang tinggal di rumah Bani Ghanam di sebelah masjid Nabawi yang dengar khutbah Rasulullah juga datang dan  ia pun terus duduk. Ia adalah contoh ketaatan yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir