mesyuarat malaysia 1998 - bayan subuh maulana ibrahim

nizamuddin - 07/09/98


Maksud kita membuat usaha agama ialah bagaimana kita dapat menghayati amalan agama dan hati kita condong kepada Allah. Seperti doa Baginda Rasulullah s.a.w, “Ya Allah condongkan/tundukkan hati saya kepada agama”.  Sebenarnya hari ini kita telah banyak mendengar bayan, tetapi masih tidak dapat mengamalkan kerana apa yang didengar tidak dimasukkan dalam hati, dan tidak menyediakan orang lain untuk membuat usaha ini.

Sesungguhnya Allah menetapkan tidak ada kejayaan tanpa mengamalkan agama.  Walaupun seseorang itu mempunyai pangkat, takhta, kuasa tetapi ia tidak mengamalkan agama ia tidak akan mendapat kejayaan.  Keyakinan ini perlu kita tanamkan dalam sanubari kita.  Apabila agama ada dalam kehidupan seseorang, Allah s.w.t akan membaiki dunia seseorang.  Tetapi apabila ia tidak amal agama kesusahan dan penderitaan akan berlaku ke atas dirinya.  Alam ini akan hancur apabila tidak ada agama seperti badan manusia akan hancur apabila roh seseorang itu keluar dari diri seseorang.

Sifat-sifat mulia manusia seperti belas kasihan, kasih sayang akan keluar dari dalam diri seseorang apabila ia tidak mengamalkan agama.  Agama adalah “Addin nul nasiha”.  Apabila seseorang tidak amal agama akan wujud sifat buruk iaitu hasad dengki.  Orang yang mempunyai sifat hasad tidak akan mendoakan kebaikan orang lain.  Jika kita hendak mengeluar hasad  diri dalam seseorang, ia perlu banyak mendoakan orang yang dihasadkan itu.  Tanpa agama dunia akan rosak.  Dunia adalah ladang untuk menuju akhirat, tetapi jika ladang kita telah rosak bagaimana hendak digunakan untuk membina kehidupan akhirat.  Hasad dengki adalah haram.  Apabila manusia rosak, tidak amal agama, maka keyakinan kepada Allah s.w.t akan rosak.  Oleh itu agama sangat penting, peniaga yang tidak amal agama ia akan memberati timbangan, jikalau ia menjadi pemerintah ia akan menzalimi orang lain/rakyat.  Jikalau manusia melakukan kerosakan dipermukaan bumi, Allah akan turunkan azab.

Agama adalah satu amanah. Apa kemenafaatan jika amal agama dan kerugian jika tidak amal agama.  Untuk mendatangkan agama dalam kehidupan kita sendiri perlu amalkan agama.  Orang Islam perlu faham akan kepentingan amal agama.  Jika tidak amal agama, bantuan Allah s.w.t  tidak akan bersama.  Sebaliknya syaitan akan bersama mereka.  Orang yang tidak beriman, syaitan akan bersama-sama mereka.  Syaitan akan sediakan rombongannya untuk bersama-sama orang yang tidak amal agama supaya bersama-sama dengannya masuk kedalam neraka Allah.

Secara Ummumiyat kita perlu bawa agama dalam kehidupan kita, kerana tanpa amal agama tidak akan wujud kejayaan.  Untuk dunia sebenarnya Allah s.w.t yang menetapkan bahagian-bahagian seseorang itu.  Tetapi untuk akhirat perlu kita usaha.  Oleh itu perlu buat usaha sungguh-sungguh untuk mendapatkan peningkatan agama seperti meningkatkan penghayatan sembahyang dengan mendapat takbiratul’ula, tunggu sembahyang, saf pertama.  Begitu juga amal-amal yang lain perlu ada peningkatan.  Agama yang sempurna akan membawa kemenafaatan.

Kita perlu majukan agama dengan bantu membantu satu sama lain (ta’un) atau kita bersama orang lain dan sediakan orang lain itu dengan bantu membantu dalam kembangkan agama.  Agama akan tersebar apabila adanya bantu membantu, contohnya satu batu bata tidak boleh menjadi dinding  tetapi apabila batu bata diikat satu sama lain barulah ia akan menjadi dinding.  Anak akan menjadi penyejuk mata keluarganya jika ia amal agama.  Orang yang amal agama jika kesusahan datang, itu bukan kesusahan tetapi itu adalah pengorbanan (korban).  Contohnya Nabi Ibrahim tinggalkan anaknya Nabi Ismail dan Siti Hajar dikawasan padang pasir di Mekah.  Isterinya tanya adakah perintah Allah.  Ternyata orang yang ditinggalkan itu dapat banyak keberkatan seperti Allah keluarkan air zam-zam  berkat pengorbanan tiga beranak itu.

Apabila kesusahan datang kita perlu berpegang teguh dalam agama.  Kesusahan itu bukan bahaya, sebaliknya Allah hendak memberi nikmat.  Kesusahan yang datang dalam mentaati perintah Allah, bukan kesusahan namanya.  Allah s.w.t meletakkan dalam ketaatan mentaati perintah Allah s.w.t, dalam kesusahan itu menjadi rahmat.  Dalam kesusahan agama akan cepat dapat dihayati.  Orang yang membuat usaha agama dalam susah payah ia akan merasa nikmat atau kemanisan.  Abdul Rahman bin Auf memberitahu ‘Segala kebaikan ia memperolehi dengan susah payah’.  Orang yang membuat pengorbanan atas agama maka agamanya akan mantap.  Apabila kita amal agama dunia akan datang dengan keberkatan.  Seterusnya dalam kehidupan akhirat juga dapat dibina dengan penuh kejayaan.  Muhabbat/kasih sayang wujud kerana adanya amal agama.  Apabila wujud pergaduhan bagaimana hendak membawa agama kepada orang lain.  Jika orang cinta kepada agama dia tidak ada masa untuk bergaduh.  Orang yang membawa pergaduhan dikatakan dia tidak faham agama. 

Orang Ansar yang mengamalkan agama dan berjanji setia dengan Rasulullah s.a.w telah menyebabkan peperangan yang mereka lakukan bertahun-tahun lamanya telah selesai.  Rahmat telah datang dalam kehidupan mereka.  Dengan pengorbanan, asbab akan berkat, rumah menjadi berkat.  Berkat biasanya dikaitkan dengan agama.

Sesungguhnya kita samada taat atau tidak dengan perintah Allah s.w.t, kebesaran Allah s.w.t tidak akan berkurang atau bertambah.  Ketaatan kita kepada perintah Allah s.w.t, sebenarnya Allah hendak memberi nikmat kepada kita.  Kesusahan dan kesenangan datang dari Allah s.w.t.  Allah maha besar dan tetap besar sampai bila-bila.  Dalam mentaati perintah Allah s.w.t jika tidak dapat apa-apa natijah itu pun Allah s.w.t akan beri ganjaran.  Dalam mentaati perintah Allah s.w.t dengan susah payah, dosa kita akan diampun.  Kesusahan yang kita hadapi di dunia ini dalam membuat usaha agama seperti mengalami hutang, sakit, Allah s.w.t akan mengampunkan dosa kita.

Pada masa zaman Rasulullah s.a.w dahulu, semua orang Quba’ telah ditimpa panyakit.  Mereka meminta Rasulullah s.a.w berdoa supaya musibah penyakit dihindarkan.  Rasulullah s.a.w memberitahu orang Quba’ bahawa penyakit datang kepada mereka untuk Allah ampunkan dosa mereka.  Apabila penyakit itu datang pada tahap tertentu barulah ia akan menjadi asbab Allah s.w.t akan memberi pengampunan.  Mereka menyatakan kepada Rasulullah biarkan mereka sakit asalkan dosa-dosanya diampun.  Abdullah bin Umar masuk bazar dan membaca doa masuk bazar maka ia mendapat ribuan pahala, jaga mata dapat kemanisan dalam ibadat, beri salam kepada peniaga maka peniaga itu mendapat kebaikan.

Setiap orang Islam boleh menjadi asbab menyebarkan kebaikan, apabila ia berada di landasan maksud sebenar ia dihantar.  Apabila kita gunakan diri dan harta dengan cara yang betul, keberkatan hidup akan berlaku.  Kita perlu berikan diri dan harta untuk kebaikan orang lain.  Dalam memberi kebaikan orang lain, perlu cari harta dahulu dan jangan meminta kepada orang lain, sebagai contoh dalam zaman khalifah Umar seorang telah datang berjumpa beliau untuk keluar ke jalan Allah s.w.t.  Hadrat Umar memanggil seorang Ansar dan meminta tetamu itu bekerja dengannya.  Setelah mendapat upah, upah itu diberikan oleh orang Ansar tadi kepada khalifah Umar dan khalifah Umar memberikan kepada tetamu tadi dan mengatakan dengan wang ini kamu boleh keluar ke jalan Allah atau balik ke rumah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir