Targhib 2jam setengah - ust zam-zam

ALLAH s.w.t bersumpah bahawa manusia RUGI kerana MASA. Bukan rugi kerana duit, emas, kedai, pejabat, pertanian dan lain-lain.

MASYAIKH MAHU APA? Mereka minta
4 BULAN (2880 jam)
40 HARI (960 jam)
3 HARI (72 jam)
sebagai tempoh latihan

Maksud dari latihan adalah HARI-HARI beri masa DUA JAM SETENGAH
DUA JAM SETENGAH ibarat ibu jari. Tanpa ibu jari banyak perkara susah dibuat: makan, menulis, pegang gelas dan sebagainya.

Dalam mohala yang ada ramai karkun 4 bulan sekalipun, bila DUA JAM SETENGAH tidak dibuat, susah untuk keluar walaupun jemaah 3 hari. Untuk keluar pun, karkun perlu diusuli.

Untuk buat 2jam½  tidak perlu pasport, cuti dan belanja

Maksud usaha 2jam½:
1 - Membentuk jemaah
2 - Menyempurnakan jemaah.

Empat perkara dalam membentuk jemaah:
1 - BILA TARIKH kita nak keluar?
2 - SIAPA ORANG BARU yang nak kita bawa?
3 - KE MANA ROUTE kita nak keluar?
4 - BERAPA BELANJA diperlukan?

MASA untuk BENTUK jemaah 3 HARI adalah 27 hari.
SIAPA yang boleh kita usahakan? Kaum kerabat, sahabat handai, rakan pejabat dan karkun.

SENJATA da'i adalah PEN dan BUKU KECIL
Selalu beri hadiah - mewujudkan perasaan kasih-sayang. Walaupun hadiah berbentuk bacaan surah Al-Fatihah

TIGA SYARAT UNTUK BUAT DUA JAM SETENGAH
1 - TETAPKAN MASA
Contoh dari jam 6.30pm hingga 9pm setiap hari.
Org yg buat usaha dgn masa yg berubah-ubah, tidak akan dpt TARBIYAH DAN TAZKIYAH dari Allah dan yakin tidak terbina.
Contohnya, sekejap buat pagi dan sekejap buat petang. Biarlah semua orang tahu inilah masanya saya bagi 2jam½
Ahlia kita perlu diberitau supaya beliau juga BUAT AMAL yang menarik nusrah (bantuan) Allah swt

2 - CUKUPKAN MASA
Sempurnakan masa. Ini seperti masak nasi. Kalau masak 10 minit tutup api, lepas sejam, masak pula 15 minit, nasi akan rosak

3 - FOKUS APA YG KITA MAHU. ALLAH PASTI BANTU
Bergerak mengikut takazah. Takaza ghast 1 dan ghast 2. Takaza mesyuarat. Takaza keluar jemaah. dll
Contoh: "2 jam½  aku hari ini nak bentuk jemaah 40h. Fokus maksud itu. Carilah mereka.
Contoh: "2 jam½  aku hari ini nak bentuk jemaah 3h bulan depan dengan tarikh & tempat ditetapkan.

BANTUAN GHAIB Allah swt melalui DAKWAH ILALLAH.
Amalan 2jam½  khusus untuk ziarah jumpa manusia dan amalan ini akan berterusan di dalam syurga.
MAULANA SAAD bagitahu orang yang bagi 2jam½  akan dibantu rezekinya oleh Allah s.w.t.
Malam bangun tahajjud dan doa pd Allah. Doa adalah senjata org mukmin.

Kerja MAQAMI tapi fikir ALAMI. Kerja ALAMI tapi fikir MAQAMI.

HALUSI 2JAM½  ANDA. ANDA PASTI AKAN RASAINYA.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir