Jor karkun 4B/ulamak 2017 - bayan masturat


08/04/2017 - wasiful islam
sri petaling

Allah s.w.t telah letakkan kejayaan manusia hanya dlm agama. Kejayaan bukan dlm harta, benda, sijil, pangkat. Apa itu agama? Agama ialah perintah Allah cara nabi s.a.w berserta ikhlas. Agama bukan sahaja utk lelaki, agama juga adalah utk wanita. Mereka yg amal agama akan berjaya di dunia dan akhirat. Mereka yg tinggalkan agama, akan rugi dan gagal di dunia dan akhirat. Dlm kubur akan di azab. Oleh sebab itu, Allah telah hantar para nabi/ambiya a.s kpd manusia utk bagitahu manusia bahawa Allah rob/pencipta kamu, taatilah Allah, sempurnakanlah perintahNya. Kehidupan dunia adalah kehidupan sementara. Kehidupan sebenar adalah kehidupan akhirat. Manusia dihantar ke dunia utk buat persiapan akhirat. Mereka yg buat persiapan maka akan mengadap Allah dgn kejayaan.

Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir. Tidak akan ada lagi nabi yg akan dtg sampai kiamat. Kerja dakwah harus diteruskan sampai kiamat. Siapa yg bertanggungjawab atas kerja ini? Sudah tentulah umat nabi s.a.w. Allah telah pilih umat akhir zaman utk meneruskan kerja ini. Nabi s.a.w telah sediakan umat ini utk buat kerja dakwah. Para sahabat, golongan pertama yg telah buat usaha ini bersama nabi, ada lelaki, ada wanita, ada kanak2, ada hamba, semua lapisan masyarakat telah disatukan dlm kerja ini.

Pada hari pertama kenabian, nabi telah menyeru isteri baginda, khatijah r.ha masuk islam. Kemudian, teman rapat baginda, abu bakar r.hu, hamba sahaya zaid b harithah r.hu, isteri zaid iaitu ummu aiman r.ha, sepupu nabi ali r.hu dari kalangan kanak2. Pada awal seruan pd agama, seolah2 nabi telah bentuk satu jemaah bersama nabi. Nabi telah bawa umat kpd kerja agama. Setiap org yg terima islam akan merasa t/jawab kerja agama sptmana nabi s.a.w.

Lelaki dan wanita berganding bahu buat kerja dakwah. Adakala lelaki mendahului wanita dlm pengorbanan, adakala wanita mendahului lelaki dlm pwngorbanan. Ada lelaki yg masuk islam disebabkan wanita. Ada wanita yg masuk islam disebabkan lelaki.

Umar r.hu masuk islam melalui wanita, iaitu adik beliau fatimah r.ha. Ketika saidina umar dlm perjalanan nak pergi bunuh nabi, dia telah diberitahu tentang keislaman adiknya, maka dia terus pergi ke rumah fatimah khattab, mereka sedang buat taklim. Umar memukul adiknya sehingga dia berasa penat. Dia keletihan dan tertidur. Setelah sedar dari tidur, dia lihat adiknya yg telah kena pukul teruk sedang bersolat dan menangis. Hati beliau jadi sejuk/lembut. Beliau telah dibawa jumpa nabi s.a.w dan terima islam.

Pada masa fatah mekah, ikramah bin abu jahal telah melarikan diri. Isterinya, ummu hakim r.ha, minta keamanan dari nabi s.a.w utk ikramah. Ummu hakim telah keluar dari kota mekah mencari ikramah. Ikramah telah lari ke arah laut. Naik kapal nak pergi yaman. Ombak kuat telah dtg. Kapten kapal kata semua ucap kalimah. Ikramah kata aku lari dari kalimah. ini Bila sampai di pantai, ummu hakim telah pujuk ikramah utk balik ke mekah kerana nabi telah bagi keamanan. Ikramah pun menerima islam dgn fikir seorang wanita. Ikramah telah berikrar akan menggunakan seluruh harta dan tenaga dia utk mengembangkan islam. Org yg bersumpah tak nak masuk islam pun Allah telah bagi hidayat pd mereka.

Keluarga yassir telah ditangkap dan disiksa. Yassir, isterinya sumayyah dan anaknya ammar. Allah telah pilih sumayyah r.ha sebagai org islam yg pertama syahid. Allah telah muliakan wanita.

Lelaki dan wanita telah bagi pengorbanan utk agama. Hijrah yg pertama ke habsyah pun telah disertai oleh kaum wanita. Dlm peristiwa aqabah juga melibatkan wanita. Bila sahabat berhijrah ke madinah, wanita juga telah turut serta. Di madinah, lelaki usaha atas lelaki dan wanita usaha atas wanita. Dlm masa yg singkat, seluruh madinah telah terima islam kecuali beberapa org yahudi dan munafik. 

Asas bagi rumah Allah, baitullah, ialah dari pengorbanan satu keluarga terdiri dari bapa, isteri dan anak. Pengorbanan ibrahim a.s sanggup dibakar dlm api, pengorbanan Ismail a.s sedia disembelih oleh bapanya sendiri dan hajar a.s sanggup ditinggalkan di padang pasir dimana tidak ada sumber kehidupan. Allah telah terima pengorbanan mereka. Allah uji mereka. Mereka berjaya dlm ujian tersebut. Mereka doa pd Allah supaya lahir dari zuriat mereka seorang rasul dan kurniakan umat bagi rasul tersebut. Maka lahirkan nabi s.a.w dan umat ini.

Umat ini adalah umat terakhir tapi yg pertama akan masuk syurga. Kita telah diamanahkan dgn satu tugas/tanggungjawab. Umat ini telah diberi kerja dakwah. Kerja yg telah diberi kpd nabi2 dan rasul2. Lelaki.wanita dan juga anak2 umat ini telah Allah amanahkan dgn kerja nabi s.a.w. Kamu adalah umat yg terbaik yg dilahirkan utk manusia kerana kamu menyeru manusia kpd Allah. Inilah kerja kita. Dgn kerja ini kita diberi kedudukan yg tinggi. Umat dahulu tak diberi t/jawab kerja dakwah. Selama mana umat ini tunaikan t/jawab dakwah maka selama itulah bantuan Allah bersama mereka. Bila kita berhenti buat kerja dakwah, maka terputuslah dari bantuan Allah. Jgn kita buat kerja ini sorang2. kita bawa isteri, keluarga, jiran dan seluruh umat kpd kerja ini.  

Semua sahabiah membantu sahabat dan isteri2 nabi membantu nabi dlm kerja agama. Apa yg berlaku pd wanita hari ni? Lelaki buat kerja agama tetapi wanita tak dilibatkan bersama. Selagi lelaki dan wanita tidak dtg kpd kerja ini, Allah tak akan amkan hidayat.

Peribahasa urdu, kehidupan terbina melalui amal. Bila amal baik, maka kehidupan jadi baik. Bila amal tak baik, maka kita jadi manusia yg buruk. Iman dan taqwa tak terhasil dari diri kita. Sebab itu usaha dakwah perlu dijlnkan supaya Allah perbaiki iman dan amal kita dan kita jadi manusia yg baik.

Amal tak jadi baik sebab usaha yg nabi telah buat kita telah tinggalkan. Kita kena hidupkan kembali amal yg nabi buat, dakwah, taklim, ibadat, khidmat. Sahabat dan sahabiah sibukkan diri mereka dgn amal tersebut. Kehidupan mereka jadi baik.

Melalui usaha maulana ilyas, Allah telah hidupkan kembali kerja dakwah dan juga keluar di jln Allah. Pd masa tersebut, ilmu telah terbatas dlm 4 dinding madrasah dan islam terbatas dlm keluarga2 ulamak sahaja. Secara umum, org awam terjauh dari amalkan agama. Dgn fikir dan risau beliau, telah dihidupkan kembali usaha dakwah dan khuruj di jln Allah. Jemaah telah dibentuk dan dikeluarkan.

Maulana ilyas telah buat usaha di mewat. Setelah beberapa tahun maka terbentuklah satu jemaah 3H yg pertama. Jemaah itu telah dihantar ke masjid mufti kifayatullah. Bila mufti nampak jemaah ini dan tanya dari mana? Mereka jawab, kami adalah jemaah maulana ilyas. Maka mufti pun kata, ‘tiada asalan lagi’. Maulana ilyas telah buktikan ada org yg boleh keluar jln Allah. Dgn kesungguhan dan susah payah maulana ilyas, jemaah telah dpt dibentuk dan keluar jln Allah.

Setelah beberapa lama usaha dikalangan lelaki berjalan, maulana ilyas telah menerima satu surat dari wanita. Mereka pun ingin keluar di jln Allah. Maulana ilyas telah suruh maulana daud berjumpa ahli syura dan bentangkan berkenaan wanita nak keluar di jln Allah. Kesemua ahli syura tak bersetuju. Maulana Yusuf pun salah seorang yg tak setuju wanita keluar dari rumah. Maulana ilyas telah berjumpa sendiri dgn anaknya, maulana Yusuf. Beliau kata, kalau ada kematian, wanita akan keluar dari rumah. Kalau sakit nak ke hospital, wanita kena keluar dari rumah. Pendirian maulana ilyas nak keluarkan jemaah masturat sangat kuat. Maulana Daud telah usaha bentuk jemaah. Maka akhirnya, jemaah masturat pertama telah dibentuk. Maulana ilyas sendiri telah bagi bayan hidayat. Bila sahaja jemaah masturat pertama keluar, maka hebohlah seluruh India terutamanya di kalangan para ulamak. Sekali lagi maulana ilyas telah pergi berjumpa mufti kifayatullah. Beliau terangkan tertib:

1.keluar dgn suami/mahram 
2.hijab yg sempurna 
3.duduk dlm rumah yg tiada lelaki 
4.wanita tak buat gasht 
5.wanita tak bagi bayan 
6.wanita buat taklim dan muzakarah dlm rumah.

Bila mufti kifayatullah dengar tertib tersebut, dia pun setuju. Mulai hari tu, maka banyak jemaah masturat telah dikeluarkan.

Biasanya jemaah masturat yg dtg akan akan diletakkan di rumah beliau tetapi ada satu kali jemaah diletakkan di rumah berdekatan, bukan di rumah maulana ilyas. Kemudian beliau suruh isteri dan wanita dari ahli keluarga beliau nusrah jemaah tersebut. Pd waktu mlm, dia tanya mereka, ada pergi nusrah jemaah tu? Mereka kata tak pergi sebab maulana Yusuf kata haram wanita keluar dari rumah. Tujuan beliau letak jemaah di rumah lain adalah supaya isteri dan ahli keluarga wanitanya dpt berjalan beberapa langkah di jln Allah. Bila maulana Yusuf jadi amir, beliau banyak bagi targhib supaya wanita2 dikeluarkan di jln Allah.  

Kita, kaum lelaki kena sediakan wanita2 dlm keluarga kita utk buat kerja agama. Isteri, ibu, anak, adik, nenek dll. Kena libatkan wanita dan bersama2 buat pengorbanan utk agama. Kita kena fikir utk libatkan mereka dlm dakwah, dlm taklim, dlm segala juzuk kerja agama. Kalau kita sahaja yg buat, apa jadi? Kita fikir pasal kubur, syurga, neraka dan mereka fikir nak beli baju baru, nak hias rumah dan anak arah yg berlainan.

Kesan dari wanita2 yg telah keluar di jln Allah, maka rumah2 telah hidup dgn amalan agama. Mereka ada fikir agama. Cahaya agama terpancar dari rumah mereka. Tapi sebaliknya, wanita yg tak keluar jln Allah, walaupun suami dah banyak kali keluar jln Allah dan buat pengorbanan, keadaan agama dlm rumah lemah dan malap. Dlm quran disebut, org2 beriman di kalangan lelaki dan wanita adalah saling membantu antara mereka. Mereka menyuruh kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran. Lelaki dan wanita kena berganding bahu dlm kerja ini.

Wanita2 perlu di zihin/fikir supaya faham akan kerja ini. Wanita juga bertanggungjawab utk buat kerja ini. Kalau zihin/fikir mereka tak dibentuk, maka ia akan jadi halangan utk kita dlm buat usaha agama. Bila nak keluar rumah nak buat 2½j, isteri pun masa tu suruh hantar pergi rumah mak dia. Maka tak jadi buat 2½j. Bila nak keluar 3H, isteri kata tak sihat, tak jadi keluar. Bila nak keluar 40H, isteri kata anak 5 org ni bawak sekali. Tak jadi keluar. Ini berlaku bila zihin wanita tak dibentuk. Susah utk kita buat kerja agama.

Wanita yg dah terbentuk zihin, mereka bukan sahaja sedia tapi akan menyediakan suami dan memudahkan suami utk buat kerja agama. Bila kita kata nak buat 2½j, tapi kita balik awal, ½jam dah balik, isteri suruh pergi balik habiskan 2½ jam. Bila mlm markaz, suami dah niat nak balik lepas isyak, tapi isteri dah siapkan 2 bungkusan, tak jadi nak tidur di rumah, terus pergi iktikaf di masjid. Bila ada takazah negara jauh, tak cukup belanja, isteri sanggup gadai barang kemas, insyaAllah, Allah akan ganti yg lebih baik di syurga. Bila wanita ada fikir risau agama, mereka akan membantu. Sanggup berkorban lebih dari lelaki.

3 amal utk bentuk zihin wanita :
1. ihtimam taklim di rumah
2. ihtimam taklim mingguan masturat
3. ihtimam keluar 3H setiap 3 bln

Dari karguzari yg kita dengar, ramai karkun 4B/40H pun tak buat taklim dirumah. Kehendak nizamuddin ialah bagaimana taklim dpt dibuat di setiap rumah org islam. Tapi sekarang ni yg dah keluar pun tak buat taklim. Dlm 5 amal masjid, ada 2 taklim kena buat. Taklim masjid dan taklim rumah. Lelaki kena buat 2 taklim.

Taklim rumah adalah t/jawab lelaki. Bukan maknanya kita dah duduk taklim di masjid, buat gasht, tak perlu duduk taklim di rumah. Ini tak betul. Utk hidupkan taklim di rumah, jgn guna kekerasan, arahan, paksaan. Buat dgn lemah lembut, kasih sayang. Bincang dgn keluarga bila waktu yg sesuai. Semua ahli keluarga duduk taklim setiap hari.

5 amal taklim di rumah :
1. taklim kitabi. Baca kitab muntakhab hadith hari ni dan esok baca fadilat amal. Selang seli.
2. muzakarah 6 sifat. Semua kena cakap supaya wujud kebolehan utk buat dakwah
3. tashkil. Bila nak keluar.
4. halaqah quran. Supaya semua dpt baca quran dgn baik.
5. mesyuarat. Siapa nak baca taklim, siapa nak cakap 6 sifat.

Bila taklim dibuat di rumah maka rumah tersebut akan bercahaya mcm bintang2 di langit bercahaya. Sangat penting buat taklim setiap hari. Ambil karguzari bilangan taklim rumah di mesyuarat harian masjid, mesyuarat halaqah dan di jor halaqah. Semasa buat 2½ jam, jumpa ketua keluarga dan bagi targhib utk hidupkan taklim di rumah.  

Sebagaimana lelaki berkumpul seminggu sekali pd mlm markaz, begitu juga wanita berkumpul seminggu sekali di taklim mingguan masturat. Ada 3 tashkil dlm taklim mingguan :

1. tashkil hidupkan taklim di rumah & 5 amal
2. tashkil mahram keluar jln Allah
3. tashkil keluar masturat bersama mahram

Dari karguzari yg kita dengar, sangat sedikit taklim mingguan di Malaysia. Ada lebih kurang 4000 masjid di KL tapi cuma ada 115 rumah taklim mingguan. Sepatutnya setiap mahalah kena ada taklim mingguan. Di Dhaka ada 4500 masjid dan taklim mingguan masturat ada 1300. Ada ramai masturat yg dah keluar 10/15/40H tapi taklim mingguan tak banyak. Mana2 mahalah yg ada 3 masturat pengalaman 10H dah boleh buat taklim mingguan. Siapa nak fikir? Org t/jawab mahalah kena fikir utk sempurnakan syarat. Dgn menghadiri taklim mingguan akan dtg jasbah utk buat taklim di rumah.    

Tuan rumah yg belum keluar pun boleh sediakan rumah utk taklim mingguan. Jgn menyusahkan. Kegelapan akan hilang bila cahaya dtg. Suasana akan berubah. Kita kena pastikan wanita kita hadir dlm taklim mingguan. Jgn biarkan dan tak ambil peduli. Kalau dia kata sakit, bagi panadol. Kalau dia kata nak masak, kita yg masak. Kalau dia kata nak jaga anak, kita yg jaga. Kerja agama di mahalah tersebut akan maju bila wanita ambil bahagian dlm kerja ini.

Amal semasa taklim mingguan ialah:
1. taklim kitabi. Baca kitab muntakhab minggu ni dan baca fadilat amal minggu depan. Selang seli.
2. muzakarah 6 sifat
3. tashkil

Lepas taklim terus balik. Tak ada minum2. Tak ada juak beli. Tak ada pemberian hadiah. Tak ada program lain dlm majlis taklim. Terus balik rumah, jgn singgah mana2 supaya nur taklim dibawa balik terus ke rumah.

Kertas tashkil perlu diserahkan pd jemaah masjid. Mereka akan buat usuli utk keluarkan jemaah. Kita bawa masturat keluar jln Allah setiap 3 bln. Keluar jemaah lelaki 2 bln dan bulan ketiga keluar masturat. Amal yg ketiga inilah paling kuat akan membentuk zihin wanita iaitu ketika keluar di jln Allah. Suami bawa isteri dan yg belum kahwin, anak bawa emak. Kehidupan akan berubah bila keluar di jln Allah. Duduk dlm taklim, buat dakwah, buat khidmat, bangun mlm doa menangis depan Allah. Semua amal2 ini akan memberi kesan kpd hati2 wanita kita semasa keluar. Kita kena libatkan isteri kita dlm kerja agama bukan setakat bantu sahaja.

Tarbiyah anak2 pun penting. Lelaki wajib cari nafkah tapi wanita tak wajib. Org barat berfikiran wanita kena bebas dan berkerja. Ini adalah fikir dari syaitan. Wanita ada t/jawab yg lebih besar iaitu jaga anak dan jadikan mereka anak yg baik, cinta agama, cinta nabi, cinta sahabat. Ibu sahaja yg dpt tanamkan fikir ini dlm minda anak2 kerana bapa jarang ada di rumah. Bila ibu solehah, maka anak akan jadi soleh/solehah. Anak belajar dari ibu. Sangat penting wanita ambil t/jawab tarbiyah atas anak2. Setiap nabi ditarbiyah oleh ibu masing2. Jgn biarkan anak2 kita ditarbiyah oleh kotak tv/kotak syaitan. Hak anak utk dpt kasih sayang dari ibunya. Ini perkara yg sangat penting.       


Selepas keluar 3H, keluar 10/15H. lepas tu keluar 40H IPB. Lepas tu boleh keluar 2B Negara jauh.  

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir