Jor karkun 4B/ulamak 2017 - bayan maulana shamim

08/04/2017 - Bayan utk ulamak
sri petaling

Tuan² yang mulia,
Ilmu tidak dinamakan ilmu jika ulamak hanya menguasai maklumat tetapi tiada taat kerana itu iblis sangat banyak ilmunya tetapi tiada taatnya, bahkan derhaka kepada Allah kerana mempertahankan maklumat yang ia miliki TANPA KETAATAN KEPADA ALLAH..

Tuan² yang mulia,
Ulamak adalah Pewaris Nabi. Bukan sahaja mewarisi Ilmu, bahkan mewarisi segala²nya dari Rasul s.a.w
Allah tidak mewariskan kepada orang awam untuk menjadi pewaris Nabi s.a.w. Walaupun begitu orang awam adalah pelengkap bagi ulamak, tanpa orang awam ulamak akan tempang.
Tidak ada imam jika tiada orang awam menjadi makmumnya. Tidak ada ustaz jika tiada orang awam menjadi muridnya.

Maka tuan² yang mulia,
Ulamak sangat dekat dengan orang awam sebagai rujukan mereka, ambil kesempatan mendekati orang awam dengan 5 maqasid :

- DAKWAH
- ILMU
- TAZKIYAH
- AKHLAK
- HIKMAH

Alim ulamak ditashkil keluar dakwah setahun manakala orang awam hanya 4 bulan kerana orang awam hanya bergrerak sedangkan ulamak adalah enjin dan penggerak. Oleh sebab itu ulamak perlukan masa yang lama untuk bergerak dan menggerakkan.

Ulamak hari ini kurang mujahadah dan keluar dakwah setahun pun dalam keadaan mewah sebab itu kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan dakwah umat di tempat yang perlu mujahadah yang tinggi seperti di pendalaman yang tiada air, elektrik dan sebagainya. Kemewahan itu mengurangkan fikir & risau terhadap umat.

Marilah para ulamak bermujahadah untuk kuatkan fikir dan risau kita kepada umat bagi memenuhi keperluan dakwah umat.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir