Jor masturat

18/04/2017 - sri petaling

Allah telah letak kejayaan seluruh manusia dlm agama yg sempurna. Sekiranya dlm hidup manusia ada agama, walaupun kebendaan mereka berkurangan, pun mereka tetap berjaya. Sekiranya kehidupan mereka penuh dgn harta benda dan mereka bawa agama yg sempurna, pun mereka berjaya. Islam tidak pernah mendakwahkan pengikutnya kpd mencari dunia atau menjadi hamba kpd dunia. Islam juga tidak mengajar supaya meninggalkan asbab. Islam mengajar, di mana sahaja kita berada, dlm apa jua jurusan, kita amal agama, disitu ada kejayaan.

Pemerintah yg amalkan agama, maka dgn pemerintahannya, Allah akan angkat darjatnya. Peniaga yg bawa agama dlm kehidupannya, maka mereka akan dibangkitkan bersama ambiya, siddiqin, syuhada di akhirat kelak. Org yg miskin, tak berharta tapi amalkan agama, maka Allah akan letakkan mereka disisiNya. Wanita yg amalkan agama, maka di akhirat nanti akan dimasukkan ke dlm syurga terlebih dahulu drp lelaki. Janji Allah dgn agama. Agama yg Allah janjikan ini adalah agama yg sempurna. Agama yg sempurna inilah yg mahu kita usahakan dan bawa dlm kehidupan manusia.

Satu dunia mendakwahkan kita supaya jadi org kaya, tetapi islam dakwahkan kita menjadi org beragama. Dakwah dan tabligh ini mendakwahkan kita kpd firman Allah, ‘jgnlah kamu mati melainkan dlm keadaan iman yg sempurna’. Allah tak pernah dakwahkan kita mati sebagai satu orang jutawan dan hartawan tapi Allah dakwahkan kita mati sebagai seorang islam. Org yg mati dlm islam hanyalah org yg berusaha utk islam. Nabi s.a.w bersabda, ‘sebagaimana kamu hidup, demikianlah kamu akan dimatikan dan sebagaimana kamu mati demikianlah kamu akan dibangkitkan kembali’. Hidup di dunia dlm keadaan beragama dan dibangkitkan kembali di akhirat dlm keadaan beragama.

Masalah kita hari ni ialah anak isteri kita, makan minum mereka, masa depan mereka, ini masalah yg kita cipta depan mata kita. Sedangkan islam tak pernah jadikan semua ini sebagai masalah. Apa yg Allah telah tetapkan, begitulah kehidupan mereka. Kalau Allah dah tetapkan dia miskin, seluruh dunia tak dpt nak mengkayakan dia. Kalau Allah dah tetapkan dia tidur dlm rumah tanah liat, tak ada seorang pun boleh tidurkan dia di rumah batu. Kalau Allah tetapka dia hidup dlm keadaan lapar, tak ada seorang pun boleh mengenyangkannya. Semua masalah yg kita hadapi bukan masalah yg sebenarnya, kita yg wujudkan. Masalah ialah kamu hidup spt mana? Adakah kamu hidup menyukakan Allah atau memurkakan Allah. Kamu hidup sebagai seorang beragama atau sebagai org tak beragama. Hidup kamu melihat kpd org dunia atau hidup kamu melihat kpd kehidupan sahabat/sahabiah. Sebagaimana hidup ini, demikianlah kematian akan dtg.

Masalah utama ialah saat kematian kita. Adakah kita perolehi iman ketika itu ataupun tidak. Waktu itu, iman yg ada pd ibu tak boleh membantu anak, iman yg ada pd anak tak boleh membantu ibu. Iman yg ada pada isteri tak boleh membantu suami, iman yg ada pd suami tak boleh membantu isteri. Kalaulah iman boleh membantu sedara mara, nescaya ibrahim a.s boleh membantu ayahnya. Nescaya iman yg ada pd Nuh a.s boleh membantu anak2nya. Nescaya iman yg ada pd Lut a.s boleh membantu isterinya. Nescaya iman yg ada pd Asiah boleh membantu firaun. Nescaya iman yg ada pd nabi s.a.w boleh membantu bapa saudaranya. Tetapi tidak. Allah berfirman, barangsiapa yg berusaha maka imannya memberi menafaat pd dirinya. Siapa yg buat usaha agama dia akan memperolehi iman.

Mati bukan maksud kita. Semua org akan mati. Maksud kita ialah di saat kematian, mati dlm keadaan beriman. Cuba bayangkan satu org yg hidup sebagai seorang islam sepanjang hayatnya tapi mati dlm keadaan tiada iman. Cuba bayangkan satu org yg sepanjang hidupnya dlm keadaan kufur tapi mati dlm keadaan beriman. Inilah masalah yg besar yg menyebabkan sahabat menangis. Inilah masalah yg besar yg menyebabkan nabi s.a.w sentiasa resah dan gelisah. Hari ni kita letak masalah makan, pakai, rumah di depan kita. Kita hidup sebagai hamba kpd perut. Apa nak makan, mcm mana nak bagi makan anak isteri. Inilah kerja lelaki dan inilah kehendak wanita pd hari ni. Semuanya mengucapkan hai dunia, hai dunia sehingga kita lupa keadaan mati kita nanti.

Setiap org sentiasa hampir kpd maut. Hari ni kita kata manusia semakin maju tetapi hakikatnya manusia semakin hampir kpd maut. Seluruh makhluk sedang berlari ke arah kebinasaan mereka. Langit dan bumi makin hampir ke zaman kehancuran. Allah telah iklankan bahawa semua yg ada di mukabumi ini akan hancur binasa. Yg kekal hanya zat Allah sahaja. Masalah yg besar ialah memperolehi iman disaat2 kematian. Sekiranya sepanjang hidup kita berusaha utk bina iman maka disaat akhir kehidupan kita mengharapkan agar Allah beri iman pd kita.

Masalah kedua ialah dlm kubur. Samada ia jadi taman syurga atau lembah neraka. Sahabat menangis teresak2 bila melalui kubur. Inilah pintu masuk pertama ke alam akhirat. Barangsiapa yg melepasi dgn baik, maka kehidupan seterusnya akan jadi baik. Hari ni ramai antara kita fikir nak besarkan, cantikkan, terangkan dan hiasi rumah kita, Hanya sedikit drp kita fikir betapa gelapnya kubur, bagaimana nak terangkan kubur, macam mana nak luaskan kubur kita. Pernahkah kita terfikir kalau kita mati di saat sekarang ini, apa yg kita nak bawa ke kubur nanti. Ramai org akan mengiringi jenazah kita ke kubur tapi tak ada seorang pun akan menemani kita dlm kubur. Setiap org akan tinggal dlm kubur seorang diri. Tinggal seorang diri dlm tandas yg terang benderang dgn lampu pun manusia takut apatah lagi dlm kubur yg gelap gelita.

Bila bangkit dari kubur, Allah iklan, ‘wahai org yg berdosa pergi sebelah sana dan org yg berbuat baik pergi sebelah sini’. Hari ni org beragama dan tidak beragama duduk sekali. Org yg jahat dan org yg baik duduk sekali. Tertapi di akhirat org yg solat dan yg tak solat akan diasingkan. Wanita yg jaga kehormatan diri dan yg tak jaga kehormatan diri akan diasingkan. Org yg makan makanan yg halal dan yg makan makanan yg haram akan diasingkan. Org yg hidupkan sunnah nabi dan yg merosakkan sunnah nabi akan di asingkan. Org yg korbankan harta, diri, masa utk agama dan yg menolak utk korban atas agama akan diasingkan. Di akhirat, manusia akan dibahagi dua. Yg baik di sebelah kanan dan yg berdosa di sebelah kiri. Drp hari ni kita lihat diri kita akan berada di sebelah mana nanti. Setiap wanita perlu fikir di sebelah mana aku akan berdiri di akhirat nanti.

Kalau kita yg buat usaha agama pun tak ada fikir ini, amat malanglah nasib kita ini. Kalau kita yg buat usaha agama, tak ada fikir nak bina kehidupan akhirat kita, bila lagi kita nak mulakan fikir. Saat inilah masa utk kita mulakan usaha. Selepas mati tiada lagi masa utk usaha. Di akhirat nanti, org tak beriman, akan minta pd Allah, pulangkan kami ke dunia, utk kami beramal soleh dan jadi manusia yg beragama. Tidak sama sekali. Org di sebelah kanan, muka mereka bercahaya. Org di sebelah kiri, muka mereka gelap gelita dan dari mata mereka keluar darah dan nanah. Org di sebelah kanan akan dipakaikan mahkota. Org di sebelah kiri akan dituangkan timah yg mendidih di telinga mereka. Org di sebelah kanan akan berada atas mimbar2 cahaya. Org di sebelah kiri akan tenggelam dlm peluh mereka sendiri. Org di sebelah kanan akan jadi tetamu Allah. Org di sebelah kiri akan jadi buruan seksa Allah.

Masalah akhirat adalah masalah yg paling berat utk kita. Anak2 akan lari dari ibunya dan ibu akan lari dari nak2nya. Ibu yg menyusukan anak akan lupakan anak2 mereka. Bila penghisaban bermula. Hari tersebut hanyalah hari utk org yg beragama. Sebesar zarah kebaikan akan dihisab dan sebesar zarah keburukan juga akan dihisab. Allah sendiri akan menghisab di akhirat. Mizan akan diletakkan dihadapan kita. Setiap kebaikan akan ditimbang. Amal dikira sekadar mana ikhlas mereka. Sebanyak mana ikhlas berkurangan maka sebanyak itulah ringannya amal mereka. Ikhlas akan memuliakan wanita yg pernah bagi  anjing minum air sekalipun. Masalah kita adalah di akhirat. Samada timbangan amal berat atau timbangan jadi ringan. Org yg timbangan amalnya berat, maka malaikat akan iklan polan bin polan telah berjaya dan tak akan gagal utk selama-lamanya. Org yg ringan timbangan amalnya, maka malaikat akan iklan, polan bin polan telah gagal utk selama-lamanya.

Akhirat adalah perkara yg perlu diyakini. Sekarang adalah peluang utk kita baiki kehidupan yg akan dtg nanti. Sekarang adalah peluang utk kita penuhi t/jawab yg telah diberi pd kita. Ibu2 bukan sekadar ibu kpd anak dan isteri kpd suami. Ibu2 bukan sekadar surirumah. Ibu2 bukan sekadar utk memasak dan menjahit. Ibu2 dulu pun masa lahir dulu diazankan di telinga kanan dan di iqamatkan di telinga kiri. Spt mana lelaki di beri t/jawab agama, wanita juga diberi t/jawab agama. Beramal dgn agama adalah t/jawab ibu2 dan berusaha utk sebarkan agama juga adalah t/jawab ibu2. t/jawab lelaki memastikan wanita amalkan agama. t/jawab wanita memastikan generasi mereka yg akan dtg amalkan agama. Kalau ibu spt khatijah maka anaknya akan jadi spt fatimah. Kalau ibu spt fatimah, maka anak2 akan jadi spt hasan dan husin. Ibulah yg mengangkat darjat manusia setinggi-tingginya. Sheikh abdul qadir jailani sampai ke makamnya kerana ibunya. Imam bukhari jadi hebat kerana ibunya. Maulana ilyas diambil kerja oleh Allah utk buat kerja agama kerana ibunya.  

Hari ni, org yg merosakkan anak2 mereka juga adalah ibu. Suasana luar yg buruk tidak merosakkan anak kita tapi suasana dlm rumah yg merosakkan anak kita. Setiap bayi yg lahir dlm keadaan fitrah islam tetapi ibubapa merekalah yg merosakkan mereka. Hari ni kita berusaha supaya anak2 kita maju dari segi dunia tapi tak ada niat nak jadikan anak2 kita sebagai imam2 agama. Sangat kurang ibu2 yg fikir nak bina kehidupan akhirat anak2 utk selama-lamanya. Ramai yg fikir nak bina kehidupan dunia 60-70 thn yg sementara. Kita fikir agar nanti bila kita dah tua anak kita akan jaga kita. Kerana fikir yg buruk inilah menjadikan anak2 kita tak beragama, tak tahu solat. Hari ni ibubapa yakin dlm ijazah anak2 mereka tapi tak ada keyakinan dlm mempelajari quran dan hadis. Ijazah dunia ini tak ada nilai langsung di akhirat. Tidak ada janji syurga dlm ijazah dunia ini.

Jadikan anak kita hafiz quran boleh bagi syafaat utk keluarkan 10 org ahli keluarga dari neraka. Inilah kejayaan akhirat. Saya tak melarang ibu2 utk majukan anak2 dlm bidang keduniaan tapi letaklah akhirat di depan kita sentiasa. Jgn sampai di akhirat nanti anak2 kita akan mencekik leher2 kita dan bawa di hadapan Allah dan bagitau Allah, ‘tanyalah pd ibu aku ini kenapa aku jadi macam ini’. Tidak menjadikan anak2 kita org beragama adalah zalim.

Kita diminta utk keluar di jln Allah utk bina kehidupan. Hari ni, wanita yg dah keluar di jln Allah pun tak hidupkan 5 amal di rumah mereka. Kita lahirkan perasaan t/jawab dlm kehidupan kita. Kita nak jadi ahli syurga. Kita nak jadi org yg memberi kesedaran agama pd kehidupan anak2 kita. Siapa yg telah menyembelih sunnah dlm kehidupan anak2 kita? Siapa yg bagi pakai pd anak2 pakaian yg berfesyen2? Siapa yg bawa kehidupan batil dlm kehidupan anak2 kita? Ini semua dari ibubapa yg mendidik mereka.

Bila dari kecil lagi anak2 dijauhkan dari sunnah, maka bila besar semakin jauh dari kehidupan sunnah. Bila anak2 kita dari kecil putus hubungan dgn masjid, adakah bila besar nanti akan jadi ahli masjid? Kitalah yg merosakkan muasyarat anak2 kita. Kasihanilah anak2 kita. Tabligh bukan namanya takrir/bercakap. Kehidupan dlm rumah mestilah kehidupan islam. Tak boleh sama dgn kehidupan diluar yg batil.

3 perkara yg nabi bagitahu kehidupan di rumah:
  1. Kehidupan org islam di rumah adalah kehidupan masjid
  2. Kehidupan org islam di rumah adalah kehidupan madrasah.
  3. Kehidupan org islam di rumah adalah kehidupan kanqah

Bila dlm rumah ada org bentang sejadah, ada yg ambil air wuduk, ada yg bermiswak, suasana di rumah jadi mcm masjid
Bila dlm rumah ada org baca taklim kalam Allah, kalam rasul, suasana di rumah jadi mcm madrasah
Bila dlm rumah ada org berzikir, bertasbih, bertilawah, suasana di rumah jadi mcm kanqah, tempat islah diri

Batil telah menukar keadaan rumah tangga kita. Segala kekotoran yahudi dan nasrani telah masuk dlm rumah kita. Sehingga anak2 kita baca benda2 yg lain dulu kemudian baru baca quran. Hari ni ibubapa bangga anak2 pandai main handphone. Kitalah yg mengajar anak kita menyibukkan diri dgn handphone. Dari kecil lagi telah ditanamkan keburukan dlm fikiran mereka. Dan kita mengharapkan anak kita jadi org yg beragama. Zuriat yg rosak tidak akan berkekalan.

Jadilah org yg ambil t/jawab seluruh dunia dan dlm rumahtangga juga. Jgn jadi org yg ambil t/jawab seluruh dunia tapi lalai dlm t/jawab dlm rumahtangga. Jgn jadi org yg melahirkan anak dan jadi perosak pd agama. Kalau anak tak makan, ibu akan rasa gelisah. Kalau anak tak ke sekolah, ibu akan rasa gelisah. Kalau anak tak buat homework, ibu akan rasa gelisah. Tetapi anak tak ke masjid, tiada ibu yg gelisah. Kehidupan anak tak mengikuti sunnah, tiada ibu yg gelisah. Macam mana nak tunjuk muka kita depan nabi s.a.w di akhirat nanti.

Kemana fikir kita hari ni? Org2 yahudi jadikan anak2 mereka yahudi. Org2 nasrani jadikan anak2 mereka nasrani. Org2 musyrik jadikan anak2 mereka musyrik. Adakah kita jadikan anak2 kita org2 beragama? Adakah kita lahirkan keinginan utk amalkan sunnah dlm hati anak2 kita? Pernahkah kita ceritakan syurga dan neraka di hadapan anak2 kita? Adakah kita ajak anak2 kita duduk dlm halaqah taklim di rumah kita? Adakah mereka takut dgn Allah? Kalau dah pernah keluar jln Allah tak dtg fikir ini, apakah malangnya nasib kita.

Nabi s.a.w bagitahu ada 2 cara kehidupan utk jaga muasyarat kita:
  1. perasaan malu
  2. hidup sederhana
Perasaan malu adalah sebahagian dari iman. Org yg tak malu dgn Allah dan rasul, apakah mereka akan malu dgn makhluk lain? Dlm malu ada ketaatan. Tanpa malu ketaatan akan hilang.

Dlm kehidupan kita bawa sifat kesederhanaan. Bawa kehidupan sunnah. Dlm muasyarat ada malu. Tapi batil telah masuk dlm rumah kita dan hilangkan perasaan malu dari rumah kita. Wanita2 yg telah keluar di jln Allah, jgn sekali-kali bawa masuk TV ked dlm rumah. Kalau ada, kita buang TV tersebut. Inilah benda yg menyebabkan anak2 kita hancur binasa. Batil masuk ke rumah kita melalui jln ini. Bawa kehidupan yg halal dlm kehidupan kita. Jgn bawa balik makanan dari sumber yg haram. Tapi hari ni wanita jadi pendorong suami bawa balik makanan yg haram.

Isteri yg tidak ada kasih sayang pd suami akan memaksa suaminya bekerja sepanjang hari 12jam tanpa memikirkan kehidupan akhirat suaminya. Sedangkan kehidupan sahabat, apa sahaja yg terjadi jgn sampai rosakkan kehidupan akhirat. Biarlah dunia hancur tak mengapa, tapi akhirat suami saya terjaga. Isteri2 nabi s.a.w, tanpa harta benda, wang ringgit, mereka menghidupkan rumahtangga nabi s.a.w. tapi kita hari ni isteri kita tanpa harta benda, wang ringgit jadi gelisah hidup mereka.

Di zaman sahabat/sahabiah, agama dtg ke rumah melalui suami2 mereka. Isteri tunggu di rumah dan bila suami pulang terus tanya apa ayat yg diwahyukan pd nabi hari ni, apa hadis nabi hari ni, apa takazah agama yg dibincangkan hari ni. Hari ni barang2 bazar sampai ke rumah kita tapi berita2 dari masjid tak sampai ke rumah kita. Hari ni, isteri tak bertanya dan suami yg balik dari masjid tak bagitahu isteri.

Bina akhlak kita. Akhlak yg baik menyebabkan musuh jadi teman. Rumah yg dipenuhi dgn pergaduhan bukan rumah org yg buat usaha agama. Jadikan keluarga kita sebagai teman2 kita. Menantu faham mak mertua sebahagian dari hidup mereka dan mak mertua faham menantu sebahagian dari hidup mereka. Menantu yg menggangap mertua sebagai ibu tak akan melihat keburukan ibunya. Mertua yg menggangap menantu sebagai anak sendiri tak akan ambil hati dari kesilapan menantu. Akhlak kita mesti spt nabi s.a.w. Org yg buat jahat dgn kita, kita buat baik dgn mereka. Org yg memutuskan silaturahmi dgn kita, kita sambung silaturahmi dgn mereka. Inilah yg kita kehendaki melalui usaha dakwah ini. Supaya muasyarah kita jadi agama yg sempurna. Muamalat kita begitu bersih hingga jadi contoh utk org lain. Dunia akan lihat betapa cantik akhlak dan kelembutan kita. Dunia dpt lihat ada suasana agama di rumah kita. Sehingga semua rumah2 org islam jadi spt rumah2 di madinah munawwarah.

Setiap mahalah hidupkan taklim ijtimai mingguan. Suasana dihidupkan sehingga setiap rumah org islam dimahalah kita jadi rumah tempat persinggahan jemaah2. dan isteri2 akan berdoa dah lama jemaah tak dtg ke rumah saya, bila la jemaah akan dtg ke rumah saya. Isteri mendesak suami bentangkan takazah ini, rumah kita dah lama tak terima jemaah. Pastikan setiap 3 bln keluar jemaah masturat dan setiap bulan ada jemaah dtg ke rumah kita. Bukannya keluar 3H setiap 3 bln dan lagi 2 bln kita cuti, tidak.  Lagi 2 bln terima jemaah masturat ke rumah kita. Kalau buat spt ini, kita akan lihat bagaimana Allah akan gunakan anak isteri kita utk bantu agama. Allah akan tukar keyakinan anak isteri kita.

Allah jadikan hati wanita lebih cepat menerima kebenaran drp lelaki. Wanita adalah org pertama yg ucap kalimah syahadah. Wanita adalah org pertama yg menerima iman. Wanita adalah org pertama yg memberi kerjasama pd nabi s.a.w. Wanita adalah org pertama yg korbankan nyawa utk agama. Seluruh kemuliaan ini Allah letak pd wanita. Salam pertama dari Allah kpd wanita pd awal nabuwwah. Salam yg Allah sampaikan pd lelaki selepas 9 thn hijrah.

Org2 malaysia kena ambil t/jawab ini. Sehingga mahalah kita jadi tempat teduhan dan rasa sejuk bila jemaah dtg ke tempat kita. Jemaah2 yg dtg ke tempat kita merasa tenang menziarahi kaum keluarga kita. Kenapa? Kerana hidup amalan dlm rumah kita. Inilah perkara yg perlu diusahakan. Usahakan supaya dtg perasaan t/jawab dlm hati2 kita. Sehingga lahir wanita yg tinggal dlm 4 penjuru rumah, mereka solat 2 rakaat, mereka berdoa pd Allah hidayat utk seluruh manusia hingga hari kiamat.

Wanita tinggal di rumah dan lahirkan anak2 yg alim, hafiz, da’i, dan pergi ke seluruh dunia dan sempurnakan takazah seluruh dunia. Wanita tinggal di rumah dan sediakan suami mereka utk bergerak seluruh dunia utk sempurnakan takazah agama. Dan wanita yg tinggal di 4 penjuru rumah ini, mereka sendiri keluar di jln Allah bersama suami mereka utk sempurnakan takazah agama seluruh dunia.

Islam adalah satu mazhab di dunia ini yg memuliakan kaum wanita. Islam hanya satu2 nya agama yg meninggikan darjat wanita. Bahkan nabi dtg ke dunia ini utk memuliakan kaum ibu. Mengenai anak perempuan yg lahir dlm keluarga ada janji2 dari nabi s.a.w. tapi anak lelaki tiada. Rumah yg melahirkan anak perempuan, salam Allah sampai pd mereka. Nabi s.a.w bersabda, keluarga yg melahirkan anak pertama perempuan, anak kedua perempuan, anak ketiga perempuan, mereka suka dan reda menerimanya, bukan satu beban, akan dpt 2 perkara. 1. syurga  2. dekat dgn nabi di syurga seumpama 2 jari. 2 anak perempuan pun akan dpt fadilat yg sama.

Nabi kata pd Fatimah yg keletihan, mengangkat air dlm bekas, masak makanan, tiada apa2 yg lain utk kamu melainkan syurga sahaja. Dibawah tapak kaki ibu ada syurga. Di hari akhirat, satu org yg bawa pahala sebesar gunung, Allah akan kata pdnya, Aku tak akan reda dgn kamu selagi ibu kamu tak reda dgn kamu. Islam memuliakan wanita. Begitu tinggi darjat wanita sehingga khatijah menerima salam dari Allah. Melalui doa wanita, anak yg mati hidup kembali. Kerana tangisan wanita nizam alam ini bertukar.

Agama t/jawab kita. Kita kena sentiasa letak t/jawab agama di depan dan jadikan usaha agama usaha kita. Jadikan kehidupan kita kehidupan yg malu. Islam akan jadi cacat sekiranya hukum purdah tidak diturunkan. Semua buah dlm dunia berkulit. Kulit menjadi penjaga kpd isi. Allah jadikan purdah sebagai penjagaan bagi wanita. Di syurga tiada apa2 amalan tapi malu bagi wanita tetap ada. Semua lelaki yg berada di pintu syurga diperintahkan oleh Allah supaya ke belakang. Wanita diberi keutamaan masuk syurga. Pd hari jumaat ahli syurga dpt ziarah Allah. Di medan menziarahi Allah ada kursi, di setiap kursi ada nama2 ahli syurga. Lelaki akan ditempatkan di situ. Wanita pula dari mahligai2 mereka terus dpt ziarah Allah. Allah sangat jaga ‘hayah’ wanita, di syurga pun tak bercampur dgn lelaki. Tapi hari ni kita merosakkan mereka di dunia ini.

Tapi di neraka lelaki dan wanita bercampur sekali. Di azab sekali. Kita lihat kehidupan apa yg kita sedang lalui, kehidupan syurga atau neraka? Kita jagailah muasyarat kehidupan kita. Dlm masa mati pun, masih dijaga kehormatan wanita. Fatimah kata, bila aku meninggal bawalah jenazah aku di waktu malam yg gelap kerana aku tak nak lelaki lihat jenazah aku. Kita kena ajar wanita kita berpurdah. Bukan purdah yg berfesyen. Walaupun berpurdah banyak mata yg melihat ke arah purdah. Adakah ini purdah yg nabi mahukan? Apa perintah dlm quran mengenai purdah? Lelaki dan wanita kena tahu. Macam mana syarie purdah yg betul. Sebagaimana solat adalah fardu, demikian juga wanita berpurdah adalah fardu. Di syurga pun ada sifat malu bagi wanita, apatah lagi di dunia ini. Keupayaan utk mentaati perintah ini akan wujud bila kita keluar di jln Allah.

Usaha dakwah illallah ini ada 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah t/jawab lelaki dan wanita.
  1. menghidupkan 5 amal di rumah
  2. hidupkan taklim mingguan masturat di setiap mahalah
  3. wanita keluar di jln Allah 
setiap rumah kena hidup dgn 5 amal samada pernah keluar di jln Allah atau tak pernah keluar di jln Allah. Sediakan org2 yg dtg ke rumah kita utk hidupkan 5 amal di rumah2 mereka.
  1. hidupkan halaqah quran
  2. hidupkan taklim fadhail
  3. muzakarah 6 sifat sahabat
  4. hidupkan suasana tashkil dlm rumah
  5. mesyuarat harian
100% ahli keluarga dlm rumah kita tahu baca quran. 100% ada hubungan dgn quran. Inilah maksud usaha ini. Yg terbaik antara kamu ialah yg belajar quran dan mengajarkannya. 1 ayat quran yg diajarkan lebih baik drp 100 rakaat solat sunat. Halaqah quran bukan utk org tak tahu baca quran bahkan halaqah quran di rumah ini satu amalan yg tetap, samada tahu baca atau tak tahu baca quran, halaqah ini tetap diteruskan di rumah kita. Menghafal surah2 dlm quran. Baca quran dlm solat2 sunat. Sehingga rasa sedap baca quran dlm solat.

Hari pertama baca fadilat amal dan fadilat sedekah. Hari kedua baca muntakhab hadith. Setiap hadis diulang baca 3 kali dan keterangannya dibaca sekali sahaja.

Dgn muzakarahkan 6 sifat sahabat ini menjadikan ahli keluarga bersifat da’i. akan dtgkan istiqdat/kemampuan utk amalkan agama dlm kehidupan mereka.

Dgn tashkil, kaum ibu juga ada semangat/jasbah utk keluar di jln Allah. Anak2 juga ada jasbah utk keluar di jln Allah. Dlm perang uhud, anak2 berdiri di atas jari2 kaki mereka utk tunjukkan mereka dah tinggi/besar dan sedia utk keluar dan berjuang di jln Allah. Hari ni tak ada suasana ini, nak hantar anak pergi masjid pun anak tak sedia.

Dlm mesyuarat, putus siapa yg nak baca taklim dan muzakarah 6 sifat sahabat esok hari.

Kena usahakan agar semua rumah di seluruh Malaysia hidupkan 5 amal di rumah mereka. Dari karguzari yg kita dengar, dlm halaqah ada 200 masjid, ada 200 taklim tapi taklim rumah ada 12 sahaja.

Lelaki ada perhimpunan mlm markaz setiap minggu dan demikian juga bagi wanita ada taklim mingguan masturat di mahalah mereka sendiri. Tempohnya dlm 1 jam hingga 1½ jam. Kumpulkan wanita di satu rumah dan dengar bacaan hadis fadilat. Setiap mahalah perlu sempurnakan syarat2 yg ditetapkan oleh nizamuddin. Setiap ahli jemaah masjid perlu fikirkan perkara ini. Setiap wanita yg pernah keluar di jln Allah, mereka juga perlu fikir bagaimana mahalah kita sendiri hidup taklim mingguan. Bila setiap mahalah menghidupkan taklim mereka sendiri, maka Allah akan campakkan istiqdat/keupayaan dlm diri mereka utk sambut takazah utk pergi seluruh alam.

Syarat utk hidupkan taklim mingguan:
  1. rumah yg ada hijab yg sempurna. Sebak-baiknya suami-isteri pernah keluar di jln Allah. Tak pernah keluar pun di bolehkan.
  2. dlm mahalah tersebut ada 3 masturat pernah keluar 10 hari. Kalau 2 org shaja pernah keluar 10 hari, kena ada masturat yg pernah keluar 3 hari lebih dari 3 kali.
  3. jemaah masjid yg kuat yg boleh pantau taklim masturat di mahalah mereka dgn baik.
Taklim mingguan masturat hanya boleh di jlnkan dgn persetujuan markaz sri petaling.

Wanita keluar di jln Allah setiap 3 bln 3 hari. Perlu buat tashkil. Sebanyak mana rakan seusaha yg ada di masjid kita, pastikan semua bawa masturat keluar 3 hari setiap 3 bln. Jemaah masturat 3 hari ini akan membina keupayaan wanita.

Hanya  3 syarat sahaja utk melayakkan seseorang keluar di jln Allah:
  1. purdah yg sempurna ikut syariat. Sarung tangan, sarung kaki. Tutup muka.
  2. keluar bersama dgn mahram
  3. tak bawa anak2 kecil. 
Setelah keluar 3 hari berturut-turut, kemudian barulah boleh keluar 10 hari. Lelaki yg nak bawa masturat keluar 10 hari, mereka mesti dah keluar 40 hari terlebih dulu. Rupaparas mereka ialah rupaparas org beragama. Wanita yg pernah keluar 10 hari, ditashkil utk keluar 40 hari dan mahram mereka mesti yg dah pernah keluar 4 bln. Yg dah pernah keluar 40 hari di IPB, barulah boleh keluar 2 bln negara jauh  setiap 3 thn sekali. Setiap 3thn sekali keluar 40hari atau 2bln. Setiap thn keluar 10 hari. Setiap 3bln keluar 3 hari. Ini adalah tertib yg telah ditetapkan utk kaum ibu keluar di jln Allah.

Setiap thn ada 2 kali jor utk wanita yg pernah keluar 10hari, 40hari, 2bln. Dtg ke tempat jor bersama mahram. Jor ini adalah utk kedepankan masturat utk sambut takazah. Supaya wanita yg dah keluar 10hari mereka dimajukan keluar 40hari. Dari jor tersebut ada tashkil tunai dan jemaah dibentuk. Mereka yg dah pernah keluar 40hari dimajukan utk keluar 2bln negara jauh, passport disediakan dan jemaah dibentuk. Tertibkan jemaah dlm dan luar negara sehingga semua org terlibat dlm usaha membina iman, suka beribadat, dtg sifat malu dlm muasyarah, cari pendapatan yg halal, dan fikir tutup cara yg haram masuk ke dlm rumah kita, jadikan akhlak kita spt akhlak nabi s.a.w. tarbiyah anak2 supaya ikut amalan sunnah dan jadi org yg bertanggungjawab bawa agama ke seluruh dunia. 

Comments

  1. Mhon save dan share artkel2 tuan
    Jazakumullahukhaira

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Anonymous20.9.17

    Assalamualaikum wbt. Saya minta izin share article2 tuan. Jazakallahu khair.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir