Malfuzat Maulana Yusuf

Dlm usaha tabligh ada beberapa tarbiyah yg harus kita lakukan. Usaha hidupkan mahul (suasana) solat yg betul di masjid-masjid. Berkorban masa sekurang-kurangnya 4 bulan utk khuruj fi sabilillah, 40 hari setiap tahun, 3 hari setiap bulan dan 2 kali jaulah di setiap tempat. Hidupkan taklim, tasbih, solat sunat di masjid masing2 dan hidupkan suasana dakwah iman dan yakin. Apabila org islam bersama-sama menjalankan amalan-amalan ini maka agama akan hidup seperti di zaman Rasul s.a.w.

Maksud usaha tabligh ialah supaya masyarakat islam menjalani hidup mereka mengikut perintah Allah dengan tertib 6 sifat. Hanya melalui latihan, perkara ini akan difahami. Tetapi ramai dikalangan masyarakat yg berilmu yg silap memahaminya hingga maksud dari lafaz 6 sifat tidak dpt dilaksanakan sepenuhnya. Berusahalah mengikut apa yg kami fahami dan sebutkan serta ditulis semua perkataan yg diterangkan, insyaAllah akan dpt diingati. Biarpun ada yg menderita jasmani, kerugian harta dan bertentangan dgn kehendak nafsu, ramai juga mereka yg taat dan menyempurnakan perintah2 Allah.

Asbab usaha tabligh ini, suasana agama akan terbentuk dan akan wujud kerisauan serta fikir di dalam hati seseorang bagaimana agar umat ini terlepas dari cengkaman yahudi dan nasara. Asbab wujud risau dan fikir agama inilah, Allah akan menyinarkan kembali agama yg telah padam.

Mereka yg akan dihantar buat dakwah tabligh ke negara2 eropah dan amerika ialah org yg yakin kuat kpd Allah, hati mereka tidak akan terpengaruh apabila melihat cara kehidupan penduduk negara2 tersebut mencari rezeki dan muasyaratnya malah sebaliknya. Kehidupan masyarakat di sana amat bertentangan dgn cara islam dan amalan nabi s.a.w. Nescaya mereka akan menitis air mata apabila melihat keadaan demikian.


5 perkara apabila kita amalkan akan wujud suasana agama:

  1. keyakinan yg sempurna
  2. ilmu yg bermenafaat
  3. mengingati Allah
  4. semangat utk mencari keredaan ilahi
  5. mujahadah mengawal hawa nafsu

wujudkan 5 perkara ini dlm ibadat, akhlak dan muasyarat. Utk wujudkan kena buat usaha. Dgn 5 perkara ini ibadat akan hidup. Apabila dlm kehidupan wujud 5 perkara ini, maka akan menyebabkan turun bantuan Allah. Buat tabligh dgn 5 perkara ini serta sediakan org lain sama-sama berusaha, beribadat dan berlatih atas 5 perkara ini. Oleh kerana itu, kita harus hidupkan amal makami, berdakwah di setiap tempat dan pergi ke negara lain utk sebarkan dakwah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir