safar syura – bayan ust hazim

05/07/2017 - Sri petaling

Maksud drp setiap amalan adalah ketaatan dan mendekatkan diri kpd Allah. Segala usaha, susah payah, dlm amal kebaikan yg dibuat semata2 utk menghampirkan diri kpd Allah dan dpt redho Allah. Bila dpt keredhaan Allah maka seseorang itu akan dpt kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat. Allah adalah rob seluruh alam, pemerintah seluruh alam, yg mentadbir seluruh alam, yg menentukan keadaan kehidupan setiap manusia di dunia dan di akhirat. Bila Allah redha dgn seseorang maka Allah akan bagi kejayaan dunia dan akhirat. Akan tetapi bila Allah murka dgn seseorang, walaupun segala asbab ada dgn dia, kerajaan, pemerintahan, harta, pangkat, kedudukan, emas, perak, segala2nya ada, tapi Allah tak bersama dgn dia, maka dia akan gagal dan hina di dunia dan di akhirat.

Org yg beriman pd Allah, yakin pd kehidupan akhirat, yakin dia akan kembali pd Allah, yakin dia akan dihisab oleh Allah dan Allah akan tentukan keadaan dia di akhirat nanti, yakin Allah s.w.t akan buat keputusan atas diri dia di akhirat nanti, maka org yg macam ni hanya ada satu tujuan sahaja hidup di dunia ini iaitu macam mana nak dpt redha Allah.

Utk dpt redha Allah, dia akan usaha dan guna segala salahiyat, kebolehan, kemampuan, kepandaian dan harta yg Allah bagi pd dia utk capai maksud tersebut. Nabi s.a.w telah dtg dan bagi penerangan pd kita bahawa utk dekatkan diri dgn Allah bukan dgn harta, kedudukan sebaliknya utk dekatkan diri dgn Allah hanya dgn iman dan amal.

Maksud/tujuan segala amal adalah utk dekatkan diri pd Allah. Tidak ada amalan yg lebih afdal, yg lebih hebat, yg lebih tinggi utk dekatkan seseorang kpd Allah, iaitu amal yg dibuat oleh semua nabi2 dan rasul2 a.s, iaitu amalan dakwah. Dakwah adalah kerja/usaha semua nabi. Nabi2/rasul2 adalah manusia paling hampir dgn Allah. Oleh itu, utk dpt penghampiran pd Allah, maka kena buat kerja/usaha sebagaimana kerja/usaha yg telah dibuat oleh nabi2 dan rasul2.

Macam mana nabi s.a.w jalani kehidupan baginda maka macam itulah juga kita nak habiskan kehidupan kita. Macam mana siang baginda, begitulah siang kita. Macam mana malam baginda, begitulah malam kita. Macam mana baginda guna harta dan diri, begitulah juga kita kena guna harta dan diri. Barulah kita akan dpt penghampiran diri kpd Allah.

Nabi s.a.w telah dipilih oleh Allah. Daripada seluruh manusia, Allah pilih org arab. Drp seluruh org arab, Allah pilih org quraish. Drp seluruh org quraish, Allah pilih bani Hashim. Drp seluruh bani hashim, Allah pilih baginda muhammad s.a.w. Baginda jadi penghulu/ketua bagi semua nabi dan rasul. Kerja dakwah adalah kerja pilihan Allah. Allah telah pilih nabi2 dan rasul2 a.s dan Allah telah ambil kerja nabuwwah/kerja dakwah drp mereka.    

Utk sebarkan agama, utk pelihara agama, utk jaga agama, maka Allah pilih manusia2 pd setiap masa dan gunakan harta dan diri mereka utk agama Allah. Allah jadikan mereka asbab hidayat. Sebagaimana Allah pilih para sahabat, salafussolihin dan ulamak2 terdahulu. Setiap drp kita juga kena ada keinginan agar diri, harta, masa, kebolehan kita juga dpt digunakan utk bantu agama Allah. Semua benda yg digunakan utk agama Allah akan jadi bernilai/berharga. Sehinggakan najis kuda yg dibawa utk keluar di jln Allah juga akan di timbang dlm neraca kebaikan di akhirat nanti. Sebab ia ada hubungan dgn kerja kenabian. Bertuahlah org2 yg Allah telah pilih dan guna dia utk agama. Allah tak berhajat pd sesiapa. Allah boleh guna binatang utk sebarkan agama. Allah pilih kita yg hina dan penuh dgn dosa, Allah guna sedikit drp diri, harta dan masa kita. Ini ehsan yg sangat besar drp Allah dan kita kena bersyukur pd Allah.

Allah akan ambil kerja drp mereka yg mana dlm diri ada talab/keinginan, ada fikir, ada risau nabi s.a.w. Maulana umar palanpuri kata, Allah s.w.t akan ambil kerja dari manusia yg mana hati mereka mirip dgn hati nabi2. Dlm hati nabi2 ada perasaan inginkan kebaikan, hidayat, kesejahteraan dan kejayaan utk umat. Hatta utk musuh dan org yg membenci, buat jahat, putuskan hubungan, pun nabi nakkan kebaikan utk mereka. Bagaimana seluruh manusia dpt selamat dari azab Allah.

Kita kena muhasabah diri kita. Sejauhmana Allah telah guna diri/harta/masa/istiqdat kita utk agama. Tanda Allah sayang pd seseorang, Allah guna utk agama. Lagi banyak Allah guna maka lagi banyak Allah sayang dan makin hampir dgn Allah. Kita kena menangis dan merayu/berdoa berjam2 di depan Allah.

Pertama, kita kena wujud sifat dlm diri. Ia akan jadi asbab qabuliyat/penerimaan. Wujudkan dlm diri sifat2 yg ada pd nabi2 dan rasul2 e.g yakin pd Allah, ihtimam pd sunnah, ikhlas, rendah diri dan banyak lagi

Kedua, pengorbanan. Kita kena sentiasa kedepankan diri utk takazah agama. Takazah makami, takazah beruni, takazah bulanan, takazah, mingguan, takazah harian. Sejauhmana kita kedepankan diri utk sambut takazah, maka sejauh itu Allah akan ambil kerja dari kita. Jangan kita mengelak dari menyambut takazah, dikhuatiri lama-kelamaan akan sampai satu masa Allah tak nak ambil kerja drp kita. Walaupun kita nak, tapi Allah tak sudi nak ambil kerja drp kita. Oleh itu, setiap drp kita, org lama, org baru kena sentiasa kedepankan diri utk sambut takazah markaz, takazah halaqah, takazah masjid. Allah akan bina istiqdat dlm diri kita. Kita fikir kita tak mampu nak sempurnakan takazah tapi bila Allah terima/qabuliyat, maka Allah sendiri akan sediakan semua keperluan. Allah akan bina istiqdat. Fikir, risau, usaha atas setiap takazah. Sepertimana seorang sahabat yg fikir tentang takazah azan maka Allah dtgkan mimpi. Walaupun dia seorang sahabat yg tidak dikenali. Semua sedia insyaAllah…

Selepas ini tuan2 duduk dlm kelopok dan dlm halaqah masing2. Ada 7 takazah akan dibentangkan. Dengar betul2. Bawa balik takazah ni ke halaqah, ke mahallah dan bagitahu anak isteri tuan2. bentang takazah ini dlm mesyuarat harian tuan2.


  1. jemaah negara jauh yg telah dibentuk dari jor karkun lama bln april yg lepas, masih ada baki jemaah yg belum sempurna. Sempurnakan jemaah tersebut dlm bulan julai ini. 4B lelaki dan 2B masturat.
  2. jemaah baru di bentuk ogos hingga disember. 4B/2B/40H. Luar negara, negara jiran, dlm negeri, jln kaki dll, bentuk jemaah induk 3-4 org dan usahakan sehinga dpt keluar dlm thn ini
  3. kehadiran mesyuarat nizamuddin pd 28/10/2017. siapa yg patut pergi. Seramai mungkin. Org t/jawab halaqah dan org yg buat kerja. Org2 lama.
  4. tertib 2 bulan nizamuddin. Yg dah keluar 4B. tertib utk faedah diri kita. Supaya cara kerja dan fikir kita sama dgn nizamuddin. Setahun 2 kali kena pergi nizamuddin. Supaya tak ketinggalan dari mansha nizamuddin
  5. khidmat 10 hari di markaz sri petaling setiap bulan. Org2 lama. Supaya dpt belajar kerja dan peningkatan kerja dlm diri.
  6. peningkatan azam nizamuddin. Peningkatan dlm usaha tempatan. Utk menyempurnakan azam2 tersebut dlm masa 3 bln hingga okt, setiap halaqah keluarkan jemaah 10H bergerak dlm halaqah berterusan. Yg sedihnya ada rakan seusaha yg tak tahu apa azam halaqah pun.
  7. hantar jemaah ke kawasan pendalaman. Jemaah jarang masuk. Perlukan belanja yg besar dan sedia utk bermujahadah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir