safar syura - bayan nasihat ust hamid

05/07/2017 - Sri petaling

Allah s.w.t telah muliakan kita dgn usaha agama. Usaha yg Allah telah kurniakan pd nabi2 dan rasul2, manusia pilihan Allah dan manusia maksum yg dipelihara oleh Allah. Setelah wafat baginda s.a.w, Allah telah amkan usaha kenabian kpd seluruh umat nabi s.a.w yg ada kalimah lailahaillallah muhammadurasulullah. Sebagaimana para nabi dan rasul bertanggungjawab atas umat mereka, begitu juga setiap umat ini bertanggungjawab atas seluruh umat, sebagai penyambung kerja baginda s.a.w.

Allah s.w.t menyembunyikan segala kelebihan dan fadilat dlm usaha agama dan amalan agama adalah sebagai satu ujian utk kita. Bergantung pd keyakinan kita pd janji2 Allah. Sejauh mana keyakinan kita pd janji Allah dan janji rasul, maka sebanyak itulah kita mampu meluangkan masa, bermujahadah, bersusah payah utk usaha agama dan amal agama. Sebanyak mana lemahnya iman/keyakinan kita terhadap janji Allah dan janji rasul, sebanyak itulah kita lemah utk korban dan buat amal.

Keyakinan ialah menyakini apa yg disampaikan oleh baginda s.a.w. Keyakinan ini perlu diusahakan. Keyakinan yg mampu utk mendorong kita dan seluruh umat terus taat perintah Allah dan terus berkorban diri dan masa utk agama Allah. Para sahabat r.hum, bila beriman pd Allah dan rasul, keyakinan yg begitu kuat dtg dlm hati mereka sehingga sedikit pun mereka tidak teragak2 utk korbankan nyawa dan harta mereka utk agama Allah. Dlm satu peperangan, nabi bersabda: bangunlah kamu kpd syurga yg lebarnya selebar langit dan bumi. Seorang sahabat telah dengar sabdaan tadi. Di tangan beliau ada beberapa butir kurma utk dimakan setelah beberapa hari tak makan. Beliau kata, utk makan beberapa biji kurma ini melewatkan aku masuk syurga yg telah ditawarkan oleh nabi s.a.w. Beliau mencampakkan buah tamar tersebut dan terus meluru ke medan tempur dan syahid di jln Allah. Keimanan yg sedemikian menyebabkan segala bantuan/nusrah Allah telah dtg pd sahabat. Bila mereka mengangkat tangan berdoa pd Allah, maka khazanah Allah terbuka. Bila mereka meminta pertolongan drp Allah, para malaikat akan dtg membantu mereka.

Umat ini, bila saya dan tuan2, tidak usaha atas iman dan yakin kpd janji Allah dan janji rasul, menyebabkan keyakinan kita hanya menjadi satu kepercayaan. Hanya percaya tapi tidak menyakini tentang hakikat janji Allah dan janji rasul. Usaha utk mendapat keyakinan pd perkara ini ialah melalui usaha dakwah. Usaha yg saya dan tuan2 sedang buat. Kita kena buat dgn sungguh2. Kita kena tunaikan hak dan tuntutan usaha dakwah. Bukan buat sambil lewa, buat main2. Bila buat usaha dakwah main2 maka ia akan jadi permainan. Bila buat sungguh2 maka ia akan jadi kerja. Dlm kerja dunia pun kita buat sungguh2, apatah lagi kerja para rasul, kerja yg boleh menyelamatkan diri kita dan seluruh umat dari azab Allah. Usaha yg menjadikan seseorang itu berubah kehidupan dia dari amalan2 ahli neraka kpd amalan2 ahli syurga. Usaha yg menyebabkan seseorang bertaubat kpd Allah. Usaha yg menyebabkan seseorang boleh menghampirkan diri kpd Allah. Begitu banyak perlu tumpuan, begitu banyak perlu tawajjuh dan sungguh2 serta doa kpd Allah, merayu pd Allah.

Alhamdulillah, tuan2 telah buat azam utk keluarkan jemaah dari bulan ogos hingga disember. Allah telah memberi pahala atas niat kita. Satu niat satu pahala tapi bila jadi kenyataan maka Allah akan gandakan 10 kali ganda. Kita sibukkan diri dgn usaha. Jgn kita sibukkan diri dgn perkara2 yg lagha, perkara2 yg tidak memberi faedah samada dunia mahupun akhirat. Lebih2 lagi perkara yg boleh menghapuskan pahala kita dan pahala2 kita di ‘transfer’kan kpd account org lain. Jgn kita mengumpat. Ini menyebabkan kita jadi org yg muflis di akhirat kelak. Org yg bawa amal yg begitu banyak tapi akhirnya amal tersebut akan diberi pd org lain. Kita jaga akhlak kita. Kita pelihara lidah kita. Kita pelihara tangan kita. Jgn kita menyakiti org lain. Nabi s.a.w bersabda; mukmin yg sejati ialah seorang mukmin yg memelihara mukmin yg lain drp gangguan2 lidah dan tangan. Jgn kita tulis sesuatu dgn tangan kita yg menyakiti org lain. Jgn kita ‘send’ sesuatu yg menyakitkan org lain. Ini termasuk dlm kesempurnaan iman. Keindahan islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara yg sia2.   

Usaha ini adalah usaha kenabian. Usaha ini perlu kpd sifat2 kenabian. Sifat kasih sayang. Sifat belas kasihan terhadap umat. Sifat bersabar atas segala tindak balas dari umat. Inilah contoh yg telah ditunjukkan oleh nabi s.a.w. Aisyah r.ha kata: nabi s.a.w tidak pernah mengambil tindakbalas atas apa2 org buat atas diri baginda. Tapi jika perkara berkaitan dgn hak2 Allah pasti nabi akan ambil tindakbalas dgn menjalankan hukum Allah. Atas zat diri Baginda s.a.w sendiri, semua telah dimaafkan. Seberat manapun, nabi tetap maafkan. Sifat inilah yg perlu ada dlm diri kita. Sifat kasih sayang pd umat dan tahammul, menanggung segala perkara yg tidak menyenangkan kita drp pihak umat dan kita maafkan mereka kerana Allah. Bila dlm diri kita ada sifat2 kenabian, kita mengharapkan dari Allah semoga Allah sudi menerima kita utk buat usaha agama dan dapat keredaan Allah. Semoga Allah ampunkan dosa2 kita dan masukkan kita ke dlm syurga dgn rahmatNya. Semoga Allah bagi taufik kpd saya dan tuan2 supaya kita sama2 dpt amalkan. insyaAllah

Kita bagi tumpuan dan tawajjuh pd usaha tempatan kita. Hidupkan 5 amal di masjid kita. Hidupkan 5 amal di rumah kita. Kita baca hadith2 nabi berkaitan dgn 6 perkara. Ini akan menambahkan keyakinan kita kpd janji Allah dan janji Rasul.


Doa.             

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir