Jor qudama’ 2018 - bayan maghrib : maulana saad

24/03/2018 - sri petaling

Tuan2 yg mulia,

Utk umat ini dpt amal agama secara istiqamah dlm kehidupan, umat ini perlu pd nusrah/bantuan Allah. Hanya dgn bantuan/pertolongan Allah umat ini dpt amalkan agama dlm setiap keadaan dan setiap tempat secara istiqamah. Satu anggapan/fahaman yg salah/batil, mengganggap bahawa agama perlu diamalkan mengikut keadaan/suasana setempat, mengikut keadaan sesuatu negara, mengikut undang2 sesuatu kawasan.

Maksud nabi s.a.w dihantar adalah utk mengzahirkan agama ini ke seluruh alam. Agama yg dibawa oleh nabi s.a.w akan dpt mengatasi kesemua agama2 yg lain dlm apa sahaja keadaan. Kalau agama hanya diamalkan di beberapa tempat maka ini bertentangan dgn maksud nabi s.a.w diutuskan oleh Allah s.w.t. Agama yg dibawa oleh nabi s.a.w adalah utk seluruh manusia di seluruh alam. Ianya tidak tertekan dgn mana2 undang2, ianya tidak terikut dgn apa2 keadaan. Ianya adalah ketetapan Allah s.w.t, ianya dpt diamalkan dlm setiap keadaan tapi dgn syarat bersama dgn umat ini ada bantuan Allah s.w.t. Bila ada bantuan Allah, pasti agama ini dpt didirikan oleh umat ini dlm setiap keadaan.

Allah s.w.t sendiri telah ingatkan nabi s.a.w bahawa baginda tak perlu risau/takut pd tentangan, halangan, cacian dan makian. Nabi2 yg terdahulu juga telah diuji dgn ujian yg sama. Teruskan dgn dakwah, pasti bantuan Allah bersama dgn kamu. Utk satu org itu tak dpt bantuan Allah cukuplah dia berasa syak/ragu dgn bantuan Allah. Umat islam tidak boleh rasa syak sedikit pun terhadap bantuan Allah. Agama ini pasti dpt diamalkan oleh umat di seluruh dunia. Apakah sebab umat hari ni tidak dpt bantuan/pertolongan dari Allah sebagaimana umat yg awal (zaman sahabat) dpt? Zaman sahabat, bantuan Allah dtg pd 1 org menyebabkan dia dpt mengatasi ujian yg dtg dari kerajaan yg besar. Sahabat dpt istiqamah dlm agama kerana ada bantuan Allah.

Umat hari ni tak dpt istiqamah dlm agama kerana tak dpt bantuan Allah. Syarat utk istiqamah dlm agama ialah bantu agama Allah… intan surulullah hayan surukum wa yusab bit ad damakum… bila bantu agama Allah, pasti Allah akan bantu kita. Pasti dan pasti Allah s.w.t akan tolong/bantu kamu. Allah akan tetapkan kaki2 kamu, Allah akan teguhkan pendirian kamu atas agama. Utk bantuan Allah dtg secara ijtima’i pd umat ini, maka umat ini secara ijtima’i perlu bangun bantu agama Allah. Barulah dunia akan tunduk pd umat ini. Agama ini tak akan tunduk pd sesiapa. Umat ini kena bangun bantu agama Allah sebagaimana para sahabat telah bantu agama Allah.

Bantu org islam dan bantu agama islam adalah 2 perkara yg berbeza. Ramai org keliru. Ramai yg anggap bantu org islam adalah sama dgn bantu agama islam. Bantu org islam ialah bagi makanan, pakaian, ubatan, kewangan, tempat tinggal pd org islam. Bantu agama islam ialah pergi jumpa org islam, pujuk rayu supaya dia dpt tunaikan perintah Allah. Org kafir pun bantu org islam. Org kafir sekali-kali tidak akan bantu agama islam. Bantu agama islam ialah dgn perantaraan dakwah, mengajak manusia amalkan agama dlm kehidupan. Utk dpt bantuan Allah, Allah syaratkan, bukan Allah janji, umat ini kena bantu agama islam. Maulana ilyas rah. kata, satu org yg amalkan agama dlm kehidupan dia, dia dipanggil org beragama (deen dar) tapi dia bukan org yg membantu agama. Org yg bantu agama ialah org yg mana buat pengorbanan utk dirikan/tegakkan agama sebagaimana nabi dan sahabat telah buat, dakwah mengajak manusia kpd Allah.

Kisah abdullah bin huzaifah r.a, dia telah dihantar utk dakwah raja rom. Tiada persoalan siapa yg boleh didakwah dan siapa yg tak boleh di dakwah. Semua mereka dakwah, dari org yg paling miskin hingga raja yg paling kaya. Dakwah nabi dan sahabat bersifat umum. Abdullah huzaifah telah ditangkap dan ditawarkan masuk agama nasrani, dan akan dpt separuh kerajaan rom. Lagi tinggi kedudukan seseorang disisi Allah, maka lagi tinggi/besar ujian yg dtg dari Allah. Dia jawab, bukan separuh kerajaan, kalau bagi seluruh kerajaan rom pd aku, aku tak akan tinggalkan islam walau utk sekelip mata. Kekuatan ini dtg sebab mereka bantu agama Allah. buat pengorbanan harta dan diri utk agama Allah. Bantuan Allah bersama mereka bila mereka diuji.

Bukan maksud saya utk menafikan syukbah2 agama yg lain. Syukbah2 agama yg lain juga penting utk menghidupkan agama. Maksud dakwah adalah utk menghidupkan semua syukbah2 tersebut. Ada hubungan yg rapat antara usaha dakwah dgn semua syukbah2 agama yg lain. perlu antara satu sama lain supaya agama yg sempurna dpt di amalkan oleh umat ini.  


Utk mendapat nusrah dari Allah, itmammulhujjah (menyempurnakan hujjah) adalah sangat2 penting. Apa maksud itmammulhujjah? Yakni umat ini kena sempurnakan t/jawab. Menunaikan t/jawab secara sempurna. Tunaikan apa yg Allah suruh secara sempurna maka barulah layak umat ini dpt bantuan Allah. Org yg diperintah, iaitu umat ini, dia sendiri kena pergi jumpa org utk sampaikan dakwah. Hanya dgn menggunakan alat/perantaraan pd masa kini dan mengganggap ia sudah cukup utk tunaikan t/kawab, ia adalah satu salah faham yg sangat besar. Utk tunaikan t/jawab, umat sendiri kena bergerak dgn zat dia sendiri kena sampaikan. Dakwah yg paling utama ialah dakwah infradi. Nusrah ghaib Allah yg turun bersama dakwah infradi mengatasi bantuan Allah yg turun dgn dakwah ijtima’i.

Kisah nabi dlm perjalanan keluar di jln Allah. jumpa satu org badwi. Nabi sendiri pergi jumpa dia. Nabi tanya, adakah kamu sedia bersaksi bahawa aku adalah pesuruh Allah. Dlm cara dakwah nabi, kita dapati nabi s.a.w akan tinggalkan/tangguhkan majlis ijtima’i, bila ada takazah dakwah infradi. Betapa pentingnya dakwah infradi utk sempurnakan takazah setiap umat ini.

Satu ketika nabi s.a.w tengah bagi bayan pd para sahabat, ada satu org masuk dan duduk di pintu masjid. Dia kata, ajarkanlah pd aku apa yg Allah telah ajar pd kamu. Maka nabi telah tinggalkan majmak tersebut pergi jumpa org tadi dan ajar satu per satu kefarduan islam padanya. Nabi sempurnakan hajat dia dan kemudian sambung balik bayan. Dakwah infradi perlu diutamakan. Nabi telah tunjukkan secara amali dlm kehidupan baginda cara utk jalankan usaha dakwah.

Badwi tadi tanya siapa saksi kamu? Nabi tak suruh pun mana2 sahabat yg ada di sisi baginda utk jadi saksi. Nabi s.a.w telah tunjuk pd sau pokok yg ada di hujung lembah. Pokok ini akan jadi saksi. Pokok itu dtg kpd nabi membelah bumi. 3X bersaksi bahawa nabi adalah pesuruh Allah. maka dgn sebab itu badwi tadi telah ucap kalimah syahadah. Dgn dakwah infradi telah dtg nusrah ghaib dari Allah. Utk sempurnakan hujah, utk sempurnakan t/jawab dakwah, kita sendiri kena bergerak kpd umat dan dakwah kpd Allah. Tidak cukup hanya dgn tulis dan tekan satu butang dan hantar satu dunia dan anggap tugas dah selesai. Demi Allah, semua alat ini tidak boleh ganti diri utk bergerak jumpa umat dan tak cukup utk menyempurnakan t/jawab kita. Utk dpt bantuan Allah, sebagaimana sahabat telah dpt bantuan dari Allah, dgn bantuan Allah umat terpaksa dtg kpd hidayat, tunduk kpd kebenaran. Dlm kitab hayatus sahabah, maulana Yusuf rah. telah tulis satu bab yg khas tentang bantuan2 ghaib Allah. semua bantuan ghaib ini dtg kerana dakwah.

Nabi hantar jemaah2 sahabat yg kecil kpd raja2 yg besar. Jemaah sahabat yg kecil ini menyebabkan hancur kerajaan yg besar. Kerana sahabat bergerak utk dakwah. Walaupun nabi hantar surat kpd raja2, tapi bersama surat tersebut ada jemaah para sahabat bergerak membawa amal nabi s.a.w. mereka jadi asbab hidyat. Nabi telah hantar satu jemaah sahabat kpd kisra, raja parsi, bawa surat hanya sebagai bukti. Jemaah telah pergi buat dawah. Raja parsi telah koyak surat tersebut. Nabi kata, sebagaimana dia koyak surat tersebut, Allah akan koyakkan/hancurkan kerajaan dia. Kisra telah mati dibunuh dan Allah telah hancurkan kerajaan dia sehingga tiada seorang lelaki pun yg tinggal utk jadi raja. Inilah permulaan wanita dilantik sebagai raja. Setelah wafat nabi s.a.w, org munafikin cuba putuskan harapan umat ini drp bantuan Allah. bila putus harapan dgn Allah, maka akan terputus hidayat drp Allah. mereka cuba utk masukkan kesangsian ini pd sahabat, bahawa nabi dah tiada dan bantuan Allah pun dah tiada. Sangat penting kita kena cerita lagi dan lagi tentang bantuan ghaib Allah melalui perantaraan dakwah dgn cara nabi dan sahabat. Supaya timbul kembali harapan dlm hati umat ini bahawa penting buat usaha dakwah utk dpt nusrah ghaibiah Allah


Kita kena ambil berat utk buat dakwah infradi setiap hari. Utk dpt kekutan dlm ibadat. Dakwah infradi lebih penting dari makanan. Bantuan ghaib Allah tidak hanya khas pd zaman nabi dan sahabat sahaja. Janji bantuan Allah ini adalah utk setiap umat yg beriman sehingga hari kiamat. Bantuan Allah sentiasa bersama dgn org2 yg beriman. Bila org beriman amalkan agama yg dibawa oleh nabi s.a.w dan buat usaha sebagaimana nabi s.a.w. Bantuan Allah itu pasti. Siapa yg rasa ragu, maka hendaklah dia ikat lehernya dgn tali dan gantung diri sendiri. Bantuan Allah pasti bersama nabi dan usaha nabi.


Bila isteri2 nabi sendiri melakukan perkara yg bertentangan dgn keinginan nabi, bukan bertentangan dgn perintah nabi, bukan bertentangan dgn usaha agama yg nabi bawa, hanya bertentangan dgn keinginan peribadi nabi. Nabi suka minum madu. Sebahagian isteri2 nabi buat sesuatu bertentangan dgn keinginan peribadi nabi, mereka buat pun sebab mereka sayang pd nabi. Bukan kerana mereka benci pd nabi. Mereka nak nabi bagi masa lebih pd mereka. Bila nabi minum madu di rumah zainab r.ha, nabi duduk lama dgn dia sebab minum madu tadi, isteri2 yg lain rasa cemburu. Nabi bersumpah tak nak minum madu lagi selepas tu. Allah telah turunkan ayat quran memberi amaran pd isteri2 nabi. Allah iklankan bantuan yg besar kpd nabi s.a.w. Allah, malaikat dan semua org beriman bersama nabi. Apatah lagi kalau kita keluar di jln Allah, utk hidupkan agama, bagaimana besarnya bantuan Allah bersama dgn kita. Mereka yg menentang kerja nabi s.a.w akan berhadapan dgn Allah, malaikat dan seluruh org beriman. Pasti bantuan Allah bersama dgn usaha nabi s.a.w. 


Syarat pertama utk dpt bantuan Allah ialah bantu agama Allah. Syarat kedua ialah kena ada ijtimaiyat/kesatuan antara kita. Apakah maksud ijtimaiyat ini? Pecah belahkan umat ialah buat usaha ikut bangsa, bahasa, warna kulit, negara, keturunan. Usaha nabi adalah utk satukan umat. Nabi berusaha utk hancurkan perkauman, sifat perpecahan. Nabi telah bentuk jemaah yg terdiri dari setiap golongan. Suhail rumi, salman farsi, berbagai bangsa bersatu dlm satu jemaah. Inilah ketinggian akhlak umat ini. Keindahan islam bila umat dpt bersatu dlm satu jemaah tanpa ada perbezaan. Tidak ada perhimpunan berdasarkan tabaqat/golongan. Usaha ini adalah utk satukan umat. Satu org kulit hitam telah dtg berjumpa nabi s.a.w, adakah aku kulit hitam dpt masuk syurga macam org kulit putih spt kamu? Dlm syurga nanti, Allah akan jadikan kulit kamu putih dan cahaya putih itu akan kelihatan seribu thn perjalanan. Nabi s.a.w telah bagi kerja laungkan azan pd satu org kulit hitam. Kerja dakwah yg sempurna. Sahabat berebut-rebut nak jadi muazzin. Bukan macam kita hari ni, muazzin diberi pd org yg paling terendah sekali. Nabi banyak cerita tentang kelebihan muazzin sehingga sahabat berebut nak jadi muazzin. Di zaman nabi, muazzin adalah satu jawatan yg besar. Nabi s.a.w telah beri tugas muazzin ini pd hadrat bilal r.hu. Nabi sekali-kali tidak pernah membezakan org arab dgn org bukan arab. Semua kita adalah satu umat.

Satu kisah, qais bin hutaifah, yg rasa lebih layak utk bantu nabi sebab berbangsa arab dan boleh bercakap arab berbanding suhail, bilal dan salman. Dia rasa lebih layak utk buat usaha agama. Dia pandang rendah pd sahabat nabi yg 3 org ni. Muaz bin jabal telah dengar perkataan qais ini dan dia telah marah dan tarik leher qais dan bawa kpd nabi s.a.w. Nabi s.a.w begitu marah dgn kata2nya tadi dan nabi telah pergi ke mimbar dan kumpulkan sahabat. Walaupun nabi boleh nasihat dia seorang dan lepaskan dia. Nabi telah bagi bayan betapa buruknya perbuatan memandang rendah pd mereka yg telah buat pengorbanan utk agama Allah. Qais telah murtad akhirnya. Kenapa? Kerana pandang rendah pd org. Agama telah tersebar kerana org2 ansar telah terima org2 muhajirin. Org2 luar yg ada di negara kita perlu dibawa dlm kerja agama. Semua org layak utk buat usaha ini.

Di medan arafah, nabi telah melewatkan pergerakan. Semua sahabat tertunggu2. Rupa-rupnya nabi tunggu usamah. Bila usamah dtg baru bergerak. Usamah satu org yg berkulit hitam. Org2 yaman telah berkata, disebabkan satu org budak hitam ini kita telah lambat bergerak. Disebabkan kata2 tadi menjadi sebab berlaku kemurtadan org2 yaman semasa wafatnyua nabi s.a.w. Jgn sekali-kali kita keluarkan apa2 perkataan dan memandang rendah mana2 tabaqat umat, kita kena ambil kerja dari setiap umat.

Satu kisah lagi, pemimpin2 quraish minta nabi buat satu majlis yg berasingan utk mereka. Nabi setuju dgn niat mereka dpt hidayat. Tapi Allah tak gembira sehingga Allah telah turunkan surah abasa. Org2 bukan islam pun tak dipisahkan. Mereka juga dijemput duduk sekali dgn org2 islam supaya mereka terkesan dgn suasana islam. Apatah lagi org islam, semua umat perlu disatukan dlm usaha ini. Maulana ilyas kata, hendaklah melatih lihat org2 islam yg berdosa dgn pandangan mulia. Kedudukan org islam lebih tinggi dari baitullah


Kita kena belajar cara taklim nabi s.a.w. bagaimana sifat nabi, bagaimana kelembutan nabi dlm mengajar umat ini. Pernah satu org tanya pd nabi soalan2 tapi secara kasar. Nabi s.a.w sangat bersabar dgn kerenah umat dlm mendidik umat. Satu org da’i hanya akan berjaya dlm dakwahnya, dpt tunaikan hak kerja ini, bila dlm diri dia ada sifat sabar. Sifat tahamul, sifat ketahanan dlm dirinya. Sifat sabar adalah salah satu dari alamat nabuwwah, tanda2 kenabian. Sifat kenabinan spt sifat benar, sifat dermawan, ini adalah sifat2 yg ada pd nabi2. Satu lagi ialah tanda2 kenabian iaitu bukti bahawa dia adalah seorang nabi. Tanda2 ini diuji samada ia ada pd seseorang nabi atau tidak.

Kisah satu org pendeta yahudi, zaid bin saanah. Dia ada banyak pengetahuan tentang kitab2 terdahulu. Dia nak pastikan satu lagi tanda kenabian dlm diri nabi iaitu sabar. Satu org nabi, bila dizalimi, sifat kesabaran akan bertambah. Dia cari peluang nak uji kesabaran nabi. Bila dtg takazah utk belanjakan harta bagi org2 yg baru masuk islam. Org baru masuk islam, iman mereka masih lemah. Ini adalah salah satu tempat org islam utk belanjakan harta. Sahabat belanja harta mereka utk menarik org2 bukan islam pd islam. Utk dekatkan org2 islam pd islam. Utk ambil hati mereka. Juga utk ambil hati org2 yg baru masuk islam. Hari ni, org islam tak belanjakan harta utk perkara ini. Hari ni org islam hanya belanjakan harta mereka utk keinginan nafsu mereka semata2. Ini satu peluang utk zaid bermuamalah dgn nabi s.a.w. Dgn muamalah ini dia dpt menguji kesabaran nabi. Dia nak bagi pinjam wang emas kpd nabi dan bayar balik dgn buah2 kurma. Perjanjian dibuat. Sekian banyak dan sekian tempoh. Nabi setuju utk berhutang dgn dia. Tapi zaid telah dtg minta hutang 3 hari awal sebelum sampai tempohnya. Dia dtg dan marah nabi s.a.w. dia maki hamun nabi s.a.w. Dia ungkap perkataan2 yg menghina nabi s.a.w  sehingga umar r.hu telah marah dan hunuskan pedang dan minta izin dgn nabi utk pancung kepala dia. Umar telah mengancam utk bunuh zaid. Nabi tegur umar, kamu sepatutnya bagi nasihat pd aku supaya bayar hutang dia dan kamu sepatutnya nasihat dia minta hutang dgn cara yg baik. Dia ada hak utk meminta hutang. Nabi arahkan umar utk bayar balik apa yg telah dijanjikan dan tambah lagi 20 gantang extra. Zaid terkejut kenapa bayar lebih. Kerana sebagai balasan ancaman bunuh dari umar. Umar tanya kenapa kamu buat macam tu pd nabi. Zaid kata aku sengaja buat demikian kerana aku nak lihat sifat kesabaran yg ada pd nabi s.a.w. Aku dah dpt lihat tanda kenabian. Zaid bin saanah telah ucap kalimah dan masuk islam. Inilah dakwah nabi. Inilah dakwah yg sebenar.

Hari ni kita anggap dakwah hanya program tertentu. Bayan, gasht. Kita hadkan pd program tertentu. Sedangkan dakwah nabi s.a.w bukan itu sahaja. Kita kena bawa muamalat, akhlak yg baik dlm dakwah. Kalau kita hadkan pd program tertentu, maka org yg kita dakwah tak akan tertarik pd kita dan tak akan dpt hidayat dgn sebab kita. Lama2 akan jemu dan tinggalkan dakwah bila tak ada kesan. Kita kena usaha perbaiki diri, bertambah sifat baik dlm diri kita maka org akan tertarik pd kita menyebabkan dia dpt hidayat dan dtg pd agama dan usaha agama dan kita yg buat usaha ini pun bertambah semangat dan dpt istiqamah dlm kerja bila lihat kesan dari dakwah kita.

Sabar ada 2 keadaan. Sabar terhadap masalah2 peribadi, hutang, sakit dsbnya. Ini adalah masalah diri kita sendiri. Satu lagi bentuk sabar ialah bersabar dlm menjalankan kerja dakwah terhadap penentangan, kejian, kezaliman. Org lain yg buat atas diri kita. Itu kesabaran yg sebenar yg akan jadi asbab hidayat utk umat.

Org buat baik dgn kita dan kita balas kebaikan adalah hak yg wajib. Akhlak yg sebenar ialah kita buat baik dgn org yg buat jahat dgn kita. Org yg menindas kita, kita balas dgn kebaikan. Sifat kesabaran satu org da’i akan jadi asbab hidayat pd mad’u/org yg didakwahkan. Pada hari ni, mereka2 yg buat usaha dakwah ini bersabar dgn ujian2 dan halangan2 yg dtg dlm usaha dakwah ini maka Allah akan terima mereka, Allah akan jadikan mereka sebagai imam dan jadi asbab hidayat utk umat.

Seseorang akan maju dlm usaha dakwah ini, bukan sebab hubungan peribadi dia dgn sesiapa. Hubungan peribadi dgn amir, dgn syura, dgn org t/jawab, tidak akan jadikan dia maju dlm usaha ini. Seseorang akan maju dlm usaha dakwah ini bila dia ada takluk dgn Allah s.w.t. Lagi kuat hubungan dgn Allah, maka Allah akan majukan dia dan kedepankan dia dlm usaha.

Kisah suhaib bin am dan haris bin hisham, 2 org sahabat ini tak berada dlm medan usaha tapi mereka ada hubungan yg rapat dgn saidina umar r.hu. Satu ketika mereka berada dlm bilik umar, begitu rapat dgn umar, duduk di kiri dan kanan. Mereka sangka kedudukan mereka yg rapat dgn saidina umar, tiada siapa yg boleh kebelakangkan mereka. Bila org2 ansar balik dari keluar di jln Allah, sampai di madinah dan dtg jumpa saidina umar r.hu, maka saidina umar telah minta mereka berdua pergi ke belakang. Mereka terpaksa kebelakang-kebelakang hingga bilik tu dah penuh dan tiada tempat dan mereka berdua terpaksa duduk di luar. Mereka kata, tiada celaan pd amir, tapi kita yg salah. Kita yg tak keluar dan tak buat pengorbanan utk agama Allah menyebabkan Allah kebelakangkan kita. Bila majlis selesai, mereka berdua dtg jumpa saidina umar. Apakah cara kami berdua dpt bersama dgn mereka di depan. Saidina umar kata, kat dunia ini tak ada peluang bagi kamu. Cuma ada satu cara, kamu keluar dari madinah ni pergi ke negara sekian2, dan kamu terus buat dakwah dan taklim kat sana, ajak org kpd agama berterusan sampai mati, tak perlu balik madinah. InsyaAllah kamu akan dibangkit bersama dgn mereka di akhirat nanti.  Suhaib dan haris telah keluar di jln Allah dan tak balik2 ke madinah sehingga meninggal.

Hubungan kita dgn org tertentu tak dpt memajukan kita dlm usaha ini. Yg menyebabkan kita diterima oleh Allah, digunakan oleh Allah, dimajukan oleh Allah ialah bila kita ada hubungan dgn Allah. Setiap drp kita kena berusaha utk bina hubungan dgn Allah, dekatkan diri dgn Allah dgn ibadat2 kita dlm waktu2 sunyi. Bila satu org itu diterima oleh Allah, mula2 dia akan diterima di langit. Makhluk2 di langit akan terima dia. Kemudian Allah akan letak kemuliaan dia atas mukabumi. Semua makhluk akan terima dia, kasih dan sayang pd dia. Sehingga org2 yg tak pernah jumpa mereka pun sayang pd mereka. Kerana hubungan mereka dgn Allah begitu hebat.

Jangan sekali-kali selamatkan diri kita ataupun elakkan diri kita dari keluar di jln Allah atau dari takazah agama. Sifat mengelak dari menyambut takazah agama, ini sifat org2 munafikin. Di zaman nabi, suasana keluar di jln Allah terbentuk begitu sekali hingga org2 munafik pun tak ingkar utk keluar di jln Allah. apa yg mereka buat ialah mereka bagi alasan uzur supaya mereka tak diterima keluar di jln Allah. ada sahabat yg diberi keuzuran oleh nabi (uzur shar’ii), tak perlu keluar, mereka rasa bersalah/rasa berdosa bila tak keluar padahal telah diberi pelepasan oleh nabi. Hatta kanak2 yg belum mukallaf lagi, tak dibenarkan keluar di jln Allah, mereka menangis. Semua org bersatu atas usaha agama. Setiap org sambut takazah agama.  

Kita semua kena anggap usaha agama ini satu urusan jami’. Kita tak boleh tinggalkan takazah dakwah dan taklim/mendampingi alim ulamak utk belajar agama. Ini adalah 2 perkara amri jami’ bagi umat ini. Allah cerita dlm quran sifat2 sahabat ini. Urusan dakwah dan taklim ini kita tak boleh tinggalkan dlm apa keadaan pun. Uzur shar’ii pun kita kena minta izin. Diberi keinzinan pun kita masih kena istighfar pd Allah. kita kena rasa bersalah di depan Allah. kerana kita tinggalkan urusan dakwah dan taklim kerana urusan peribadi. Hari ni, kita yg buat usaha dakwah pun masih belum mengganggap usaha dakwah ini satu perintah Allah yg ijtima’i. kita anggap usaha agama ini satu pergerakan/program, siapa nak keluar siapa tak nak keluar, main2.

Dlm usaha dakwah ini tidak ada nisab. Utk khuruj tak ada nisab. 4B, 40H, 3H ni bukan nisab, ini hanya utk wujudkan keserasian, utk biasakan diri kita dgn usaha dakwah. Bila ada takazah kita kena keluar. Apa sahaja takazah kita kena sambut. Kita kena sentiasa bersedia dlm keadaan apapun. Ini satu perintah Allah yg umum. Kedepankan diri utk apa sahaja takazah. Dari kesibukan usaha dakwah, ambil masa sedikit utk keperluan. Itupun dgn keizinan dan beristighfar dgn Allah dan rasa bersalah kerana tinggalkan urusan dakwah.  

Majmak yg sanggup duduk dengar bayan 4 jam begitu mujahid sekali dan sanggup sambut takazah keluar di jln Allah. kita kena bergerak dgn diri kita sendiri. Bergerak jumpa umat. Bergerak cari umat. Utk sampaikan dakwah. Dizaman nabi, yg menghalang org buat kerja dakwah hanya org musyrikin sahaja. Yg pelik hari ni, org islam pun menghalang buat dakwah. Mereka kata buat dakwah tak perlu bergerak. Duduk satu tempat, biar org dtg jumpa kamu. Da’i adalah talib, mad’u adalah matlub. Org yg buat dakwah, dia nak pd org. org yg didakwahkan, dia yg dikehendaki. Talab satu org da’i akan jadi asbab hidayat bagi mad’u. Bila dlm hati da’i ada keinginan, sanggup bergerak bersusah payah mencari org, keinginan dlm hati jadi asbab hidayat. Kita kena bergerak seluruh dunia. Tinggalkan nisab. Sambut takazah setiap masa. Kalau kita hanya jaga nisab, kita akan jadi penghalang org bawah utk naik. Supaya org baru maju, org lama kena tambah nisab. Semua yg ada dlm ijtimak ni kena bagi nama utk keluar tunai 4B. kita azam setiap thn 4B. setiap bln 10H dan setiap hari 8 jam. Ini nisab sahabat yg paling rendah. 1/3  dari diri, harta dan masa utk agama. Tahap yg lebih tinggi ialah 1/2 harta, diri dan masa. Tahap yg lebih tinggi seluruh harta, diri dan masa utk agama. Semua sedia insyaAllah.

Tunai 4B, bangun.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir