Jor qudama’ 2018 - Bayan subuh : maulana shaukat

25/03/2018 - sri petaling

Tuan2 yg mulia,

Allah s.w.t telah hantar ratusan ribu nabi2 dan ratusan ribu umat sebelum ini. Tapi hanya satu2nya umat dari timur hingga barat, dari utara ke selatan, umat nabi s.a.w yg Allah ciptakan bukan hanya utk beribadatNya, akan tetapi buat usaha bagaimana agama tersebar ke seluruh alam supaya manusia terbebas dari melakukan perkara yg tidak disukai oleh Allah, dtg kpd perintah Allah. Inilah maksud umat ini dicipta.

Doa yg dibuat selepas pengorbanan akan diterima oleh Allah. Kita ini adalah umat hasil dari doa nabi ibrahim a.s. ibrahim a.s telah buat pengorbanan dan umat ini juga adalah utk pengorbanan. Utk tarbiyah umat ini, ibrahim minta seorang nabi dan kerja di beri pd umat ini. Nabi ibrahim minta 3 doa selepas buat pengorbanan dan 3 doa tersebut telah diterima oleh Alllah:1. umat   2. kerja   3.nabi

Nabi kata aku ini adalah doa ibrahim a.s, aku ini adalah berita gembira yg disampaikan oleh isa a.s dan aku ini adalah mimpi ibuku aminah. Aku adalah nabi yg terakhir, tidak akan ada lagi nabi yg akan dtg selepas aku. Kamu adalah umat yg terakhir, tidak ada lagi umat selepas kamu. Kamu bertanggungjawab utk sampaikan agama ke seluruh dunia supaya manusia taat perintah Allah. 

Allah tak nak ada apa2 penghalang antara Allah dan nabi ibrahim. Tumpuan hanya pd Allah. Allah perintah nabi ibrahim berpisah dari keluarganya. Mizaj ibrahimi ialah apa sahaja yg diperintah oleh Allah akan dilaksanakan. Nak keluarkan segala keyakinan dlm hati selain dari Allah. Allah yg buat segala-galanya. Selain dari Allah tak boleh buat apa2. Segala hukum/keputusan hanya dari Allah. Jibrail a.s telah dtg dan bawa nabi ibrahim, isteri dan anak berjalan sehingga berjumpa satu tempat yg tak ada tumbuhan, tak ada asbab kehidupan. Jibrail suruh berhenti dan tinggalkan anak dan isteri. Yg pelihara anak dan isteri ialah Allah.

Keluarga baginda ditinggalkan di tempat yg tiada asbab kehidupan, hanya ada asbab kematian, Bila hajar a.s tanya kenapa tinggalkan kami disini? Ibrahim a.s tak beri sebarang jawapan. Hajar kata, adakah ini perintah dari Allah? ya. bila dengar jawapan tersebut, hajar kata tiada masalah. Allah akan pelihara kami. Isteri faham. Nabi ibrahim teruskan perjalanan. Di tengah perjalanan nabi ibrahim berdoa, ya Allah Engkau bangunkanlah satu umat yg akan jalankan usaha agamaMu di seluruh dunia dan namaMu disebut di seluruh pelusuk dunia. Umat yg akan buat pengorbanan atas agama. Korban harta, diri dan masa utk agama. Tinggalkan 8 golongan, ayah, saudara mara, anak, isteri, kaum keluarga, perniagaan yg takut kerugian, rumah yg kita suka dan harta. Kalau kamu cinta 8 perkara ini lebih dari Allah, rasul dan keluar di jln Allah, maka tunggulah hingga dtg azab Allah (surah at taubah ayat 24). Kita dilahirkan asbab doa nabi ibrahim a.s.

Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir, umat ini adalah umat yg terakhir, kerja kenabian telah diberi kpd umat ini, dipertanggungjawab utk sampaikan agama ke seluruh dunia. Bertebaran ke seluruh alam bawa kalimah Allah. Kita perlu ikut mizaj ibrahim. Apa sahaja perintah dari Allah perlu disempurnakan dlm apa keadaan sekalipun. Diperintah campak diri dlm api maka campaklah diri dlm api. Diperintah utk sembelih anak  maka anak perlu disembelih. Bila diperintah utk sembelih anak, nabi ibrahim tak teragak2. Nabi ibrahim lihat dlm mimpi utk sembelih anak. Anak juga faham, buatlah apa yg diperintah oleh Allah. kekuatan seorang nabi sama dgn kekuatan 40 ahli syurga. 1 org ahli syurga sama kekuatan dgn 100 ahli dunia. Oleh itu, kekuatan seorang nabi sama dgn kekuatan 4000 manusia dan dgn pisau yg tajam, tanpa teragak2 terus sembelih anak. Maka jibrail bawa seekor kambing dari syurga dan ganti tempat nabi Ismail. Inilah amalan sampai hari kiamat semua org kena buat bila tunaikan haji. Setiap selepas pengorbanan doa akan diterima oleh Allah. mizaj nabi ibrahim ialah korbankan segala-galanya utk agama Allah. harta, diri, masa, jasbah, kesukaan semua dikorbankan utk Allah. Pada hari pertama lagi nabi s.a.w telah tarbiyah sahabat atas mizaj nabi ibrahim. Sekeras2 manusia spt umar r.hu pun telah diusahakan supaya sampai kpd mizaj nabi ibrahim a.s. Hari ni kita juga dihantar atas maksud yg sama.

Pd peperangan tabuk, abu bakar siddiq telah bawa semua harta beliau kpd nabi. Nabi tanya apa yg kamu tinggalkan? Dia jawab, Allah dan rasul. Disebabkan pengorbanan inilah Allah kirim salam pd abu bakar r.hu. Tahap pengorbanan yg begitu tinggi yg telah diusahakan oleh nabi s.a.w atas para sahabat. Sahabat telah bertebaran ke seluruh alam. Sanggup buat apa sahaja utk agama Allah.

Sahabat juga telah sampai kpd tahap iman yg paling sempurna. Mereka tak perlu pd sesiapa selain dari Allah. Semua hajat minta dgn Allah. Hari ni, kita usahakan keyakinan kita terhadap Allah spt sahabat, maka mulalah bantuan Allah akan dtg terus/direct kpd kita dan segala hajat dan keperluan kita akan disempurnakan. Allah akan tundukkan matahari, bulan, bintang. Pd satu peperangan, sahabat telah berdoa supaya Allah lewatkan terbenam matahari sebab mereka belum solat asar lagi. Tahap iman yg macam inilah yg perlu diusahakan.

Di mekah, usaha atas iman. Di madinah, wujudkan suasana iman dlm masjid. Abu hurairah r.hu pergi buat gasht di pasar dan bawa sahabat2 dtg ke masjid. Utk duduk dlm halaqah iman, muzakarah pasal iman. Utk tingkatkan iman.

Sahabat buat pengorbanan hingga harta mereka habis digunakan utk agama Allah. tidak ada makanan. Kelaparan. Semua dlm kemiskinan. Bagi tetamu nabi makan, anak isteri tak makan. Nabi kata, Allah gembira dgn apa yg kamu buat pd tetamu mlm tadi. Dlm kemiskinan buat pengorbanan utk agama. Satu saf sahabat telah rebah kerana kelaparan masa solat. Nabi kata, jika kamu tahu ganjaran yg Allah bagi sebab kelaparan utk agama, maka kamu berkeinginan utk lapar sepanjang hayat kamu. Fatimah, hassan dan hussin dlm kelaparan, berhari2 tak makan. Nabi telah peluk anaknya fatimah dan menangis. Nabi tak menangis semasa dihujani batu di taif tapi nabi menangis lihat pengorbanan anaknya dan para sahabat. Kita juga perlu sampai ke tahap pengorbanan tersebut.

Begitu sekali usaha telah dibuat keatas sahabat r.hum sehingga keyakinan mereka hanya pd Allah s.w.t. dgn 2 rakaat solat selesai hajat mereka. Dpt bantuan secara langsung dari Allah. Dgn 2 rakaat solat boleh jln atas air. Tapak kaki kuda pun tak basah.

Usaha yg dibuat oleh nabi s.a.w ialah hubungkan manusia dgn Allah. Allah yg selesaikan segala hajat. Tempat utk selesaikan hajat ialah masjid. Masjid ialah tempat di mana kamu angkat tangan berdoa dan sebelum kamu letak tangan kamu segala hajat kamu akan diselesaikan. Allah s.w.t tak akan sia-siakan org yg dtg ke masjid berdoa utk hajatnya. Sakit dtg ke masjid. Ada hutang dtg ke masjid. Masalah kemarau dtg ke masjid. Sahabat2 telah ditarbiyah di masjid. Dari masjid telah lahir org2 macam abu bakar, umar, usman, ali. Seluruh manusia gerun dgn sahabat. Hari ni, sebab kita dah tinggalkan masjid, maka kita mengemis dgn makhluk.


Cukuplah kezaliman yg kita dah buat. Kita bertaubat dan minta ampun dgn Allah. Banyak kesilapan dan kekurangan dlm usaha yg kita buat. Allah s.w.t zat yg maha pengampun. Mulai hari ni kita buat azam dan niat akan buat usaha sungguh2. tak akan mengulangi kesilapan yg kita pernah buat. Azam utk keluar di jln Allah 4B setiap thn. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir