Jor qudama’ 2018 - maksud karguzari : maulana saad

23/03/2018 - sri petaling

Tuan2 yg mulia,

Karguzari adalah satu amal yg besar. Karguzari adalah amal kerja yg kita dah buat yg dibentangkan dgn rasa takut, barulah akan diterima oleh Allah. Jika kita bentang kerja yg telah kita lakukan dgn rasa tak takut pd Allah, ini bukan karguzari tetapi ia cuma jasa yg kita nak tunjuk/cerita pd org bahawa kita dah buat kerja dan ia tak diterima oleh Allah. Para ambiya a.s menceritakan kerja/amal mereka pd Allah dgn rasa takut pd Allah. Org yg memberi karguzari dgn rasa takut adalah org2 yg ikhlas yg inginkan keredaan Allah. Karguzari adalah amal yg besar dan ia satu amanah dan kita kena sampaikan amanah kerja yg kita telah buat. Maksud karguzari adalah utk menyatukan fikir kita dan menyatukan kerja kita.

Karguzari adalah amal ijtima’i. amal yg sangat penting. Nabi s.a.w telah kumpul semua sahabat utk dengar satu karguzari. Kisah seorang pengembala kambing. Kisah yg mahsyur. Serigala telah tangkap kambing gembalaannya. Dia dpt tangkap serigala tu. Serigala itu bercakap dgn dia dlm bahasa manusia/bahasa arab, bahawa Allah telah bagi rezeki pd aku dan kamu telah mengambilnya semula drp aku. Serigala kata ini bukan satu perkara yg pelik, binatang bercakap bahasa manusia. Lebih pelik lagi ialah seorang nabi telah dtg di madinah dan kamu masih berada di sini. Gembala tersebut telah bawa semua kambingnya dan pergi ke madinah dan ceritakan kisah ini pd nabi s.a.w. Seekor serigala telah mendakwahkannya utk pergi ke madinah berjumpa dgn nabi s.a.w. Baginda tak dengar seorang diri tapi nabi s.a.w telah kumpulkan para sahabat dengar karguzari apa yg berlaku pd pengembala tersebut.

Kisah burung hud2 dgn Sulaiman a.s. Hud2 telah hilang dari majlis. Sulaiman tanya, kemana dia menghilangkan diri. Samada cerita pd aku apa yg berlaku atau aku bagi azab yg berat. Hud2 ada maklumat yg Sulaiman a.s tak tahu. Bila ia menceritakan maklumat tersebut, bagaimana seorang wanita yg memerintah sebuah negara, wanita tersebut dan rakyatnya menyembah matahari. Sulaiman a.s bukan sekadar dengar karguzari, tapi telah buat satu usaha. Seekor burung telah jadi asbab hidayat seluruh negara. Apatah lagi karguzari yg dibuat oleh manusia, lebih2 lagi akan jadi asbab hidayat seluruh alam.

Tanpa mengetahui hal2 kerja di satu2 tempat adalah penyebab penurunan usaha. Sangat penting kita dengar tahap usaha di satu2 tempat. Kita akan tahu maklumat2 kerja. Kita kena ihtimam dan ambil berat.

Umar r.hu kata, kalau aku bentuk jemaah yg kuat, amir yg bagus yg mampu mentarbiyah ahli jemaahnya, adakah aku telah menyempurnakan t/jawab? Sahabat kata, ya. Umatr kata, tidak. Selagi aku tak dengar karguzari bagaimana kerja yg sepatutnya dia buat spt yg diberitahu dlm bayan hidayat.

Karguzari bukan program. Karguzari satu kerja. Fikir bagaimana umat ini sampai ke tahap kerja yg baginda telah tinggalkan sahabat dgn tahap kerja tersebut. Kita nak gerakkan umat ini ke tahap tersebut. Ini merupakan target kita. Diri kita sendiri dan umat dtg ke tahap pengorbanan sahabat. Apa yg berlaku di seluruh dunia ialah usaha ini sedikit demi sedikit telah bertambah dan fikir bertambah ke tahap nabi tinggalkan sahabat. Usaha ini tak berhenti di satu tahap. Dari semasa ke semasa ianya meningkat.

Kisah Mufti zainal abidin rah. setiap thn pergi ke nizamuddin dan keluar cillah. Dengar bayan hidayat maulana Yusuf dan dia juga menulis apa yg dikatakan. Dia buat usaha sebagaimana yg diberitahu. Dia juga mudir, ustaz mengajar di madrasah dan imam di masjid. Satu ketika dia nak balik, sedang dia menunggu kenderaan, maulana suruh org panggil dia. Tak jadi naik kenderaan, kembali ke nizamuddin. Beberapa kali maulana Yusuf buat macam tu. Barulah dia faham bahawa tujuan maulana Yusuf buat macam tu ialah utk bagitahu dia bahawa kerja ni bukan kerja sampingan. Kerja asal, kerja utama adalah dakwah dan kerja2 lain adalah sampingan.

2 perkara yg penting. Kalau 2 perkara ini tak buat secara ijtimai maka semua kerja tak jadi ijtimai:
  1. mesyuarat secara ijtimai
  2. karguzari secara ijtimai 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir