Targhib khuruj - Capt Nuruddin

Mesyuarat KL – 25/04/2018

Bila jemaah pertama nak dibentuk, saidina abu bakar menulis surat ke yaman, bahrain, 6 jemaah dibentuk, selepas kewafatan nabi s.a.w. Saidina abu bakar hanya bagitahu ‘infiruqifafauwasiqola’. Mereka kata, kami bagi segala-galanya, kami tak akan pulang semula. Mereka keluar pada hari tersebut hinggalah saidina abu bakar meninggal. Jemaah mereka ada di palestine, syria, iraq, mesir. Mereka tak pernah fikir pasal pulang. Setiap jejak langkah mereka adalah jejak langkah kita juga. Tak ada beza. Ini adalah zaman kita tak boleh fikir selepas kita balik dari keluar, selepas jor, selepas nusrah jemaah, selepas sempurnakan takazah, kita ada masa utk rehat. Ini semua syaitan pun fikir. Inilah keadaan umat hari ni, mereka bercuti. Kebatilan/kekufuran tak pernah cuti.

Perjalanan akhir maulana Yusuf rah. dari Dhaka ke Lahore, dia bagi nasihat, 200 amla bersama dgn beliau, batil tak akan rehat. Mana mungkin umat ini boleh rehat. Beliau telah ucapkan selamat tinggal pd rumahnhya dan ucapkan salam pd kitab nya. Perjalanan yg jauh dan susah. Dlm usaha agama sentiasa pandang jauh. Tidak ada kesenangan sikit pun dlm usaha agama. Tak akan berlaku kesenangan. Sebab tu dinamakan mujahadah. Mujahadah dlm segala perkara. Mujahadah dlm perasaan, dlm makan, dlm perjalananan, dll. Nikmat yg Allah sembunyi dlm mujahadah itu sorang pun tak akan faham kecuali mereka yg keluar di jln Allah. Boleh tidur tanpa selimut walaupun nyamuk beratus ekor, tak sedar. Sangat ajaib keluar di jln Allah. Allah bagi ketenangan.

Allah bagi tumpuan khusus pd manusia dlm 2 keadaan 1. ketika sujud 2. ketika keluar di jln Allah. bagaimana mungkin kita boleh tinggal keluar di jln Allah. usaha ini pilihan. usaha ini tak pernah ikut kepandaian, kebolehan dan Allah tak akan buat sampai kiamat. Zaman keindahan sangat singkat. Zaman umar abdul aziz hanya 3 thn. selain dari tu semua zaman/kehidupan mujahadah. Kita kena rasa haus/dahaga utk berada di jln Allah walau kita tak suka. Walau tak suka kita keluar juga. Sebab? Sebab t/jawab. Siapa yg dah ambil akujanji/sumpah setia utk ambil t/jawab ini, pasti dan pasti Allah tak akan tinggalkan dia. Janji Allah atas t/jawab. Kena laksanakan t/jawab baru janji Allah akan dtg. Kemewahan, kemenangan, kesenangan, khilafah, ekonomi, kesihatan hatta syurga, atas dunia ni lagi Allah akan tunjukkan sebelum maut. Selepas? Selepas laksanakan t/jawab.  

Umat meninggalkan t/jawab dan memimpikan janji2 Allah. umat ini hancur dan kecewa dgn agama dia sendiri. Umat kecewa dgn solat dia, umat kecewa dgn doa dia, kecewa dgn puasa dia, kecewa dgn haji dia, sebab? Tiada pertolongan dari Allah. apa yg dpt ialah berlawanan dgn janji Allah. sebab? Umat tinggalkan t/jawab. Org yg buat usaha pun, bila tnggalkan t/jawab Allah akan tinggalkan dia. 2 kali kesesatan. Jangan sekali-kali kita rasa kita dah buat kerja. Kita syukur atas penerimaan Allah masa dulu. Kita kena faham betul2 sekarang kita kat mana dan yakin betul2 langkah selepas ni. Barulah kita tak akan tinggalkan satu pun takazah. Bukan masalah kita nak bagi masa. Adakah Allah terima saya? Kita bukan atas apa yg kita ada. Kita adalah atas apa yg kita tak ada. Bukan atas apa yg kita upaya tapi apa yg kita tak upaya. Bukan atas kita sedia tapi atas tak kesediaan kita. Barulah Allah dtg kpd kita. Bodohkan diri. Nafikan segala-galanya. Kalau ada pun kata tak ada.

Masyaikh kata masa depan usaha ini bermula di Kuala Lumpur. Kebaikan telah memancar dari sebelah sini. Allah telah terima Kuala Lumpur. Selepas ini, seluruh dunia akan cari di mana Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur akan pergi seluruh dunia. Layak atau tak layak, itu semua pentadbiran. Usaha bermula dari mana? Dari rumah, dari masjid, dari mahalah, dari halaqah, dari kelompok. Bukan dari markaz. Usaha tak pernah bermula dari markaz. Usaha tak bermula dari baitullah. Usaha bermula di rumah arqam. Khatijah r.ha tak pernah solat, tak pernah puasa tapi Allah kirim salam pd dia di dunia ni lagi, sebab buat pengorbanan utk agama.

Sebelum Allah buat keputusan atas sesuatu tempat, Allah akan hantar jemaah ke sana. Ini cara Allah sampai kiamat. Kalaulah kita yg dipilih maka kitalah org yg paling beruntung. Diri kita sendiri adalah markaz. Jgn tengok kanan, tengok kiri. Kitalah yg kena buat. Kitalah yg kena bergerak. Semoga Allah terima kita semua. Aminnn..

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir