bayan subuh maulana saad - 02/10/2013

banglawali masjid - nizamuddin

Umat telah tinggalkan dakwah maka agama telah keluar dari umat. Umat telah tidak amalkan agama. Bila agama secara ijtimai wujud dlm umat maka agama infradi akan wujud dlm umat. Walaupun berada dlm suasana yg baik, utk jaga agama bukan sekadar dgn suasana yg baik, utk dpt menafaat dari agama ialah dgn dakwah illallah. Tanpa dakwah, walaupun ada suasana yg baik, agama akan keluar dari kehidupan. Dgn perantaraan dakwah agama akan kekal dlm kehidupan. Tanpa dakwah agama akan keluar drp kehidupan. Ini adalah hakikat. Iman dan amal akan sempurna dgn dakwah. Iman dan amal akan terbentuk dgn dakwah. Allah tanya dlm quran:siapa yg lebih baik agama drp mereka yg buat dakwah dan beramal soleh? Kehidupan kita hari ni, bila buat dakwah kita tinggalkan amal, bila buat amal kita tinggalkan dakwah. Hari ni kita buat tabligh utk belajar amal.  Hari ni org tabligh buat kerja utk betulkan amal, bila amal dah betul maka akan tinggalkan dakwah. Maulana ilyas kata : dakwah utk menyempurnakan iman dan amal yg telah dipelajari.

Setiap kali solat ada azan. Azan adalah dakwah. Setiap amal ada dakwah. Azan adalah dakwah utk menyempurnakan solat yg berikutnya. Ini adalah perkara yg hak. Dakwah utk menyempurnakan iman dan amal. Org yg hanya belajar utk amal, akan tinggalkan tabligh. Maksud dakwah adalah utk menyempurnakan iman dan amal. Dakwah adalah mengajak kpd kebaikan dan cegah kemungkaran. Allah bersumpah, seluruh manusia iaitu org beriman berada dlm kerugian kerana tidak buat kerja dakwah. Dakwah utk diri sendiri. Ajak org kpd kebaikan, utk mewujudkan dlm hati kesukaan pd amal. Org rasa tak perlu buat dakwah sebab tak beramal. Hari ni org rasa kena buat amal dulu baru boleh buat dakwah. Utk buat dakwah tak ada syarat utk amal tapi utk amal kena ada syarat iaitu dakwah. Ajak manusia kpd kebaikan – utk wujudkan kecintaan pd kebaikan. Ajak manusia cegah kemungkaran – utk wujudkan kebencian pd keburukan.

Imam syafie kata–kalau Allah turunkan satu surah sahaja pun - surah al-asr -sudah cukup utk keselamatan seluruh umat. Umat tak akan dpt keselamatan – selagi iman dan amal soleh tidak beserta dgn berpesan-pesan dgn hak dan berpesan-pesan dgn kesabaran. Sebagaimana amal adalah fardu – dakwah juga adalah fardu. Tak semestinya buat amal dahulu baru boleh dakwah – ini tipu daya syaitan. Amal bergantung pd dakwah sebagaimana manusia bergantung pd makanan. Kalau tak makan jadi lemah. Kalau tak buat dakwah, amal jadi lemah. Dakwah dan ibadat – kaitan yg sangat erat. Bila gabung dakwah dan ibadat – maka akan wujud agama yg baik. 

Apa itu dakwah? Dakwah adalah cara yg telah dibuat oleh nabi s.a.w dan sahabat dgn jasbah mereka dan bawa agama ke seluruh alam
Kalau tak buat cara nabi–kita akan buat ikut peredaran zaman–tak ada pertolongan Allah, tak ada tarbiyah
Muamalat, muasyarat dan akhlak – tarbiyah hanya dgn cara nabi dan sahabat
Cara lain yg sedang berjalan di dunia sekarang ni tak ada hidayat
Sahabat bergerak sebab tak ada teknologi – ini khayalan org2 batil
Kalau alat dan asbab jadi pengganti buat dakwah – dah tentu Allah bagi pd nabi dan sahabat
Fatimah r.ha menangis tengok nabi – badan berdebu kerana bergerak utk dakwah
Bergerak utk dakwah adalah perkara sebenar
Tabligh – hanya dgn cara nabi dan sahabat
Allah beritahu nabi–kalau buat dakwah bukan dgn cara yg diperintah oleh Allah, maka dakwah tak berjalan
Islah umat – hanya dgn ikut cara org2 yg awal - sahabat
Berjalan dlm dakwah dgn cara yg betul – iaitu cara nabi dan cara sahabat
Belajar iman cara sahabat
Iman – perkara yg asas. Perlu dipelajari.
Org beriman berhajat pd iman. Org munafik sahaja yg tak berhajat pd iman
Hari ni, org beriman lalai tentang perkara iman
Perkara yg sedih bila org ingat dakwah utk org bukan islam
Org2 cerdik pandai dan org2 awam ingat dakwah utk org2 bukan islam
Dakwah iman utk org2 beriman
Perintah ini diberi pd nabi dan sahabat
Org bukan islam didakwahkan pd islam – aslim taslim
Org2 musyrikin terkesan dgn ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak sahabat.  
Fatah mekah – sahabat tidak berseronok/party, tapi mereka beribadat
Sekarang islam hanya ada pd kitab. Islam tak tersebar dgn kitab.Islam tersebar dgn musyahadah
Musyahadah ialah amal (secara amali) org beriman
Org islam adalah kitab islam
Di masjid nabi – org tahanan diberi makan – masuk islam
Dakwah iman utk org beriman
Iman sahabt telah sempurna tapi masih berfikir utk akhirat
Abdullah rawahah–kepala atas pangkuan isteri, menangis, isteri pun menangis, fikir tentang titian sirat.
Hari ni org duduk taklim sambil ketawa. Umat buat amal dlm kelalaian – ini sangat bahaya
Org tak tahu dan tak amal – akan dtg musibah
Tapi org yg tahu tapi tak amal – akan dtg musibah yg lebih besar
Walaupun sahabat bersama isteri masih teringat akhirat
Nabi perintah sahabat – perbaharui iman
Nabi kata – banyakkan kalimah lailahaillallah – bukan sekadar zikir – tapi cakap mahfum kalimah
Kalau kita faham hanya berzikir – ini kefahaman yg salah
Sahabat bermuzakarah tentang kehidupan akhirat, syurga, neraka – iman jadi kuat
Hari ni kita berzikir kalimah sekejap sahaja – tapi bermuzakarah perkara ghairullah 24j
Wujudkan halaqah iman di masjid – cara sunnah, cara sahabat
Sahabat jumpa sahabat yg lain – ‘kun bina’ – bergerak ke masjid utk tingkatkan iman
Muaz b. jabal, abdullah rawahah,  abu hurairah – ajak sahabat yg lain dtg ke masjid
Dengar azan – tapi tak dtg solat sebab tak yakin dgn solat boleh selesai masalah
Iman bil ghaib adalah perkara yg asal
Lihat dan percaya bukan iman – ini kufur
Iman ialah percaya tanpa lihat
Berfikir bagaimana Allah buat sesuatu pun adalah khilaf. Tak perlu fikir bagaimana Allah buat.
Safar mikraj – utk uji org beriman. yakin dgn perkhabaran nabi. Tak masuk akal. Kena yakin.
Iman lemah – telah murtad
Iman – meyakini apa yg dikatakan oleh nabi tanpa melihat.
Abu bakar yakin dgn cerita nabi sehinggakan org sangka Abu bakar telah mikraj bersama nabi
Maksud jaulah/gasht : jumpa org2 beriman bawa ke masjid
Bila berjln ke rumah Allah–pertolongan Allah akan bersama dia–para malaikat dtg bantu kerja dia
Pertolongan Allah dengan dakwah – bukan dgn program
Takluk pd Allah – tempatnya di masjid
Nabi s.a.w-dlm keadaan sakit – di papah – tetap ke masjid – berada di masjid utk tingkatkan iman
Ambil menafaat/faedah dari pencipta – bukan benda yg di cipta
Nizam alam semesta adalah utk ta’aruf – kenalkan Allah – siapa pencipta
Org yg meminta asbab dgn Allah – menyulitkan diri sendiri
Org sakit minta ubat dgn Allah – kenapa tak minta sihat dgn Allah?
Org rasa kudrat Allah dgn asbab – tidak!
Minta keperluan terus dgn Allah. Terserah pd Allah bagaimana utk uruskan
Allah bantu nabi ibrahim dlm api dgn kudratNya. Malaikat angin, air tak boleh buat apa2
Org belajar sains kata dunia berjalan dgn aturan alam semesta. Bukan! Allah yg buat segala-galanya
Hujan turun bukan sebab bintang atau awan. Hujan turun dgn perintah Allah
Ambil faedah dari khazanah Allah – menginkari seluruh asbab, alam semesta termasuk jibril a.s
Hari ni kita solat 5 waktu tapi akidah rosak. Percaya pd sains.percaya pd ramalan cuaca
Aturan alam semesta semuanya berjalan dgn kudrat Allah. Allah buat segala-galanya
Kudrat Allah tiada batasan.
Allah serahkan aturan alam pd malaikat. Malaikat bawa butiran hujan. Malaikat bawa butiran benih, malaikat jaga gunung, etc
Belajar ilmu utk amal. Utk solat kena belajar ilmu solat.
Tapi tak semestinya setiap kali solat kena buka kitab solat.
Membayangkan ketauhidan Allah adalah maksud. Ilmu bukan maksud.
Mahfum hadith :  Cinta dunia adalah akar kpd seluruh dosa
Auf b. malik kata : iman tinggalkan seseorang secepat org membuka baju
bayangkan tanda dan alamat iman – baru ada tarbiyah
dgn dakwah – dpt ikhlas dlm kalimah
ikhlas dlm kalimah – dpt cegah dari perkara yg haram
ikhlas tak cukup dgn niat sahaja – bukan hanya semata-mata kerana Allah
ikhlas membentuk amal yg baik
cth : berpuasa di hari raya berdosa walaupun ikhlas
bersama ikhlas ada amal yg benar semata-mata kerana Allah
dlm iman ada ikhlas. Dlm solat ada ikhlas.
Ikhlas dlm solat dpt cegah dari kemungkaran
Org yg  buat amal – sepatutnya di dengarkan ancaman Allah
Org yg tak buat amal – sepatutnya di dengarkan fadhilat/janji Allah
Ibnu abbas kata : solat yg tak cegah dari kemungkaran akan jadi jauh dari Allah (ancaman)
Suasana adalah apa yg ada dlm hati manusia
Kekotoran dlm hati membawa kpd suasana buruk
Cth : babi – dlm tmn yg baik pun cari kekotoran. Lebah – cari madu walaupun dlm tmn yg kotor
Tak jaga pandangan dlm solat – akan pandang dosa di luar solat
Tak jaga anggota tubuh dlm solat – tak dpt jaga anggota tubuh di luar solat
Dosa besar dan kecil yg kita buat sebab lalai
Maksud lalai – tak ingat Allah
Ingat Allah dlm kesenangan – maka Allah akan ingat kita dlm kesusahan
Org beriman – setiap waktu ingat Allah
Zikir anggota tubuh ialah dgn amal – amal tangan, amal kaki, amal mata, amal kemaluan etc
Dlm solat kita membelai janggut – maknanya tak khusyuk
Maulana saad tanya satu org : kenapa tak simpan janggut?
Org tu jawab : tak ada janggut pun tak apa – janji hati baik
Iman bukan hanya dlm hati
Janggut adalah syiar/alamat islam
Org tak ada syiar islam – org yg imannya lemah
Janggut tak disebut dlm quran – janggut adalah tanda taqwa – syiar Allah
Org tiada iman dlm hati – anggota tubuh tak ada tanda2 islam
Dlm kubur – masalah tak selesai dgn maklumat – masalah selesai dgn amal anggota tubuh – seluruh anggota tubuh berbicara
Keseluruhan agama dlm amalkan sunnah
Tinggalkan sunnah – dtgkan kerugian pd agama
Beza antara org islam dan org kafir adalah sunnah
Org islam ikut cara org kafir – tak amal sunnah – tapi solat, puasa , zakat, haji, etc
5 rukun islam adalah asas islam spt asas bangunan
muamalat, muasyarat, akhlak – kenalkan islam
agama adalah kumpulan seluruh amal
dlm ilmu ada ikhlas
ilmu di lidah – jadi musibah pd org beriman jika tak tunai hak – ilmu yg tak amal
ilmu di hati – bagi menafaat
masuk syurga bukan dgn amal. Masuk syurga dgn taufik/anugerah Allah
amal hanya meningkatkan darjat dlm syurga
nabi s.a.w pun tak masuk syurga dgn amal. Masuk syurga dgn rahmat Allah.
Nabi pun tak boleh bantu anak kesayangnya fatimah r.ha di akhirat
Pengadilan di akhirat tak sama dgn pengadilan di dunia
Bergerak dgn ilmu dan zikir – bukan dgn kejahilan
Dgn dakwah – keluarkan umat dari kehajilan
Maksud jahil – tak tahu
Kejahilan umat ialah apa yg dipelajari di dunia ni di anggap ilmu. Org2 bodoh guna dalil quran dan hadith dlm mempelajari ilmu dunia. Semua adalah jahil
Ilmu yg betul adalah quran dan hadith – apa yg dijanjikan Allah dgn cara nabi s.a.w
Ilmu adalah satu huruf dlm quran dan ia tak akan berubah sampai kiamat
Ilmu dunia berubah-ubah
Keseluruhan ilmu hanya ada dlm 3 soalan dlm kubur – rububiat, syariat, sunnah
Kisah umar baca kitab taurat – nabi marah
Sifat org kafir – funnun
Mizaj org kafir – berbangga dgn ilmu dunia – bangga jadi doktor, bangga jadi professor etc
Maksud dakwah – umat keluar dari kejahilan
Bawa ilmu dan bergerak – ada 2 faedah : dtg hakikat ilmu dlm diri dan kesan pd org kampung
Mengapa perlu keluar di jln Allah? Kerana ia adalah perintah Allah
Sebagaimana solat adalah perintah Allah
Sahabat keluar bukan semua sebab perang
Kalau keluar sebab perang – ini kejahilan
Keluar dlm keadaan susah dan senang
Istiqamah akan dtg bila kita rasa ini perintah Allah
Kalau keluar utk perbaiki amal – tak boleh istiqamah
Ibadat adalah perintah Allah walaupun tak dpt faedah
Dakwah adalah perintah Allah walaupun tak dpt faedah
Allah akan bagi kefahaman yg betul – basirah
Keluar di jln Allah – buat dakwah pd org, maka Allah akan bagi pd kita apa yg kita dakwahkan
Bila balik – buat usaha makami – memperingatkan org tempatan sehingga timbul takut dlm hati (bagi peringatan pd org tempatan selepas balik dari khuruj – baru ada kesan)  

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir