bayan subuh maulana saad - 28/11/2014

banglawali masjid - nizamuddin

janji-janji Allah dtg dgn amalan
kudrat Allah ada dlm janji Allah
dgn asbab tak ada janji Allah
masukkan keyakinan pd Allah supaya janji-janji Allah dipenuhi

kejayaan manusia bukan dlm keduniaan
kejayaan manusia hanya dlm agama
usaha atas agama akan berjaya
tak usaha atas agama, di dunia akan gagal
kebahagiaan selama-lamanya adalah dlm ketaatan pd Allah
bila taat Allah, akan terima banyak nikmat

satu ketika umar telah pergi ke rumah nabi. Beliau lihat nabi berbaring atas tikar pelepah kurma dan bantal dari kulit kurma. Dlm rumah ada satu kendi utk ambil wuduk dan minum. Umar menangis lihat keadaan nabi. Umar tanya bukankah engkau pesuruh Allah? bukankah engkau telah dimuliakan oleh Allah? nabi kata, ya. Kenapa kehidupan mu lebih susah dari kehidupan raja-rajayg kafir? Nabi kata: wahai anak khattab, adakah kamu masih dlm tipudaya dunia?

susah di dunia sedikit sahaja
susah akhirat selama-lamanya
susah utk agama akan jadi kesenangan
Allah bagi dunia pd org kafir tapi di akhirat tiada bahagian
Manusia yg inginkan bahagian dunia, di akhirat tiada apa pun bahagian
Manusia yg inginkan akhirat, maka Allah akan bagi dunia dan akhirat

Setiap sahabat yg miskin – gembira dan bahagia
Setiap sahabat yg kaya – masuk syurga 500 thn lewat
Sahabat awwalin memilih utk hidup dlm kemiskinan supaya mereka tak tertinggal masuk syurga bersama nabi s.a.w

Allah perintah supaya menyempurnakan agama
Kalau menyempurnakan dunia – mencari kemurkaan Allah
Usaha utk sempurnakan agama adalah tugas & t/jawab kita
tugas Allah adalah memberi hidayat

bila tak bawa cara nabi, agama akan berkurangan dlm diri
ramai yg hanya ada al faz lailahaillallah, belum dtg keyakinan
ramai yg hanya lafaz lailahaillallah, tapi tak ada muhamadurasullullah
hubungan lailahaillallah dgn muhamadurasullullah sangat kuat
lailahaillallah bermaksud Allah yg buat segala-galanya
tanpa izin dari Allah, semua usaha kita akan gagal
cara kita menghambakan diri pd Allah ialah dgn cara nabi
yg bagi kejayaan dan kebahagiaan hanya Allah
agama adalah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia
tidak ada jln lain selain jln ini

satu ketika, org kafir dtg nak mengubati nabi dgn menyangka nabi terkena jin atau gila – dia kata saya hanya berusaha yg menyembuhkan Allah. org kafir dahulu pun menyakini Allah yg buat segala-galanya. Sembuh dan sakit di tangan Allah. org islam sekarang pun tak menyakini sebegini.

Org yg memiliki keyakinan pd kebendaan, tak mungkin dpt mengambil faedah dari kahazanh Allah 
perkara yg paling penting utk dipelajari ialah iman. perbaiki keyakinan pd Allah
bukan maksudnya tak boleh kerja tapi jgn yakin dgn kerja dpt menafaat
dlm perniagaan ada janji Allah tapi kena ikut perintah Allah dlm perniagaan dgn cara nabi s.a.w

hari ni kita usaha atas kebendaan dan doa minta dgn allah pun kebendaan, benda yg fana
org yg mengusahakan keduniaan dgn amal – maka dia akan kedepankan amal pd allah
org yg mengusahakan keduniaan dgn asbab - maka dia akan kedepankan asbab pd allah
kisah 3 org yg terperangkap dlm gua. Mengajukan amal mereka pd Allah. akhlak, muamalat, muasyarat.
Masalah akan selesai dgn amalan baik. Tapi kita tak menyakini atas perkara ini.
Malaikat ada bersama kira setiap saat utk bantu kita. Tapi kalau amalan kita tak betul maka masalah kita tak akan selesai.

Bila ibrahim a.s di masukkan ke dlm api. Malaikat jibrail dtg bersama malaikat penjaga laut dan malaikat penjaga gunung utk bantu ibrahim. Nabi ibrahim tak perlu pd mereka.  
ujian iman tak dtg dgn bayan. ujian iman akan dtg dgn korban dan mujahadah
dlm kesusahan, Allah nak tengok minta pertolongan dgn Allah atau tidak
minta tlg dgn makhluk ialah menghilangkan keyakinan pd Allah
Allah dtgkan malaikat jibrail utk uji nabi ibrahim. Jibrail adalah malaikat yg sangat kuat.
Ibrahim kata saya tak perlu bantuan kamu

takazah iman ialah bila dtg ujian – minta pertolongan dgn Allah
maulana ilyas kata : kalau nak bagi nama pd usaha – tahrikul iman – gerakan baiki iman
keluar di jln Allah utk baiki iman
cara utk baiki iman ialah dgn cara sahabat – tidak ada cara lain
sahabat ajak sahabat yg lain utk cakap pasal iman di masjid
buat gasht bukan hanya utk sampaikan perkataan pd seseorang
setakat sampaikan perkara agama bukan tabligh
tabligh ialah sampaikan perkara agama ke dlm hati
tempatnya di mana? Di masjid
keluarkan manusia dari kedai, pejabat dan bawa ke masjid
sampaikan perkataan agama akan memberi kesan bila dibuat di masjid
bila dakwah di masjid kesannya adalah lebih besar
bila dakwah di rumah – kebesaran rumah masuk dlm hati
bila dakwah di kedai – kebesaran kedai masuk dlm hati
perubahan iman akan dtg bila usaha utk bentuk iman dilakukan di masjid
agama yg dpt di masjid, dibawa balik ke rumah dan diajar pd keluarganya

perubahan iman akan dtg bila dibuat di masjid
umar r.a kata: aku baiki iman aku dan iman sahabat ku di masjid
maksud gasht ialah keluarkan org dari tempat kesibukan mereka dan bawa ke mahul masjid

seorang pengembala kambing sedang mengembala kambing di luar madinah. Tiba-tiba dtg seekor serigala dan mengigit kambing. Pengembala dpt menyelamatkan kambing tersebut. serigala pun bercakap, kamu telah mengambil apa yg telah direzekikan pd ku. Pengembala tersebut terkejut kerana serigala boleh bercakap. Serigala kata ini bukan perkara yg takjub. Perkara yg takjub ialah seorang nabi sedang bercerita tentang kebesaran Allah di masjid dan kamu disini sedang sibuk mengembala kambing. Pengembala tersebut telah tinggalkan kambing gembalaannya dah pergi ke madinah dan beriman dgn nabi s.a.w. Bila jumpa nabi, nabi suruh dia perdengarkan apa yg telah terjadi (karguzari). Nabi kata apa yg dikatakan oleh serigala itu betul.

Hari ni kita hanya bercakap pasal agama bila perlu sahaja
Kebanyakan drp kita cakap pasal agama utk kepentingan dunia. Ini adalah penyakit rohani
Penyakit rohani ini lebih parah drp penyakit jasmani
Penyakit rohani tak nampak dan tak dpt dirasai

Nabi bersabda: bersaksilah atas keimanan org yg berulang alik ke masjid
Org yg memakmurkan masjid adalah org yg beriman pd Allah dan hari kiamat
tempat terbaik utk baiki iman di masjid
taaruf mengenalkan hamba kpd khalik ialah Allah berkuasa atas segala sesuatu
keluarkan keyakinan pd benda dan masukkan keyakinan pd Allah dlm hati
bila ada keyakinan pd kebendaan – maka tak tawajjuh pd perkara akhirat dan tak kisah pasal agama
maksud belajar quran ialah utk belajar hukum dlm quran dan taat perintah Allah
bila langgar perintah quran maksudnya tak beriman pd quran

iman perlu dipelajari dgn alamat/tanda
sebanyak mana sempurnakan sunnah nabi, sebanyak itulah sempurna keislaman
alamat/tanda islam – amal seluruh sunnah nabi
mengikuti sunnah nabi inilah yg disebut islam
iman ialah bila buat kebaikan gembira, bila buat maksiat sedih

apa itu iman? iman adalah ikhlas
maksud ikhlas adalah amalan jadi baik
org mukhlis ialah org yg jauhkan diri drp perkara yg haram
org yg jauhkan diri dari perkara yg haram akan masuk syurga
alamat iman spt seekor unta yg diikat tali – apa yg tuan dia suruh buat – itu yg dia buat

dlm dakwah ada ikhlas. dlm ibadat pun ada ikhlas. Setiap amal kena ada ikhlas.
dakwah adalah utk menyempurnakan iman dan amal
kesempurnaan ilmu ada dlm dakwah
keluar di jln Allah – asbab dtgnya ilmu agama – faham perkara agama
bila balik ke makami – jumpa org dan takutkan org mengenai Allah
maksud takutkan ialah supaya org dpt korban/gunakan harta dan diri utk agama Allah
dan faham apa maksud dan tujuan hidup dia
cerita tentang kebesaran Allah dan takut tentang siksaan Allah di akhirat dan buat persiapan utk akhirat

apa ikhlas dlm solat?
ikhlas dlm solat ialah dpt cegah dari buat maksiat dan dpt cegah dari fahsyak dan mungkar
kerosakan dlm solat menyebabkan kita buat dosa
cari asbab perbuatan dosa kita dlm solat
solat mendekatkan kita dgn Allah
solat juga boleh menjauhkan kita dari allah
pencuri paling buruk ialah mereka yg mencuri dlm solat
mencuri dlm solat ialah mereka yg tak sempurnakan rukuk dan sujud
Allah tak melihat solat yg macam ni
kekurangan dlm solat menyebabkan kita buat dosa
abdullah ibnu masud dan abdullah ibnu abbas mengatakan solat yg tak dpt mendekatkan diri pd Allah maka solat tersebut akan menjauhkan diri dia dari Allah 
oleh itu kena buat latihan solat sehingga jadi sempurna
nabi bersabda : solat sebagaimana kamu lihat aku solat
solat yg terburu-buru tak akan mati sebagai umat nabi s.aw.
solat yg tak sempurna tak akan dpt kematian yg baik
baiki amal dan baiki niat akan dpt husnul khotimah
2 perkara yg sangat penting
bila baiki amal, akan mati dlm kebaikan
bila tak baiki amal, akan mati dlm keburukan
huzaifah r.a lihat satu sorang solat terburu-buru. Dia tanya berapa lama dah solat macam ni? Dijawab dah 40 thn solat macam ni. Huzaifah kata kamu tak akan mati di dlm agama yg dibawa oleh nabi s.a.w. rukuk dan sujud tak sempurna.

seorang sahabat bernama khuzman – semasa perang uhud, telah bunuh ramai musuh. Semua puji dia. Tapi dia kata dia buat kerana kaum dia, bukan kerana Allah. dia telah luka parah. Dia ambil anak panah dan bunuh diri
buat amal kerana makhluk menyebabkan mati tanpa iman

setiap amal kena ada 2 perkara – ilmu dan iman
ilmu dan iman akan menyempurnakan amal
dgn  ilmu kita buat amal dgn cara yg betul
dgn iman kita buat amal kerana Allah
tiada iman maka amal tidak ikhlas dan tidak istiqamah dlm amal dan tiada janji Allah
Allah tak terima amalan org-org jahil – amal tanpa ilmu
Org jahil tidak dimaafkan oleh Allah
Kejahilan bukan satu keuzuran utk tak beramal
Sibuk bukan alasan utk tak belajar ilmu
Allah telah bagi waktu/masa yg cukup pd setiap manusia utk belajar agama

Dlm setiap amal kena ada ihtisab – yakin dgn janji Allah
Dgn ihtisab akan lebih bersemangat utk beramal
Apa-apa yg Allah janji pd sahabat, janji yg sama juga utk umat
Tapi janji tersebut masih tak dpt sebab  amalan kita tak sama macam sahabat
Umat akhir zaman akan dpt ganjaran pahala 50X sahabat
Dan pertolongan Allah 10X sahabat
Janji Allah disempurnakan hanya pd org yg yakin dgn janji tersebut
Kena ada pengharapan atas amalan
Buat amal utk dunia – maka tak akan dpt apa pun ganjaran dari allah

Sahabat yakin pada kata-kata nabi
Kita pula hari ni yakin dgn kata-kata org kafir
Asbab kehancuran org islam sebab amal agama ikut suasana
Dlm perang khandak sahabat dlm ketakutan, kesejukan, kelaparan
Sahabat yakin dgn kata-kata nabi dan janji Allah – bila ketuk batu - rom dan parsi akan jatuh
org munafik tak yakin

Taklim adalah halaqah iman yg dpt tingkatkan iman
Duduk dgn tawajjuh
Buat 2 kali taklim
Taklim sebelum pergi kerja dan taklim selepas balik dari kerja
Utk nafikan usaha kita
Utk masukkan keyakinan Allah yg buat segalanya
Utk keluarkan keyakinan pd dunia
Hari ni kita hanya baca taklim – tak ada kesan
Setiap manusia diuji utk tingkatkan darjat
Ujian dtg melalui asbab
Keluarkan keyakinan pd asbab bukan dgn tinggalkan asbab
Oleh itu kena duduk dlm taklim

Belajar ilmu dari ulamak
Ziarah ulamak adalah ibadat
Umat dlm kejahilan
Jahil dlm ilmu agama
Ilmu ialah apa yg Allah nak dari kita dgn cara nabi s.a.w.
Selain dari itu adalah kemahiran – bukan ilmu
Dlm umat - ada org alim dan ada org jahil
Yg alim perlu mengajar yg jahil
Fardu kifayah - belajar agama utk jadi ustaz/mufti – tak perlu semua org jadi ustaz/mufti
Fardu ain – setiap org kena tahu perintah Allah
Ilmu ialah apa yg Allah inginkan dari kita
‘fun’ ialah apa yg kita inginkan dari makhluk
dgn ilmu dpt dekatkan diri dgn Allah
dlm ilmu kena ada keikhlasan
ilmu al faz di lidah – akan bawa musibah/kesusahan di akhirat
ilmu ikhlas di hati – bagi menafaat/kebahagian
belajar ilmu akan dtg perubahan dlm kehidupan beragama, bukan perubahan keduniaan
org berilmu ialah org yg takut pd Allah
walaupun dia seorang ulamak dan belajar banyak kitab tapi kalau tak takut pd Allah dia bukan ahli ilmu tapi dia cuma ahli kitab
ilmu bukan di otak
ilmu ialah yg masuk dlm hati dan di amalkan oleh anggota
ahli ilmu jadi mulia sebab amal bukan sebab ilmu
Allah tinggikan darjat sebab amal, bukan sebab ilmu
Tahu tapi tak amal – musibah yg besar
Ilmu di hati dtg dgn dakwah dan pengorbanan
Bawa ilmu bergerak di jln Allah. Keluar di jln Allah dgn ilmu
ulamak keluar dijln Allah spt tanah kering yg disirami oleh hujan
ulamak spt awan dan umat spt tanah
ulamak spt awan yg memberi menafat pd tanah
nabi bersabda: ulamak pewaris para ambia. ulamak jgn jadi spt perigi

dlm diri da’i kena ada sifat talab
selagi hidup terus buat dakwah
nabi nuh buat dakwah selama 950thn – tak pernah putus asa
kalau ulamak tak mengajar agama pd org jahil, semua ulamak di atas muka bumi ini akan dpt azab Allah
ulamak kena bergerak jumpa org jahil. ulamak kena keluar 1 thn
pergi ke tempat yg tak ada agama dan ajar agama

t/jwab atas umat ada pd umat ini
kebaikan umat ini ada dlm 3 perkara – dakwah , ibadat dan taklim
umar kata : kalau tak ada 3 perkara ini lebih baik saya mati
hari ni org kata dgn 3 perkara ini hidup kita jadi susah
keluar di jln Allah seperti sungai yg mengalir
Sebab aliran sungai, kotoran akan hanyut dan jadi bersih
Berjalanlah di jln Allah
Perintah Allah utk keluar di jln Allah supaya iman, ilmu, ibadat, akhlak kita jadi baik

Org yg terbaik ialah yg satukan dakwah dan ibadat
Dgn dakwah akan dpt hidayat, tazkiyah dan tarbiyah
Dakwah dgn cara sahabat – tidak ada cara lain
Kalau buat dakwah bukan dgn cara sahabat – batil yg akan tersebar dan umat akan salah faham dlm mengamalkan agama
Syarat umat ini utk jadi afdal di depan Allah ialah dgn dakwah
Bila tak bergerak utk agama – tak akan dtg perubahan
Kemuliaan umat melalui dakwah
Allah guna perkataan ‘kuntum’ iaitu ditujukan pd semua org islam
Allah tak guna ’antum’ – hanya pd sahabat
Jaulah dan mesyuarat adalah sebahagian drp kerja
Hakikatnya adalah dakwah. Setiap dari kita dakwah kebaikan
Inilah perkara yg asal. Asal kemuliaan umat ini

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir