bayan subuh maulana saad - 24/12/2014

banglawali masjid – nizamuddin

satu jln ialah ambil faedah dgn asbab kebendaan
satu jln lagi ialah ambil faedah dgn perintah Allah
ambil feadah dgn perintah Allah adalah melalui amal
semua benda dicipta oleh Allah sebagai ujian
semua benda akan musnah dan hancur tapi amal kekal hingga akhirat
dlm syurga tak ada amal
apa jln utk ambil faedah dari zat Allah?
jln tersebut memerlukan keyakinan pd amal dan tak percaya pd asbab
kudrat Allah bersama janji Allah. janji Allah bersama perintah Allah
dlm asbab tiada janji dan kudrat Allah. ambil faedah melalui jln asbab tidak pasti
maulana yusuf kata : dpt faedah melalui perintah Allah adalah pasti dan akan dpt berkali-kali

syarat pertama – keluarkan yakin pd asbab
melalui usaha dakwah akan ubah yakin pd asbab. tukar yakin dari benda kpd perintah Allah
apa tanda yakin? Dlm setiap keadaan akan lebih utamakan perintah Allah
langkah pertama adalah kpd amal dan bukan kpd asbab
amal diberi bukan utk selesaikan masalah. amal diberi kerana ia adalah perintah Allah
bila ada masalah – pemikiran kita tawajjuh pd amal
Allah bersama dgn org yg beramal. Terserah pd Allah samada nak selesaikan masalah atau tidak

Penerimaan doa langsung tak ada kaitan dgn asbab
Allah tak pernah cantumkan doa dgn asbab
Bila cantum doa dgn asbab akan menuju kpd jln kegagalan
Allah cantumkan doa dgn ibadat – ‘iyya kanak budu wa iyya kanas tain..'
(Hanya kpd Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan)
Kena faham betul-betul!

bila susah dtg baru nak tawajjuh pd Allah – sebab yakin pd asbab
org yg pergi pd asbab sebelum doa dan amal adalah org yg berpaling drp Allah
Allah cipta asbab duniawi utk apa? Utk keperluan kita
Asbab duniawi utk uji org beriman. Asbab duniawi bukan utk beri ketenangan pd org beriman
Org beriman difardukan utk beramal
Cth : nabi musa sakit perut
Allah suruh guna raihan (herba). Allah perintah guna raihan. Allah tak berhajat pd raihan
Allah tak berhajat pd asbab. Perintah Allah tak bergantung pd asbab
Allah suruh guna raihan utk uji samada bila sakit kali kedua – dtg pd asbab atau pd amal
Bila musa ambil raihan - sakit perut sembuh
Sembuh bukan kerana raihan – sembuh kerana perintah allah
Bila sakit kali ke-2 – musa terus guna raihan – tapi sakit tak hilang

Ambil faedah dari Allah dgn amal
Org yg berusaha atas asbab langsung tak berhak atas kudrat Allah
Org yg guna asbab adalah org yg menipu dlm memberi penghargaan pd allah
Hari ni usaha kita semua ke arah asbab dan kita mengharap asbab duniawi
Org yg bodoh ialah ikut kehendak nafsu dan harap pd Allah
Hari ni org kafir usaha atas asbab zahir. Org islam pun usaha atas asbab zahir. Tak ada beza
Sepatutnya org islam kena usaha atas amal sehingga wujud pengharapan hanya pd Allah dlm hati
Betulkan keyakinan dan letak sangka yg baik pd Allah - Yakin pd janji Allah
Yakin dgn khabar dari nabi dan Allah – mendustakan pengalaman dan apa yg dilihat

Kisah abu darda : ada org dtg bagitahu rumah dia terbakar. Beliau kata tak mungkin rumah dia terbakar sebab dia dah baca doa dan yakin dgn janji Allah. bersangka baik dgn Allah

Asbab duniawi bukan sunnatullah. Ini bukan janji Allah. Sunnatullah adalah agama Allah
Janji Allah adalah pasti  - Janji Allah tak berubah
Bila guna asbab – lebih banyak gagal drp berjaya
Dgn asbab duniawi, kita bersangka buruk dgn Allah – maka Allah tak bantu
Guna asbab  kerana ia adalah perintah Allah
Dunia darul asbab dan menafikan segala asbab, letakkan pengharapan hanya pd allah – inilah kesempurnaan. Inilah tuntutan iman.
Sekiranya dunia ini bukan darul asbab, meletakkan pengharapan pd Allah – ini bukan kesempurnaan. Tak guna asbab – ini bukan kesempurnaan
Fahamkan betul-betul perkara ini. yg buat segala-galanya hanyalah Allah
asbab dunia akan mendatangkan kesan yg buruk. asbab dunia bukan satu kemudahan

Tuntutan iman adalah menukar keyakinan dlm hati. Oleh itu, kena buat dakwah
Bila terima nikmat kena syukur pd allah
Syukur dan syirik adalah 2 perkara yg berlawanan
Syakir ialah org yg bersyukur.
Kaitkan nikmat Allah secara langsung dgn Allah tanpa menghubungkan dgn sesiapapun

Jumpa doktor utk sembuh adalah syirik – ini adalah kebodohan yg jelas
Bila doktor kata ada harapan lagi – kita pun letak pengharapan pd Allah
Bila doktor kata tak ada harapan – maka kita pun putus harap dgn Allah
Allah sangat cemburu bila manusia mengatakan bahawa bila berlaku sesuatu kita kata Allah yg buat. bila tak berlaku sesuatu kita tak letak pengharapan pd Allah

Satu perkara yg sangat aneh, bila suami isteri bertemu – letak pengharapan pd Allah bahawa isteri akan mengandung. Suami isteri doa, ya Allah - bila anak lahir dlm keadaan baik, sebenarnya engkau yg buat. kami bersyukur. Bila anak dah lahir, suami isteri tadi dah mensyirikkan Allah. Dtg jumpa doktor dan kata, tanpa doktor macam mana boleh lahirkan anak dgn baik. Begitu bodoh manusia. Taubat, taubat, taubat 

Dlm kehidupan 24 jam kita, jgn ada satu perkataan pun keluar dari mulut bahawa melalui asbab duniawi ini  boleh memberi menafaat pd kita. Jgn ada sikit pun perkataan keluar dari mulut mengatakan bahawa dgn kebendaan akan selesai masalah. Kalau terkeluar, terus kita kata tidak, tidak, tidak, semua perkara berlaku dgn kehendak Allah

Bila dtg masalah – kita hubungkan dgn amal - akan dpt tarbiyah dan pendekatan diri pd Allah

Maulana yusuf kata : semua pentadbiran alam tak ada kaitan sedikit pun dgn pemerintahan walau sebesar zarah. Melalui perbuatan pemerintah tak memberi apa-apa kesan pd alam
Keadaan alam berhubung kait dgn ahkam
Bila kita letak pengharapan pd pemerintah – Allah akan dtgkan pemerintah yg zalim dan akan dpt penghinaan yg sangat berat dari Allah

Satu hari telah dtg hujan di madinah. Nabi s.a.w kata esok pagi ada antara kamu akan jadi kafir dan ada yg jadi org islam. Sahabat hairan. Bagimana boleh terjadi? Semua takut. Malam beriman, esok pagi kafir. Org yg mengatakan bahawa hujan dtg kerana awan tersebut atau kerana bintang tersebut, maka dia adalah org kafir. Org yg mengatakan hujan dtg drp Allah, inilah org beriman.

Semua perkara yg kita nampak dari asbab kena nafikan semua. Asbab adalah penipu
Bagaimana satu org kafir yg tak tahu pasal ilmu kenabian boleh mengatakan akan turunnya hujan.
Bagaimana satu org kafir yg menkaji cuaca, tiada hubungan langsung dgn Allah dan rasul, boleh kata akan turunnya hujan dan kita percaya. Innalillah…

Syarat pertama utk dpt faedah drp Allah, ialah keluarkan keyakinan kpd asbab duniawi
Allah s.w.t berkuasa. Bila sahaja Allah nak turunkan hujan, Allah akan turunkan hujan.

Satu org sahabat dlm keadaan berjunub. Dia telah dipenjarakan. Dia perlukan air utk mandi wajib dan tunaikan solat.  Tapi mereka tak bagi air pd nya. Kami bagi air hanya utk minum. Kalau macam tu, sahabat kata aku tak nak minum, kamu kumpul semua air minum dan bagi pd aku utk mandi. Mereka tak nak bagi sebab air muinum diberi hari-hari. Sahabat kata dia akan sabar menunggu air yg mereka kumpul. Maksud aku ialah utk menyempurnakan perintah Allah. aku sanggup bersabar atas dahaga utk menyempurnakan perintah allah. mereka tak nak bagi juga. Ya allah, perintah engkau ialah tunaikan solat, dan perintah engkau juga kena bersuci baru boleh solat. Org ahli penjara telah menginkari permintaan dia tapi dgn kudrat Allah telah dtgkan awan dlm penjara dan turunkan hujan dlm penjara dia.

Hari ni kita berfikiran, dunia darul asbab, maka kita buat usaha atas asbab dan letak pengharapan pd Allah. Org yg letakkan usaha atas asbab, dia tak berhak langsung letak pengharapan pd Allah

Kita kena bagi Diri dan harta utk amal, maka Allah akan gembira dan Allah akan bagi kejayaan dgn kudratNya. Usaha atas amal, maka Allah akan bagi kejayaan pd kamu.
Yg jadi masalah ialah amal kamu rosak dan kamu usaha atas asbab duniawi dan kemudian letak pengharapan pd Allah.

Kenapa guna asbab? Sebab ia perintah Allah. Allah perintah kita gunakan asbab.
Lebih berkuasa drp asbab ialah janji Allah dlm amal
Perkara yg besar disisi Allah ialah kita kena sangka baik dgn Allah
Allah bersama dgn sangkaan hambanya
Perkara pertama ialah perubahan yakin dlm hati.

Syukur ialah kita kaitkan semua nikmat hanya pd Allah
Syirik ialah kita kaitkan semua nikmat selain dari Allah
Nabi telah bentuk pemikiran sahabat utk nafi asbab
Hujan dtg dari Allah. mempercayai ramalan cuaca adalah syirik
Maksud Sabar ialah utk menyempurnakan perintah allah
Susahkan diri utk amal – Allah gembira – Allah bagi kejayaan dgn kudratNya
Amal rosak sebab usaha atas asbab

Melalui usaha ini – ubah yakin dlm hati
Utk bina yakin tempatnya adalah di masjid
Sahabat belajar iman dgn cara bawa org ke masjid
Sahabat telah jumpa sahabat yg lain bawa ke masjid dgn tujuan belajar iman
Abdullah rawahah telah buat gasht hanya semata-mta utk iman

Kalau buat usaha ikut pengalaman, kita akan terjauh dari sunnahti dakwah
Ingat apa yg saya cakap ini.
Saya cakap dgn penuh kefahaman
Saya bukan cakap kosong
Saya cakap apa yg saya baca dari hayatus sahabah
Ini adalah khabar dari Allah dan rasul

Satu - Buat kerja agama dgn tengok pentadbiran dunia
Satu lagi – buat kerja agama dgn cara sahabat

Ikut kesesuaian zaman utk buat dakwah adalah perkara yg tidak betul
Imam malik rah kata : umat akhir akan berjaya bila ikut cara umat yg terdahulu
Muaz bin jabal – ketua para ulamak (saidul ulamak) – keluar dari masjid, jumpa org dan bawa ke masjid. Mari duduk dgn saya, kita beriman dgn Allah
Umar kata, aku begitu sibuk dgn halaqah iman di masjid supaya iman aku meningkat
Dlm bukhari ada diberitahu tempat utk hasilkan/tingkatkan iman hanyalah di masjid
Ini adalah satu perkara yg pasti
Hari ni org yg buat kerja agama merasakan bahawa buat usaha bawa org ke masjid dan bagi dakwah adalah perkara yg baru
Setiap hari kita semakin jauh dari sahabat
Sebanyak mana kita buat cara ikut kesesuaian zaman maka kesesuaian zaman akan meningkat tapi agama tak meningkat

Nabi kata: hendaklah kamu bersaksi atas keimanan org yg berulang-alik ke masjid
Antara Al faz yg digunakan oleh sahabat – ijlis bina, ta'al bina, ...
Kefahaman yg kita dpt di masjid tak mungkin kita akan faham di tempat yg lain
Semua pemikiran kita hari ni rosak
Tabligh bukan sekadar menyampaikan berita ke telinga
Tabligh adalah menurunkan berita ke hati  - tempatnya di masjid
Renunglah kisah sahabat – bagaimana nabi telah tarbiyah sahabat

Org yg bersalah/pemaksiat berhajat pd tarbiyah – mereka tak berhajat pd hukuman
Di zaman nabi – org yg bersalah/pencuri diikat di tiang masjid, bukan di hukum penjara
Diikat supaya tak lari. ikat bukan hukuman
Penjara bukan tempat tarbiyah
Tarbiyah satu org pesalah bukan melalui hukuman tapi kena letak dlm suasana tarbiyah.
Duduk dlm amal masjid supaya wujud dlm hati benci pd pencurian.
Kalau pencuri diletakkan dlm penjara, bila keluar dari penjara akan jadi perompak pula
Kalau penjara jadi tempat tarbiyah, nescaya org keluar dari penjara akan jadi wali Allah
Tempat tarbiyah adalah masjid

Gasht bukan semata-mata jumpa
Gasht ialah jumpa org bawa ke masjid
Siapa sahaja org islam bila bergerak ke masjid – tawajjuh Allah telah dtg pd dia dan dpt hidayat
Kita kena yakin
Masjid adalah tempat utk ubah yakin
Kena usaha sebanyak mungkin supaya setiap org beriman dtg ke masjid utk dpt penerangan
Org yg memakmurkan masjid akan dijauhkan dari azab yg Allah telah tetapkan utk turun
Hari ni kita fikir masjid utk solat sahaja. Lepas solat pergi sibuk dgn berniaga

Ayat 10 – surah jumaah
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Ibnu abbas kata : Ayat ni bukan bermaksud suruh kita berniaga, tapi pergi menuntut ilmu
Berniaga bukan satu kefarduan
Belajar ilmu adalah satu kefarduan

setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi untuk menuntut ilmu
ini perintah Allah

sahabat kata kalau ayat ni tak diturunkan, nescaya mereka akan tinggalkan perniagaan utk selama-lamanya

sahabat bukan ahli perniagaan , mereka adalah ahli amal.
Apa sahaja perintah yg dtg mereka beramal
Sahabat sangat taat sehingga mereka tinggalkan perniagaan utk selama-lamanya
Allah kata selepas solat, kamu bolehlah berniaga. Dibolehkan utk berniaga
Yg lebih penting/yg terbaik adalah menuntut ilmu – ini satu perintah
Ayat ini bukan maksud mencari perniagaan tapi selepas solat sibukkan diri dgn mencari ilmu
Oleh itu, di masjid nabawi selepas selesai solat sahabat bertebaran wujudkan halaqah
Halaqah belajar quran

Allah dan rasul suka/sangat menyayangi bila kita belajar quran dan mengajarkannya
Org yg belajar ilmu dgn niat utk amal dan sampaikan, bila melangkah kaki, Allah bagi pahala haji yg makbul kpd dia

Perkara asas, jumpa org dan bawa org ke masjid utk tarbiyah
Tabligh adalah memasukkan sesuatu perkara dlm hati
Tabligh bukan setakat menyampaikan
Semoga Allah maafkan kita semua

Di zaman nabi, banu tsaqif masuk islam tapi tak nak solat, tak nak tunaikan zakat, tak nak puasa, tak nak berjihad. Letakkan mereka dlm masjid supaya hati mereka lembut dgn amalan islam.

Umair b wahab, salah seorang dari syaitan mekah, telah tajamkan pedang nak bunuh nabi. Bila masuk ke tempat nabi. Nabi  tanya kenapa bawa pedang? Apa hajat kamu? Dia jawab, nak tunaikan hajat saudara aku. Nabi tanya apa yg telah kamu mesyuarat di baitullah tadi? Adakah kamu telah dtg nak membunuh aku? Bila dengar nabi cakap macam tu, umair terus ucap kalimah.
Apa yg saya nak bagitahu ialah, sebanyak mana kotor yg ada di hati manusia, bila masuk ke masjid, maka dia akan berubah. Di luar masjid tak mungkin dia akan berubah
Hari ni kita buat tabligh sebagai adat resam – pergi rumah org,  buat dakwah.
Kerja berjalan mengikut adat resam.
Kumpul org di kilang, kumpul org di bazar – kita buat dakwah di tempat syaitan
Kena keluarkan mereka dari suasana syaitan tersebut
Kata maulana yusuf : selagi dia tak keluar dari suasana dia, dia tidak akan dpt melihat kegelapan dosa dia

Satu org pesakit jumpa doktor. Doktor kata kena operate. Dia suruh doktor dtg rumah. Doktor kata tak boleh. Kena buat di hospital. Dia kata sikit sahaja. Bisul sahaja. Doktor kata di rumah banyak kuman. Kena pergi hospital.

Hari ni kita pergi tempat syaitan dan bagi dakwah dan nak ajak org kpd Allah
Tempat bina taaruf dgn Allah ialah di masjid
Bawa ke masjid dan wujudkan halaqah iman. Fahamkan mereka apa itu iman, apa itu agama.
Malaikat akan dtg mengerumuni majlis yg dibuat di masjid.
Malaikat akan tutupi dgn sayap atas majlis yg dibuat di masjid.
berkumpul di mana-mana rumah Allah dan menyebut nama Allah maka malaikat akan dtg mengerumuni mereka dan Allah akan turunkan sakinah
cuba faham betul-betul hadith ini.
bukan semata-mata utk jumpa bahkan jumpa utk bawa mereka kpd Allah.
Jumpa org bawa kpd Allah – tempatnya di masjid

zaman nabi – azan dilaungkan di luar masjid
bilal r.a akan panjat di tempat yg tinggi di madinah dan laungkan azan.
Tapi hari ni azan dilaungkan dlm masjid
Tafsir azan yg salah – ‘marilah’
hayya a'las solah, hayya alal falah - marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan
semua salah terjemah
tafsir yg betul adalah ‘pergilah’. pergi kpd solat, pergi kpd kejayaan
‘haiyya’ – ‘calo’ – ‘pergi’ – keluar dari rumah - pergi cepat
‘hayya’ bukan mari tapi pergi
azan adalah utk suruh org yg berada di luar masjid supaya pergi ke masjid. Sebab tu azan dibuat di luar masjid
tempat tarbiyah umat adalah di masjid
maulana ilyas kata: kemodenan zaman telah mengeluarkan umat drp ilmu masjid padahal mengambil ilmu dari masjid sangatlah memberi kesan. Sehingga apabila mereka dengar sahaja perintah arak itu diharamkan, maka satu org telah pergi iklan di seluruh madinah. Semua org telah pecahkan tong-tong arak. Arak telah diharamkan. Semua org telah tinggalkan arak melalui iklan satu org sahaja.
Mengambil ilmu dari masjid adalah merupakan ambil ilmu melalui amal
Kerana ilmu dan ibadat tak boleh diasingkan
Hari ni kita ada ilmu tapi tak ada amal. Kenapa? Kerana ilmu telah keluar dari masjid. 
Org kata inilah kemodenan. Sebenarnya inilah kemunduran iaitu umat belajar ilmu melalui alat dan umat terjauh dari ulamak.
Tekan button, dtg ilmu. Innalillah…
Tekan hadith sahih keluar semua hadith…allahuakbar….
Duduk rumah pun boleh belajar ilmu. Innalillah…
Satu org islam keluar dari rumah pergi ke masjid utk tanya suatu masalah maka Allah akan bagi satu pahala haji yg sempurna. Sepanjang perjalanan malaikat menghamparkan sayap. Org yg berjalan di atas sayap para malaikat maka cinta malaikat akan jatuh atas dia.
Hari ni org fikir duduk dlm masjid berzikir baru malaikat akan mengerumuni kita. Tidak, tidak.
Maksud zikir dlm masjid ialah belajar perintah Allah, belajar ilmu Allah.
Malaikat dtg mengerumuni halaqah yg membincangkan kudrat Allah, kebesaran Allah dan ahkam Allah (ilmu)
Faham betul-betul perkara ini.
Halaqah zikir ialah halaqah ilmu. Malaikat mengerumuni sampai ke langit.
Satu org keluar dari rumah dia utk bertanya satu masail sahaja, maka semua makhluk, semua malaikat, semua ikan-ikan dilaut, semua ular, semua kala jengking, akan mendoakan keampunan utk dia.

Tapi duduk dirumah, tekan satu button nak tahu sesuatu hukum, tak pergi jumpa ulamak, tak wujud keletihan utk belajar ilmu, org kata ini kemudahan. Tidak, tidak, tidak.
Kata maulana yusuf: bahawa melalui asbab duniawi ini ada bala , bukan ada kemudahan. Ada kesan buruk.   
bergerak/langkah kaki utk pergi belajar ilmu. Ini org yg berjihad di jln Allah.
keluar dari suasana kamu utk belajar ilmu.
Hari ni pergerakan utk belajar ilmu telah kurang sebab manusia merasakan dpt selesai masalah ilmu dlm rumah. Tak payah pergi buat gasht, saya dah buat 2½ jam dlm rumah. Saya taip-taip dan hantar berita pd semua org. tidak!
Melalui sampaikan berita amal tak akan terbentuk. Dtg kpd suasana, baru amal akan terbentuk.

Saya dah cakap berkali-kali, tempat utk belajar yakin hanya di masjid
Bawa umat ke masjid, wujudkan hubungan mereka dgn Allah.
kemudian wujudkan kesempurnaan dlm ibadat.
Kerana kesempurnaan agama adalah dlm kesempurnaan solat

org buat maksiat sebab solat mereka rosak
tak perlu menyalahkan sesiapa kerana kemaksiatan kita bahkan kita kena menyalahkan solat kita
ini perkara yg pasti
org yg merosakkan solat telah merosakkan agama

utk dpt husnul khotimah kena ada 2 perkara  1.husnul amal   2. husnul niat
hari ni org islam telah lalai dgn 2 perkara ini ; baiki niat dan baiki amal
bila baiki niat dan baiki amal pasti akan dpt husnul khotimah
baiki niat dan baiki amal pasti, pasti dia akan dpt husnul khotimah
sebagaimana kamu hidup, begitulah kamu akan mati
sebagaimana kamu mati, begitulah kamu akan dibangkitkan semula
satu org yg hidup dgn baiki amal, baiki niat maka dia akan mati dgn keadaan yg baik

saya dah beritahu berkali-kali, kamu carilah asbab dosa kamu melalui solat kamu
saya bersumpah dgn nama Allah, bahawa kemaksiatan itu tak ada hubung kait dgn suasana yg rosak
org terkesan dgn suasana maksiat/buruk sebab dlm hati dah ada kekotoran
utk lawan setiap suasana buruk maka kena buat dakwah – ajak org kpd Allah/kpd agama – maka kamu akan terselamat

tunaikan solat dgn cara tak betul menyebabkan kita jadi pemaksiat
tunaikan solat dgn cara yg tak betul tak akan mati dlm islam/agama nabi s.a.w
huzaifah r.a telah tengok satu org tunaikan solat dan berkata kalau dia mati dgn solat macam ini, maka dia tak akan mati dlm agama yg dibawa oleh nabi s.a.w

wujudkan kesempurnaan dlm solat supaya agama jadi sempurna  - tegakkan agama
org yg solat dgn tidak membetulkan rukuk dan qiam dia – Allah tak akan melihat solat dia – apabila Allah menginkari solat dia drp naik ke arash, maka bagaimana solat dia dpt membentuk diri dia
solat adalah mikraj org mukmin
bila dlm solat pun Allah dah berpaling drp bertemu dgn dia, maka masa mana lagi kita nak berjumpa dgn Allah. kerana dlm solat pun Allah tak nak jumpa dgn kita
wujudkan kesempurnaan dlm solat, maka menyempurnakan agama
maksud iqomah -  menyempurnakan sesuatu
maksud iqomatissolah – menyempurnakan solat
maksud iqomatiddin – menyempurnakan agama

setiap amal akan dtg kesempurnaan melalui 2 perkara : 1. ilmu  2. iman
ilmu dan iman akan wujudkan kesempurnaan dlm amal
iman akan kekalkan niat dlm ikhlas
iman akan dtgkan yakin pd janji Allah
iman akan dpt istiqamah dlm amal
iman akan dpt kesempurnaan janji Allah

sahabat tanya ; apa itu iman?
Iman adalah ikhlas, ikhlas adalah iman

Ilmu dan iman akan menyempurnakan amal
satu perkara yg aneh hari ni manusia belajar amal tapi tak belajar iman
belajar ilmu dunia dan merasakan ia adalah ilmu – padahal ia adalah kejahilan
org yg belajar agama pun terperangkap dlm kejahilan ini – mengatakan ilmu bukan hanya quran dan hadith dan anggap ilmu dunia pun adalah sebahagian dari ilmu
dlm zaman kejahilan ini – org mengatakan kemahiran dunia itu sebagai ilmu, maka kita telah bawa umat kpd kejahilan yg lebih teruk. Kita telah memerangkap umat dlm kejahilan

tidak ada org yg lebih jahil dan lebih bodoh drp org yg menggunakan kelebihan ilmu yg disebutkan dlm hadith utk org yg belajar ilmu dunia dan dia bagi targhib pd org islam, ilmu bukan semata-mata quran dan hadith bahkan kena belajar juga ilmu kedoktoran dan jurutera, ini juga ilmu.

Syaitan bagitahu kita kalau tak belajar ilmu dunia, kita tak boleh lawan org kafir padahal sahabat dlm keadaan tak belajar ilmu dunia mereka telah dpt kemenangan  sehingga org bukan islam juga mengiktiraf kejayaan sahabat r.a

Satu tipudaya yg sangat besar kpd org islam mengatakan kena belajar ilmu dunia utk lawan org kafir.
kejahilan telah mengatasi ilmu
maulana yusuf kata: perkara yg kita dpt tanpa belajar bukan ilmu
mengatakan ahli dunia ada ilmu, ini satu kejahilan
ilmu dunia cuma satu pengalaman, bukan ilmu
ilmu yg sebenarnya ialah apa yg dibawa oleh nabi s.a.w drp Allah s.w.t
ilmu yg sebenarnya ialah bagaimana nak jawab 3 soalan dlm kubur
1.       akidah – ilmu ketuhanan/tauhid – kenal Allah
2.       ibadat – ilmu syariat – kenal agama
3.       sunnah – hajat manusia utk kenal nabi s.a.w
ini sahaja ilmu
maksud kenal nabi s.a.w ialah mengikut cara nabi s.a.w/berjalan atas jln sunnah
kenal nabi sebagai nabi akhir zaman sahaja tak mencukupi utk kenal nabi dlm kubur
maulana yusuf kata: tak ikut sunnah – dlm kubur tak kenal nabi
utk kenal nabi sangat penting kena ikut sunnah – syarat utama ialah ikut sunnah

dlm kubur – lidah bergerak ikut keyakinan dlm hati
dlm kubur - lidah tidak bergerak ikut maklumat dlm kepala otak
dlm hadith : ilmu ada 2 jenis
1. ilmu di lidah akan jadi musibah
2. ilmu di hati akan bagi menafaat

kalimah pun ada 2 jenis :  1. kalimah di lidah   2. kalimah di hati
setiap kalimah ada ikhlas dan al faz
setiap ilmu pun ada ikhlas dan al faz

ikhlas dlm ilmu akan wujud perasaan takut pd Allah
org alim/ulamak ialah org yg ada perasaan takut pd Allah
org yg tak ada perasaan takut pd Allah – dia bukan alim dan tak mungkin jadi ulamak
hakikat ilmu akan wujud bila ada perasaan takut pd Allah

ilmu pd lidah akan jadi musibah pd anak adam
tak tahu – musibah kecil
tahu tapi tak amal – musibah lebih besar
ilmu jadi pendakwa – dihumban masuk dlm neraka
hasilkan ilmu dgn hakikatnya
tuntutan ilmu adalah ketaatan
hari ni belajar ilmu utk cari makan – Allah tarik keberkatan – tak ada ganjaran – ini pasti
buat kerja agama utk dpt dunia – tiada keberkatan

org yg belajar quran dan mengajar quran pasti dia akan jadi org yg kaya
ilmu akanbawa kpd kekayaan
kejahilan bawa kpd kefakiran/miskin
sekiranya dia jadi kaya dgn kejahilan – ini adalah kemurkaan Allah
bila Allah marah pd seseorang – Allah akan bagi kekayaan
ini perkara yg pasti

beramal utk dpt dunia  - tiada ganjaran dan tiada keberkatan
jgn sekali-kali kita buat
ubay b kaab – ajar seorang budak quran. Ayah budak tersebut telah hadiahkan dia panah. Kerana gembira bapa dia bagi hadiah. Hadiah adalah satu harta yg suci.
hadiah utk wujudkan kasih sayang/menyatukan hati/gembirakan hati
zakat utk menyucikan harta
hadiah lebih tinggi kedudukannya dari zakat

hadiah panah. Dgn maksud dpt digunakan utk jihad di jln Allah.
nabi kata : kalau tak nak bawa panah ini menuju ke neraka, pulangkan balik
nabi telah alih pemikiran sahabat drp fikir melalui ilmu dpt dunia
supaya ilmu tersebar tanpa dpt dunia
ilmu adalah fitrah – bagi free pd umat
hari ni ilmu dijual
jgn jadikan ilmu utk asbab rezeki
kata umar r.a - satu kebodohan yg jelas – Allah bagi ilmu dan kamu guna utk cari rezeki
amanah umat ada pd kamu, dan utk sampaikan amanah , kamu minta duit drp umat

org yg belajar ilmu funun/ilmu kemahiran – yakin dpt duit/dpt gaji
tapi org yg belajar ilmu Allah tak yakin dia akan dpt pemeliharaan dari Allah  

syarat utk dpt husnul khotimah  - husnul amal dan husnul niat
wujudkan kesempurnaan dlm amal dan hiasi amal dgn iman
ihtisab, ikhlas dan ehsan – dtg melalui iman
sekiranya tiada ehsan dlm sesuatu amal, maka amal tersebut tak akan memberi kesan pd kita

setiap amal akan dtg kesempurnaan melalui toharah/kesucian
toharah/kesucian adalah separuh dari iman
tanpa kesucian – iman tak sempurna
kesucian adalah syarat pd kefarduan
kesucian bukan setakat  bila berjunub kena manji wajib
bila tak ada wuduk – ambil wuduk
tidak sama sekali

kesucian dalaman adalah lebih penting drp kesucian zahir
sekiranya darah dlm badan tak suci drp riba, rasuah, rampas hak org , berniaga tak betul – maka badan dia adalah badan yg bernajis
utk ibadat - kesucian darah adalah syarat
sebagaimana perintah utk sucikan badan begitulah juga perintah utk sucikan darah
kulit luaran sahaja suci/bersih tapi darah dlm badan tak suci – amal tak diterima

ambil bantuan dari Allah dgn sabar dan solat
apa maksud sabar? Selamatkan/jauhi diri dari perkara yg haram
org tak tunaikan solat – org kafir – ini perkara pasti
solat tak diterima – makan haram, minum haram, pakaian haram, darah haram
doa menangis pun Allah tak terima

melalui usaha dakwah nak ubah kehidupan kita
muhajir bukan org yg tinggalkan negara
muhajir ialah org yg meninggalkan perkara yg di larang oleh Allah
hijrah – langkah kaki berlawanan dgn nafsu
harus ada keinginan dlm hati – ya Allah, bagilah hidayat pd seluruh umat
hidayat dtg melalui taubat
yakinlah, yakinlah, yakinlah melalui jln dakwah – dpt tarbiyah, tazkiyah, taqwa
ini janji Allah
melalui jln dakwah adalah perkara yg pasti dan pasti Allah bagi hidayat
‘Wallazi na jahadu...
lam tahkik, nun tahkik. tahkik di atas tahkik. pasti dan pasti Allah bagi hidayat
org yg buat usaha tanpa usul yg betul – tak ada hidayat, tak dpt tarbiyah
hidayat & tarbiyah utk umat adalah melalui jln dakwah

org yg beruzlah – tinggalkan umat - ini ialah org yg putus asa dgn ragmat Allah
nabi s.a.w adalah nabi terakhir. Tak ada nabi lagi selepas nabi s.a.w
t/jawab umat ialah bawa umat kpd Allah
kerja ini adalah menambah harapan pd diri umat utk dpt hidayah & tarbiyah dari Allah
bergerak dan keluar di jln Allah – pergi ke seluruh dunia dlm apa keadaan pun
da’i tak mungkin putus asa

org buat dosa tak binasa
org yg lihat pendosa dan putus harap dgn Allah akan binasa

syarat taubat :
  1. istighfar
  2. tinggal dosa – tak ingin buat
  3. menyesal
syarat yg ke-4 yg umat dah lupa ialah tinggalkan kpg halaman dan keluar di jln Allah

2 sebab keluar – 1. tazkiyah diri   2. pergi ke tempat yg kurang agama di seluruh dunia

madinah telah dikosongkan utk perkara ini
walaupun ada org tak nak bayar zakat
abu bakar akan perangi org tak nak bayar zakat beserta tali
tempat yg ada kekurangan agama – pergi kesana dan hilangkan kekurangan tersebut
dimana sahaja jemaah usamah b zaid pergi – org murtad telah kembali pd islam
ini yg dikehendaki dari pergerakan kita ini
melalui akhlak, org bukan islam dtg pd islam
dan bila bergerak utk agama dan bantu agama – org islam akan kekal dlm islam

dgn membantu agama akan kekal dlm islam
dgn amal agama sahaja – bukan pembantu agama
amal agama utk diri sendiri tidak dipanggil pembantu agama
kita semua dlm kerugian sekiranya ada kekurangan agama dimana-mana sudut dunia
pembantu agama ialah guna harta dan diri utk bawa org lain dtg kpd agama
‘Intansurullaha yansurkum
Allah tak kata sekiranya kamu beramal, Allah akan bantu
Allah kata sekiranya kamu membantu meninggikan agama, Allah bantu kamu
Dengar dan faham betul-betul

tabiat kita hari ni lebih kpd kehidupan infradi
berlaku kemurtadan – kita tak risau, kita tak kerut dahi
taubat, taubat, taubat

usahakan supaya setiap org islam jadi pembantu agama Allah
bila keluar di jln Allah – baru dtg nusrah Allah
buat usaha dgn sabar dan istiqlas
keluar di jln Allah utk menyempurnakan taubat – tinggalkan kpg halaman
nak dpt keampunan Allah keluarlah di jln Allah – ini perkara yg pasti, yg pasti, yg pasti
sakit kepala semasa di jln Allah – Allah ampunkan semua dosa
sekiranya mati di lautan – Allah sendiri akan cabut roh dia – bagaimana darjat dia?
tabligh bukan satu persatuan
tabligh bukan madrasah –  tabligh bukan setakat belajar kalimah dan solat
perkara yg asal ialah utk sempurnakan agama di seluruh dunia
oleh itu kena keluar di jln Allah
sampaikan amanah pd umat

semua niat dan azam…

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir