Tongi 2015 - bayan hidayat maulana saad

11/01/2015

Utk agama dtg dlm kehidupan manusia perlu pd satu usaha dan dgn cara yg betul. Usaha itu adalah usaha baginda rasulullah s.a.w. Cara yg ditunjukkan oleh nabi s.a.w dan sahabat r.hum, itulah caranya yg akan dtgkan agama dlm kehidupan

maulana ilyas rah. kata dgn cara adat resam, cara budaya, selain dari cara nabi s.a.w tidak akan dtgkan agama dlm kehidupan manusia

cara makan nabi s.a.w ada nurani – ada nur yg tersendiri
begitu juga dgn cara usaha nabi s.a.w – ada nur, ada tarbiyah, ada keampunan
usaha cara nabi s.a.w adalah usaha yg dtg dari Allah s.w.t
dgn cara usaha adat resam atau cara budaya atau cara tersendiri yg difikirkan oleh kita tidak akan membawa agama dlm kehidupan manusia. Bila buat usaha cara nabi s.a.w ianya ada nur, dgn ini akan wujud nur dlm kehidupan kita – nur sunnah nabi s.a.w

Usaha dgn cara sunnah nabi s.a.w dan cara sahabat – akan dtg agama, akan dtg nur, akan dtg tazkiyah dlm kehidupan dan semua jenis kebaikan akan dtg dlm diri kita

Dlm usaha ini, maksud yg pertama ialah bermula dari diri kita sehingga seluruh manusia beralih keyakinan dari makhluk kpd khalik/pencipta iaitu Allah s.w.t
maulana ilyas kata kalau nak letak nama pd usaha ini akan dinamakan ‘tahrikul iman’ – gerakan iman
cara usaha ini ada cara yg tertentu iaitu cara yg telah dibuat oleh nabi dan sahabat
kita dituntut utk buat dakwah dgn cara tersebut dan kita duduk berkumpul utk ubah yakin.
Tempat asal utk ubah yakin ialah di masjid. Kumpul manusia di masjid utk belajar iman.
Tempat-tempat di luar masjid ialah tempat merosakkan yakin. Tempat utk terbina yakin ialah di masjid
Keluarkan mereka dari semua rupabentuk kebendaan yg ada dan bawa ke masjid

Inilah amalan para sahabat r.hum. Sahabat telah bawa sahabat yg lain ke masjid
Abdullah b. rawahah, umar khattab, muaz b. jabal, abu hurairah – mereka jumpa org dan bawa ke masjid - ‘Duduklah seketika, supaya kita beriman’
dlm hadith: bila tengok seseorang berulang alik ke masjid saksilah atas keimanan nya
ini satu perkara yg pasti – di masjid, dgn halaqah iman, menceritakan perkara mughibat, perkara yg ghaib akan dtg keyakinan
kata umar r.a: ‘saya kumpul kamu di halaqah iman supaya iman saya bertambah’

kita semua bertanggungjawab, kita buat usaha supaya cara usaha kita sama dgn cara sahabat
cara utk memperbaharui iman ialah dgn cara sahabat
sahabat buat gasht jumpa sahabat yg lain, mereka pujuk, mereka rayu, mereka panggil dtglah ke masjid seketika dan kita muzakarah iman
dlm hayatus sahabat: bahawa dgn suasana masjidlah manusia jadi manusia dan dgn suasana masjidlah kekufuran yg ada dlm hati mereka telah hancur

banu Tsaqif kata: kami boleh terima islam tapi kami tak mahu solat, kami tak mahu bayar zakat, kami tak mahu pecahkan berhala-hala kami. Nabi suruh letak khemah mereka dlm masjid supay amalan-amalan masjid melembutkan hati mereka

ammar kata pd tufail dausi, jgn dengar cakap muhammad, kalu dengar akan jadi org dia, tufail dausi masukkan kapas dlm telinga. Nabi sedang solat di sisi kaabah. Tufail kata pd diri sendiri, kamu org yg pandai, dpt membezakan perkara yg baik dan buruk. Dia keluarkan kapas dan dengar percakapan nabi. Nabi sedang baca quran. Dia pun masuk islam. Dia telah balik dan dakwah kaum dia dan 80 keluarga telah masuk islam.

Tabligh bukan utk sampaikan kalam ke telinga sahaja. Tetapi utk masukkan perkataan ke dlm hati
Tempat utk masukkan perkataan ke dlm hati tempatnya ialah di masjid.  
Gasht bukan semata-mata jumpa, tapi jumpa dan bawa ke masjid
Kita nak hubungkan setiap org islam dgn masjid
Nabi s.a.w bersabda: sesiapa yg kamu lihat berulang-alik ke masjid bersaksilah atas keimanannya
Perkara yg patutnya difahami dlm masjid, kalau dibuat di luar masjid maka tak akan faham

Banyak kisah-kisah sahabat, mereka dtg masjid dan dengar percakapan nabi s.a.w, dengar takazah-takazah, dengar hukum Allah.
Iklan dibuat di zaman nabi: “as solah tu jamia”–adalah utk kumpul semua sahabat-sahabat di masjid - utk takazah, utk taklim, utk tashkil, utk merperkuatkan iman
Semua kerja-kerja ini telah dihubungkan dgn masjid

Apabila satu org islam melangkah ke masjid, rahmat Allah akan dtg berlari-lari menuju kpdnya
Satu org dtg selangkah kpd Allah – Allah akan dtg 2 langkah kpd dia
Bila kita gerakkan seseorang islam ke masjid, maka kita telah mempercepatkan rahmat Allah kpdnya
Inilah yg kita dpt dlm kisah-kisah sahabat. Bahkan utk urusan dunia pun sahabat dtg ke masjid.
Utk berhentikan hujan, utk selesaikan hutang, utk mengubati sakit, ada ribut – semua dtg ke masjid
Hari ni umat tidak terkesan dgn agama sebab tak ada hubungan dgn masjid
Asas terbinanya iman ialah di masjid

Buat gasht dgn semangat dlm hati bagaimana dpt bawa org ke masjid, dgn ini nusrah Allah akan bersama kita. Hari ni kita fikir nak jumpa org di kedai, di pejabat, org sibuk dgn perniagaan, org sibuk dgn kerja pejabat, jumpa pekedai di kedai, jumpa peladang di kebun. Ini bukan cara sahabat. Kita nak jumpa hamba Allah dan bawa ke rumah Allah. Hadith: Allah sangat suka org dtg ke masjid sebagaimana keluarga seseorang yg dah lama tak jumpa kemudian balik ke rumah mereka.

Kena ingat, kita jumpa dan bawa ke mahul masjid dan kita bagitahu fadilat/kelebihan masjid.
Org yg melangkah ke masjid utk belajar agama , Allah akan bagi pahala satu haji yg sempurna  
Org yg dtg berjalan ke masjid, setiap langkah dpt 1 pahala, diampun 1 dosa, diangkat 1 darjat
Org yg dtg ke masjid, Allah ambil t/jawab utk menerimanya sebagai tetamu
Dlm mulakat kita, kita jumpa dan bagitahu fadilat masjid supaya umat ada keinginan/syok utk dtg ke masjid. Inilah cara sahabat. Apa-apa masalah dtg ke masjid

Hujan tak turun di madinah, sahabat dtg ke masjid jumpa nabi, “Ya rasulullah, semua dah kering, minta tuan doa supaya dtg hujan”. Nabi pun doa dan hujan terus turun. Selama satu minggu hujan turun, tak nampak matahari. Sahabat dtg jumpa nabi, “ya rasulullah, jln dah terputus, ladang dah tenggelam, tolong doa supaya hujan berhenti”.  Nabi pun doa, hujan terus berhenti. Ini bukan khusus utk zaman nabi sahaja, bahkan utk umat sampai hari kiamat.

Apa-apa yg berlaku pd sahabat dan ambia, pd umat sekarang pun boleh berlaku dgn syarat umat dtg pd jln yg betul. Pd zaman tersebut mereka selesaikan masalah di masjid.
Kita kena cerita kelebihan masjid supaya setiap org ada syok/keinginan utk dtg ke masjid.
Kita jumpa semua org. hari ni kita telah hadkan utk jumpa org. kita jgn pandang rendah. Kita kena dakwah setiap org. ini asal sunnah nabi s.a.w. Nabi dakwah semua org. tidak ada org yg tidak layak di dakwah.

Satu kisah gembala kambing: serigala telah menyerang kambingnya. Dia kejar dan mengambil balik kambing tersebut dari serigala. Serigala bercakap, kamu ambil rezeki yg Allah telah tentukan utk aku. Gembala jadi hairan serigala boleh bercakap. Ini tak hairan lagi, lebih hairan dan lebih takjub bahawa seorang nabi telah muncul di madinah. Gembala bawa semua kambing dia dan pergi ke madinah, ke masjid nabawi, dia cerita kisah itu pd nabi. Nabi kumpul semua sahabat dan suruh gembala cerita apa yg dah jadi pd dia. Binatang liar pun buat dakwah bawa org ke masjid.

Saya bagitahu dgn sungguh-sungguh pd tuan-tuan. Gasht bukan semata-mata jumpa. Bahkan kita jumpa dan keluarkan mereka dari suasana yg merosakkan yakin dan bawa ke masjid dan duduk dlm majlis iman dan yakin.
      
Ini ialah kerja semua jemaah masjid. Semasa keluar buat gasht, jumpa org jgn tinggalkan masjid kosong tanpa amal. Kita cuba bawa org ke majlis-majlis yg sedang berjalan di masjid. Kalau tinggalkan masjid kosong tanpa amal, kita nak ajak org dtg ke masjid utk apa? Semua org yg dtg ke masjid adalah da’i. mereka semua adalah karkun. Jgn sekali-kali kita fikir kita 4-5 org je karkun. Semua org islam adalah org yg akan memakmurkan masjid. Org musyrikin sahaja yg tak memakmurkan masjid. Semua org yg dtg solat sepatutnya duduk dlm mesyuarat. Bentuk jemaah-jemaah kecil keluar bagi dakwah dan ajak org ke masjid. Semua org yg dtg ke masjid adalah org beriman. Kita sediakan mereka utk buat dakwah. Setiap org islam adalah maksud utk kita usahakan jadi da’i. setiap umat jadi da’i.

Semasa kita jumpa org diluar jgn tinggalkan masjid kosong. Lantik satu org istiqbal dan bawa org ke halaqah iman. Dakwah mereka utk keluar 4 bulan. Paling kurang 40 hari, lagi kurang 3 hari dan dpt bagi masa utk kerja tempatan.

Hari ni di setiap masjid kita rasa 3-4 org ni je lah yg buat usaha agama. Org tempatan pun rasa mereka ni je lah yg buat usaha dakwah & tabligh. 4-5 org ni je lah yg duduk taklim. Sepatutnya semua ahli jemaah masjid yg dtg solat duduk dlm mesyuarat. Ambil pandangan dari mereka. Hantar mereka ke rumah-rumah, ke lorong-lorong, buat dakwah dan bawa org ke mahul masjid.    

Dlm malfuzat maulana ilyas: tidak ada satu pengantara/satu amalan yg paling cepat dpt menghampirkan diri kpd Allah melainkan dgn usaha menghubungkan seseorang dgn masjid. Tidak ada amalan yg dpt menandingi yg begitu cepat penghampiran pd Allah melainkan dgn menghubungkan seseorang dgn Allah, bukan sekadar dakwah dan tinggalkan dia, tapi bawa dia ke rumah Allah.

saya bagitahu dgn penuh penekanan bahawa semasa kita keluar buat gasht, jgn tinggalkan masjid kosong tanpa amal. Kita jumpa org nak bawa ke amalan yg ada di masjid. Kalau dia tak dpt dtg, kita dakwah sempurna di tempat itu dan kita tashkil dia bila dia lapang utk dtg ke masjid. Setiap org kita kena jadikan mereka da’i. kita bawa mereka ke mahul masjid dan kita ambil kerja drp mereka. Bila kita ambil kerja dari mereka, barulah mereka jadi org yg buat kerja. Dlm diri setiap org yg buat gasht kena ada semangat, kena ada takazah.

Maulana ilyas kata: org yg buat gasht, kaifiatnya, sebagaimana dia sedang menyelamatkan org sedang tenggelam dlm air. Atau menyelamatkan org dari rumah yg sedang terbakar. Risau yg sungguh-sungguh bagaimana dpt keluarkan mereka. Jumpa umat dan bawa ke mahul masjid.

Hadith: majlis yg wujud dlm masjid, malaikat akan mengerumuninya. Org yg duduk di rumah Allah dan buat muzakarah kebesaran Allah, keagongan Allah, malaikat akan megerumuni bertindih-tindih sampai ke langit. Syaratnya ialah di masjid. Tuan-tuan ingat betul-betul perkara ini. kita bawa org ke masjid, kita telah gerakkan dia ke arah Allah s.w.t. org yg melangkah selangkah kpd Allah, Allah bergerak 2 langkah kpdnya. 1 hasta dtg kpd Allah, Allah dtg 2 hasta kpdnya. Amalan utk menumpukan rahmat Allah pd seseorang ialah kita bawa mereka ke masjid. Org dtg berjalan kpd Allah, Allah dtg berlari ke arah dia. Tempat islah, tempat tarbiyah, dan memberi kesan pd hati, tempatnya ialah masjid. Kita jumpa org utk bawa ke masjid. Kita merayu sungguh-sungguh sehingga org yg kita dakwah merasa kesian. Sehingga Allah tengok kita punya kegelisahan, Allah kesian pd kita. Atas kerisauan inilah Allah buat keputusan hidayat.

Jgn kita pergi rumah tertentu sahaja. Kita kena jumpa setiap org. Abu Hurairah r.a pergi ke pekan madinah, dakwah mereka dan hantar ke masjid. Warisan nabi sedang dibahagi-bahagikan di masjid. Ambil warisan kamu di masjid.

Amalan yg pertama, dakwah kpd amalan yg fardu. Dakwah illallah ialah mendakwah umat kpd hukum hakam Allah. hukum yg terbesar ialah solat. Tanpa solat tak wujud islam. Solat umpama kepala kpd badan. Tanpa kepala manusia tak wujud. Islam tak wujud tanpa solat. Usaha kita ialah bawa org ke masjid dan bawa ke amalan fardu. Beza antara kufur dan islam ialah solat. Mereka yg berhadas/tak suci  pun bawa mereka ke masjid, suruh mereka mandi dan suci, bagi pakaian bersih pd mereka. Allah akan redho dgn kita sebab kita dah bawa hambaNya dan temukan dia dgn Allah s.w.t. Bawa mereka kpd amalan fardu.   

Tuan dengar betul-betul, bawa ke masjid dan sediakan mereka utk tunaikan amalan-amalan fardu. Nabi s.a.w sendiri mengajar solat kpd org yg dtg ke masjid. Kalau nabi sibuk, nabi akan bagi t/jawab pd sahabat utk ajar. Sesiapa pun yg dtg ke masjid drp sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, ada sahaja org di masjid utk bagitahu pd dia. Tapi suasana itu sudah tidak ada dlm masjid kita. Tanpa solat islam tidak wujud. Org kafir mungkin dia solat tapi org islam kalau tak solat islam tak wujud. Bila org bukan islam masuk islam, mereka kena tunaikan solat, kena berpuasa. Org kafir mungkin tunaikan solat tapi tak mungkin org islam tinggalkan solat. Dlm apa keadaan sekalipun, solat tak akan ditinggalkan. Kita dakwah kpd kesempurnaan solat. Kita sanggup korbankan semua rupabentuk kebendaan, antara langit dan bumi demi utk solat. Kita akan tahu nilai/hakikat solat bila Allah letakkan takazah dunia bila kita nak solat. Mampu atau tak mampu nak tinggalkan takazah dunia utk solat. Solat bukan setakat utk dpt kelebihan/ganjaran semata-mata.

Maksud drp taklim ialah keluarkan semua yakin makhluk dan masukkan yakin pd Allah s.w.t. Azan bukan setakat nak bagitahu dah masuk waktu solat. Wahai raja, wahai org kaya, wahai menteri, kamu semua berhajat utk dtg kpd Allah. Azan utk menyeru kpd Allah, bukan nak bagitahu waktu solat. Hari ni org faham azan ialah dah masuk waktu solat tapi sebenarnya azan ialah utk panggil org ke masjid. Allahuakbar maksudnya ialah semua ghairullah kecil. Kalau langkah kita ke masjid maknanya kita mengagongkan kebesaran Allah tetapi kalau langkah kita kpd selain dari Allah, maknanya kita telah menerima kebesaran makhluk dan tinggalkan kebesaran Allah.

Janji Allah dgn hukum. Janji Allah tidak ada dlm asbab. Kita dtg solat bertentangan dgn ghairullah. Wujudkan kesempurnaan dlm solat, dlm berdiri, dlm rukuk, dlm sujud dan kita solat panjang-panjang. Hari ni kita tak ada takluk/hubungan dgn solat. Kita rasa berat nak solat sunat pun. Kita kena banyakkan dan jaga solat sunat sehingga Allah kata Aku akan jadi anggota-anggota kamu. Maulana ilyas kata maksud drp usaha ini ialah utk menyempurnakan kalimah dan solat. Maksudnya ialah amalan kita sampai ke tahap amalan nabi s.a.w. Nabi kata: solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat. Usahakan kesempurnaan dlm amal. Org yg rukuk dan kemudian bangun iktidal, belum tegak tulang belakang, dia terus sujud, maka solat dia tidak akan diterima. Org yg merosakkan solat akan dpt su’ul khotimah, di khuatiri mati dlm keadaan buruk. Apabila kita betulkan amalan kita, mati dlm husnul khotimah. Satu org solat tanpa thokmaninah, macam ni punya solat, kalau mati, di akhirat nanti tak akan masuk dlm golongan org yg beriman dgn agama yg dibawa oleh muhammad s.a.w

Dlm dakwah nak wujudkan kesempurnaan amal. Org buat dakwah hari ni bayan panjang-panjang, mesyuarat panjang-panjang, tapi solat pendek je. Dlm bayan hidayat khulafak rasyidin, bantuan Allah akan dtg pd kamu bila kamu bangun malam solat tahajjud dan baca quran. Lazimkan utk bangun malam, solat tahajjud, banyakkan solat-solat sunat. Dgn ini, semua anggota badan kita akan dtg kpd apa yg Allah s.w.t kehendaki. Kita wujudkan kesempurnaan dlm solat. Pertama, kita menyeru manusia kpd solat dgn yakin. Kedua, kita usahakan solat kita supaya dpt solat dgn sempurna. Dgn solat dpt menyelesaikan masalah. Kita tangguhkan/takhirkan/lewatkan asbab-asbab kita, kita kedepankan solat kita.

Bila org mukmin ada masalah, dia punya fikiran terus pergi kpd solat. Kalau dtg masalah dan terus terbayang asbab zahir, maka dia tak yakin atas solat. Bila nampak tidak ada kejayaan dlm asbab baru nak solat, ini bukan caranya. Jln yg sebenar ialah sebelum pergi kpd asbab buat amal dulu. Seorang sahabat jumpa nabi dan kata saya nak pergi ke bahrain utk berniaga. Nabi suruh dia solat 2 rakaat dulu. Kita nak wujudkan kesempurnaan dlm solat dan kita nak bawa yakin dlm solat. Kita dakwahkan kehebatan solat bertentangan dgn semua perkara asbab zahir yg ada di depan kita. Maksud saya bukan nak tinggalkan asbab. Maksud saya ialah kita putus asa dgn asbab dan dtg pd amal. Kudrat Allah bersama dgn janji Allah. janji Allah bersama dgn amalan.

Tanpa ilmu amalan tidak akan diterima disisi Allah. solat adalah fardu. Ilmu juga fardu. Dgn perantaraan dakwah kita keluarkan umat dari jahalah/kejahilan. Sebagaimana iman & solat adalah fardu pd setiap lelaki dan wanita, begitu juga ilmu, demi Allah, adalah fardu atas setiap lelaki dan wanita. Ilmu terbahagi kpd 2. satu ilmu di lidah dan satu ilmu di hati. Ilmu di lidah akan jadi musibah pd pemiliknya. Ilmu di hati akan bawa kita takut pd Allah s.w.t. Kita kena lihat dgn ilmu berapa banyak takut dtg dlm hati kita. Sekarang umat dlm kejahilan, mereka mengganggap ‘fun’/subjek dunia ni pun ilmu jugak. Selain dari ilmu quran dan hadith adalah kejahilan, kejahilan, kejahilan. Pengalaman ahli dunia adalah kejahilan. Ilmu ialah ilmu agama. 3 soalan dlm kubur itulah ilmu. Tahu mengenai Allah, tahu mengenai nabi s.a.w, tahu mengenai syariat, inilah ilmu yg akan di tanya pd setiap org yg mati dlm kubur. Ilmu adalah yg berkaitan dgn 3 perkara ini. ilmu ialah apa yg Allah hendak dari kita. Ilmu fadail dan ilmu masail.

Maksud drp ilmu fadail ialah supaya pagi/petang kita nak wujudkan semangat hati kita dgn amalan yg kita buat. Di zaman sahabat tak ada kitab. Nabi cerita janji-janji Allah pd sahabat dan sahabat telah yakin dgn janji-janji yg diberitahu oleh nabi. Kita keluar di jln Allah, kita ambil berat utk taklim. Fadilat amal, fadilat sedekah dan muntakhab hadith. Sangat-sangat perlu ketiga-tiga kitab ini. Setiap org yg buat usaha ada ilmu mnegenai hadith-hadith berkenaan 6 sifat. Setiap org boleh bayan 6 perkara dgn hadith-hadith nabi. 3 jam taklim. Maksud drp taklim ialah kita keluarkan semua yakin makhluk dan masukkan yakin pd janji-janji Allah drp hati kita. Masukkan kebesaran Allah dlm hati.

Abu hurairah r.a buat taklimi gasht di madinah. Hari ni kita dah biasa dgn sesuatu cara dan kita rasa itulah cara yg betul. dlm makami taklim, kita tak buat taklimi gasht. Imam segala muhadithsin pun buat taklimi gasht dlm taklim tempatan. Dlm hayatus sahabah ada meceritakan perkara ini.
‘apa yg menhalang  wahai kamu org-org bazar, org-org pekan, org-org pasar, tidak dtg mengambil warisan nabi yg dibahagikan di masjid.’   

Semasa keluar di jln Allah kita buat taklim pagi dan ptg. Taklim pagi buat halaqah tajwid & muzakarah 6 perkara. Dan juga belajar dan mengajar. Hari ni kita tak fikir utk belajar. 4B dah habis, 40H dah habis tapi fatihah masih tak betul. Ini satu kerugian. Setiap org kena fikir dan risau atas diri dan juga atas org lain. Setiap org bila dia balik sekurang-kurangnya boleh jadi imam di mahallah dia. Jgn sibuk usuli org sahaja dan lupa diri kita sendiri. Maulana ilyas kata: jgn sekali-kali kita niat utk islah org lain. Kita keluar utk islah diri. Org yg fikir nak jadi soleh, Allah akan ambil kerja dari dia utk org lain jadi soleh. Hafal fatihah, doa qunut, doa iftitah, tahhiyat. Umar r.a ajar tahhiyat sptmana dia ajar alif, ba, ta pd kanak-kanak.   

Jemaah tak usaha hari ni, pergi macam tu dan balik pun macam tu. Tak berubah. Semasa keluar di jln Allah, setiap org kena belajar dan mengajar. Setiap org rasa tak tenang, bila tahu 1 ayat, nak bagitau org lain. Semua org ada risau. Rasa gelisah nak ajar org lain. 3 perkara dlm taklim pagi kena ambil berat : halaqah tajwid, taklim kitabi dan muzakarah 6 perkara.

Masa duduk di makami pun ada taklim. Taklim rumah t/jawab setiap lelaki. Wujudkan maktab-maktab quran di masjid/surau. Satu org dia belajar satu surah di masjid, balik rumah ajar keluarga. Tafsir ayat ‘ku anfusakum  wa ahlikum naro’, ialah ajar ahli keluarga ilmu agama, ajar quran. Selamatkan ahli keluarga dari api neraka adalah t/jawab setiap lelaki. Ini kerja kita. Setiap hari dirumah buat taklim. Lelaki pun kena duduk dlm taklim rumah. Maulana yusuf rah. walaupun dlm kesibukan dia masih duduk dlm taklim rumah. Org suruh dia rehat sebab letih tapi dia kata yg tu taklim masjid, yg ni taklim rumah. Dlm taklim rumah kena buat muzakarah 6 perkara. Sangat perlu setiap org cakap 6 perkara. Bukan nak bayan tapi nak wujudkan sifat-sifat ini dlm diri kita. Baca fadilat amal, fadilat sedekah dan hari berikutnya baca muntakhab hadith. Oleh kerana itu, tuan dengar betul-betul, kena buat mesyuarat harian di rumah, siapa nak baca taklim, siapa nak buat muzakarah 6 perkara, bergilir-gilir. Setiap hari sangat perlu buat mesyuarat di rumah. 5 amal ni adalah t/jawab lelaki. (halaqah tajwid, taklim kitabi, muzakarah 6 perkara, mesyuarat & tashkil). Sampai sekarang pun masih ada isteri yg tak boleh baca fatihah. Suami keluar di jln Allah, keluarga di rumah tak boleh baca quran. Kita tak merasa t/jawab kita terhadap ahli keluarga. Dengar betul-betul, buka telinga. Kita ambil berat utk buat taklim fadail.   

Baca hayatus sahabah di semua markaz-markaz yg ada, dibaca oleh alim yg dah keluar 1 thn. Secara infradi semua org awam kena mentelaah hayatus sahabahutk dpt mizaj/tabiat dakwah, semangat dakwah sahabat. Usaha cara sahabat dan jasbah sahabat. Utk org arab tak perlu syarat keluar 1 thn, masa taklim boleh baca hayatus sahabah, muntakhab hadith dan riyadus solihin. Bayan maulana ilyas dan maulana yusuf hanya cerita kisah nabi dan sahabat. Buat usaha supaya semua kehidupan sahabat di depan kita. Kita akan meningkat bila tengok kehidupan sahabat, dlm azam, nusrah, janji, semua perkara sahabatlah contoh kita. Kata maulana ilyas, inilah maksud usaha, yg mana nabi dan sahabat telah tinggalkan satu tahap agama dan kita nak capai tahap tersebut. setiap org kena mentelaah/kena baca hayatus sahabah. Kalau tak baca hayatus sahabah, hubungan dgn kerja ini akan terputus. Ambil berat utk mentelaah secara infradi.

Ilmu masail dptkan dari ulamak. Allah telah bagi nikmat setengah-setengah negara ada ulamak, ada mufti, ada madrasah. Setengah-setengah negara pergi berbatu-batu tak ada  org nak bagitahu masail, tak ada org nak ajar ilmu agama. Madrasah agama ialah kota/benteng islam. Disanalah agama dipelihara. Kita kena rasa ini satu keperluan. Kedudukan ulamak sangat tinggi. Di akhirat nanti ulamak akan diletak diatas puncak yg tinggi. Setiap hal kehidupan tanya ulamak. Macam mana nak berniaga, macam mana nak kerja, nak bernikah, setiap langkah tanya ulamak. Ini adalah fardu ain atas setiap org. Ziarah ulamak adalah satu ibadat. Apa yg kita tak tahu tanya alim ulamak.

Saya bagitahu dgn penuh penekanan, dptkan ilmu ilahi yakni ilmu Allah/ilmu agama. Ajar anak-anak quran. Keluarkan anak-anak dari kejahilan. Subjek-subjek dunia adalah kejahilan. Nabi s.a.w telah bawa semua sahabat dari subjek dunia kpd ilmu agama. Disebabkan kejahilan kita, kita anggap semua ‘fun’ ni sebagai ilmu. Umar adalah umat yg diberi ilham oleh Allah s.w.t, dia dtg ke masjid nabi dan bawa satu kertas. Nabi tanya apa yg dia bawa. Umar kata ni taurat, saya nak baca, nak tambah ilmu. nabi begitu marah sehingga sahabat-sahabat berkumpul, apa kena dgn nabi. Siapa yg telah menyebabkan nabi begitu marah. Mereka telah keluarkan pedang. Taurat adalah kitab langit. Diturunkan kpd musa a.s. Nabi kata, wahai umar, adakah ilmu yg aku bawa tak cukup sehingga kamu kena baca taurat? Kata nabi, kalau hari ni musa hidup, utk dia berjaya tidak ada jln lain melainkan ikut aku. Wahai umar, kalau kamu ikut cara musa, kamu akan sesat dan gagal.

Semua syariat yg dulu telah mansuh. Begitu juga pakaian, semua yg dulu telah mansuh. Sebagaimana satu org, bila sampai satu had, dia tak membesar dah. Begitu juga cara nabi dah ditentukan. Hari ni nabi murka dgn kita, sebab kita tak mempelajari ilmu agama/ilmu ilahi. Kita pergi jumpa ulamak dan belajar. Tapi hari ni alat-alat moden telah menyebabkan org rasa tak perlu pd ulamak. Mesin-mesin ni menyebabkan mereka tak duduk di majlis ulamak. Ini satu kerugian yg besar pd umat. Kita kena rasa satu keperluan kita duduk dlm majlis ulamak. Ziarah ulamak adalah ibadat. Hantar anak-anak ke madrasah.

Melalui ilmu dan zikir umat ini akan keluar dari kejahilan dan kelalaian. Kita berzikir dgn memberi tumpuan pd Allah. Dgn zikir yg penuh tumpuan akan dpt nurnya.

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar walahaulawala quwataillahbillahhilaliyilazim, selawat dan istighfar. 1 kali selawat atas nabi, Allah akan selawat 10X atas kita. Dgn istighfar kita akan terlepas dari segala kerunsingan. Kita akan dpt kejayaan di hari akhirat. Istighfar ialah jln kejayaan umat ini. kita ambil berat utk berzikir. Zikir yg paling afdal sekali ialah tilawah al quran kerana ianya kalimah yg keluar dari zat Allah sendiri. Org yg sibuk dgn quran sehingga tiada masa utk berdoa panjang-panjang, Allah akan menyempurnakan semua keinginannya. Sebanyak mana dia membaca quran setiap malam dlm solat sebanyak itulah nusrah Allah keatasnya. Sekurang-kurangnya 1 juzuk satu hari. Org yg berusaha utk mempelajari al quran, kalau dia meninggal, Allah akan bangunkan dia sebagai satu org yg pandai dlm al quran. Tidak minat baca quran tanda hati dah kotor. Antara sifat org mukmin ialah tak rasa puas bila tak baca quran, dia nak terus baca quran. Zikir yg paling tinggi ialah baca quran. Kata maulana ilyas, yg paling cepat dpt menghampirkan diri kpd Allah ialah dgn baca quran sebelum subuh/waktu tahajjud dgn melihat mushaf quran. Dan juga baca terjemahannya. Baca quran tanpa faham tidak akan dtgkan kebaikan/khair. Kesan akan dtg bila baca dgn faham. Hari ni org belajar kedoktoran dgn faham, belajar bahasa inggeris dgn faham, tapi baca kalimah yg keluar dari zat Allah tanpa faham. Allah kata berulang-ulang kali, ya aiyuhal lazi naamanu, wahai org-org yg beriman, tapi kita tak ada semangat utk memahami al quran dan makna al quran. Kata saidina Ali, org yg baca quran tanpa faham, tidak ada khair. Bukan tak ada pahala tapi tak ada khair. Semua kejahilan dunia kita baca, tapi tak ada semangat nak baca quran. Kita keluar jln Allah dan kita latih perkara ini. kita tahu satu ayat, kita ajar org lain. Ambil berat utk belajar.                  

Dgn khidmat kita hapuskan sifat khibir/sifat takabbur dlm hati kita. Khidmat utk tarbiyah kita. Khidmat akan dtgkan sifat tawadduk. Nabi s.a.w juga telah khidmat cari kayu api. Nabi s.a.w besar tapi beliau cari kerja paling rendah dan susah. Cari kayu api kat padang pasir. Semua khidmat adalah amalan nabuwwah, dari mimbar sampai basuh tandas. Kita kedepankan diri kita utk berkhidmat. Kita buat kerja yg lebih rendah drp kedudukan kita. Ini menunjukkan sifat tawadduk dlm diri. Nabi bersabda: hubungan dgn Allah masih berbaki selagi tak ambil khidmat dari org. Jgn suka dikhidmati, ini mewujudkan sifat khibir. Kita keluar di jln Allah utk berkhidmat dan dptkan sifat tawadduk/rendah diri. Kita sempurnakan t/jawab kita dan hak org atas kita, kita maafkan. Letakkan setiap org pd kedudukannya. Ini khulasah drp ikram. Kedudukan seseorang islam lebih tinggi drp baitullah. Nabi bercakap dgn baitullah, kedudukan kamu tinggi, bau kamu wangi, wajib dihormati tetapi makam org islam lebih tinggi drp kamu. Kita berurusan dgn seseorang ikut kedudukan dia. Ini dikatakan ikram. Nabi s.a.w memelihara setiap kedudukan org dan beliau ikram mengikut kedudukan org tersebut. Nabi suruh keluar dgn org yg kita tak kenal. Kita akan dpt mujahadah ikram. Kita ikram org yg kita tak kenal. Bukan kaum kita. Bukan org kita. Nabi tak bentuk kaum tapi nabi bentuk umat. Nabi tak bentuk kumpulan-kumpulan. Dgn khidmat kita akan bentuk umat. Kalau kita khidmat pd kaum kita, kawan kita sahaja, akan membentuk takluk peribadi. Dlm hadith, antara alamat kiamat ialah bagi salam hanya pd org yg kenal. Kita bagi salam pd semua org. Bagi salam sunat, jawab salam wajib tapi yg afdal ialah org yg mula bagi salam. Bagi salam dan ikram setiap org islam.

Bila keluar di jln Allah, kalau ada perkara yg mencabar, kita sabar. Sahabat kenal sesama mereka. Mereka tak wujud hasad antara satu sama lain. Nabi cerita kisah-kisah fadail sahabat. Dgn sebab kelebihan seseorang sahabat,  dtg rasa hormat kerana ketinggian sahabat tersebut.  Bila dengar fadilat seseorang sahabat, mereka cuba nak berkawan dgn dia. Abdullah bin amru telah duduk di rumah seorang sahabat, duduk rumah 3 hari, tengok macam mana tahajjud dia, macam mana dia baca quran, macam mana amalan dia, nak jadi ahli syurga macam dia jugak. 3 hari tengok tak ada apa amalan yg dahsyat-dahsyat, biasa je. Sahabat tu kata, dlm diri saya ada satu sifat bahawa bila ada mana-mana kebaikan dlm diri org islam, saya tak ada hasad. Inilah sifat yg nabi kata 3 hari berturut-turut kamu ahli syurga. Bila kita tengok org maju dlm usaha, kita bersama dgn dia. Hari ni penyakit kita hasad, dengki antara satu sama lain. Sifat hasad akan makan kebajikan kita macam api membakar marak memakan kayu kering. Ini kerja Allah. kita tak ada hak utk berhasad. Terpulang pd Allah, siapa yg Allah nak ambil kerja lebih, Allah ambil. Apa masalah kita.

Abu dujanah dpt pedang. Nabi offer pd dia. Seorang sahabat ikut dia dan pergi tengok macam mana dia guna pedang nabi. Allah lebih tahu siapa yg sepatutnya Dia bagi. Kalau keluar dgn kawan-kawan jadi bersiar-siar. Kalau keluar dgn org lain jadi mujahadah. Nabi bagitahu pd seorang sahabat, kamu keluarlah bukan dgn kaum kamu. Oleh sebab itu, setiap ahli masjid sediakan org baru utk keluar bersama dgn dia supaya setiap individu umat jadi da’i. Kita keluar sama-sama dgn ahli jemaah masjid, ini bukan usaha. Kita keluar bersama org baru, ini baru di panggil usaha. Saya dah keluar 3 hari, saya dah baca quran, saya dah tasbih, ini bukan caranya. Ini bukan masalah diri kita. Bahkan kita nak bawa seluruh umat dtg kpd kerja ini. Kita buat, dan seluruh umat pun buat. Setiap bulan kita keluar 3 hari bawa org baru. Kita keluar jln Allah nak latih dtg sifat ikram, kita tahu nak ikram org luar dan tunaikan hak-hak yg diwajibkan atas diri kita.        

Serendah-rendah riak ialah syirik. Kita buat amal kerana Allah. Serendah-rendah amal pun jadi sebab masuk syurga. Kita kena menangis minta ikhlas dari Allah. Riak yg sedikit pun adalah syirik pd Allah. Bila buat amalan yg besar-besar dan kita nak ianya disebut-sebut, itu pun syirik pd Allah. Satu org masuk islam, buat usaha, dan dia mahu diceritakan pd org, nabi kata dia tak dpt apa pun dunia dan akhirat. 3 kali sahabat tu ulang pertanyaan dan 3 kali nabi kata apa pun tak dpt. Satu org keluar jln Allah dan dpt satu panah yg digunakan utk jihad. Nabi kata apa pun dia tak dpt melainkan sebatang panah. Dlm buat usaha ini kena ikhlaskan niat kita semata-mata utk Allah, tak ada apa-apa maksud pun. Kita kena mohon ikhlas dari Allah.

Kita keluar di jln Allah utk wujudkan sifat-sifat dlm diri kita.  Pertama, kena taat amir. Dlm jemaah yg tak ada taat amir, itu bukan jemaah. Kefarduan yg pertama ialah taat amir. Kalau amir suruh buat kufur, suruh tinggal solat, tak perlu taat. Yg lain semua kena taat. Bila taat dpt tarbiyah. Apa yg disuruh amir kita kena buat dgn syarat tak langgar perintah Allah. Apa yg amir tak bagi buat, jgn buat. Kita keluar dgn penuh minat. Kita keluar utk taat Allah.

Jemaah sahabat dibentuk waktu malam, terus keluar di jln Allah. Bila nabi jumpa jemaah yg dah siap tapi masih tidur di masjid nabawi, nabi kata tak mahukah kamu tidur di tmn-tmn syurga. Sedangkan nabi kata, antara mimbar aku dan rumah aku adalah raudah (tmn syurga), tapi masih lagi nabi tanya tak mahukah kamu tidur di tmn syurga. Jika meninggal di madinah,  mereka rasa aib. Semua mereka berkeinginan nak keluar di jln Allah s.w.t. Nabi telah jadikan umatnya bergerak. Kita kena ingat, bahawa kita keluar di jln Allah, amal yg kita buat kelebihannya lebih afdal drp ibadat di haramain syarifain iaitu mekah dan madinah. Kita rasa dah memadai dgn amal yg kita buat semasa duduk di rumah. Umat ini dlm gerakkan. Amal akan hidup bila umat bergerak. Keluar di jln Allah lebih afdal drp beribadat di mekah dan madinah. Adakah amalan kita dirumah lebih bagus dari amal di madinah dan mekah? Bagaimana mungkin kita boleh rasa memadai dgn amal di rumah. Keluar di jln Allah dgn ihtisab, yakin dgn janji-janji Allah, spt yg diberitahu dlm muntakhab dan hayatus sahabah. Semangat yg ada pd sahabat, perlu masuk/ada dlm diri kita. Perasaan tersebut masuk dlm diri kita. Kita dakwah setiap org. Yg lebih baik ialah kita keluar jln kaki. Org yg keluar di jln Allah dgn berjalan kaki, Allah akan haramkan dari api neraka. 2 amalan yg menyejukkan kemurkaan Allah: 1. hidupkan amal masjid  2. keluar di jln Allah dgn berjln kaki . Kita lazimkan kedua-dua perkara ini.

Hadith: bila satu azab telah ditentukan di sesuatu tempat,  bila ada amalan masjid, Allah akan alihkan azab tersebut.

Debu-debu yg dtg semasa keluar di jln Allah dgn jln kaki, debu-debu tersebut akan dijadikan bedak utk bidadari. Kena cerita kelebihan/fadilat keluar di jln Allah. Tanpa kita menceritakan kelebihan ini, kita keluar tanpa ihtisab, ianya hanya jadi satu persatuan. Jemaah pedal/jln kaki tak semestinya tak boleh langsung naik kenderaan. Tempat-tempat yg tiada penempatan dibolehkan naik kenderaan. Bila sampai di tempat yg ada manusia, ada tempat tinggal, baru start jln semula. Kita keluar dgn dakwah. Terus bagi dakwah dlm perjalanan. Bagi dakwah di kota-kota, kpg-kpg, dlm keretapi, tak perlu buat taklim secara ijtimai semasa safar. Setiap org dijadikan da’i. Dlm malfuzat maulana ilyas,  bahawa sangat penting jadikan setiap org da’i. Satu org sedang bersolat, kemudian dia rasa ada org dtg ke masjid, dan org tu tak duduk lama, perlu dia kena sampaikan dakwah. Sebaiknya tinggalkan solat sebentar dan bagi dakwah dulu. Lepas dakwah, sempurnakan solat.

Hari ni, kerana berniaga kita duduk di kedai tapi tak buat dakwah. Kita dah jadikan usaha ni sebagai satu persatuan. Di pejabat, di kedai, amalan yg utama ialah dakwah. Dakwah perlu di kedepankan. Nabi telah jadikan setiap sahabat da’i. Mereka tak rasa ada masa yg tak sesuai bagi dakwah. Setiap ketika sesuai bagi dakwah. Da’i, dia beramal dan bawa org lain kpd amal. Dakwah tak terhad pd masa 2½ jam sahaja. Di mana-mana sahaja kena utamakan dakwah. Yusuf a.s dakwah dulu kemudian baru tafsir mimpi. Dlm penjara, tempat bahaya, tempat yg tiada keselesaan, dia utamakan dakwah.

Sebanyak mana kita wujudkan kepentingan dakwah dlm diri kita, sebanyak itulah akan dtg nusrah Allah. Kita sediakan setiap umat jdi da’i. Samada kita keluarkan dia di jln Allah, atau sekurang-kurangnya kita tinggalkan dia sebagai seorang da’i.

Kita pergi route yg diputuskan. Sampai disana, sebelum masuk kpg, doa pd Allah. minta kasih sayang org kpg dan kita sayang mereka. Usaha kita mula di masjid. Masuk masjid dgn cara sunnah. Dlm semua kerja, ambil berat buat dgn cara sunnah. Setiap amal buat dgn cara sunnah. Letak barang di satu sudut dan tutup elok-elok. Sebanyak mana kita hormati masjid, sebanyak itulah kita menghormati Allah s.w.t. Tak hormati masjid, antara alamat kiamat. Solat 2 rakaat  tahiyyatul masjid. Kita berdoa pd Allah dan tawajjuhkan kawan-kawan ahli jemaah. Ya Allah, ilhamkan dlm mesyuarat. Mesyuarat adalah perkara yg sangat penting dlm dakwah. Dlm quran, Allah sebut mesyuarat dgn solat sekali/bersama. Tidak ada apa-apa amalan tanpa mesyuarat. Dgn mesyuarat kita jadikan ahli jemaah, org yg berfikir. Mesyuarat bukan sekadar utk pembahagian kerja sahaja bahkan mesyuarat adalah utk wujudkan kesedihan kehancuran agama ada dlm setiap umat. Mesyuarat bersama org tempatan. Mula-mula putuskan org khidmat supaya kita tak harap utk dpt jamuan dari org tempatan. Jgn kita minta apa-apa pun. Garam pun jgn minta. Bila mula meminta, kita telah buka pintu kefakiran. Tunjuk keadaan berhajat, itupun macam minta jugak. Kita keluar di jln Allah supaya kita tahu macam mana nak ambil dari Allah dan kita nak ushakan setiap umat tahu macam mana nak ambil dari Allah.

Syarat utk dpt faedah dari zat Allah ialah kita kena keluarkan sepenuhnya yakin pd ghairullah. Mesyuarat macam mana nak buat  usaha di situ 24 jam. Macam mana nak atur waktu. Pagi/ptg ada taklim. Buat taklimi gasht. Ambil berat buat taklimi gasht. Bawa org duduk dlm halaqah taklim. Libatkan org tempatan sama-sama buat kerja: taklim, mesyuarat, usuli, pergi rumah ke rumah. Kena buat 5 gasht : taklimi gasht, ummumi gasht, khususi gasht, usuli gasht, tashkili gasht. Ambil berat utk jumpa setiap org. Ziarah ulamak. Jgn terkesan sikit pun bila jumpa org yg ada dunia/org kaya. Sebesar zarah pun jgn terkesan. Sebanyak mana kita terkesan dgn keduniaan dia, sebanyak itu dia akan pandang hina dgn usaha dakwah ini. Jgn kita hina benda yg dia cinta. Kita sediakan dia dan cerita fadilat masjid. Tak perlu tashkil ulamak. Kalau ada peluang cerita karguzari sahaja. Ulamak sangat sibuk dgn mengajar ilmu Allah. Jgn kita pandang rendah mana-mana kerja agama. Ini satu kejahilan. Tidak ada beza tabligh dan taklim. Tabligh ialah kita pergi ajar pd org. Taklim ialah org yg dtg belajar. Minta nasihat dari ulamak, kita akan dpt banyak faedah. Bagitau dia jemaah kami ada di masjid, tuan dtglah bila tuan ada masa dan kami nak dpt faedah dari tuan.

Usahakan setiap tempat keluar jemaah tunai. Kita letihkan diri kita dgn dakwah. Lepas letih, kita ibadat. Allah nak kita buat macam tu. Selesai dakwah, lepas tu beribadat. Lepas ibadat, doa. Tashkil semua org bawa ke dlm suasana dakwah. Bawa org ke masjid dan fahamkan mereka tentang usaha dakwah di masjid. Buat usaha sungguh-sungguh. Tunjukkan pd org tempatan cara nak memakmurkan masjid. Usul yg pertama jemaah yg bergerak di seluruh alam ialah buat usaha secara amali bersama org tempatan. Bawa mereka ke mahul masjid, fahamkan mereka, tunjukkan pd mereka cara nak buat. kita ajar mereka dan kita minta mereka buat sama-sama dgn kita. Jgn kita berpindah ke masjid lain sehingga amalan dakwah hidup di masjid tersebut. Jgn pindah selagi org tempatan tak mulakan mana-mana 5 amal: mesyuarat, 2½j, taklim rumah, taklim masjid, gasht 1, gasht 2 atau keluar 3 hari. Sekurang-kurangnya jemaah usaha selama 4-5 hari. Sebelum kerja sempurna dah pindah tempat lain, ini kerja syaitan. Kita duduk lama di satu-satu masjid, dan tunjukkan pd org tempatan amalan memakmurkan masjid.

Khulasah kpd amalan 2½ jam ialah wujudkan amalan dakwah, halaqah iman/mughibat dan bawa org ke masjid. Kita semua bertanggungjawab nak bawa amalan masjid nabawi ke semua masjid-masjid di seluruh dunia. Semua masjid adalah anak/cabang masjid nabawi. Jika semua masjid hidup amalan spt masjid nabawi, maka muasyarat-muamalat ahli madinah akan wujud. Bazar akan jadi macam bazar di madinah zaman nabi. Masjid bukan tempat utk duduk, tapi tempat utk buat kerja. Buat kerja dgn penuh tumpuan. Perkara yg melanggar usul ialah kita tetapkan bilangan hari nak duduk di sesuatu masjid. Jemaah tak ikut org tempatan. Org tempatan yg sepatutnya ikut jemaah. Wujudkan amalan dakwah di rumah dan di masjid.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir