mesyuarat malaysia 2000 - bayan maghrib maulana ibrahim

mesyuarat malaysia - nizamuddin
Tarikh : 04/09/2000

Tuan-tuan yang mulia,

Allah s.w.t hantar kita ke dunia ini untuk menjadi hamba-hambaNya, untuk kita menjalankan kehidupan kita sebagai hamba Allah s.w.t Allah s.w.t juga telah beritahu tentang sifat-sifat Rasullla s.a.w iaitu Baginda s.a.w adalah hamba dan juga rasul. Baginda s.a.w datang ke dunia ini, telah buat usaha agama, telah sampaikan risalah Allah s.w.t dan juga sebagai hamba Allah s.w.t. Inilah perkara yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Inilah perkara yang disukai oleh Allah s.w.t iaitu mereka-mereka yang buat usaha agama, mereka hendaklah buat usaha agama dan menjadi hamba Allah s.w.t. Kalau tidak, manusia akan menjadi hamba kepada nafsu dan hamba kepada syaitan. Perkara ini sangat-sangat dimurkai oleh Allah s.w.t, tidak disukai oleh Allah s.w.t.

Tuan-tuan faham apa yang saya sampaikan?

Mula-mula sekali untuk menjadi hamba Allah s.w.t, dalam hati kita kena ada yakin kepada Allah s.w.t. Dalam hati kena ada yakin kepada kudrat Allah s.w.t, keputusan Allah s.w.t, khazanah Allah s.w.t. Kalau belum ada yakin ini, maka hendaklah kita usaha untuk bawa keyakinan pada Allah s.w.t ke dalam hati kita. Jangan kita takut kepada kesusahan dalam dunia ini dan jangan kita tersangkut dengan asbab dunia ini. Keadaan yang berlaku dalam dunia ini, Allah s.w.t yang wujudkan. Apa-apa sahaja yang berlaku di seluruh dunia, keadaan yang berbeza-beza, Allah s.w.t yang wujudkan dan tidak ada siapa yang boleh ubahkan keadaan ini. Tidak ada satu kerajaan pun, tidak ada satu kuasa pun, tidak ada siapa-siapa pun yang boleh ubah keadaan ini. Allah s.w.t yang mewujudkan keadaan yang berbeza-beza dan Allah s.w.t yang mengubahkanya. Hanya Allah s.w.t yang boleh ubah keadaan itu. Yang membawa keadaan rahmat pun Allah s.w.t, keadan musibah pun dari Allah s.w.t. Sepertimana malam, Allah s.w.t yang wujudkan kegelapan dan begitu juga siang, Allah s.w.t yang wujudkan cahaya di siang hari.

Begitulah semua keadaan-keadaan yang berlaku dalam dunia, keadaan yang berlaku kepada negara-negara, keadaan yang berlaku pada kaum-kaum, keadaan infradi, semua keadaan ini, Allah s.w.t yang wujudkan. Pemerintah tidak boleh bawa sesuatu keadaan dalam pemerintahannya, Allah s.w.t yang bawa keadaan dalam pemerintahannya. Begitu juga seorang kaya, tidak boleh wujudkan sesuatu keadaan, Allah s.w.t yang wujudkan keadaan. Inilah yang dimaksudkan kita mahu jadi hamba Allah s.w.t, segala perkara kita ada hubungan dengan Allah s.w.t. Perkara ini, iaitu memahami segala-galanya datang dari Alah s.w.t, inilah perkara yang boleh bawa ketenangan yang sempurna. Siapa yang ubahkan musim? Datang sejuk, datang panas, siapa yang ubah musim? Allah s.w.t yang mengubah musim, yang bawa musim berlainan. Allah yang samalah yang ubah keadaan, bawa keadaan kepada kita.

Perkara yang paling besar yang perlu ada dalam diri kita ialah dalam diri kita kena ada yakin kepada zat Allah s.w.t yang suci murni. Apa sahaja yang berlaku, semua berlaku daripada Allah s.w.t, ghairullah tidak boleh buat apa-apa. Bukan maknanya orang ini memberi mudharat, orang ini memberi menafaat, tidak! Tidak ada siapa yang boleh bagi menafaat, tidak ada siapa yang boleh bagi mudharat, Allah s.w.t yang wujudkan keadaan untung dan keadaan rugi. Alah s.w.t yang wujudkan.

Untuk mendapat keyakinan ini, kita kena buat usaha di dunia ini. Kita kena pergi kepada hamba-hamba Allah dan buat usaha atas perkara ini, kena sampaikan perkara ini kepada mereka. Dakwah dan tabligh adalah untuk ini. Supaya dalam diri orang-orang Islam bahawa Allahlah yang buat segala-galanya. Allah s.w.t akan selesaikan semua urusan kita. Setiap kita kena bagi dan kena letak di hadapan setiap saudara kita supaya semua kita ada hubungan dengan Allah s.w.t. Usaha dakwah ini adalah usaha atas iman dan yakin. Kita tidak mahu harta daripada sesiapa, kita tidak mahu kemuliaan daripada sesiapa. Tidak ada sesiapa yang boleh beri apa pun kalau Allah tidak mahu beri, siapa pun tidak boleh beri. Bila Allah akan beri? Allah akan beri bila kehidupan kita datang kepada ‘muhammadurrasulullah’. Inilah jalan kita iaitu kita kena ada hubungan dengan Allah dan kita kena datang kepada cara hidup Rasulullah s.a.w. Dengan dakwah ini, kita kena pergi kepada manusia-manusia. Jemaah tabligh bukan nama satu-satu kumpulan, jemaah tabligh ialah usaha yang perlu dibuat oleh umat ini, itulah nama jemaah tabligh. Kita kena buat kerja ini dengan meletakkan seluruh umat di hadapan kita. Seluruh umat bertanggungjawab, dan seluruh umat adalah karkun. Orang miskin pun karkun, orang kaya pun karkun. Jangan kita faham, orang yang bagi 4 bulan, 3 hari sahaja karkun. Seluruh umat adalah karkun. Setiap lelaki, setiap wanita adalah karkun. Kita salah faham, kita ingat oang yang keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari adalah karkun, tidak! Seluruh umat adalah karkun.

Oleh kerana itu kita kena pergi kepada seluruh umat dan kena bangunkan seluruh umat atas kerja ini kerana Allah s.w.t telah jadikan seluruh umat bertanggungjawab. “Kuntum khairoummatin ukhrijat linnas…..” Allah s.w.t kata semua kamu adalah umat yang paling baik. Adakah Allah s.w.t kata kamu yang keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari sahaja umat yang terbaik? Tidak! Kita kena betulkan fahaman kita. Bila fahaman jadi betul, fikir pun akan jadi betul, maka usaha pun akan jadi betul. Satu orang yang berniaga, dia anggap seluruh negara sebagai medan perniagaannya. Bila perniagaan sudah tersebar ke seluruh negara, dia akan lihat peluang di negara lain. Bila perniagaan di negara kedua sudah tersebar, dia akan fikir untuk negara ketiga, dia jadikan seluruh dunia sebagai medan perniagaannya. Dia akan bentangkan/ceritakan barangan yang dijualnya pada setiap orang, dia akan tunjukkan contoh barang tersebut, ini adalah benda yang disiapkan di kilang saya. Macam itulah juga kita kena buat, usaha ini adalah satu perniagaan . Dakwah adalah perniagaan. Korbankan diri dan masa dan buat usaha atas seluruh umat. Maulana Inamul Hasan rah. kata, “Hendaklah jadikan 100% orang Islam orang yang solat”. 100% orang Islam kena tunaikan solat. Kenapa? Solat wajib atas semua mereka ini dan kita kena dakwah semua mereka kepada solat. Mereka ini dijadikan untuk beribadat kepada Allah s.w.t dan hendaklah kita sediakan mereka untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Macam itu juga, bila semua 100% orang Islam kena beribadat, 100% orang Islam pun kena buat usaha agama. Oleh kerana itu, 100% orang Islam adalah orang tabligh dan mereka semua adalah karkun. Kalau mereka belum jadi karkun, itu maknanya ada kekurangan dalam usaha kita. Bila buat usaha sungguh-sungguh, insya’Allah, semua akan jadi karkun.

Tahun sudah (1999) ada perhimpunan orang lama di Thailand, 1000 jemaah 4 bulan telah keluar di jalan Allah s.w.t. Macam mana ini berlaku? Mereka telah buat usaha. Mereka telah buat usaha supaya semua orang keluar 4 bulan. Bukan hanya karkun sahaja yang keluar 4 bulan, semua orang telah keluar 4 bulan, dan semua orang telah jadi karkun. Saya hendak beri tahu sejarah kerja di Thailand. Tahun 1972, Hadzratji Inamul Hasan rah., Maulana Umar palanpuri rah., Maulana Harun rah., Munshi Basir dan saya (Maulana Ibrahim), kami semua telah safar ke Thailand. Bermula dari India, persinggahan pertama ialah Thailand, iaitu Bangkok. Kami tinggal di sana selama 5 hari, tidak ada apa-apa kerja di Bangkok, langsung tidak ada kerja di sana. Hadzratji rah. keluar buat gasht, Maulana Umar rah. pun buat gasht, Munshi Basir dan saya, kami tinggal di masjid. Yusof Khan, almarhum, yang telah meninggal dunia baru-baru ini, Hadzratji rah. telah bercakap dengan dia. Hadzratji kata, ini usaha agama, kamu kena buat usaha agama ini, dia telah faham kerja ini dan dia telah mulakan kerja, hanya 28 tahun sahaja, tahun 1972 sehingga sekarang (tahun 2000), dalam 28 tahun kerja telah maju sehingga lebih dari 1000 jemaah telah keluar 4 bulan. Usaha atas semua orang. Buat usaha dikalangan orang miskin, orang kaya, pergi setiap rumah, setiap pintu dan buat usaha atas setiap manusia. Kerja berjalan dengan baik dan ikut usul. Tidak ada pergaduhan antara mereka. Kalau ada apa-apa perkara timbul, Yusof Khan akan datang jumpa Hadzratji, tanya apa hendak buat dengan perkara tersebut, Hadzratji akan bagi nasihat, dia pun balik dan masalah selesai.

Kerja ini sangat mudah dan sangat senang, Pada tahun yang sama, selepas Thailand, Hadzratji dan jemaah telah datang ke Malaysia, ijtimak di Malaysia, ijtimak di Singapore, selepas itu Hadzratji rah. telah balik ke India dan kami telah dihantar ke Indonesia dengan jemaah Arab. Kami pergi ke Indonesia dari Pulau Pinang. Pulau Pinang ke Medan melalui jalan laut. Di Indonesia itu pada masa itu tidak ada apa-apa kerja di sana. Bila jemaah mereka hendak bertolak ke Medan, Maulana Umar rah. telah bisik di telinga Maulana Ibrahim, kamu kena pergi sana, kamu kena gali perigi sendiri dan minum, maknanya di sana tidak ada apa-apa kerja. Semua kerja, kamu sendiri kena buat. Tidak ada siapa yang tahu tentang kerja ini, tiada siapa yang akan bantu, kamu sendiri kena buat semuanya. Tidak ada markaz, tidak ada kerja, tidak ada karkun, tidak ada apa-apa di sana. Kami sampai di sana waktu maghrib. Orang-orang teksi datang dan tanya kami hendak pergi mana? Kami kata, bawa kami ke mana-mana satu masjid. Mereka bawa kami dan tinggalkan kami di satu masjid. Kami tidak tahu siapa-siapa di sana. Kami solat maghrib di sana, ada jemaah Arab bersama-sama dengan saya, ada orang India juga, 11 orang semuanya dalam jemaah kami, Selepas solat, ada satu orang datang dan tanya, “Kamu siapa?”  , “Kamu orang tablilgh?” Maulana kata, “Ya”, dan Maulana tanya pula, “Kamu siapa?”, Dia jawab, “Saya orang Madras, saya azan di sini”. Orang Madras yang jadi muazzin di sana. Dia kata di sini siapa pun tidak tahu tentang kerja ini. Ada hanya seorang sahaja yang tahu kerja ini. Nama dia Jalaludin, almarhum. Dia buat perniagaan kitab di sana. Maulana kata, “Bawalah saya jumpa dia”. Bawa sekarang juga, waktu Isyak dia bawa maulana jumpa orang itu. Dia ada seorang anak lelaki yang sedang sakit kuat. Orang itu kata, “Saya akan jumpa tuan tiap-tiap hari waktu maghrib, saya akan terjemahkan bayan tuan, tuan kena cakap dalam bahasa Arab”.  Kami telah mulakan kerja dan hanya dia yang datang terjemah waktu maghrib. Selain daripada itu, tidak ada siapa yang bagi nusrah. Mereka di sana langsung tidak tahu tentang kerja ini. Bila tashkil, semua orang akan gelak. Bila tanya siapa sedia untuk 4 bulan, semua orang akan gelak, ha ! ha ! ha !. Tidak ada siapa yang tahu tentang kerja ini. Kami telah buat kerja dan 12, 13 hari, telah habis dalam keadaan macam itu sahaja. Selepas 12, 13 hari, kami telah jumpa satu orang alim seperti tuan guru Hj. Salleh, kami jumpa dia dan kami kenalkan kerja ini kepada dia dan dia telah bangun dan bantu kami dalam buat usaha ini di masjid dia. Kami buat usaha di masjid dia dan 13 orang sedia untuk keluar 3 hari. Itu tashkil yang pertama dan jemaah yang pertama. Kami bawa mereka sama-sama dengan kami, dan keluar 3 hari. Perlahan-lahan, ulamak di sana dan mereka yang mengetahui bahasa Arab , mereka mula beri perhatian, mereka terjemahkan bayan kami, alhamdulillah, hampir 2 cillah kami usaha di sana. 200 orang telah bagi masa bersama-sama dengan kami. Markas di Medan sekarang ini, Jln. Gajah, telah bermula dari waktu itu. Ulamak telah mula faham kerja ini dan kami telah tashkil mereka untuk 4 bulan di India, mereka menangis kerana mereka tidak ada harta yang begitu banyak. Kami kumpulkan mereka dan ceritakan kepada mereka macam mana Maulana Ilyas rah. telah mulakan usaha di Mewat. Kami terangkan sejarah kepada mereka. Untuk faham kerja ini, tuan-tuan kena datang ke India, mereka menangis kerana mereka tidak ada kemampuan. Kami terangkan kerja tempatan kepada mereka. Kamu buat ta’alim dan gasht. Ini 2 perkara sahaja yang kami terangkan pada mereka, bukan semua kerana kerja masih dalam peringkat awal lagi. Alhamdulillah, mereka telah mulakan atas perkara ini. Tempat di mana kami telah mulakan kerja kami, kami beritahu mereka supaya mereka hidupkan ta’alim di sana, baca kitab riyadus solihin kerana kitab ta’alim fadhail tidak ada dan suruh mereka buat gasht. Kami terangkan perkara ini dan kami telah pergi daripada situ. Bila program kami telah sempurna, mereka datang kepada kami dan mereka kata, “Tuan telah mulakan kerja di masjid kami, akhir pun tuan kena datang ke masjid kami dan tempat kami dekat dengan pelabuhan untuk balik ke India”. Kami telah sedia dan pergi ke tempat itu. Kami beritahu, lepas Asar buat gasht dan lepas Maghrib bayan. Mereka kata, “Tidak perlu buat gasht” . “Kenapa?”. “Sejak tuan buat usaha disini, ta’alim telah berjalan tiap-tiap hari , gasht pun kami buat, alhamdulillah, tidak ada satu orang pun dalam bandar ini tidak datang solat di masjid”. 100% orang Islam jadi orang yang solat. Semua orang adalah karkun. Semua orang Islam kena solat dan semua kena buat usaha agama dan semua adalah karkun. Mereka beritahu bahawa tuan hendak buat gasht boleh, tidak buat pun tak mengapa kerana semua orang akan datang solat. Inilah bentuk usaha yang baik. Kita kena pergi kepada setiap rumah, jumpa setiap orang Islam, terangkan kepada mereka tentang yakin kepada Allah dan bawa mereka ke masjid.

Perkar yang saya beritahu tuan-tuan yang berlaku di Indonesia, tahun 1972, masa saya pergi safar bersama-sama dengan Hadzratji rah. Selepas itu, saya pergi Indonesia tahun 1992 sekali lagi. 20 tahun selepas safar saya yang pertama. Tahun 1992 ada ijtimak di Jakarta. Mereka telah hantar surat  dan letak takazah. Hadzratji rah. hantar saya ke sana untuk menghadiri ijtimak tersebut. Bila kami tiba di airport, ahli syura sana datang untuk menyambut kami, mereka beritahu maulana, insya’Allah, ijtimak akan bermula esok, dan mereka beritahu kami telah buat keputusan, buat usaha untuk ijtmak, iaitu lepas ijtimak 1000 jemaah akan keluar di jalan Allah s.w.t.  Ijtimak telah sempurna. Saya telah musafa dengan 750 jemaah. 750 jemaah telah keluar dari ijtimak dan sebelum ijtimak mereka telah keluarkan 250 jemaah. Maknanya mereka telah keluarkan 1000 jemaah. Ini semua berlaku dalam tempoh 20 tahun. Sebelum 20 tahun, tidak ada siapa yang tahu mengenai tabligh. Selepas 20 tahun, ini yang telah berlaku. Masa maulana pergi tahun 1992, 5 orang ulamak telah bagi nama untuk keluar 1 tahun. Mereka telah buat satu program untuk ulamak dan mereka telah tashkil dan 5 orang diantara mereka telah bagi nama untuk keluar 1 tahun dan mereka telah datang ke sini (India).

Usha kita ialah supaya setiap orang Islam buat usaha agama ini samada mereka tinggal di bandar atau di kampung, samada mereka buat perniagaan atau pertanian atau bekerja, kerana jemaah tabligh adalah untuk seluruh umat, bukan satu kumpulan. Kita kena jadikan kerja ini sebagai kerja yang am, kerja yang umum. Setiap masjid adalah tempat usaha ini. Setiap rumah adalah medan usaha kita sepertimana azan adalah untuk semua orang Islam. Begitu juga, usaha tabligh pun adalah untuk semua orang Islam. Usaha dakwah ini adalah seperti hujan yang turun daripada langit. Hujan yang turun akan turun di bukit, di lautan, di hutan, di atas bumbung rumah orang, hujan turun di semua tempat. Begitu juga usaha dakwah pun kena jalan di semua tempat. Setiap orang dalam umat ini adalah karkun. Inilah apa yang Allah s.w.t telah letak takazah di hadapan semua orang Islam supaya setiap mereka ini jadi orang yang membantu/nusrah agama Allah s.w.t. Membantu/Nusrah agama Alah s.w.t maknanya ialah diri sendiri tetap dalam agama Islam dan juga membawa orang lain kepada agama. Apa-apa yang kita amal, kita kena dakwah orang lain kepada amalan itu. Kita solat dan dakwah orang lain kepada solat. Kita zikir kepada Allah s.w.t dan mengajak orang lain supaya zikir kepada Allah s.w.t. Kita keluar di jalan Allah s.w.t dan kita juga ajak orang lain keluar di jalan Allah s.w.t. Kita belajar agama dan ajak orang lain belajar agama. Inilah apa yang disampaikan oleh Maulana Yusuf rah. iaitu kita hendaklah buat setiap amalan dan sebarkan amalan ini dengan sifat tabligh. Kalau kita makan dengan cara sunnah Rasulullah s.a.w, hendaklah kita amalkan perkara itu dan sampaikan perkara itu kepada orang lain. Inilah yang dimaksudkan membantu/nusrah agama Allah s.w.t. Kita sendiri kena amalkan perkara itu dan sampaikan, tablighkan amalan itu kepada orang lain.

Tuan-tuan faham? Ini perkara pertama.

Dengar perkara kedua pula. Usaha dakwah dan tabligh kena buat di kalangan semua orang dan kena buat kerja ini dengan kita menjadi saudara dia sepertimana 2 adik-beradik. Sepertimana Allah s.w.t berfirman, “Kita jadi hamba Allah dan hendaklah kita jadi seperti adik-beradik di kalangan kita”, barulah kita dapat buat tabligh. Kalau kita tidak menjadi seperti adik-beradik, maka akan wujud kumpulan-kumpulan. Kita berpecah ikut kumpulan, ini adalah laknat. Kita menjadi seperti adik-beradik, itu adalah rahmat.

Tuan-tuan faham?

Maulana bagi contoh, orang-orang Ansar di Madinah, mereka tidak kenal Rasulullah s.a.w. Mereka mula-mula jumpa Nabi di Mina. Mereka adalah orang yang mushrik, mereka bergaduh antara mereka, keadaan mereka sangat teruk. Mereka datang ke Mina dan Baginda s.a.w dakwah mereka. Satu malam, pada malam bulan purnama (bulan penuh) kerana hari Mina ialah pada 13, 14, 15 Zulhijjah, ada cahaya bulan, dalam cahaya bulan ini, mereka jumpa Rasulullah s.a.w, waktu malam. Mereka telah berkumpul dan Nabi dakwah tentang kebesaran Allah s.w.t dan tentang kenabian Rasulullah s.a.w, supaya mereka terima Allah dan Rasul. Baginda s.a.w baca ayat Quran dan sampaikan/terangkan usaha agama kepada mereka. Mereka telah faham perkara itu dan mereka kata, “kita hendaklah dahulukan diri kita sebelum orang lain terima perkara ini”. Mereka telah sediakan antara satu sama lain dan mereka telah beriman. Mereka telah berbai’at di tangan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w letak takazah iaitu, “buat usaha agama dan bantu saya dalam buat usaha agama kerana orang Quraish tidak benarkan saya buat kerja di sini”. Baginda s.a.w bentangkan kesediaannya, “tuan-tuan bawa saya ke tempat tuan-tuan di sana, saya sedia untuk buat tabligh di sana”. Baginda s.a.w minta bantuan/nusrah daripada orang lain. Bila orang Ansar dengar takazah ini dan mereka telah buat permintaan kepada Baginda s.a.w. Mereka kata, “Tuan, kalau tuan datang ke tempat kami, ini adalah satu perkara yang paling baik untuk kami tetapi ada satu perkara iaitu kerja tuan perlukan satu majmak, satu kumpulan manusia yang ada fikir yang sama, yang ada kerisauan yang sama, ini yang dituntut oleh kerja tuan, sekarang ini kami sedang bergaduh antara kami, kami berpecah-belah, kalau tuan datang ke tempat kami, tuan tidak akan dapati satu majmak untuk bantu tuan, sekarang ini tuan sabar dahulu, kami akan kembali kepada kaum kami dan kami akan sediakan seluruh kaum kami untuk maksud ini”. Seluruh kaum tamatkan segala selisih faham dan datang kepada satu maksud iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada nabi Allah dan untuk bantu agama Allah. Kami akan balik dan buat usaha atas perkara ini. Ini adalah cadangan orang-orang Ansar. Baginda s.a.w suka cadangan tersebut. Mereka telah balik dan buat usaha. Apa yang maulana hendak beritahu tuan-tuan ialah orang Ansar ini  adalah orang yang pandai, mereka cepat faham.

Sesiapa yang hendak buat kerja nabi, mereka kena bersatu dahulu. Inilah pelajaran pertama yang dipelajari oleh orang-orang Ansar. Kita semua dan seluruh orang Islam di seluruh dunia dapat pelajaran ini. Kita kena tamatkan segala selisih faham di antara kita. Semua hati kena bersatu. Orang Ansar telah buat usaha ke arah ini. Mereka datang ke Mekah dan balik ke Madinah dan mereka minta satu orang dari Rasulullah s.a.w , “Tuan bagilah pada kami satu orang yang akan ajar kami agama, buat ta’alim di kalangan kami, dakwah orang-orang kami”. Rasulullah s.a.w hantar Mus’ab B. Umair, orang lama, orang yang memberi pengorbanan, orang yang dalam keadaan miskin, dia telah pergi ke sana dan buat usaha. Dia buat usaha di sana lebih kurang setahun dan risalah ini telah sampai ke setiap rumah. Dia telah bagi ta’alim kepada mereka dan juga dakwah kepada mereka. Satu tahun buat usaha dengan baik. Orang-orang t/jawab Madinah dari segi dunia, mereka pun telah beriman. Selepas itu datang perintah untuk Baginda s.a.w berhijrah. Orang-orang Ansar telah bagi nusrah/bantu. 2 perkara yang kita belajar. Pertama, keadaan orang akan jadi betul melalui agama dan usaha agama. Keadaan orang Ansar adalah dalam keadaan yang rosak. Bila datang agama, keadaan mereka telah jadi baik. Permusuhan antara mereka telah tamat. Mereka telah jadi saudara atas satu maksud.  Satu perkara yang penting dalam tabligh ini ialah kita semua satu hati dan kita mahu jadi hamba Allah. Kalau kita tidak jadi saudara/adik-beradik antara kita, maka kita tidak boleh buat tabligh. Hati mesti sentiasa dalam keadaan bersih. Kebersihan hati ini penting. Agama ini bersih/suci. Oleh kerana itu, hati kita untuk buat usaha agama ini pun kena sentiasa dalam keadaan suci. Inilah nikmat pertama orang-orang Ansardapat. Allah s.w.t beritahu pada orang-orang Ansar, “Wahai orang-orang Ansar, kamu fikirlah tentang pemberian Allah s.w.t, mula-mula kamu bermusuhan antara kamu, selepas itu Allah s.w.t telah letak kasih-sayang di hati-hati kamu dan dengan ihsan Allah s.w.t, kamu semua telah manjadi adik-beradik”. Ini adalah berkat agama.

Bila usaha agama berjalan dengan baik, maka selisih faham dalam hati kita akan selesai dan orang akan jadi seperti adik-beradik. Dengan syarat kita buat usaha dengan ikut usul dan buat kerja dengan ikhlas dan kena wujudkan taat dalam diri kita. Kita kena ikatkan diri kita kepada mesyuarat da kita kena tingkatkan pengorbanan. Keinginan kita ialah mahu kebaikan untuk semua orang Islam, sesiapa sahaja malah orang yang menentang kita, untuk dia pun kita inginkan kebaikan. Inilah perbezaan di antara kerja nabuwah dan kerja dunia. Dalam usaha dunia bila orang buat baik kepada kita, maka kita pun buat baik kepada dia dan orang tidak suka kita, yang buat jahat kepada kita, maka kita balas dengan keadaan yang sama. Inilah keduniaan. Apakah kerja kenabian? Orang yang buat kebaikan kepada kita, kita balas dengan kebaikan dan orang yang menyusahkan kita, kita maafkan dia. Orang yang buat kebaikan kepada kita, kita balas dengan kebaikan, ini adalah sunnah. Ini sunnah Nabi s.a.w. Kalau orang buat kebaikan kepada Nabi, maka Nabi akan balas dengan kebaikan yang lebih lagi dari itu, dan kalau orang buat susah kepada Nabi, maka Nabi akan maafkan mereka. Ini akhlak kenabian.

Orang Yahudi telah buat sihir atas Nabi s.a.w, dan kerana sihir itu Baginda s.a.w sangat susah. Nabi s.a.w kadang-kadang lupa kerja-kerja dunia. Nabi susah hati. Nabi s.a.w tidak faham apa yang telah berlaku. Jibrail a.s datang bawa wahyu, Ayat Quran surah al-Falaq dan surah an-Nas diturunkan. Jibrail a.s beritahu, “Ya Rasulullah, mereka telah buat sihir atas tuan”. Benda-benda yang disihirkan ada dalam telaga. Telaga nama Bir Darwan. Dalam telaga itu ada batu, rambut dan benda-benda yang digunakan oleh ahli sihir. Melalui wahyu semua perkara ini telah disampaikan kepada Nabi s.a.w. Baginda telah keluarkan semua benda-benda tersebut. Dua-dua surah inipun telah diturunkan. Bila turun ayat-ayat Quran tadi, maka sihir yang dibuat atas Baginda s.a.w telah dikeluarkan seperti mana kita buka ikatan tali, satu per satu kesan sihir telah dikeluarkan daripada Baginda s.a.w. Baginda s.a.w telah diberitahu sekian-sekian orang telah buat sihir ini. Semua perkara telah diberitahu kepada Nabi. Orang yang buat sihir ini, dia pun sentiasa hadir dalam majlis Baginda s.a.w. Sepertimana sahabat-sahabat duduk dalam majlis, dia pun duduk dalam majlis. Ada orang beritahu Nabi, “Ya Rasulullah, berilah hukuman ke atas dia, dia telah begitu banyak susahkan tuan”. Nabi s.a.w kata, “Kenapa kena bagi hukuman atas dia? Allah s.w.t telah jadikan saya baik, kenapa orang lain perlu susah kerana saya?” Baginda s.a.w telah maafkan dia. Inilah jalan/tarekat nabi, iaitu orang yang buat kebaikan dibalas dengan kebaikan dan orang yang menyusahkan, kita maafkan mereka.

Hati kena sentiasa dalam keadaan yang bersih. Hati bersih sangat penting. Hati karkun pun kena sentiasa dalam keadaan bersih. Kenapa? Hati sahabat-sahabat nabi sentiasa bersih. Dalam bayan Abdullah ibnu Umar r.a, “ sesiapa hendak ikut, kena ikut jalan Rasulullah s.a.w, sahabat-sahabat nabi kerana hati mereka sentiasa bersih”. Mereka mempunyai fahaman yang sangat tinggi dan juga sangat dalam. Mereka adalah orang yang bersih dan lurus. Inilah keadaan para sahabat. Oleh kerana itu, hendaklah kita ikut para sahabat. Para sahabat, mereka sendiri telah berkata mengenai dari mereka, “Kami telah berjanji dengan Baginda s.a.w bahawa kami akan dengar dan kami akan taat apa yang Baginda s.a.w beritahu”. Kami akan dengar dan taat apa yang disampaikan oleh Baginda s.a.w dalam semua keadaan, samada dalam keadaan Allah s.w.t bagi kemiskinan ataupun kekayaan, kami akan taat, samada kami suka atau tidak suka, samada orang muliakan kami atau tidak, samada orang tanya cadangan daripada kami atau tidak, dalam semua keadaan kami akan taat. Tidak ada apa-apa aduan terhadap orang lain. Kami kena taat kepada Allah dan Rasul. Inilah jalan/tarekat para sahabat mengenai kerja ini. Dalam semua keadaan kena buat kerja dan dalam semua keadaan kena taat. Oleh kerana itu, Allah s.w t telah redha dengan mereka. Allah s.w.t telah jadikan para sahabat sebagai contoh untuk seluruh dunia.

Dalam usaha dakwah kita pun, kena ikut jalan yang sama. Oleh itu, hendaklah kita faham kerja dakwah dengan betul. Untuk dakwah ini, kita kena tinggalkan segala kemahuan diri sendiri. Kita kena wujudkan istiqamah dalam dakwah kita. Istiqamah maknanya apa-apa amalan kita, kita kena berterusan dengan amalan itu dan waktu-waktu yang kita telah tetapkan untuk itupun kita kena istiqamah, barulah istiqamah akan datang sepertimana Allah s.w.t bagi kita waktu sembahyang dan amalan sembahyang. Begitu juga amalan puasa dan waktu puasa. Begitu juga haji dan waktu untuk sempurnakan haji. Dalam waktu ini, kena buat amalan ini. Bila musim haji datang, maka kita buat haji. Datang bulan puasa kita berpuasa, bila sampai waktu sembahyang kita tunaikan sembahyang. Kita tidak boleh ikut kemahuan kita sendiri. Macam itu jugalah tabligh.

Waktu untuk tabligh dan pada masa itu apa yang kita kena buat maka kita kena tunaikan supaya waktu terpelihara dan amal juga terpelihara. Bila waktu dan amal dipelihara, barulah datang istiqamah. Ada satu orang tulis surat kepada Hadzratji rah. “Sudah 22 tahun saya dan ahli keluarga saya tidak pernah tinggal satu waktu solat pun, sudah 12 tahun satu gasht pun saya tidak tinggalkan”. Ini adalah satu contoh istiqamah. Dalam usaha agama, istiqamah sangat penting. Bila datang istiqamah, baru akan datang pengorbanan. Bila tidak ada istiqamah, maka tidak akan ada pengorbanan. Tanpa pengorbanan maka agama tidak akan maju. Oleh itu, istiqamah sangat penting. Pengorbanan pun penting. Pengorbanan ini maknanya ialah kita letak kerja agama di hadapan dan kerja kita sendiri di belakang. 

Satu lagi perkara yang penting dalam usaha agama ialah hendaklah kita ikut jalan pertengahan. Kalau kita  ikut jalan pertengahan, kita akan berterusan sehingga akhir. Kalau tidak ikut jalan pertengahan ini, kita jalan dengan josh, dengan semangat, kita tidak boleh buat sampai akhir. Samada kita akan langgar usul atau kita tinggalkan kerja ini. Oleh itu, Baginda s.a.w telah bagi hidayat pada kita supaya kita ikut jalan pertengahan. Abu Bakar r.a, bila bagi bayan hidayat pada jemaah yang keluar, supaya ikut jalan pertengahan, “Ikutlah jalan pertengahan supaya kamu akan pergi sampai jauh-jauh”. Dunia ini adalah tempat untuk kita sempurnakan hak-hak. Orang yang buat usaha agama ini, mereka kena buat usaha agama dengan menunaikan hak semua orang. Allah ada hak, Rasul Allah pun ada hak, kitab Allah pun ada hak, hamba Allah pun ada hak, semua orang ada hak. Maksud tabligh adalah supaya semua hak-hak ini disempurnakan. Kalau kita ikut jalan pertengahan, kita akan dapat buat kerja dengan mudah. Ikutlah jalan pertengahan. Bukan kita hendak tinggalkan urusan dunia tetapi dengan kita buat sama-sama iaitu urusan dunia buat dan urusan agama pun kena buat. Oleh kerana itu, kita tidak beritahu pada orang supaya tinggalkan kerja dunia, tinggalkan perniagaan, tinggalkan ladang, tinggalkan pejabat, kami tidak beritahu macam itu. Kita buat semua urusan ini dan buat usaha agama. Sepertimana orang Muhajirin, mereka buat perniagaan dan buat usaha agama. Orang-orag Ansar buat pertanian dan buat usaha agama. Buat kerja dunia dan juga buat usaha agama. Dengan inilah akan datang pengorbanan, bukan dengan tinggalkan segala-galanya.

Satu orang muda datang kepada Hadzrat Umar r.a dan berkata, “Ya amirul mukminin, saya ingin keluar dijalan Allah s.w.t”. Maksud orang itu ialah dia ingin sedikit bantuan kewangan untuk keluar di jalan Allah s.w.t. Umar r.a panggil satu orang Ansar. Dia tanya orang Ansar ini, “Ladang kamu ada apa-apa kerja tak?” Orang Ansar kata, “Ada”. Umar r.a kata, “Bawa orang ini pergi ke sana dan bagi dia kerja di ladang itu”. Selepas beberapa lama, Umar r.a tanya orang Ansar itu, “Apa sudah jadi kepada tetamu saya?”. Orang Ansar kata, “Wahai amirul mukminin, orang itu dalam keadaan yang baik”. Kata Umar, “Bawa dia ke mari”. Orang Ansar itu pun bawa pemuda itu kepada Hadzrat Umar r.a. Orang Ansar itu bawa satu uncang yang berisi wang, hak pemuda tersebut. Dia kata, “Ini tetamu tuan dan ini wang dia”. Dia sudah buat kerja di ladang dan dapat upahnya. Hadzrat Umar r.a ambil uncang itu dan berikan kepada pemuda tersebut. “Ambillah, ini hak kamu”. Hadzrat Umar kata, “Sekarang, kalau kamu suka, boleh keluar ke jalan Allah s.w.t atau hendak balik ke rumah pun boleh”. Inilah jalan/tarekat kita. Buat kerja, cari duit dan selepas itu belanja di jalan Allah s.w.t. Inilah jalan kita tuan-tuan iaitu harta kita, diri kita, kerja Allah s.w.t.

Tuan-tuan faham,

Ini jalan kita, jalan pertengahan. Kalau kita buat kerja dengan cara ini, kita akan jadi satu contoh di hadapan semua manusia. Orang ini adalah seorang pekerja dan juga buat usaha dakwah. Ini seorang peniaga dan juga buat usaha tabligh. Ini seorang petani dan buat usaha tabligh. Begitu juga, kita kena sediakan setiap orang atas perkara ini supaya mereka datang dari dunia kepada agama dan mereka belajar agama supaya mereka jadikan diri mereka sendiri kehidupan beragama. Kenapa? Kehidupan setiap orang Islam hendaklah ikut sunnah dan syariat. Kita kena jadikan kehidupan kita ikut sunnah dan syariat dan kena sampaikan pekara ini ke seluruh dunia. Bukan maknanya kita lupakan diri kita dan buat tabligh.  Kita adalah orang yang mengikut perintah Allah s.w.t, cara Rasulullah s.a.w dan mentablighkan perkara itu. Dari pagi sampai malam, hendaklah kita ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam setiap urusan kita, di setiap tempat, kita hendaklah ikut sunnah dan syariat. Maksud dakwah ialah untuk wujudkan perkara ini.

Kita kena buat usaha dengan bermesyuarat antara kita supaya 100% orang Islam datang kepada perkara ini. Jangan ada satu rumah pun yang ketinggalan di sekitar masjid kita. Kita sampaikan perkara ini di setiap rumah. Setiap orang yang tinggal di sekitar masjid kita, mereka ada hubungan dengan masjid. Kita kena bentuk jemaah masjid dan buat usaha dengan cara ini. Kita hendaklah sampaikan, pergi jumpa setiap orang Islam,kena pergi setiap rumah. Setiap orang Islam adalah karkun.

Kita kena lihat berapa ramai orang Islam yang tidak datang ke masjid. Kalau mereka tidak datang, kita kena fikir tentang mereka, bermesyuarat tentang mereka dan lepas itu buat usaha atas mereka supaya mereka ada hubungan dengan agama Allah s.w.t. Kerja kita adalah kerja ummumi. Buat kerja khususi pun untuk wujudkan ummumi. Yang sebenarnya (asal), ialah umum. Oleh kerana itu, semua amalan-amalan yang ummumi dalam kerja ini, itulah yang sebenarnya. Kerja gasht ummumi itulah yang asal. Semua orang yang duduk di sekitar masjid kita, kita kena jumpa setiap dari mereka. Ta’alim ummumi adalah ta’alim yang asal supaya dalam hati setiap orang Islam datang cinta kepada agama dan takut kepada Allah s.w.t dan juga supaya semua orang Islam dengar fadhail/kelebihan. Bukan hanya jemaah masjid sahaja, tetapi semua orang Islam, semua yang datang sembahyang, mereka semua dapat dengar ta’alim fadhail. Supaya dalam hati setiap orang Islam datang takut kepada Allah dan akhirat. Oleh kerana itu, kena baca ta’alim untuk semua mereka yang datang sembahyang. Dengan lemah-lembut, dengan memberi berita gembira, kita kena terangkan kepada mereka supaya semua orang yang datang sembahyang, dengar kebesaran Allah s.w.t, supaya semua yang dengar kebesaran Allah, mereka buat usaha agama ini. 100% orang Islam adalah karkun dalam kerja ini.

Mereka yang jauh daripada agama atau orang miskin, kena banyak buat usaha di kalangan mereka in. Kenapa? Agama dalam diri mereka sebenarnya dalam bahaya. Takut-takut kalau datang musibah, mereka akan tinggalkan Islam. Mereka jauh dari agama, mereka miskin, kerana musibah, kerana tamak, mereka mungkin tinggalkan agama. Bila ada orang tawarkan harta pada mereka dan kerana tamakkan harta, maka mereka tinggalkan agama. Bila orang bagi jawatan/pangkat dan tamak kepada jawatan/pangkat, mereka tinggalkan agama. Kerana cintakan wanita dan perkahwinan, mereka tinggalkan agama. Bila datang musibah, mereka tinggalkan agama. Kenapa? Mereka jahil. Mereka tidak tahu. Mereka miskin. Oleh itu, orang tua-tua kita beritahu, orang miskinlah medan usaha kita sebenarnya. Kena banyak fikir atas mereka. Kita kena hantar banyak jemaah ke tempat mereka. Kita masak makanan kita sendiri, buat usaha dikalangan mereka. Kita kena terangkan pada mereka, ajar kepada mereka tentang kebesaran Allah s.w.t, yakin kepada Allah, beritahu kepada mereka apabila tuan-tuan datang kepada agama maka Allah s.w.t akan selesaikan segala masalah dunia dan akhirat tuan.

Kalau kita buat usaha dengan cara ini, dikalangan semua orang-orang Islam secara umum, maka rahmat Allah s.w.t akan turun. “Bila kamu belas kasihan atas orang-orang di dunia ini, maka Allah s.w.t akan mengasihi kamu”. Sesiapa yang ambil bahagian dalam kerja ini, maka kita beri perhatian pada mereka, kita kena ingat mereka, kita kena majukan mereka dalam berbagai macam kerja. Hari ini mereka datang ijtimak hanya untuk dengar sahaja. Dalam perhimpunan yang akan datang, kita kena ingatkan mereka lagi supaya mereka datang lagi, selepas itu tashkil mereka untuk keluar 3 hari. Dengan cara ini, kita majukan mereka dalam kerja ini. Kerja ini akan maju dengan kita memajukan antara kita. Kita kena ikram antara kita dan majukan mereka dalam kerja ini. Bila kita ikram antara kita dan majukan mereka dalam kerja ini maka mereka akan maju dan kerja pun akan maju.

Syaitan tipu kita, dia tunjuk kebaikan kita dan keburukan orang lain. Oleh itu, kita akan lihat kebaikan diri sendiri dan keburukan orang lain. Cara yang betul (sahih tarekat) ialah lihat keburukan kita atau kekurangan kita dan lihat kebaikan orang lain. Maulana Ilyas rah. kata, “Usaha dakwah ialah jual beli kebaikan antara kita”  Kita lihat kebaikan orang lain dan orang lain melihat kebaikan kita. Kita akan dapat menafaat di antara kita dari kebaikan itu dan kita maju dalam kerja ini. Allah s.w.t telah letak kebaikan yang berlainan dalam setiap orang. Dalam orang Islam yang umum, mereka pun ada kebaikan. Contoh, orang miskin, kebaikan mereka ialah mereka boleh buat banyak usaha, mereka ada kesanggupan untuk susah payah, mereka bersabar bila musibah datang, mereka boleh sempurnakan keperluan dengan wang ringgit yang sedikit. Ini semua kebaikan mereka. Kita kena dapat faedah daripada kebaikan mereka ini. Setiap orang ada kebaikan yang berlainan. Bila kita ikram, barulah kita akan nampak    kebaikan semua orang.

Orang-orang alim, orang-orang beragama, kita kena muliakan mereka. Kalau kita muliakan orang-orang alim atau beragama, maka Allah s.w.t akan sampaikan agama kepada hati-hati manusia sepertimana orang muliakan doktor mereka dapat ubat, begitu juga kita muliakan orang-orang alim dapat agama dari mereka. Selepas itu, orang-orang alim akan bantu agama, mereka akan targhib orang-orang lain dan ramai orang akan datang ke arah agama. Kalau kita tidak menghormati orang alim, maka orang-orang awam dan ulamak akan berpecah. Inilah yang dibuat oleh musuh-musuh Islam. Mereka telah memisahkan ulamak dan orang awam supaya orang awam tidak dapat agama, supaya mereka sentiasa dalam keadaan jahil. Oleh itu, kejahilan tersebar di kalangan umat. Umat ini tidak faham sunnah dan syariat kerana mereka tidak ada hubungan dengan alim ulamak. Mereka sibuk dengan urusan duniawi. Oleh kerana itu, kita kena muliakan dan menghormati setiap orang. Inilah yang diajar oleh Baginda s.a.w. Hendaklah kita kenal seseorang punya kedudukan dan berurusan serta berhubung dengan mereka mengikut kedudukan mereka, ikram mereka mengikut kedudukan mereka. Inilah dakwah. Dakwah untuk semua orang. Manusia akan buat usaha dakwah mengikut kemampuan mereka. Kita kena mengendalikan usaha dakwah ini dikalangan semua orang. Untuk ini, kita kena ada 2 perkara : 1. ikram,  2. ikhlas

Ikram maknanya kita kenal semua orang punya kedudukan.
Ikhlas maknanya buat semata-mata kerana Allah s.w.t.

Samada orang bertentangan dengan kita atau suka kita, itu kita tidak kisah, kita hanya buat kerana Allah s.w.t. Orang yang buat kerja ini dengan ikhlas, Maka Allah s.w.t jadikan mereka perantaraan asbab untuk hidayat untuk manusia lain. Kita kena buat kerja ini dengan niat untuk belajar, seumur hidup kita niat untuk belajar. Jangan kita anggap kita sudah belajar. Jangan kita anggap kita sudah dapat hidayat. Jangan fikir macam itu tetapi kita hendaklah sentiasa ingin untuk belajar dan ingin untuk dapat hidayat.

Kita kena tertibkan kehidupan kita sampai maut. Kalau kita ikut tertib, maka sampai maut kita boleh buat usaha agama. Kita kena tertibkan kehidupan kita dan buat kerja ini. Tertib yang mudah ialah tiap-tiap tahun 4 bulan keluar dijalan Allah s.w.t. 8 bulan di tempat kita, kita buat kerja tempatan dan untuk keperluan diri. Tuan-tuan niat untuk perkara ini. Kita kena datang kepada perkara ini perlahan-lahan sepertimana kita naik anak tangga, kita naik perlahan-lahan. Perlahan-lahan kita bawa kepada tertib ini iaitu tiap-tiap tahun 4 bulan. Itupun dengan mesyuarat dan taat.

Siapa yang buat dengan mesyuarat, maka dia akan dapat ikhlas. Orang yang buat kerja dengan taat, maka dia akan dapat hidayat. Orang yang ikut kemahuan dia dan kehendak dia, maka dia tidak akan buat kerja dengan betul. Insya’Allah kita semua akan buat.

Tuan-tuan kena niat tiap-tiap tahun 4 bulan. Buat kerja dengan mesyuarat dan taat. Dalam kerja ini tidak ada penentangan. Kita kena sabar. Jangan kita bertentangan dengan sesiapa pun, kita sabar. Kalau ada pertentangan, maka akan wujud fitnah dan kerja akan rosak. Kalau kita sabar, Allah akan bantu.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir