ramadan 1437H

Sayyidina Salman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan syaaban, "wahai manusia! Telah dtg kpd kamu satu bulan yg agung lagi diberkati. Satu bulan yg pd bulan itu terdapat satu malam (lailatulqadar) yg lebih baik drp seribu bulan. Satu bulan yg Allah s.w.t telah menjadikan puasa pd siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pd malam hari (bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yg cuba menghampiri Allah s.w.t pd bulan itu dgn mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yg telah menunaikan satu fardu pd bulan-bulan yg lain dan sesiapa yg menunaikan satu fardu pd bulan itu adalah seumpama seseorang yg menunaikan 70 fardu pd bulan-bulan lain.
Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yg ditambahkan rezeki kpd orang-orang yg beriman. Sesiapa yg memberi sesuatu kpd seseorang yg berpuasa utk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan utk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya daripada neraka dan dia mendapat ganjaran puasa org tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun drp ganjarannya. Para sahabat r.a lalu berkata, "bukanlah setiap org drp kami mempunyai sesuatu utk diberi kpd org yg berpuasa utk berbuka". Maka Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t memberikan pahala itu kpd sesiapa sahaja yg memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air atau pun sesisip susu kpd org yg berpuasa utk berbuka".
Bulan itu adalah satu bulan yg bahagian awalnya merupakan rahmat, pertengahannya merupakan keampunan dan akhirnya merupakan kelepasan drp neraka.
Sesiapa yg meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pd bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah s.w.t dan akan dilepaskan drp azab api neraka.
Perbanyakkanlah pd bulan itu 4 perkara. Dua perkara yg dengannya kamu dpt meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yg tidak boleh tidak kamu perlukan. Ada pun dua perkara yg kamu dpt meredakan Tuhan kamu dgnnya adalah penyaksian bahawa tiada tuhan selain drp Allah s.w.t (yakni ucapan lailahaillallah) dan kamu memohon istighfar drpNya. Manakala dua perkara yg tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga drp Allah s.w.t dan meminta perlindungan drp api neraka.
Sesiapa yg memberi minum kpd mana-mana org yg berpuasa maka Allah s.w.t akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dgn sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dlm syurga."
(Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah, Baihaqi, Ibnu Hibban dan lain-lain)
Fadilat ramadan - maulana zakariyya rah.


iftar di surau sakinah


tazkirah ramadan


 jor halaqah di masjid meranti
bentang takazah oleh amirsab jemaah 40H - Hj zubir bkt beruntung


 hayatus sahabah dan doa
ust hasnul btg kali

kehadiran tidak memuaskan mungkin sebab bulan puasa semua jadi lemau..hehe
15 org dari 3 mahalah sahaja
alhamdulillah

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir