mesyuarat malaysia 2000 - prof halim

mesyuarat malaysia - nizamuddin
Tarikh : 04/09/2000
  
Allah s.w.t jadikan usaha Baginda s.a.w sebagai asbab untuk sebarkan agama Allah s.w.t dan untuk hidupkan agama Allah s.w.t dalam setiap golongan manusia dalam umat Baginda s.a.w. Agama begitu penting sehingga Allah s.w.t jadikan agama sebagai asbab untuk dapatkan segala jenis kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t kaitkan kejayaan setiap manusia sampai hari kiamat dengan agama yang dibawa oleh Baginda Muhammad s.a.w.

Usaha yang Baginda s.a.w buat untuk agama ialah dengan mengambil semua lapisan umat bersama-sama dengan Baginda. Kehidupan usaha nabuwah Baginda s.a.w adalah selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah mukarramah dan 10 tahun di Madinah munawwarah. Melalui usaha Baginda s.a.w, agama hidup dalam diri-diri manusia dan juga melalui usaha Baginda s.a.w, usaha agama hidup dalam diri-diri manusia. Agama dan usaha agama hidup dalam diri-diri manusia. Kebanyakan masa Baginda s.a.w digunakan untuk mengajar usaha agama. Baginda s.a.w buat usaha dengan sebegitu rupa sehingga bila sampai untuk Baginda hendak tinggalkan dunia ini, setiap lapisan masyarakat, lelaki dan wanita, setiap ahli umat, amalkan agama yang sempurna. Setiap ahlli umat ini juga, tidak kira lelaki atau wanita, mereka hidup di atas muka bumi ini dengan satu semangat iaitu untuk meneruskan usaha Baginda s.a.w. Inilah maksud hidup kita, tujuan kita, dan untuk itulah Allah s.w.t utuskan dan wujudkan kita di atas muka bumi ini.

Sehingga hari kiamat, untuk setiap orang yang mengucap kalimah syahadah, orang-orang beriman, mereka sudah pun dianugerahkan nikmat yang besar ini iaitu usaha agama dan kurniaan ini adalah daripada Allah s.w.t sendiri. Melalui usaha tabligh ini, satu perkara yang dikehendaki supaya umat ini dapat disedarkan iaitu Allah s.w.t utuskan saya, hantar saya ke muka bumi ini untuk usaha Baginda s.a.w supaya bagaimana saya dapat amalkan agama dan besama-sama itu saya dapat buat usaha Baginda s.a.w.

Usaha agama atau kerja agama atau buat usaha atas agama atau buat usaha untuk sebarkan agama, untuk inilah Allah s.w.t utuskan saya, inilah satu kerja dan saya akan bagi pengorbanan dengan diri dan harta saya, itulah fahaman yang kita kena usaha untuk wujudkan dalam diri kita.

Para sahabat Baginda s.a.w dan para sahabiah, lelaki dan wanita, kesemua daripada mereka mempunyai semangat dan keyakinan iaitu Allah s.w.t hantar saya ke muka bumi ini untuk buat usaha agama Baginda s.a.w, untuk itulah kita diutuskan dan itulah kerja kita, untuk kerja itulah Allah s.w.t hantar saya ke muka bumi ini. Kesemua daripada mereka faham iaitu kita kena buat usaha supaya hidayah datang kepada setiap manusia supaya setiap manusia terselamat daripada api neraka. Cara usaha yang hendak kita buat ialah cara yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Usaha dan kerja itulah kerja saya, kerja utama saya, kerja sebenar saya.

Fahaman sahabat dan sahabiah iaitu setiap orang di atas muka bumi ini dapat mengucap kalimah syahadah ertinya mereka semua menjadi orang-orang beriman dan yang sudi beriman, mereka harus faham iaitu meneruskan kerja Baginda s.a.w, usaha supaya setiap orang dapat selamat daripada api neraka. Usaha inilah kerja sebenar kita. Oleh itu, perkara pertama sekali dalam usaha kita ini ialah kita kena tukarkan niat kita ataupun betulkan niat kita.

Satu cara penglibatan kita dalam usaha ini ialah kita buat kerja ini tetapi kita anggap saya ini seorang guru, saya seorang pegawai, saya seorang petani, saya seorang peniaga, bersama-sama dengan itu saya pun sedang buat kerja tabligh.

Satu lagi cara ialah kita libatkan diri kita dengan fikiran iaitu saya ialah naib/pembantu kepada Baginda s.a.w, oleh kerana itu saya kena buat kerja ini di mana sahaja saya berada samada dalam marhallah saya, dalam negeri saya, dalam negara saya, di mana sahaja saya berada, kewujudan saya ialah memang untuk buat kerja Baginda s.a.w sebagai naibnya.

Bila kita ubahkan niat kita dengan cara ini iaitu saya dihantar ke muka bumi ini kerana saya kena buat kerja nabi s.a.w, saya diutuskan ke muka bumi ini kerana saya kena buat kerja nabi s.a.w, oleh itulah saya buat kerja nabi, saya akan buat kerja nabi dan saya akan terus buat kerja nabi di mana sahaja saya berada dan dalam apa juga keadaan.

Bila kita buat niat seperti ini, maka selepas itu tindakbalas Allah s.w.t terhadap kita akan berubah. Tindakbalas Allah s.w.t terhadap kita sekarang akan bertukar dan tindakbalas Allah s.w.t terhadap kita adalah seperti mana tindakbalas Allah s.w.t terhadap para ambiya a.s.

Ambiya a.s diberi tunjuk ajar oleh Allah s.w.t dan mereka diberi keselamatan oleh Allah s.w.t. Mereka diberi kerja oleh Allah s.w.t, oleh itu mereka adalah pekerja Allah dan kerana itulah mereka diberi tunjuk ajar oleh Allah s.w.t dan Allah s.w.t selamatkan mereka. Oleh itu, bila kita buat usaha ini dengan anggapan dan keyakinan bahawa saya buat usaha ini kerana usaha ini waris daripada nabi saya, saya buat kerja ini kerana kerja ini adalah kerja nabi saya, saya diutuskan untuk meneruskan kerja nabi saya, bila kita buat kerja ini dengan keyakinan ini, maka sesudah itu tingkahlaku Allah s.w.t terhadap kita akan berubah sepertimana Allah s.w.t beri keselamatan kepada ambiya a.s, seperti itu juga Allah s.w.t akan selamatkan kita , sepertimana Allah s.w.t didik dan tunjuk ajar ambiya a.s, seperti itu juga Allah s.w.t akan didik dan tunjuk ajar kita, tarbiyah kita, dan selepas itu sepertimana Allah s.w.t penunjuk jalan kepada ambiya a.s jalan yang sebenar, maka Allah s.w.t akan jadi penunjuk jalan kita yang sebenar.

Sekiranya pada saat ini kita buat keputusan atau kita buat niat iaitu usaha Baginda ialah usaha saya, kerja Baginda ialah kerja saya dan tanggungjawab yang Baginda serakan pada saya itulah tanggungjawab saya dan saya akan melaksanakan tangggungjawab itu, maka pada saat ini juga tindakbalas Allah s.w.t akan berubah. Oleh itu, sekarang kita buat niat, kita semua akan jadikan, kita akan hidup dengan membuat usaha Baginda Rasulullah s.a.w dan kita akan mati pun dalam proses buat usaha Baginda s.a.w, insya’Allah.

Semua berazam dan niat? Insya’Allah.
Semua kerja kita selepas ini akan jadi mudah bila kita buat niat ini.
Apa kerja kita? Itulah yang kita kena faham sekarang.

Usaha yang dibuat oleh Baginda s.a.w ada 2 bahagian. Pertama, sahabat-sahabat digunakan secara ijtimai untuk keluar di jalan Allah s.w.t. Para sahabat dididik dan ditarbiyah oleh Baginda s.a.w dengan sebegitu rupa sehingga tidak ada mana-mana kekuatan atau apa-apa benda dalam dunia ini yang dapat menahan mereka dalam kemaraan untuk usaha Baginda s.a.w. Ringkasnya, dalam semua keadaan hidup kita, Baginda s.a.w sudah sediakan contoh dan teladan untuk kita melalui kehidupan para sahabat.

Melalui usaha tabligh, gerak-geri yang sedang dibuat, melalui 4 bulan, 40 hari, 3 hari, dsbnya, ini ialah proses latihan menuju kepada cara usaha para sahabat supaya kita boleh bergerak untuk agama Allah s.w.t sepertimana para sahabat bergerak untuk agama Allah s.w.t.

Matlamat kita, maksud kita, target kita, ialah setiap daripada kita dalam melalui proses usaha yang kita sedang buat, latihan yang kita sedang buat, 4 bulan, 40 hari, 3 hari dsbnya, kita dapat menuju ke tahap usaha yang dibuat oleh para sahabat Baginda s.a.w.

Kedua, usaha Baginda s.a.w ialah usaha tempatan/makami iaitu usaha ditempat sendiri. Suasana yang wujud di Madinah melalui usaha Baginda s.a.w, di masjid nabi, hasil daripada usaha itu, satu suasana wujud di Madinah dimana setiap orang dapat amalkan agama dengan sempurna. Melalui usaha 5 amal masjid, matlamat kita pun adalah untuk wujudkan suasana itu di tempat kita. Ringkasnya, melalui usaha 5 amal masjid, kita dapat usahakan satu suasana yang Baginda s.a.w usahakan di Madinah. Semasa Baginda tinggalkan Madinah (wafat), satu suasana agama telah wujud. Kita kena usaha untuk dapatkan suasana itu. Matlamat kita ialah untuk wujudkan suasana itu melalui 5 amal masjid. Kita kena jadikan 5 amal ini sebagai satu usaha untuk bangunkan usaha masjid.

Siapa yang akan dapat buat usaha 5 amal di masjidnya? Orang yang sedar bahawa diri dia sebagai seorang daripada umat Baginda s.a.w. Dia kena sedar, saya ini ialah umat Baginda s.a.w, saya diletakkan dalam marhallah saya atau kampung saya untuk buat usaha Baginda s.a.w.

Jemaah masjid yang akan dapat buat usaha bila semua ahli jemaah masjid itu ada fikir yang sama iaitu kami adalah umat Baginda s.a.w, kami diletakkan dalam marhallah ini untuk hidupkan usaha Baginda s.a.w  dalam setiap rumah di kalangan setiap manusia di tempat kami. Orang macam inilah yang dapat buat usaha masjid dengan baik dan sempurna.

Prof Halim beritahu dulu dia ada beritahu satu perkara dan dia hendak ulang semula perkara itu, tuan-tuan dengar dengan penuh perhatian, jangan tidur.

Kita duduk dalam marhallah kita dengan kesedaran sebagai saya seorang petani, saya seorang ustaz, saya seorang peniaga, dsbnya, kedudukan saya di marhallah sebagai sekian-sekian, dan bersama-sama itu saya sedang buat kerja tabligh. Sekiranya kita buat usaha dengan perasaan dan kesedaran macam itu, maka usaha tempatan kita tidak akan ada roh, tidak akan hidup. Sebab apa? Sebab tanggungjawab yang diberi kepada kita oleh Allah s.w.t sendiri, sekarang kita telah letak tanggungjawab itu pada kategori nombor dua.

Sebaliknya kalau kita boleh ubahkan fikiran dan fahaman kita iaitu saya ialah umat Baginda s.a.w, saya ditanggungjawabkan untuk kerja Baginda s.a.w dan saya dihantar, saya diletakkan dikawasan ini untuk buat kerja Baginda s.a.w, bila kita ubah niat seperti ini, maka selepas itu tindakbalas dan tingkahlaku Allah s.w.t terhadap kita terus akan berubah. Apabila mana-mana jemaah masjid buat kerja di marhallahnya dengan fikiran dan fahaman yang kedua ini, melalui jemaah masjid ini, Allah s.w.t akan bangunkan usaha masjid di sana mengikut niat dia. Allah s.w.t akan mengembangkan usaha ke seluruh alam melalui jemaah masjid dia. Kerana apa? Kerana daripada sekarang bantuan Allah s.w.t akan ada bersama-sama dengan dia. Oleh itu, kita kena buat niat yang sebenar iaitu dimana sahaja kita berada, dalam marhallah mana pun kita berada, kita akan buat usaha ini sebagai kerja kita yang diberi kepada kita melalui Baginda s.a.w. Kerja nabi diberi kepada kita sebagai tanggungjawab dan kita akan buat kerja nabi sebagai kerja pertama kita.

Bula kita buat niat cara ini, Allah s.w.t akan buat niat untuk terima kita mengikut niat kita dan gunakan kita untuk kerja Baginda s.a.w. Apabila Allah s.w.t sudah terima kita untuk usaha baginda s.a.w, maka selepas itu memang Allah s.w.t akan ambil kerja daripada kita, Allah s.w.t akan gunakan kita, ambil kerja daripada kita dan Allah s.w.t akan menyelesaikan masalah-masalah dan urusan-urusan kita. Allah s.w.t akan bereskan dengan bantuan ghaibNya. Dalam urusan-urusan kita, Allah s.w.t akan hantar malaikat untuk bantu kita.

Semua ada azam dan niat? Insya’Allah.
Semua tuan-tuian faham apa yang dicakapkan? Insya’Allah

Bila kita sudah buat niat macam ini, maka selepas itu hendak buat kelima-lima amal akan jadi mudah dan hendak cari masa untuk hendak buat kelima-lima amal pun akan Allah s.w.t mudahkan.

1. Mesyuarat/Fikir Harian
 Sebenarnya yang menguatkan atau melemahkan usaha tempatan kita ialah niat kita. Dalam 5 amal masjid kita ini, satu daripada amalannya ialah setiap hari pada mana-mana waktu yang kita anggap sesuai, kita berhimpun untuk buat fikir, yang kita panggil fikir harian atau mesyuarat harian. Oleh kerana kita sudah pun dijadikan sebagai naib Baginda s.a.w, oleh itu Allah s.w.t jadikan kita asbab untuk beri hidayah kepada orang-orang yang paling jauh di atas muka bumi ini yang mungkin tinggal di hujung-hujung dunia, dia punya hidayah pun melalui usaha kita.

Bantuan Allah s.w.t bergantung kepada niat kita. Bila kita duduk dalam mesyuarat harian, kita mesti duduk dengan niat bagaimana setiap manusia di atas muka bumi ini dapat dikeluarkan daripada keyakinan palsu mereka, keyakinan yang tidak betul dapat diubah kepada keyakinan yang baik, keyakinan yang betul terhadap Allah dan Rasul supaya mereka dapat terselamat daripada api neraka dan kesemua mereka dapat layak masuk ke dalam syurga Allah s.w.t.

Kita kena mesyuaratkan bagaimana kita harus buat usaha supaya setiap orang Islam di atas muka bumi ini sanggup mengorbankan masa dan harta mereka untuk buat usaha agama, usaha Baginda s.a.w, kita kena fikir semua itu. Bersama dengan itu, kita kena fikir bagaimana setiap orang lelaki yang sudah baligh dalam marhallah kita dapat dijadikan sebagai da’i iaitu menyeru manusia kepada agama Allah s.w.t. Menyeru dan dakwah orang kepada iman adalah satu tanggungjawab dan kerja setiap orang Islam. Bila satu orang Islam dakwah orang lain kepada iman, maka Allah s.w.t akan turunkan iman ke dalam dadanya/hatinya. Kalau kita tinggalkan usaha dakwah kepada iman, maka hanya sebutan kalimah sahaja akan tinggal di lidah kita, amalan iman tidak wujud daripada anggota kita.

Kita kena fikir bagaimana kita harus buat usaha supaya setiap orang beriman yang baligh dalam marhallah kita dijadikan sebagai da’i supaya dia boleh dakwah orang kepada iman dan bersama-sama itu dia sanggup keluar ke jalan Allah s.w.t ke tempat-tempat yang lain.

Kesemua para sahabat keluar di jalan Allah s.w.t, Baginda s.a.w. sendiri pun keluar ke jalan Allah s.w.t, oleh itu kerja setiap umat ialah keluar di jalan Allah s.w.t. Kita kena usaha supaya orang-orang di tempat kita pun dapat keluar di jalan Allah s.w.t. Oleh itu, satu perkara yang utama sekali dalam fikir harian kita ialah bagaimana setiap penduduk dalam marhallah kita dijadikan sebagai da’i, dakwah orang kepada iman, dakwah orang kepada kebesaran Allah s.w.t dan bersama-sama itu dia sanggup keluar dijalan Allah s.w.t, dia boleh lapangkan masa untuk keluar di jalan Allah s.w.t.

Kita kena fikir dan mesyuarat bersama bagaimana setiap orang beriman dalam marhallah kita dapat menyertai dalam majlis ta'alim di masjid kita supaya mereka dapat keghairahan untuk mempelajari ilmu yang dibawa oleh baginda s.a.w. Kita juga kena mesyuarat bagaimana kita harus usaha supaya setiap orang dalam marhallah kita dapat solat 100%, dapat jadi orang-orang yang sanggup berzikir, zikir pagi dan petang, dsbnya.

Kita kena mesyuarat bagaimana kita harus buat usaha di tempat kita supaya setiap orang-orang beriman ini jadi orang-orang yang berakhlak, mereka dapat wujudkan sifat kasih sayang antara satu sama lain dan mereka dapat wujudkan sifat bantu-membantu antara satu sama lain.

Kita kena mesyuarat bagaimana kita harus buat usaha di tempat kita supaya dalam setiap rumah di marhallah kita dijadikan rumah-rumah yang akan hidup dengan amalan-amalan masjid nabi s.a.w. Apa maksudnya amal dapat hidup dalam setiap rumah? Iaitu semua ahli keluarga mereka dapat wujudkan suasana yang mana mereka sanggup dakwah orang lain kepada agama Allah s.w.t, mereka akan ajar-mengajar tentang agama Allah s.w.t, mereka wujudkan sifat tarbiyah anak-anak dengan agama Allah s.w.t, mereka akan lapangkan masa supaya dapat ingat dan sebut nama Allah s.w.t, mereka dapat melapangkan masa untuk baca kitab suci Allah s.w.t, dsbnya. Kita juga kena fikir bagaimana kita harus usaha supaya kita dapat sediakan orang-orang dalam marhallah kita untuk sambut takazah seluruh alam.

Fikir satu orang pekedai macam mana barang-barang dalam kedainya laku. Fikir satu orang pekilang pula ialah bagaimana dia dapat usaha dan keluarkan barang-barang yang begitu banyak sehingga barang-barang tersebut dapat sampai ke seluruh negara di seluruh dunia. Dalam 2 fikir ini ada perbezaan yang besar. Oleh itu, jemaah masjid kena buat mesyuarat dengan memikirkan setiap orang di atas muka bumi ini bagaimana setiap daripada mereka dapat digunakan untuk agama Allah s.w.t. Satu dunia perlu diletakkan dihadapan kita dan kita mesyuaratkan bagaimana hendak buat usaha agama. Bila kita duduk dalam mesyuarat dengan fikir ini, maka Allah s.w.t akan tunjukkan kepada kita cara-cara yang kita patut buat usaha. Bagaimana kita harus buat usaha akan difahamkan kepada kita oleh Allah s.w.t. Kerana apa? Kerana semua ahli masjid sedang duduk dengan satu fikir yang begitu disukai oleh Allah s.w.t.


Sekiranya satu daripada mesyuarat kita disukai oleh Allah s.w.t, maka kita akan dapat dua perkara. Pertama, Allah s.w.t akan terima kita dan akan terima keturunan kita untuk buat usaha dakwah. Kedua, Allah s.w.t akan jadikan kita perantaraan untuk sebarkan agama ke seluruh alam.

2. Usaha 2½ jam Harian
Kalau hari-hari kita duduk dan fikir sahaja, ia tidak akan wujudkan apa-apa hasil. Kita hanya mesyuarat sahaja tetapi tidak buat apa-apa maka apa pun tidak akan berhasil. Untuk dapatkan hasil, setiap hari kita kena melapangkan masa untuk buat kerja. Setiap hari kita buat mesyuarat dan fikir selama satu jam dengan cara yang diceritakan tadi, selepas itu kita baca doa penutup dan balik rumah, maka dengan cara itu agama yang ada dalam kawasan kita tidak akan berubah, orang-orang yang tidak amalkan agama dalam marhallah kita, tidak akan mula mengamalkan agama.

Untuk melaksanakan fikir tadi, setiap ahli jemaah masjid kena lapangkan masa paling kurang setiap hari 2½ jam. Hadzratji rah. kata, dalam fikir harian, apa kerja yang sudah kita buat semalam kita beri karguzari/laporan dan apa kerja yang kita hendak buat hari ini kita dapat bahagi-bahagikan kerja tersebut. Itulah kerja utama kita yang kita kena fikir untuk dilaksanakan.

Siapa yang akan beri 2½ jam tiap-tiap hari? Orang yang benar-benar sudah buat niat iaitu saya ialah umat Baginda s.a.w dan saya diutuskan di tempat saya untuk buat kerja Baginda s.a.w. Bila dia buat kerja dengan niat ini, maka Allah s.w.t akan mudahkan dia buat 2½ jam usaha tempatan. Sekiranya mana-mana ahli jemaah masjid kita belum datang kepada niat ini, maka memang sukar dan susah untuk dia hendak bagi 2½ jam tiap-tip hari. 

Mesyuarat harian harus diadakan pada satu waktu di mana kesemua daripada jemaah masjid kita dapat duduk dalam keadaan yang mudah, mudah untuk mereka dapat kumpul dan duduk buat fikir selepas mana-mana waktu solat tetapi walaubagaimana pun untuk bagi 2½ jam tiap-tiap hari, masa mereka akan berbeza-beza.

Kerja asal kita ialah untuk bangunkan atau menyediakan setiap orang dalam marhallah kita untuk buat usaha agama dimana dia boleh bawa orang kepada kebesaran Allah s.w.t dan dia sanggup buat usaha Baginda s.a.w. Inilah kerja asas kita. Sasaran kita ialah setiap rumah dalam marhallah kita dan setiap lelaki yang baligh dalam marhallah kita dapat dibangunkan atas usaha agama.

Dalam usaha rumah ke rumah, kita tidak harus tinggalkan satu rumah orang Islam pun dan kita tidak harus tinggalkan mana satu golongan pun. Tiap-tiap rumah ada golongan manusia yang berbeza-beza. Satu golongan manusia pun kita tidak harus abaikan atau tinggalkan.

Uaha ini akan dibuat dengan satu fokus/tertib yang tertentu dimana kita akan buat usaha dari rumah ke rumah mengikut jalan, lorong dsbnya. Hari ini, ziarah rumah ini di lorong ini dan seterusnya sehingga semua rumah orang Islam diziarahi. Kita akan buat usaha dengan satu fokus/tertib. Untuk usaha ini kita kena bentukkan jemaah-jemaah. Jemaah-jemaah yang hendak keluar harus mohon doa daripada Allah s.w.t dahulu. Dalam usaha nabi s.a.w, hubungan kita dengan Allah s.w.t begitu penting. Kita kena doa kepada Allah s.w.t dengan satu kesedaran dan perasaan. “Ya Allah, hati saya dalam genggaman Engkau, hati orang yang saya hendak pergi jumpa pun dalam genggaman Engkau, perkara yang saya hendak cakap, yakin tentang perkara itu Engkau masukkanlah dalam hati saya dan perkara yang saya hendak cakap pada orang itu masukkanlah yakin ke dalam hati dia juga, Engkaulah yang buat segalanya, Engkaulah yang berkuasa atas hati saya dan hati dia, Engkau sahaja yang dapat buat perkara ini”.

Bila kita buat usaha dakwah, kita mesti masukkan diri kita dalam dakwah itu, setiap masa, setiap waktu, kena ada istiszar (hadir hati), kehadiran hati dan kesedaran kita iaitu perkara yang saya cakap pada kawan saya ini, saya pun perlukan perkara itu kerana saya pun belum dapat perkara itu lagi, tahap iman yang saya dakwah orang itu, tahap itu pun saya belum ada, saya pun memerlukan, oleh itu, “Ya Allah, Engkau kurniakanlah perkara itu pada saya juga”.
  
Bila kita buat usaha dakwah, kita kena buat niat untuk diri kita sendiri. Bila kita buat demikian, maka Allah s.w.t akan menambahkan dan menguatkan keyakinan kita. Perkara ini sangat penting. Niat untuk diri sendiri sangat penting bila buat usaha dakwah sebab kalau kita tidak buat niat untuk diri kita sendiri, orang yang kita dakwahkan terpulang pada Allah s.w.t hendak beri hidayah pada dia atau tidak, itu kita tidak pasti, itu adalah urusan Allah s.w.t, tetapi untuk kita yang tidak buat niat untuk diri sendiri maka kita tidak akan dapat menafaat daripada dakwah kita iaitu iman kita tidak akan meningkat. Sekiranya kita buat untuk diri kita sendiri, samada orang itu dapat hidayah atau tidak, samada iman dia meningkat atau tidak, itu urusan Allah s.w.t tetapi insya’Allah iman kita pasti meningkat kerana kita sudah niat untuk diri kita sendiri.

Tuan-tuan faham setakat ini? insya’Allah

Apa itu dakwah tentang keyakinan? Apa yang kita hendak cakap iaitu ghairullah, selain daripada Allah, tidak ada apa-apa kekuatan untuk buat apa-apa pun tetapi Allah s.w.t mempunyai segala kuasa an kekuatan untuk buat apa sahaja yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Inilah perkara utama yang kita hendak cakap. Perkara kedua yang kita hendak cakap ialah melalui cara hidup Baginda s.a.w kita akan dapat kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Inilah dakwah yang kita akan beri pada setiap orang dan untuk mempelajari iman dan yakin ini, kita kena sediakan dia untuk lapangkan masa. Kita kena terangkan kepada dia tanggungjawab orang yang mengucap kalimah syahadah, kita akan letakkan dihadapan dia kepentingan untuk keluar dijalan Allah s.w.t selama 4 bulan, 40 hari, 3 hari dsbnya. Usaha tempatan yang kita sedang buat iaitu 5 amal masjid, tertib itu pun kita akan sampaikan pada kawan yang kita jumpa. Kita akan tashkil dia untuk keluar 3 hari bersama-sama dengan kita pada minggu yang telah ditetapkan untuk keluar 3 hari. Selepas itu, kita akan cuba sediakan dia mengikut kemampuan dia (istiqdat) untuk amalan mana yang dia boleh buat. Sekiranya orang yang kita jumpa ialah orang yang tidak solat, dengan penuh kasih sayang, targhib, tunjuk menafaat solat kepada dia, kita kena sediakan dia supaya dia dapat mulakan solat di rumah Allah s.w.t.

Setiap hari kita dapat melapangkan masa dan kita buat kerja ini dari rumah ke rumah dengan satu susunan/tertib. Inilah kerja asasi setiap jemaah masjid.

Sekiranya rakan-rakan seusaha dalam jemaah masjid kita lemah dalam usaha harian ini, maka selepas itu mereka akan jadi lemah dalam semua amalan yang lain. Setiap hari kita dakwah orang kepada kepentingan iman atau kita dengar orang cakap tentang kepentingan iman, ini ialah makanan rohani setiap orang yang buat usaha agama. Dakwah ialah makanan rohani sepertimana roti/nasi makanan jasmani kita. Dakwah ialah makanan orang-orang beriman. Dakwah dapat meningkatkan iman. Bila kita cakap tentang iman, maka iman kita akan meningkat. Kita kena letakkan diri kita dalam percakapan itu iaitu saya perlukan perkara ini, barulah iman akan meningkat. Bila kita dengar percakapan tentang iman dengan iat saya memerlukan perkara itu, pun iman kita akan meningkat. Supaya iman setiap ahli jemaah masjid meningkat, maka oleh itu setiap hari kita kena buat usaha atas iman.

Kita mesyuarat dan bentuk jemaah-jemaah dan tertibkan masa-masa mereka mengikut kelapangan mereka dan jemaah-jemaah itu boleh keluar untuk buat kerja. Bila kita mulakan mesyuarat, ambil karguzari usaha semalam, kita tulis hasil usaha itu, mungkin ada orang yang dapat menyediakan beberapa orang untuk keluar 3 hari atau ada orang yang sudah sedia untuk datang solat berjemaah atau ada orang yang sudah sedia untuk mulakan ta’alim dalam rumah, atau ada orang yang sudah sedia untuk duduk dalam ta’alim harian di masjid, atau mungkin ada orang yang sudah sedia untuk menyertai dalam gasht dsbnya. Mengikut kesediaan yang terhasil, kita tulis dalam buku. Ini takazah asasi untuk usaha harian kita. Ini adalah tiap-tiap hari punya usaha.

Ada takazah-takazah semasa pada hari-hari yang tertentu. Untuk takazah semasa pun kita kena bentuk jemaah dan usaha pun dibuat dalam 2½ jam ini. Takazah-takazah itu pun kita kena dengar dan faham.

Satu perkara yang penting, iaitu kita kena fikir supaya 5 amal ahli jemaah masjid kita tidak menjadi lemah. Itu pun kita kena fikir bersama supaya 5 amal ahli jemaah masjid kita  tidak menjadi lemah.

Dalam karguzari yang kita beri (hari pertama mesyuarat Malaysia), ada masjid hidup 5 amal, ada masjid yang ada 3 amal, ada masjid yang ada 2 amal, kita kena usahakan supaya setiap masjid dapat hidup 5 amal.

Kita kena usaha supaya ahli jemaah masjid kita tidak menjadi lemah dalam 5 amal. Sekiranya kita lihat sudah 2 hari satu orang dalam jemaah masjid kita tidak duduk dalam ta’alim harian, sekarang kita kena mesyuarat dan fikir kenapa jadi macam itu, kita kena bentuk jemaah yang sesuai, orang yang sesuai, untuk pergi jumpa dia dan cakap dengan dia dengan kasih sayang, dan targhibkan dia supaya dia dapat duduk dalam ta’alim harian.

Untuk takazah semasa, sekali-sekala/kadang-kadang, kita kena fikir dan hantar jemaah kepada orang yang sudah keluar 4 bulan, 40 hari, dan sekarang kerana mereka sudah terjerat dalam tipu helah syaitan, mereka tidak libatkan diri dalam usaha lagi. Semoga Allah s.w.t selamatkan kita semua. Kita kena hantar jemaah jumpa mereka. Ini kadang-kadang punya kerja, bukan hari-hari punya kerja. Hari-hari punya kerja ialah sepertimana yang telah diterangkan tadi. Jangan pula tuan-tuan kejar mereka, hari-hari jumpa mereka, kerana dia akan bertambah jauh lagi dari usaha. Bila kita ziarah dan jumpa mereka, mesti dibuat dengan penuh ikram dan muliakan mereka, hormat mereka. Kita kena pergi dengan satu semangat dengan doa kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, orang yang kami hendak jumpa ialah kawan kami, dia sudah keluar 4 bulan, 40 hari, dia sudah buat usaha agama tetapi atas asbab-asbab yang tidak diketahui, dia telah terjauh dari usaha agama, jadi kami hendak pergi jumpa dan ziarah dia supaya dia dapat kembali kepada usaha agama. Engkaulah pemilik hati dia, ubahkanlah hati dia, alihkanlah dia kembali kepada usaha Baginda s.a.w”. Dengan perasaan dan doa itu, kita pergi dan ziarah dia.

Antara takazah-takazah semasa iaitu ada orang yang telah beri nama dan perlu ditashkilkan untuk keluar 4 bulan, 40 hari dsbnya, maka usuli ini pun termasuk di dalam usaha 2½ jam dan ini cuma sekali-sekala atau kadang-kadang. Sekiranya dalam usuli ada orang yang beri azam tetapi susah hendak keluar, lemah sedikit, maka kita targhibkankan dia, kita tashkil dia dengan targhib supaya iman dia meningkat dan dia ditunjukkan menafaat-menafaat/faedah-faedah yang dia akan dapat sekiranya dia dapat keluar di jalan Allah s.w.t. Kita sediakan dia berdasarkan targhib.

Kadang-kadang ada jemaah yang perlu dibentuk untuk buat tashkil sahaja. Ada orang yang suka kerja ini, mereka biasa membantu, mereka faham sedikit sebanyak tentang kerja ini tetapi mereka tidak pernah keluar. Jemaah dibentuk dan pergi kepada mereka dan tashkil mereka berapa hari mereka boleh sedia, 3 hari dsbnya.

Jemaah yang hendak keluar buat kerja 2½ jam ini pun perlu di beri keterangan seperti bayan hidayah supaya mereka dapat buat usaha sebaik-baiknya. Bila jemaah ini balik, kita dengar karguzari macam mana mereka buat usaha.

Sekali-sekala, melalui usaha 2½ jam, kita kena hantar jemaah ke tempat di mana kita sedang buat gasht kedua. Hanya sanya dengan gasht kedua memang sukar hendak hasilkan apa-apa. Oleh itu, kita hantar jemaah 2½ jam ke sana supaya mereka dapat bangun buat usaha sendiri. Kita jumpa orang yang kita rasa munasib dan sediakan mereka supaya mereka dapat bersama dengan kita untuk bangunkan usaha tempatan di sana. Khususnya pada hari kita hendak buat gasht kedua, pada petang itu atau pada waktu paginya, atau satu hari sebelum, mengikut keadaan tempat itu, kita kena bentuk jemaah 2½ jam untuk dapat ziarah dan jumpa orang-orang yang kita anggap munasib dan sesuai yang akan jadi pembantu kita untuk bangunkan usaha di tempat itu. Dalam 2½ jam ini pun, kadang-kadang, kita kena hantar orang ke tempat gasht kedua.

Bila ada jemaah datang ke masjid kita, tidak kira berapa hari punya jemaah pun, kita nusrah mereka dan nusrah ini pun kita boleh mesyuaratkan melalui 2½ jam kita. Kita akan mesyuaratkan mengikut satu susunan supaya sentiasa ada rakan-rakan seusaha bersama-sama dengan jemaah itu. Kita kena susunkan masa orang-orang kita. Bila ada orang tempatan bersama dengan jemaah, maka jemaah itu dapat digunakan sepanjang hari dengan baik samada dalam ta’alim, gasht khususi dsbnya. Kita juga kena fikir bagaimana jemaah tunai dapat dikeluarkan dengan usaha jemaah yang datang ke masjid kita dan kita gunakan jemaah itu sebaik-baiknya untuk hasilkan orang-orang tunai yang boleh keluar ke jalan Allah s.w.t.

Nusrah jemaah yang datang adalah satu amalan yang begitu tinggi dan untuk itu, kita memang kena menambahkan sedikit pengorbanan, barulah kita dapat buat nusrah dengan baik. Mungkin kita kena ubah suai kita punya susunan 2½ jam.

Antara fikir-fikir kita dalam 2½ jam ialah keluarga orang yang sedang keluar di jalan Allah s.w.t. Kita kena ambil berat tentang keperluan, kesihatan, keadaan ahli-ahli rumah yang mereka tinggalkan. Sekiranya dalam rumah itu ada lelaki yang baligh, kita boleh mesyuaratkan 2 orang pergi ziarah dia, tanya hal ehwal rumah dia, keadaan rumah dsbnya. Sekiranya tidak ada lelaki baligh dalam rumah itu, kita mesyuaratkan 2 orang yang boleh pergi ziarah rumah itu bersama dengan ahlia mereka untuk beri semangat kepada keluarganya, tanya hal ehwal mereka, apa-apa perkara yang perlu dibantu dsbnya. Yang penting, mereka diberi semangat iaitu betapa untungnya mereka, berapa banyak pahala mereka akan dapat, kerana orang lelaki mereka keluar di jalan Allah s.w.t. Siapa yang dapat naikkan semangat dan bentukkan fikir ahlia-ahlia orang yang keluar di jalan Allah s.w.t? Wanita yang telah terbentuk fikir mereka, sudah tahu cakap tentang iman dan amal, mereka sudah keluar di jalan Allah s.w.t. Mereka inilah yang dapat bentuk fikir dan naikkan semangat ahlia-ahlia orang yang keluar di jalan Allah s.w.t.  Sekiranya fikir ahlia-ahlia kita belum terbentuk, maka bila dia pergi ziarah, orang itu menangis kerana ditinggalkan suami, isteri kita pun menangis bersama dengan dia. Oleh itu, sangat penting, setiap ahli jemaah masjid buat usaha atas isteri-isteri mereka supaya isteri-isteri ini akan jadi rakan-rakan seusaha kita dalam usaha agama Allah s.w.t.

Orang yang keluar di jalan Allah s.w.t adalah satu amalan yang begitu tinggi dan penting. Sebenarnya kita ini tidak tahu pun hak-hak orang yang keluar di jalan Allah s.w.t Kita tashkil mereka untuk keluar 4 bulan, 40 hari, dan selepas itu kita langsung lupa pada mereka. Sepatutnya bila kita beli belah untuk keperluan rumah kita, masa itu kita harus fikir keperluan orang-orang yang keluar di jalan Alla s.w.t. Kalau kita beli buah-buahan, 12 biji buah pisang untuk keperluan rumah kita, maka kita juga harus beli 5 atau 6 biji untuk keluarga orang yang keluar di jalan Allah s.w.t. Maksudnya, bila kita beli buah untuk anak-anak kita, kita juga harus fikir tentang anak-anak orang yang keluar di jalan Allah s.w.t, beli sedikit hadiah dan hantar ke rumah mereka. Bila kita masak apa-apa makanan untuk keluarga kita, kita harus masak lebih sedikit dan satu pinggan kita hantar ke rumah orang yang keluar di jalan Allah s.w.t.

Orang-orang tua kita di sini nasihatkan pada kita, kalau kita tidak mampu beli apa-apa makanan untuk keluarga orang yang keluar di jalan Allah s.w.t, kita hanya mampu beli untuk keluarga kita sahaja, dalam keadaan begitu pun, kita kena latihkan ahli keluarga kita supaya anak-anak kita makan buah-buahan itu di dalam rumah dan jangan biarkan mereka keluar dari rumah. Sekiranya anak-anak orang yang keluar di jalan Allah s.w.t ternampak dan mungkin mereka ingin hendak makan, mereka minta pada ibu, ibu tidak ada kemampuan atau kesempatan untuk beli, dan anak-anak mereka akan tidur tanpa makan makanan itu, maka itu akan membawa kemurkaan Allah s.w.t terhadap kita.

Sekiranya kita layan keluarga orang yang keluar di jalan Allah s.w.t, dengan menghantar makan/minum, hadiah, ambil tahu ehwal mereka, beri makanan untuk anak-anak mereka, maka bila ada surat datang dari suami mereka dan mereka bekesempatan untuk membalas surat itu, mereka akan memberi jawapan iaitu jangan kamu bimbang, cukupkanlah 4 bulan atau 40 hari dengan sempurna, saya tidak ada apa-apa kesusahan kerana rakan-rakan seusaha ambil berat tentang keluarga dan diri saya. Inilah perkara yang jemaah masjid kena ambil berat dan fikirkan. Semua ini kita kena buat dengan mesyuarat. Apa yang sudah dimesyuaratkan kita kena buat. Kita kena jaga-jaga supaya apa yang kita buat, orang yang kita hendak hantar, semua itu dalam mesyuarat kita. Jangan kita buat ikut suka hati kita sendiri tetapi hendak hantar makan/minum tidak perlulah mesyuarat. Hendak hantar pisang tidak perlu mesyuarat. Makan/minum boleh dihantar tanpa mesyuarat.

Dalam 2½ jam juga, sekali-sekala,  kita perlu ziarah alim ulamak yang ada dalam marhallah kita. Kita ziarah dia dengan niat dia ialah pembesar agama dan dapat duduk dalam majlis dia akan beri menafaat pada saya. Kita ziarah dia dengan  niat untuk muliakan dia. Orang-orang ahli ilmu ini, para ulamak, kita muliakan mereka dengan hati kita, kita anggap mereka pembesar kita dengan dengan hati kita, dan sekiranya dalam kehidupan infradi mereka ada apa-apa kelemahan, kita tidak akan buka mulut kita, kita tidak akan ceritakan perkara-perkara buruk mereka.

Mungkin ada juga takazah-takazah semasa yang lain yang boleh dilaksanakan melalui 2½ jam. 

Sekarang telah diceritakan 2 amal iaitu mesyuarat harian dan 2½ jam harian. Kedua-dua perkara ini, tuan-tuan faham? Insya’Allah.

3. Taklim Rumah dan Taklim Masjid
Amalan harian yang ketiga ialah ta’alim di rumah kita dan di masjid kita. Ini ialah ta’alim fadhail amal/kelebihan amal. Untuk ta’alim masjid, kita harus mesyuaratkan masa yang paling sesuai dimana kebanyakan daripada ahli jemaah masjid kita, kesemua daripada mereka dapat dihimpunkan pada mana-mana waktu selepas solat. Ta’alim ini dibuat hari-hari. Apa juga masa yang kita sedang gunakan sekarang, kita kena manambahkan sedikit demi sedikit dengan targhib dan kelebihan ta’alim, kita kena menambahkan masa kita sedikit demi sedikit sehingga satu tahap dimana selama ½ jam. Setiap daripada rakan-rakan seusaha kita dapat duduk dan dengar ta’alim itu dengan penuh keseronokan diri, bukan paksaan diri, ditarghibkan duduk dengan kegemaran dia.

Ta’alim ada kaitan dengan keyakinan kita, iman kita. Ta’alim dibuat bukan dengan tujuan hadith-hadith baru dapat dihafal atau dapat tahu ilmu-ilmu baru, itu bukan tujuan ta’alim harian kita. Tujuannya ialah supaya kita dapat dengar Quran dan hadith, dan hati kita terkesan dengan Quran dan hadith. Kita kena duduk dalam majlis ta’alim dengan penuh peradaban, penuh kesopanan, dengan memuliakan majlis itu dengan niat untuk beramal. Kita kena duduk dalam majlis ini supaya apa yang kita dengar melalui telinga kita akan membawa kesan pada hati kita. Bila nur Quran dan hadith masuk dalam hati kita, barulah hati kita akan terkesan daripadanya. Bila hati kita terkesan melalui nur Quran dan hadith, maka selepas itu dalam hati kita akan ada keinginan untuk kita amalkan amalan-amalan yang membawa keredhaan Allah s.w.t. Hati kita akan mendorong kita untuk buat amal-amal tadi dan hati kita juga akan melarang dan menahan kita daripada amalan-amalan yang membawa kemurkaan Allah s.w.t. Oleh itu, setiap hari ½ jam kita kena usaha supaya nur yang Allah s.w.t letakkan dalam firmanNya dan dalam hadith RasulNya, dapat masuk dalam hati kita. 

Asal sebenarnya ta’alim masjid kita ialah untuk jemaah masjid kita. Orang yang sudah buat niat iaitu kerja nabi s.a.w ialah kerja saya, kerja nabi s.a.w ialah maksud hidup saya, mak untuk itu hendak bagi setiap hari ½ jam untuk ta’alim tidak ada apa-apa susah.

Dalam usaha harian 2½ jam kita, kita juga akan targhibkan orang-orang yang kita ziarah, orang-orang yang kita jumpa, supaya mereka dapat solat dengan berjemaah, dan selepas solat, mereka dapat duduk dalam ta’alim harian kita. Akan ada orang-orang baru yang akan duduk dalam ta’alim harian kita. Ta’alim harian adalah makanan rohani kita, oleh itu kita kena usahakan sehingga ½ jam tetapi untuk orang-orang baru ini, mereka mungkin tidak akan ada kemampuan dan kesabaran untuk duduk selama ½ jam, jadi kita kena tengok orang-orang itu, macamana kesibukan orang yang duduk dalam ta’alim, mungkin dalam 10 minit atau sebagainya kita buat ta’alim dan kita beritahu, insya Allah, ta’alim akan berterusan sehingga 20 minit lagi atau sampai ½ jam lagi, tuan-tuan yang ada kesempatan dan masa untuk duduk, bolehlah tuan-tuan duduk bersama kita. Jadi, dengan ini mereka yang mungkin hendak balik, mungkin akan dapat rasa, dimana kalau dia balik pun tidak mengapa kerana dia ada kesibukan. Jangan kita suruh mereka balik pulak. Yang ada masa bersama mungkin mereka dapat duduk sehingga ½ jam. Jadi kebiasaannya orang-orang baru ini tidak adalah kemampuan untuk duduk selama ½ jam, selepas 10 atau 15 minit mereka balik, tidak mengapa. Selepas kita buat ta’alim 10 minit, kita tidak akan cakap, siapa yang ada masa boleh duduk dan siapa yang hendak balik, boleh balik, tidak! Kita tidak akan ceritakan untuk orang yang hendak balik. Kita akan hanya cerita untuk orang yang duduk. Kita akan teruskan ta’alim, siapa yang ada kesempatan untuk duduk, dia boleh terus duduk bersama dengan kita selama ½ jam. Semua jemaah masjid, semua yang sedang buat usaha harian, mereka semua kena menyertai ta’alim selama ½ jam.

Satu ta’alim lagi yang ahli jemaah masjid kena buat ialah bersama-sama dengan ahli keluarganya, dengan ibunya, isterinya, anak-anaknya, dsbnya. Suasana rumah akan hanya dapat diubah oleh isteri kita. Pemikiran isteri kita akan berubah melalui ta’alim harian dalam rumah kita tetapi halaqah ta’alim dalam rumah tidak harus dijalankan dengan cara pemerintahan. Halaqah ta’alim di rumah kita ini kena diwujudkan dengan sifat muhabbat, dengan cara kasih-sayang. Untuk ini, ahli jemaah masjid kena beri pengorbanan untuk wujudkan halaqah ta’alim dalam rumah. Tanggungjawab ahli jemaah masjid (suami) untuk wujudkan halaqah ta’alim di setiap rumah. Tanggungjawab kita bersama.

Jemaah masjid kita kena buat usaha di tempat kita supaya setiap rumah dalam marhalah kita dapat wujudkan ta’alim dalam rumah mereka, itulah satu daripada matlamat kita iaitu dapat usahakan ta’alim dalam setiap rumah. Oleh itu, sangat penting dalam rumah kita sendiri kena wujudkan ta’alim itu. Suasana ahli keluarga kita akan berubah melalui ta’alim rumah. Hadratji Maulana Inamul Hasan rah. kata, sangat penting dan mustahak untuk wujudkan ta’alim di rumah. Insya’Allah, esok pada waktu yang sama, akan ada penjelasan tentang usaha masturat dan Prof. Halim akan sentuh dengan lebih penting lagi tentang ta’alim di rumah.

Ringkasnya, satu ta’alim di masjid kita yang kita kena menyertai dengan diri kita sendiri dan satu lagi ta’alim dalam rumah kita yang kita kena buat dengan penuh tanggungjawab. Semua ada niat dan azam untuk wujudkan kedua-dua ta’alim ini? Insya Allah.

Sekiranya di mana-mana tempat, mana-mana masjid, mana-mana rumah, belum ada ta’alim lagi, oleh itu kita kena buat fikir bagaimana hendak wujudkannya. Oleh itu, kadang-kadang, sekali-sekali dalam mesyuarat harian kita, perlu kita cakapkan tentang ta’alim dalam rumah kita dengan cara ringkas. Kita semua kena ambil berat supaya ta’alim dalam rumah dapat dibuat dengan sempurna.

Ada tinggal 2 amal lagi, kalau tuan-tuan izinkan, beliau boleh ceritakan 2 amal itu. Boleh tak? Semua sanggup? Insya Allah.

Saya sudah cerita 3 amal harian dan satu amal ialah amal mingguan iaitu 2 gasht, satu gasht tempatan di marhalah kita dan satu gasht di masjid atau surau di kampung jiran kita. Kedua-dua gasht ini dianggap sebagai tulang belakang usaha kita. Tuan-tuan kena ingat, 2 gasht ini ialah sebenarnya tulang belakang usaha tabligh kita.

4. Gasht Pertama dan Gasht Kedua
Secara mana ambiya a.s buat usaha agama, 2 gasht ini adalah amalan yang paling mirip dengan usaha para ambiya a.s. Ini ialah amalan yang dapat memenuhkan dada kita dengan iman dan yakin. Sekiranya gasht kita diterima oleh Allah s.w.t, maka dakwah kita akan diterima oleh Allah s.w.t, dan bila dakwah kita diterima oleh Allah s.w.t, hidayah akan datang daripada Allah s.w.t. Oleh itu, janganlah kita anggap gasht kita ini sebagai amalan yang ringan. Sekiranya kita tidak memberi kepentingan kepada gasht kita, maka ia akan jadi satu adat biasa sahaja. Sekiranya amalan sebesar ini yang dianggap sebagai tulang belakang dijadikan sebagai adat biasa sahaja, maka apa akan terjadi? Roh daripada usaha tempatan kita akan terkeluar. Oleh itu, kita kena buat usaha dengan penuh fikir. Ada gasht yang dibuat dengan penuh fikir dan ada gasht yang dibuat dengan kelalaian.

Apa itu gasht yang dibuat dengan penuh fikir? Tuan-tuan tolong dengar. Bila kita dengar dengan sendiri kita akan tahu gasht kita ialah gasht yang penuh dengan fikir atau gasht kita penuh dengan kelalaian. Apa itu gasht yang penuh denga fikir? Pada hari yang kita hendak buat gasht, pada malam itu kita bangun solat tahajjud dan sekiranya tidak dapat, kita doa waktu solat fajar kepada Allah s.w.t dan minta pada Allah s.w.t, “Ya Allah, hari ini ialah hari gasht saya, Engkau berilah pada saya taufik dan pada kawan-kawan saya, untuk buat gahst dengan satu cara supaya Engkau akan redha, Engkau akan suka, dan Engkau akan terima gasht itu, dan Engkau akan turunkan hidayah di seluruh alam kerana gasht yang akan kami buat, dan melalui gasht ini, Engkau sukakanlah semua ahli marhalah kami, dan bangunkan semua mereka supaya mereka dapat buat usaha agama”. Inilah doa yang kita hendak buat pada Allah s.w.t.

Usaha baginda s.a.w atau amalan baginda s.a.w ialah usaha seluruh alam, setiap amalan yang baginda buat, kesannya seluruh alam. Oleh itu, bila kita buat gasht, walaupun gasht tempatan, kesannya Allah s.w.t akan sebarkan ke seluruh alam.

Dalam mesyuarat harian kita, kita kena fikirkan, sekiranya ada mana-mana kawan kita dalam jemaah masjid kita yang tidak ada dalam fikir harian, kita mesyuaratkan orang yang dapat ziarah dia dan ingatkan dia tentang gasht, takut-takut dia lupa bahawa hari itu adalah hari gasht. Ini bertujuan supaya setiap ahli jemaah masjid kita dapat hadir dalam gasht yang kita akan buat pada petang itu.

Dalam tahajjud, selepas fajar dan selepas zohor doa secara infradi. Setiap daripada kita kena mohon doa kepada Allah s.w.t. “Ya Allah, kami akan buat gasht petang ini dan orang-orang yang kami hendak ziarah, bangunkan mereka semua, sediakan mereka semua supaya mereka dapat buat usaha agama dengan sempurna”.

Sekiranya gasht dibuat selepas asar, dengan penuh adab dan usul, kita bentuk jemaah-jemaah, jemaah dalam masjid dan jemaah yang akan keluar, beri hidayat yang sempurna, adab-adab yang sempurna, muzakarah di hadapan semua orang supaya orang yang keluar dan orang yang duduk di dalam dapat buat gasht dengan penuh fikir dan dengan penuh tertib.

Selepas itu, fikir kedua yang patut kita ada iaitu melalui gasht ini kita dapat usaha untuk keluarkan jemaah tunai.

Semua ahli jemaah masjid kita kena ada fikir yang sama untuk keluarkan jemaah tunai. Ini satu perkara yang penting. Fikir yang ada secara ijtimai dalam semua hati orang-orang Islam yang buat satu kerja, maka Allah s.w.t akan beri kenyataan pada fikir itu, Allah s.w.t akan dapat wujudkan dan buahkan fikir itu.

Sekiranya pada setiap hari sebelum gasht, iaitu selama 6 hari usaha dibuat tiap-tiap hari, tashkil dibuat tiap-tiap hari, orang-orang diusahakan tiap-tiap hari supaya mereka dapat melapangkan masa untuk keluar di jalan Allah s.w.t, sekiranya usaha ini ada, maka pada hari yang ke-7, insya’Allah, Allah s.w.t akan bantu dan jemaah tunai akan dapat dikeluarkan.

Sekarang kita boleh bayangkan dan fikir bersama iaitu gasht yang kita buat selama ini adakah kita buat dengan fikir dengan cara yang diberitahu tadi atau fikiran kita kosong daripada fikir tersebut.

Oleh itu, semua kita harus niat iaitu kita akan buat gasht dengan penuh fikir, penuh tumpuan dan tawajjuh, dengan fikir yang diceritakan tadi. Amalan ini adalah satu amalan yang begitu penting, begitu mustahak dan begitu berkesan sehingga setiap orang ahli jemaah masjid, kalau buat amalan ini dengan fikir yang diceritakan tadi, berkat daripada amalan yang kita buat ini, Allah s.w.t akan penuhkan dada-dada kita dengan nur iman.

Setiap hari gasht, daripada malam itu, kita kena merayu kepada Allah s.w.t, menangis kepada Allah s.w.t sepertimana seorang bayi yang lapar, menangis untuk dapatkan susu. “Ya Allah, hari ini hari gasht kami, kami hendak buat gasht, terimalah gasht ini, berkat daripadanya alihkanlah setiap orang dalam marhallah ini supaya semua mereka dapat buat usaha agama Allah s.w.t”.

Sebenarnya Allah s.w.t hendak melihat keinginan dan kehendak setiap hati-hati orang yang akan buat gasht pada hari itu. Allah s.w.t mempunyai kudrat yang mutlak untuk ubah mana-mana hati manusia, tidak ada apa-apa susah untuk Allah s.w.t. Allah s.w.t ingin lihat keinginan dan kehendak hati kita yang sebenar. Ahli jemaah masjid kita sendiri perlu hidayah atau tidak? Perlu. Melalui amalan gasht ini akan terzahir, insya’Allah. Kalau kita sanggup menangis di waktu malam, waktu tahajjud kita menangis, waktu fajar kita menangis, waktu zohor kita menangi dan waktu asar kita buat fikir, menangis maksudnya kita menangis pada Allah s.w.t dengan penuh rayuan, jika kita buat demikian, maka kita akan dapat hasil dan kita akan dapat buat kerja sepertimana harus kita buat dengan penuh fikir.

Tuan-tuan ada niat untuk buat dengan cara itu? Insya’Allah.

Begitu juga dengan gasht yang kedua, pun kita akan buat dengan fikir yang sama, dengan niat dan tujuan, matlamat, di situ kita akan bangunkan usaha tempatan. Kita akan buat gasht kedua selama beberapa minggu. Tidak memadai dengan satu atau dua minggu. Kita kena buat selama beberapa minggu dengan tujuan untuk bangunkan orang tempatan untuk buat kerja tempatan. Kita akan hantar jemaah 2½ jam untuk dapat bergaul, dapat mendekati orang-orang tempatan di sana. Untuk bentuk jemaah masjid di sana, kita kena sediakan mereka, targhibkan mereka supaya mereka sanggup buat 5 amal masjid. Untuk hendak hasilkan itu kita kena buat gasht kedua dan juga usaha melalui 2½ jam di sana, barulah usaha akan dapat dibangunkan di masjid jiran tersebut.

Sekiranya kita buat usaha di masjid kedua ini dengan semangat yang betul, fikir yang betul, insya’Allah, dalam sebulan mungkin usaha akan dapat dibangunkan di situ. Bila usaha sudah dibangunkan disana, selepas itu, kita boleh mesyuaratkan masjid yang seterusnya untuk buat gasht kedua.

Sekiranya semua masjid yang kita  buat usaha melalui gasht kedua dapat dibangunkan dan buat usaha agama, lama-kelamaan tidak akan tinggal satu masjid pun di mana tidak ada usaha tempatan.

5. Keluar 3 hari Setiap Bulan
Amalan yang kelima ialah keluar 3 hari setiap bulan dengan menetapkan minggu mana yang kita akan keluar dan kita kena usahakan supaya jemaah sempurna daripada masjid kita dapat keluar 3 hari ke kampung berdekatan.

Setiap ahli jemaah masjid kena fikir dan menentukan minggu mana dia hendak keluar selama 3 hari. Pada minggu yang telah ditetapkan, maka dia kena usaha sedaya upaya supaya kekal pada minggu itu. Sekiranya dia telah menentukan minggu dan terus keluar pada minggu itu, maka keluar dia ini akan jadi asbab untuk peningkatan iman dia. Urusan-urusan duniawi tidak akan menghalang dia untuk keluar pada minggu yang dia telah tetapkan.

Sekiranya kita ubah-ubah minggu yang kita telah tetapkan kerana takazah atau keperluan duniawi, maka sampai bila pun iman tidak akan bertambah dalam dada kita. Nur iman akan bertambah dan masuk ke dalam hati sanubari kita bila kita keluar 3 hari pada minggu yang kita sudah tetapkan dengan penuh pengorbanan dan kita dapat awalkan atau lewatkan keperluan duniawi kita.

Sekiranya kita buat usaha setiap hari dan buat tashkil tiap-tiap hari untuk keluarkan orang di jalan Allah s.w.t selama 3 hari, bila semua orang buat kerja tiap-tiap hari, insya’Allah, pada tiap-tiap minggu yang kita sudah tetapkan, maka jemaah-jemaah tunai akan dapat dikeluarkan di jalan Allah s.w.t.

Sepertimana yang diberitahu tadi, ada gasht yang penuh dengan fikir dan ada gasht yang dibuat dengan kelalaian. Begitu juga dengan 3 hari kita, ada 3 hari yang penuh dengan fikir dan ada 3 hari yang dibuat dengan kelalaian.

Apa itu 3 hari lalai? Iaitu beberapa orang daripada ahli jemaah masjid yang dapat kita sediakan dan selepas itu kita keluar di jalan Allah s.w.t selama 3 hari. Sekiranya ada orang tidak sedia, maka kita pun ‘joint’ dengan jemaah jiran atau masjid jiran dan kita keluar 3 hari. 3 hari yang lalai ialah kita bergantung pada ahli jemaah masjid kita, kita cuma usaha atas jemaah masjid yang sudah terbentuk, sekiranya korum cukup, kita keluar 3 hari dan sekiranya korum tidak cukup, kita ‘joint’ dengan jemaah jiran untuk sempurnakan jemaah.

3 hari dengan penuh fikir pula ialah setiap ahli jemaah masjid kita ada fikir bagaimana setiap lelaki baligh dalam marhallah kita dapat keluar ke jalan Allah s.w.t. Fikir ini ada pada semua orang.

Jemaah masjid yang boleh dianggap sebagai jemaah yang buat kerja dengan fikir untuk keluarkan jemaah 3 hari ialah bila jemaah-jemaah 3 hari keluar, maka dalam jemaah itu sentiasa ada orang baru dari marhallah itu keluar 3 hari.

Dikatakan tahap tertinggi mana-mana jemaah masjid ialah setiap kali keluar 3 hari maka akan ada orang-orang baru bersama dengan jemaah itu. Setiap ahli jemaah masjid kena fikir supaya orang-orang baru sentiasa dapat keluar 3 hari. Sekiranya tidak ada orang-orang baru yang keluar selama 3 hari, maksudnya jemaah masjid ini sedang buat usaha di tempat dia tanpa risau dan fikir. Usaha 2½ jam mereka mesti lemah.   

Sekiranya jemaah masjid buat usaha dengan penuh kerisauan dan kesedihan dalam hati untuk setiap orang di tempat itu, insya’Allah, setiap kali jemaah keluar 3 hari, orang-orang baru dari kawasan itu akan ikut serta.

Bila orang-orang baru sentiasa keluar 3 hari, orang-orang baru sentiasa ada dalam jemaah 3 hari, maka akan ada penambahan orang-orang yang sanggup buat kerja agama. Orang-orag baru inilah yang akan libatkan diri mereka dalam 5 amal. Mereka akan jadi orang beramal, mereka akan solat, mereka akan menyertai gasht kita, mereka akan duduk bersama dalam mesyuarat harian, mereka akan buat zikir pagi dan petang, mereka akan baca Quran hari-hari dan mereka akan duduk dalam halaqah ta’alim.

Dengan cara ini maka dalam marhallah kita akan wujud suasana amal agama. Begitu juga dalam masjid kita akan wujud suasana amal. Orang-orang yang duduk dalam ta’alim harian akan bertambah, orang-orang yang datang solat jemaah akan bertambah, bilangan rumah-rumah baru yang akan buat ta’alim akan bertambah.

Bila orang-orang baru keluar di jalan Allah s.w.t, maka dalam marhallah kita akan bertambah suasana keagamaan, dalam masjid kita akan bertambah suasana amal agama dan dalam tiap-tiap rumah orang baru yang keluar di jalan Allah s.w.t akan bertambah suasana keagamaan.

Jemaah masjid yang buat usaha dengan penuh fikir di tempat-tempat mereka, maka hasil daripada usaha itu, hari ini ada ratusan masjid di sini sekarang di mana marhallah-marhallah mereka 100% orang datang solat.

Bila kita buat usaha dengan penuh fikir untuk keluarkan orang-orang baru dalam jemaah 3 hari ini, maka insya’Allah, akan bertambahlah orang-orang yang akan buat usaha agama di tempat kita.

Dalam keadaan karguzari kita sekarang ini, apa keadaan kita tuan-tuan yang mulia? Berapa ahli jemaah masjid, 15 orang? Berapa orang lelaki baligh di kampung tuan-tuan, 300 orang? Kita kena fikir 300 orang yang tidak dapat buat usaha agama, sebenarnya mereka pun diutuskan oleh Allah s.w.t untuk buat usaha agama. 300 orang itu pun kena duduk dalam ta’alim, 300 orang itu pun kena buat usaha agama, 300 orang itu pun kena buat usaha jemaah masjid, untuk itulah Allah s.w.t hantar mereka ke dunia ini. Kita kena usaha supaya setiap orang lelaki yang baligh di tempat kita dan bawa mereka supaya semua mereka dapat buat 5 amal.

Sekiranya kita buat dengan fikir macam ini, maka bilangan ahli jemaah masjid kita akan bertambah tiap-tiap hari atau tiap-tiap minggu. Contoh, satu jemaah masjid keluar pada minggu pertama, dalam jemaah 3 hari, ada 5 orang baru, bila mereka keluar 3 hari dalam suasana amal agama, jasbah mereka bertambah, semangat untuk agama bertambah. Kita orang-orang lama, bila bawa orang-orang baru, kita kena doa untuk mereka, “Ya Allah, mereka sudah keluar 3 hari bersama kami, tarbiyahlah mereka, didiklah mereka, jadikanlah mereka supaya mereka ini akan buat usaha agama bersama-sama dengan kami”.

Apa maksudnya mereka akan jadi orang-orang harian bersama dengan kita? Iaitu hari-hari mereka dapat buat usaha tempatan bersama dengan kita. Dengan fikir dan doa inilah, kita kena gunakan mereka dan libatkan mereka dalam amalan-amalan selama 3 hari. Sebelum jemaah itu balik, sebelum wafsi, kita tanya mereka supaya mereka buat azam dan niat, apa niat dan azam? Supaya mereka ada azam dan niat untuk keluar 4 bulan, 40 hari. Oleh kerana mereka berada dalam suasana dakwah selama 3 hari, suasana amal ibadah selama 3 hari, semangat mereka terbina, apa juga niat yang kita mahu mereka buat untuk agama Allah s.w.t, mereka akan cakap, “Ya, saya niat dan azam insya’Allah”. Sekiranya kita suruh mereka azam dan niat untuk 4 bulan, 40 hari, mereka akan sanggup buat azam tersebut dan pada bulan yang akan datang, pada minggu yang sudah ditetapkan, kita suruh mereka buat azam supaya bulan depan mereka dapat keluar 3 hari, mereka akan sedia, mereka akan cakap, insya’Allah saya akan keluar bulan depan juga.

Kita cerita pada mereka usaha tempatan yang kita buat, targhib mereka dan tanya mereka kalau mereka boleh bagi sedikit masa tiap-tiap hari dalam usaha agama, untuk itu pun mereka akan cakap, “insya’Allah, saya sanggup”. Tidak cukup dengan itu, kita kena bawa dan kembalikan mereka selepas 3 hari sebagai seorang da’i. Macamana mereka hendak jadi da’i? Beri kepada mereka target dan matlamat, iaitu kita hendak keluar bulan depan, ada sebulan lagi, dalam masa sebulan ini, tuan boleh sediakan berapa orang bersama dengan kita untuk keluar 3 hari? Kesemua mereka akan buat azam dan niat. Sekarang, bila mereka balik selepas 3 hari dan azam untuk buat semua kerja bersama dengan kita, sekarang mereka sudah jadi ahli jemaah masjid atau tidak? Sudah.

Azam yang mereka buat dalam suasana nurani, memang mudah hendak buat niat untuk buat kerja yang baik tetapi bila balik ke tempat mereka, mereka balik kepada kegelapan biasa, maka hendak amalkan apa yang mereka niat, sudah jadi susah. Oleh itu, kita tidak boleh tinggalkan mereka, terus kita kena ziarah mereka, targhib mereka, pujuk-rayu mereka supaya mereka dapat bersama-sama dengan kita.

Sekarang mereka sudah buat azam dan niat tetapi untuk kekalkan mereka atas niat mereka, ini ialah tanggungjawab jemaah masjid. Usaha kena dibuat supaya mereka dapat menyertai ta’alim, gasht dsbnya, usaha kena dibuat oleh jemaah masjid, barulah mereka akan bersama-sama dengan kita. Sekiranya kita buat kerja dengan fikir ini, dan keluarkan orang-orang baru dengan fikir ini, dapat didik dan tarbiyah mereka dengan fikir yang diceritakan tadi, mereka balik dengan semangat, dengan cara ini bila kita buat usaha, jemaah masjid kita akan bertambah atau tidak? Setiap bulan orang keluar 3 hari akan bertambah atau tidak? Orang-orang yang menyertai dalam majlis ta’alim akan bertambah atau tidak? Oleh itu, usaha untuk keluarkan orang-orang baru dikawasan kita untuk 3 hari ialah satu fikir yang harus meliputi kita selama 24 jam dan tidak cukup dengan fikir sahaja, kita juga kena doa untuk mereka supaya mereka dapat keluar bersama dengan kita.

Tempat yang kita keluar selama 3 hari, di situ pun kita ada target iaitu jemaah tunai dapat dikeluarkan di sana, jemaah masjid dapat dibentuk dan orang-orang yang jemaah masjid sudah terbentuk, kita kena usaha supaya mereka dapat dikekalkan atas usaha mereka, dikekalkan atas azam yang mereka buat, itu pun tanggungjawab kita yang keluar 3 hari ke sana. Semua diharap dapat buat dengan cara ini, insya’Allah. Semua niat, insya’Allah.

Bersama-sama dengan itu, kita tidak harus lupa pada diri kita dimana amal-amal infradi harus dijaga iaitu zikir, Quran, solat-solat sunat, semua ini kita kena jaga. Kita tidak harus lalai terhadap amal-amal infradi kita. Kadang-kala syaitan lupakan kita daripada amal infradi dan dia sibukkan kita dengan usaha dakwah sahaja, kita fikir kita ini banyak buat usaha dakwah. Bila kita dapat sempurnakan tasbih pagi-petang, barulah dalam dakwah akan ada roh. Kalau tasbihat tidak dapat disempurnakan, maka roh dakwah tidak ada. Dakwah tidak boleh dibuat dengan sifat kelalaian. Dakwah kena dibuat dengan sifat ada kehadiran hati terhadap Allah s.w.t dan melalui tasbihat kita pagi dan petang, dapat wujudkan tumpuan hati kita pada Allah s.w.t.

Bersama-sama dengan itu, kita kena duduk dalam marhallah kita sebagai seorang yang begitu prihatin terhadap setiap orang dalam marhalah kita. Begitu juga dengan muamalat, muasyarat dan akhlak kita, kena baik bersama-sama dengan orang yang kita duduk. Kita kena jaga supaya mana-mana orang tidak menuding jari terhadap kita. Sekiranya kita buat usaha dengan cara ini, kita tidak tahu, Allah s.w.t akan jadikan asbab dan perantaraan hidayah untuk beribu-ribu manusia. Orang yang berusaha untuk hafal Quran, dikatakan dia akan dikumpulkan di mahsyar nanti bersama dengan orang-orang yang sudah hafal Quran. Orang-orang yang buat usaha sahabat-sahabat, usaha ambiya a.s sebagai usaha mereka sendiri, tidakkah mereka ini akan dibangkitkan bersama-sama dengan sahabat-sahabat di mahsyar nanti? Insya’Allah, orang-orang yang diterima oleh Allah s.w.t sebagai orang-orang yang buat usaha sahabat-sahabat ini, dipadang Mahsyar nanti, di hari qiamat, mereka akan dibangkitakn bersama-sama dengan para sahabat r.a. Sesiapa yang diterima oleh Allah s.w.t dalam usaha agama ini, dia sendiri akan dapat lihat khair dan berkat, kebaikan dan keberkatan dalam hidupnya dengan mata dia sendiri. Sesiapa yang jadikan usaha agama sebagai fikir dia, maka Allah s.w.t akan bereskan urusan-urusan dia dengan bantuan ghaibNya. Sepertimana Allah s.w.t bereskan urusan-urusan ambiya a.s, begitulah Allah s.w.t akan bereskan urusan-urusan orang-orang yang jadikan usaha ambiya a.s sebagai usahanya sendiri.

Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, sepertimana saya cakap awal-awal tadi, saya ulang semula, kita kena buat niat iaitu kita akan jadikan usaha baginda s.a.w sebagai usaha kita, kita pegang amanah ini sebagai maksud hidup kita, kita akan hidup atas muka bumi dengan kerja ini dan kita akan mati bersama-sama dengan kerja ini. Bila kita bawa diri kita atas niat tadi, maka semua amal-amal kita, usaha tempatan dan usaha luar, semua kerja-kerja itu akan jadi mudah untuk kita.  Sekiranya kita tidak bawa niat tadi ke dalam diri kita, maka semua kerja kita, kerja tempatan dan khususi kita, semua akan jadi susah untuk kita.

Agama seorang Islam ada kaitan yang rapat dengan usaha agama yang dia buat. Orang Islam, bila dia tidak buat usaha agama, maka susah untuk dia hendak amalkan agama dan agama akan keluar daripada kehidupan dia, agama akan keluar daripada rumah dia, agama akan keluar daripada anak-isteri dia. Oleh itu, setiap orang beriman, setiap orang Islam, kena dibangunkan atas kerja ini. Kita tidak tahu berapa ramai daripada tuan-tuan, Allah s.w.t akan jadikan sebagai asbab hidayah untuk manusia-manusia yang lain. Semua niat dan azam, insya’Allah, semoga Allah terima tuan-tuan.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir