mesyuarat malaysia 1997 - maulana ibrahim

06/09/97
Maulana menyatakan bahawa untuk kejayaan manusia, Allah s.w.t telah menurunkan agama yang sempurna. Untuk mengamalkan agama, usaha atas agama perlu dibuat dan usaha itu perlu dibuat dengan pengorbanan.


Untuk manusia mengamalkan agama dikatakan berat.  Inilah menunjukkan bahawa perkara ini adalah hak.  Apabila manusia menunaikan tanggungjawab agama dengan susah payah maka Allah s.w.t akan menurunkan bantuan.  Di samping itu ia akan membuka pintu-pintu hidayatNya  dan kebolehan bagi manusia mengamalkan agama.

Seseorang itu boleh mengamalkan agama dan membuat usaha agama bukan di atas kebolehannya  tetapi semata-mata hidayat taufiq dari Allah s.w.t. Hidayat Allah tersebar apabila adanya kerja agama dilaksanakan secara ummumiyat, dengan ini orang awam akan faham kepentingan amal agama.

Seseorang da’i/karkun dalam membuat usaha agama memerlukan beberapa sifat :
1. Agama yang sempurna perlu diamalkan terlebih dahulu dalam diri seseorang da’i.
2. Persekitaran hidup seseorang da’i perlu dibangunkan dengan amal agama.  Mahul (suasana) agama perlu diwujudkan dalam kehidupan keluarga (rumah), tempat kerja dan marhallah. 
    3. Seorang da’i juga perlu meletakkan tanggungjawab seluruh alam dalam membuat usaha            agama  

Para sahabat apabila  dapat agama dari Rasulullah telah balik kepada kabilah-kabilah mereka dan telah membuat usaha bersungguh-sungguh sehingga semua kabilahnya memeluk Islam.  Seorang sahabat telah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w dan meminta nasihat kepada Rasulullah bagaimana hendak membuat usaha di kalangan kabilah.  Rasulullah s.a.w telah menunjukkan cara membuat kerja kepada sahabat itu dan beliau telah balik membuat usaha di kalangan kabilahnya tanpa menokok tambah apa yang diperolehi dari Rasulullah s.a.w.  Sehingga ia telah membuat usaha bersungguh-sungguh dan seluruh kabilahnya memeluk Islam.  Saidina Abbas r.a menyatakan tidak pernah ia melihat sahabat yang berjaya membuat usaha sebegitu cepat.

Seorang sahabat lagi Abu Umamah r.a telah membuat usaha agama dikalangan kabilahnya, tetapi pada peringkat awal kaumnya tidak menerima beliau, tetapi ia tidak berputus asa sehingga kabilahnya semua memeluk Islam.

Kisah di atas adalah contoh kepada kita bagaimana sahabat membuat usaha dikalangan kaumnya tanpa putus asa.  Satu lagi kisah seorang sahabat iaitu Saidina Tufil dausi bin Amir menerima Islam dari Rasulullah s.a.w dan membuat usaha dikalangan kaumnya, tetapi semua kaumnya tidak menerima dakwah.  Beliau telah merujuk dan balik berjumpa Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah tanya kepada Tufil apa yang perlu dibuat. Tufil menyatakan meminta Rasulullah doa kebinasaan kepada kaumnya.  Tetapi sebaliknya cadangan itu tidak di terima oleh Nabi dan Nabi telah mendoakan hidayat kepada kaumnya.  Seterusnya Nabi menimta Tufil balik ke kabilahnya dan membuat usaha dengan lemah lembut kerana ramai dikalangan kaumnya yang mempunyai kualiti yang baik seperti Hadzrat Tufil sendiri.  Sahabat tadi telah balik ke kabilahnya, sehingga beliau telah membuat usaha di kalangan kaumnya selama 6 tahun.  Beliau selama itu tidak berjumpa Rasulullah dan pada tahun ke 7, beliau telah membawa 80 keluarga berjumpa Rasulullah dan menyatakan inilah hasil usaha yang telah dibuat selama itu.  Di antara orang yang dibawa untuk memeluk Islam ialah Hadzrat Abu Hurairah r.a.

Pengajaran :
Dalam membuat kerja agama jangan sekali-kali membuat  doa kemusnahan, tetapi perlu sentiasa mendoakan untuk hidayat.

Usaha agama di marhallah adalah satu takazah besar yang perlu disempurnakan dalam membuat usaha agama.

Rasullullah s.a.w memberitahu sahabat jangan membuat usaha agama sebagaimana kaum Nabi Isa.  Di mana apabila mereka diminta pergi kesesuatu tempat, mereka memberi alasan tidak mengetahui bahasa tempat itu.  Sehingga dengan kudrat Allah pada esok paginya semua kaumnya mengetahui bahasa di tempat itu.

Pengajaran :
Dalam nmembuat usaha agama perlu sentiasa bertawakkal dan jangan membuat sesuatu alasan.  Sahabat Nabi dalam membuat usaha agama telah meletakan tanggungjawab seluruh dunia, seluruh alam dalam melaksanakan kerjanya. 

Apabila sahabat mengambil tertib yang dinyatakan di atas maka agama telah hidup dimarhallahnya dan seluruh dunia, seluruh alam.

Maulana memberitahu dalam membuat usaha perlu bersikap ummumiyat iaitu membuat usaha di kalangan seluruh golongan, bukan sesuatu kumpulan sahaja.  Maulana memberitahu bahawa agama itu nasihah iaitu dalam membuat usaha agama kita perlu mempunyai keinginan untuk kebaikan seluruh manusia.  Apabila mereka telah menerima kita, perlu sentiasa menghargai mereka.

Maulana memberitahu di zaman Rasulullah s.a.w, dalam Baginda membuat usaha agama, di kalangan mereka memeluk Islam,  tetapi ada yang pura-pura Islam dan sebenarnya mereka musuh kepada Nabi.  Tetapi Rasulullah melayani orang itu sama dengan sahabat-sahabatnya yang lain.

Pengajaran :
Dalam membuat usaha agama kita jangan melayani mereka yang menjadi penentang kita sebagai musuh sebaliknya sebagai kawan.

Maulana menyatakan dalam membuat usaha agama kita perlu mendengar daripada orang-orang tua kita di Nizamuddin dan cuba menyampaikan dengan hikmah kepada kawan-kawan kita.  Seterusnya dalam menyampaikan usul  jangan berpecah-belah, kerana apabila berlaku perbalahan, Allah akan tahan hidayat.  Seterusnya dalam menyampaikan usul jangan berkeras tetapi berlemah-lembut/kelonggaran kepada orang lain.  Maulana memberitahu kerja agama tidak berjalan dengan  kekerasan tetapi berjalan dengan  lemah-lembut.  Dengan kaedah itu semua orang boleh mengamalkan agama.

Maulana seterusnya menjelaskan usaha ini adalah usaha ijtima’i iaitu dengan bermesyuarat bersama.  Dengan itu kebolehan-kebolehan seseorang itu dapat dicungkil dan mereka boleh membuat usaha agama lebih daripada kita.  Maulana seterusnya menyatakan usaha ini banyak cabangnya.  Oleh itu kita sentiasa perlu bergerak.  Melalui mujahadah itu Allah akan membuka pintu-pintu hidayat.  Maulana Yusuf rah. menyatakan untuk memahami usaha ini, kamu perlu datang kepada kami dan seterusnya bergerak ke seluruh alam.

Dalam membuat usaha ini terdapat susah payah, di mana kadang-kadang kita diterima dan kadang-kadang tidak diterima.  Semua ini adalah tarbiyah kepada kita dan akan hilanglah sikap ujub bahawa saya mengetahui segala-galanya.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir