mesyuarat malaysia 1997 - maulana saad

Pesanan Maulana Saad - 09/09/97 - 3.00 p.m


Asas kerja ini berkembang bergantung kepada sifat taat.  Sejauh mana kita taat, kita akan dapat bantuan Allah s.w.t. Sesuatu perkara perlu kita tanya dahulu baru kita amal.  Itu tanda sifat taat.  Tetapi jika buat dahulu perkara yang difikir ada faedah itu bukan taat. 

Jika kita amal apa yang disuruh, amal-amal itu akan menjadi pembuka jalan.  Sebelum kita buat sepatutnya kita tanya dengan elders.  Biasanya semangat yang menggerakkan kita tetapi kadang-kadang semangat itu tidak betul.

Jika kita dapat melaksanakan sesuatu takazah tetapi ada kecacatan,  Allah s.w.t akan memaafkan, sebagai contoh seorang sahabat iaitu Huzaifah r.a telah menunaikan satu takazah yang diminta oleh Rasulullah s.a.w iaitu mengintip tentera musuh di waktu malam gelap.  Apabila sampai ke tempat musuh Huzaifah r.a berpeluang membunuh ketua musuh dan dia telah mengeluarkan anak panahnya, tetapi beliau teringat pesanan Rasulullah s.a.w bahawa beliau diutus kesitu hanya untuk mengintip musuh dan terus kembali berjumpa Rasulullah s.a.w. 

Begitu juga Hadzrat Ali r.a telah dihantar ke satu tempat oleh Rasulullah s.a.w dimana ia perlu bergerak ke arah itu dan jangan pandang ke kanan dan kiri, tetapi setelah melangkah beberapa langkah ia teringat apa yang perlu dibuat disana.  Hadzrat Ali telah berdiri di tempat tersebut dan tidak bergerak kanan dan kiri dan bertanya apa yang perlu ia buat di sana.  Beginilah sifat ketaatan sahabat-sahabat Nabi kepada Rasulullah s.a.w.

Kebiasaannya psikologi manusia mengeluarkan syor-syor berdasarkan cara yang sedia ada seperti bagaimana hendak memanggil manusia, ikut fikir logik manusia ia boleh dipanggil dengan memukul gendang, menyalakan api dan sebagainya. 

Berbeza keadaannya dengan takazah agama ia perlu difikirkan terlebih dahulu barulah Allah akan menghasilkan ilham-ilham yang bernas.  Contohnya bagaimana Rasulullah s.a.w memanggil sahabat-sahabat bermesyuarat untuk memanggil azan.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir