mesyuarat malaysia 1997 - maulana saad

07/09/97


Maulana memberitahu,  Allah s.w.t menjadikan agama sebagai satu amanah.  Makhluk-makhluk Allah s.w.t yang besar seperti bukit, gunung-ganang apabila hendak diberi amanah agama mereka menolak kerana tidak mampu untuk menerima amanah itu.  Tetapi apabila Allah  s.w.t  memberikan amanah agama kepada manusia, maka manusia bersedia menerima amanah itu.

Allah s.w.t menjadikan manusia sebagai asraful makhlukat.  Ia merupakan markaz iaitu tempat tumpuan Allah s.w.t.  Semua sifat-sifat Allah dizahirkan kepada manusia.  Manusia boleh menzahirkan sifat-sifat mulia dan sifat-sifat yang mendapat kemurkaan Allah s.w.t.  Apabila dalam diri manusia ada sifat-sifat mulia ia akan dijadikan perantaraan hidayat untuk orang lain.  Sebagai contoh Nabi Ibrahim telah menghasil 30 sifat mulia.  Dengan sifat mulia yang ada pada Nabi Ibrahim, maka Allah s.w.t  telah menjadikan Nabi Ibrahim tempat tumpuan manusia (markaz).  Walaupun pada zahirnya Allah menyeru manusia ke Baitullah sebenarnya Allah s.w.t mengajak manusia kepada Nabi Ibrahim a.s.

Pengajaran : 
Sejauh mana seseorang manusia boleh mewujudkan sifat-sifat mulia pada dirinya, sejauh itulah Allah s.w.t  akan menjadikannya tempat tumpuan (markaz) kepada manusia yang lain untuk menjadi asbab hidayat.

Nabi-nabi dipilih oleh Allah s.w.t kerana keikhlasan mereka. Mereka membuat segala-galanya kerana Allah s.w.t dan tumpuannya semata-mata kepada Allah s.w.t. Begitu juga apabila kita membuat usaha agama dengan menumpukan 100% dalam usaha ini. Maka Allah s.w.t akan memajukan kita dalam kerja yang tinggi ini.

Nabi Ibrahim a.s dikatakan dalam membuat sesuatu telah memberikan tumpuan terhadap kerja itu, ia membuat sesuatu semata-mata kerana Allah s.w.t dan tidak ada maksud-maksud lain.  Oleh itu Allah s.w.t  telah mengambil kerja dari Nabi Ibrahim a.s. 

Maulana seterusnya menyatakan semua nabi-nabi berikhlas semata-mata kerana Allah, begitu juga para sahabat, 100% mereka dapat menyediakan diri untuk mengamalkan agama dan meyempurnakan  apa-apa takazah yang datang kepada mereka. 

Di zaman Nabi s.a.w ,semua sahabat Nabi 100% berikhlas amalannya semata-mata kerana Allah.  Dalam bab ikhlas terdapat beberapa kisah yang Allah telah tunjukkan kepada sahabat yang tidak berikhlas dalam perjuangannya, apabila 2 orang sahabat menangguhkan penyertaan mereka  dalam perang Tabuk.   Kesan daripada amalan mereka itu telah mendapat kemurkaan Allah s.w.t dan mereka diperintahkan supaya dipulau oleh Nabi dan sahabat-sahabat yang lain.  Tidak ada orang dibenarkan bercakap dengan mereka malah isteri mereka juga diminta dipisahkan dengan mereka buat sementara waktu.  Mereka dalam kesengsaraan, satu lagi musibah yang besar Allah s.w.t timpakan kepada mereka ialah seorang raja Nasrani telah mengutus surat supaya 2 orang sahabat tadi murtad dan memeluk agama Kristian.  tetapi sahabat itu telah membakar surat yang diterima itu.  Musibah itu berlaku kerana sahabat tadi tidak mengikatkan diri dengan takazah agama.

Pengajaran :
Dalam membuat kerja dakwah kita tidak boleh bebas daripada bertindak sendiri tetapi perlu mengikatkan diri dengan tertib-tertib kerja dan kehendak kerja ini.  Selagi seseorang yang membuat kerja agama dengan meletakkan diri dengan tertib kerja ini iaitu mengikut Syura dan orang tanggungjawab, maka ia akan selamat  walaupun ia membuat kerja dalam serba kekurangan. 

Maulana memberitahu  bahawa orang lama perlu dibawa dalam menyempurnakan takazah  agama.  Caranya ialah membawa mereka bermesyuarat.  Manakala amalan-amalan lain seperti fikir harian, gasht pertama, gasht kedua, ta’alim di rumah dan ta’alim di masjid, keluar 3 hari ialah amalan ummumiyat, untuk membawa orang awam datang kepada kerja dakwah.

Orang-orang yang membuat usaha agama, sebenarnya adalah rakan seusaha kita dan bukannya pekerja kita.  Oleh itu kita tidak boleh memberi arahan kepada mereka, sebaliknya kita boleh memberi takazah agama kepada mereka dengan melibatkan diri dengan bermesyuarat.

Maulana mengatakan bahawa Allah s.w.t menjadikan manusia untuk bersusah payah/mujahadah tetapi fitrah kejadian manusia ialah dia ingin bersenang-lenang.  Oleh itu dalam mendokong perintah Allah s.w.t maka seseorang itu perlu mengenepikan kesenangannya dan bermujahadah. Dalam menyempurnakan hak dakwah seseorang itu perlu meninggalkan kesenangan dan bersusah payah jumpa manusia menyediakan mereka untuk mengamalkan 100% agama.

Apabila amalan dakwah dibuat dengan sempurna maka kita akan menghidupkan amalan agama, amalan agama akan hidup dirumah, akan hidup di marhallah, dan akan hidup di seluruh dunia dan seluruh alam.  Dalam membuat amalan dakwah kita perlu buat bukan untuk mendapat pahala tetapi perlu menghidupkan agama yang  sempurna.  Sebagai contohnya apabila kita hanya membuat ta’alim  5 minit atau gasht hanya 5 minit, amalan itu ada ,tetapi ia tidak ada roh atau hakikat. Apabila sesuatu amalan itu mempunyai roh maka ia akan menghidupkan amalan lain. Hak ta’alim di rumah atau di masjid ialah sekurang kurangnya dibaca selama 30 minit, manakala hak gasht ialah sekurang-kurangnya perlu dilaksanakan selam 45 minit.

Maksud mesyuarat pula untuk mewujudkan fikir di kalangan rakan-rakan  kita untuk dapat menyambut takazah agama seluruh dunia seluruh alam, begitu juga maksud kita melapangkan masa 2½  jam setiap hari di marhallah ialah untuk mewujudkan mizaj agama di marhallah kita.  Apabila lebih lama masa digunakan untuk menyediakan orang yang sanggup membuat kerja agama seperti keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan, barulah maksud 2½  jam dapat dihasilkan.

Bagaimana amalan dakwah dapat disempurnakan.  Ianya akan berlaku apabila kita ada kesatuan hati dan kesatuan fikir.  Sebagai contoh Maulana memberitahu dalam anggota manusia ada yang panjang dan pendek,  tetapi apabila kesatuan hati di kalangan anggota badan diwujudkan maka badan itu akan menyempurnakan sesuatu takazah badan.  Apabila kita membuat kerja dakwah dengan bersatu hati dan bersatu fikir,  berbagai takazah agama dapat disempurnakan.

Masjid dikatakan bukan sahaja tempat sembahyang, tetapi nama beberapa takazah seperti ada takazah mengajak orang kepada sembahyang, takazah mengeluarkan jemaah 3 hari, 40 hari, 4 bulan dan berbagai-bagi takazah.  Untuk dapat menyempunakan takazah-takazah tersebut ahli jemaah masjid perlu bersatu hati dan bersatu fikir.  Di zaman Rasulullah s.a.w, Baginda telah memuliakan Masjid Quba (Masjid Takwa) dan membakar Masjid Dararah yang dibina untuk pecah belah, pertentangan dan kekufuran.        

Pengajaran :
Mereka yang menimbulkan pecah belah dalam membuat usaha agama,  sebenarnya bukan dalam golongan kita mengikut Maulana Saad.  Mereka tidak boleh menjadi ketua sampai bila-bila pun.

Seterusnya Maulana menyatakan kesan pembinaan masjid Dararah, burung pun tidak bertelur di perkarangan masjid itu dan Allah s.w.t perintahkan Rasulullah s.a.w dilarang bersembahyang di masjid itu, sehingga Rasulullah s.a.w telah meminta sahabat membakar masjid itu.  Apabila tapak masjid itu telah bersih Rasulullah s.a.w menawarkan tapak masjid kepada sahabat untuk mendirikan rumah tetapi sahabat menolak.  Dikatakan ayam yang hidup di sekitar masjid itu tidak bertelur dan di tapak masjid itu apabila dibina rumah, keluarga yang tinggal di dalam rumah itu tidak mendapat anak.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir