Hayatus sahabah - maulana saad

10/02/2018 - nizamuddin

Kesibukan mempelajari ilmu hendaklah didahulukan keatas kesibukan menunaikan solat sunat, maka bagaimana mungkin kita meninggalkan ilmu utk kesibukan dunia kita. Solat sunat adalah asbab utk kita hampir dgn Allah s.w.t, pun begitu kesibukan solat sunat hendaklah ditinggalkan utk ilmu, lebih2 lagilah kesibukan dunia hendaklah ditinggalkan utk mempelajari ilmu.

Solat sunat adalah asbab yg paling besar utk hampirkan diri dgn Allah tetapi dlm bab ilmu kita kena kedepankan kesibukan ilmu berbanding kesibukan solat sunat. Kita kena tahu kelebihan alim ke atas abid. Org alim yg macam manakah yg dikatakan lebih tinggi drp abid. Abid yg dimaksudkan ialah beribadat tanpa mempelajari ilmu. Perkara yg dituntut oleh Allah ialah menghimpunkan ilmu dan ibadat. Menyibukkan diri dlm ilmu adalah ibadat yg paling besar kerana asas semua ibadat ialah ilmu.

Kalau dikatakan kesibukan ilmu adalah lebih baik drp ibadat, ini pun tidak tepat. Kenapa? Kerana mempelajari ilmu adalah utk ibadat. Mempelajari ilmu ada tempoh masa tetapi ibadat kena buat sampai mati. Ilmu akan ada penyelesaian tetapi ibadat tidak akan ada penyelesaian. Kita kena faham.

Kelebihan alim ke atas abid yg jahil ilmu spt mana kelebihan nabi s.a.w ke atas serendah2 drp umatnya atau spt mana kelebihan bulan ke atas bintang2. Hari ni, pelajar2 ilmu salah faham, solat2 sunat, solat berjemaah, takbiratul ula, mereka abaikan. Mereka kata mereka sibuk dgn ilmu. Mereka salah faham tentang seorang alim lebih baik drp seorang abid. Ini adalah kejahilan yg sangat teruk. Kerana ilmu, mereka memahami ibadat satu perkara yg ringan/remeh. Ini salah faham yg sangat besar.

Rasulullah s.a.w telah sebut tentang 2 org. Pertama, seorang alim yg tunaikan solat fardu dan mengajar ilmu kpd org lain. Kedua, seorang abid yg berpuasa di siang hari dan beribadat di mlm hari. Nabi tanya, siapakah yg lebih afdal? Nabi bersabda : Kelebihan seorang alim ke atas abid adalah spt mana kelebihan aku ke atas yg terendah di kalangan kamu. Nabi s.a.w kata, Allah, malaikat dan semua makhluk2 sehingga semut2 yg ada dlm sarang, mendoakan keampunan utk org yg mengajar manusia lain atas kebaikan. Allah sentiasa menurunkan rahmat ke atas org yg mengajar kebaikan kpd org lain. Sesungguhnya yg paling takut kpd Allah s.w.t dikalangan hamba2 Allah ialah ulamak.

Bila ada org dtg nak tanya masail, tetapi ulamak sedang solat sunat, maka pelajar telah bagi jawaban kpd org tersebut tetapi salah. Sebab itulah, selepas selesai solat fardu, bila ada org bertanya tentang hukum, hendaklah ulamak lewatkan solat sunat sebab nak jawab hukum sesuatu masail. Kenapa? Sebab dia dtg dgn talab/keinginan utk belajar ilmu. Kena kedepankan takazah utk mendengar soalannya dan memberi jawapan kpdnya. Ulamak2 ada waktu yg ditetapkan utk mengajar dan mereka kena ambil berat tentang solat2 sunat rawatib tapi bila ada org dtg tanya masail, kena lewatkan solat sunat, mendahulukan jawapan kpd soalan yg ditanya.

Anas r.hu kata, ada 2 org adik beradik di zaman nabi. Sorang sibuk mencari rezeki/bekerja dan sorang lagi sibuk belajar ilmu dgn nabi s.a.w. Yg bekerja dtg jumpa nabi s.a.w dan mengadu, saudara aku ini sentiasa bersama dgn kamu, makan/minum dia aku yg carikan, dia tak berkerja. Nabi s.a.w kata, apa yg kamu dpt itu kerana kesibukan dia dgn ilmu. Sebab itulah kamu dpt rezeki.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir