Hayatus sahabah - maulana saad

13/02/2018 - nizamuddin

Di zaman ini, jihad yg paling besar ialah mempelajari ilmu dan mengajar ilmu. Nabi s.a.w telah jadikan semua org alim sebagai muallim. Di zaman ini bukan semua org alim adalah muallim. Sampaikanlah walau satu ayat. Satu ayat yg kamu tahu kena bertanggujawab utk disampaikan kpd yg lain. Org yg tak sampaikan ialah org yg menyembunyikan ilmu. Menyembunyikan ilmu adalah haram. Org yg ingin belajar akan bertanya tapi org yg tak ada talab utk belajar, kena diajar. Kalau tak diajar ilmu kpd mereka, ini adalah kesalahan yg besar.

Nabi s.a.w telah jadikan sahabat sebagai muallim. Utk jadi muallim tak memerlukan ilmu yg sempurna. Sebanyak mana ilmu yg ada pd kamu, sekadar itu kamu menyampaikan ilmu tersebut kpd org lain, itu adalah t/jawab kamu. Ilmu adalah amanah umat. Org yg dtg utk belajar, kamu kena ajar. Org yg tak dtg, kamu kena pergi cari mereka dan ajar. Dakwah dan taklim adalah 2 perkara yg saling melazimi antara satu sama lain. Tidak boleh jadi penganti antara satu sama lain.

Ilmu tak terhalang di madinah sahaja bahkan ilmu disebarkan ke seluruh dunia. Bukan satu kebiasaan org yg nak belajar ilmu kena dtg ke madinah, tidak!. Nabi s.a.w telah gerakkan ulamak sahabat. Begitu juga ulamak khulafak rasyidin telah bergerak. Keluar dari madinah. Satu jemaah sahabat yg khusus telah dihantar keluar di jln Allah utk ajar ilmu pd umat. Nabi s.a.w telah hantar 70 org sahabat utk ajar ilmu pd kaum najran. Mereka semua telah disyahidkan. Utk fahamkan pd kita, bahawa syahid itu bukan berperang dgn org kafir sahaja, bahkan 70 org sahabat telah syahid nak sampaikan ilmu pd umat. Secara ijtimai mereka telah disyahidkan.

Di zaman ini, satu kerugian yg sangat besar ialah org yg belajar ilmu hanya niat utk diamalkan utk diri sendiri sahaja. Belajar ilmu utk perniagaan dia sahaja. Dia tak fikir utk sampaikan ilmu kpd org lain. Dia tidak memahami bahawa sampaikan ilmu adalah satu t/jawab. Supaya umat secara ijtimai terkeluar dari kejahilan.

Jgn sekali-kali fikir, belajar ilmu utk hasilkan wang. Ilmu tidak disyaratkan dgn pekerjaan. Mengajar ilmu bukan sebagai asbab utk hasilkan wang. Ilmu bukan utk dptkan pekerjaan tapi ilmu adalah utk diinfaqkan kpd umat. Sahabat bergerak di jln Allah utk sampaikan ilmu kpd umat. Jemaah ulamak kena bergilir-gilir keluar di jln Allah. Jgn keluar secara serentak. supaya org yg dtg nak belajar ilmu, ada yg bersedia utk mengajar mereka di madinah. Kalau semua sahabat yg berilmu dikosongkan dari madinah, org yg dtg nak belajar tak dpt belajar.

Ilmu adalah keperluan penting pd umat. Pergerakan kita keluar di jln Allah ini adalah utk keluarkan umat dari kejahilan. Sekiranya hanya org awam sahaja yg bergerak tanpa ada ulamak, pun akan tersebar kejahilan. Awam kena bergerak bersama ulamak. Percampuran ulamak dan awam akan jadi sebab terkeluar org awam dari kejahilan dan akan tersebar ilmu pd umat.

Madrasah adalah lautan ilmu. Org dah selesai belajar di madrasah adalah seumpama awan2 yg bergerak. Awan akan pergi ke tanah yg kering. Turunkan hujan. Tanah yg kering akan segar. Makhluk2 akan dtg dan dpt menfaat dari tanah tersebut.

Targhib sahabat kpd ilmu. Ali r.hu kata, manusia yg paling hampir dgn ambiya ialah org yg menghasilkan ilmu. Hati spt bekas yg kosong. Bekas yg paling baik ialah yg menjadikan hatinya tempat simpanan ilmu. Hati akan terkesan dgn ilmu. Manusia terbahagi kpd 3 golongan:
  1. alim robbani
  2. org yg belajar ilmu. Mereka berada atas jln kejayaan
  3. org yg sampaikan berita tanpa mengira benar atau bohong. Mereka ni rugi dan hina

Ilmu adalah lebih baik dari harta. Ilmu akan menjaga kamu. Harta pula perlu dijagai. Ilmu jaga manusia dan manusia terpaksa jaga hartanya. Ilmu akan bertambah melalui amal. Org yg habiskan harta, harta tak bertambah. Org yg habiskan ilmu, akan ditambah ilmu kpdnya. Harta akan berkurangan bila dibelanja atas dirinya. Alim yg mencintai ilmu akan dibayar pd hari kiamat nanti. Melalui ilmu, seorang alim akan ditaati dlm kehidupannya dan jadi penyebab dia dipuji setelah dia meninggal dunia. Harta adalah benda yg mati. Akan habis bila dibelanjakan. Org yg kumpul harta dan menambah harta adalah org yg mati. Ulamak kekal hidup bersama dgn zaman walaupun tubuh mereka tidak dilihat di atas muka alam ini. Perkataan dan ilmu ulamak sentiasa kekal terpahat di hati umat.

Ilmu tidak ada hubungan dgn kecerdikan. Sangat cerdik, dengar terus hafal tapi guna agama utk dunianya. Dia akan keluarkan dalil2 dari kitab Allah utk melawan hukum Allah. Dia akan gunakan nikmat2 Allah utk melawan hamba2 Allah. Dia akan gunakan kemampuan dia utk sebarkan kefasadan/kerosakan pd umat. Dia akan mentaati ahli hak tapi dia tidak ada keyakinan pd apa yg dia taati. Perkara2 yg kecil akan dtgkan syak dan subhah dan was2 dlm hatinya. Dia akan berada di awang-awangan. Bila org tiada basirah/keyakinan, dia tak ada pegangan teguh dlm hidupnya. Dia akan tenggelam dlm kehidupan utk menyempurnakan syahwatnya. Dia akan terus menerima perkara2 yg dpt memenuhi syahwatnya. Dia akan tenggelam dlm kelazatan dunia. Dia akan sentiasa fikir utk kumpulkan harta. Mempunyai ketamakan kpd harta. Golongan ini tak mungkin jadi da’i agama. Dia akan lebih hampir kpd binatang. Binatang hanya fikir utk makan dan penuhkan syahwat.

Ilmu akan habis dgn pemergian ulamak. Syukur pd Allah, bahawa dunia ini sama sekali tidak akan kosong dari ulamak. Ulamak hak sangat sedikit tapi kedudukan mereka disisi Allah sangat tinggi. Melalui mereka, Allah akan hapuskan org2 yg berhujjah atas quran. Ada ulamak yg akan sampai kpd hakikat ilmu. Ilmu akan jelas dihatinya. Ulamak spt ini hidup di dunia tapi rohnya sentiasa ada hubungan dgn akhirat. Sentiasa fikir akhirat. Inilah kahlifah2 Allah di atas muka bumi dan inilah da’i Allah. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir