Hayatus sahabah - maulana saad

14/02/2018 - nizamuddin

Ilmu adalah merupakan sifat Allah s.w.t yg tidak dapat dihasilkan tanpa sifat ketaqwaan. Seseorang yg hanya menghafal tidak dikira berilmu kerana ilmu adalah ketaatan dan amalan. Sekiranya tidak ada amalan yg mengikuti ilmu maka dia adalah org jahil. Cukup utk mengatakan seseorang itu jahil sekiranya amalan dia berlawanan dgn ilmunya. Setakat tidak tahu bukan musibah yg besar tapi org yg tahu tak beramal adalah musibah yg lebih besar.

Utk dptkan ilmu syaratnya adalah taqwa. Sejauhmana mata, telinga, lidah dpt dijaga drp dosa, maka sejauh itulah akan wujud hubungan antara dia dan ilmu. Sekiranya tempat masuk ilmu digunakan utk dosa, maka dia tak dpt hasilkan ilmu. Dia mungkin dpt hasilkan maklumat tapi ilmu tak dpt. Hubungan maklumat dgn kecerdikan bukan dgn ketaqwaan. Sebab itulah, org bukan islam pun boleh hasilkan maklumat tetapi hati mereka mati.

Org islam yg hasilkan ilmu dan tak beramal dgn ilmu, ini sudah cukup utk jadikan dia jahil. Ilmu akan dihasilkan melalui hubungan dgn Allah. Seorang sahabat tanya, aku ingin jadi org yg paling alim. Nabi s.a.w bersabda, kamu usahalah menjadi org yg bertqwa maka kamu akan jadi org yg paling berilmu. Sahabat hasilkan ilmu melalui ketaqwaan mereka. Allah telah syaratkan ilmu dgn perasaan takut. Hanya sanya yg takut pd Allah ialah ulamak. Kita kena lihat dlm diri kita, banyak mana ilmu yg ada dlm diri kita dan banyak mana perasaan takut pd Allah. Sekiranya dlm melakukan dosa2 kecil kita tak takut pd Allah maknanya hakikat ilmu tiada dlm diri kita. Apatah lagi dosa2 besar.

Apa itu hakikat ilmu? Ilmu itu sendiri adalah zikir. Mengingati Allah dgn menyebut nama Allah adalah sebahagian drp zikir. Hari ni org faham khulasah drp tasauf adalah zikir. Padahal tidak. Khulasah maknanya perahan. Jus drp tasauf ialah 24 jam kita mengingati Allah. Ulamak bukan ahli ilmu tapi ulamak adalah ahli zikir. Tidak mungkin terjadi ahli sufi tidak berilmu. Ahli zikir adalah juga ahli ilmu. Tanpa ilmu tidak akan ada langsung gambaran tasauf.

Mengingati Allah dgn menyebut nama Allah utk wujudkan kekuatan mentaati perintah Allah dan utk dekatkan diri dgn Allah dan melatih diri kita supaya timbul kekuatan utk tinggalkan kemaksiatan. Maulana Ilyas kata, berzikir tanpa ilmu adalah kegelapan. Sufi yg jahil akan digunakan oleh syaitan utk menyesatkan org lain. Ilmu dan zikir saling berhajat antara satu sama lain. Khulasah drp ilmu dan zikir ialah supaya kamu sentiasa tawajjuh/ingat kpd Allah. Ketika kamu laukan dosa kamu ingat Allah. Org yg bertaqwa ialah org yg mana apabila syaitan bawa dia kpd dosa, dia terus ingat kpd Allah. Orang paling lalai ialah bila buat dosa lupa Allah.

Muaz b jabal ialah saidul/ketua ulamak. Mufti paling besar dikalangan sahabat. Sahabat paling berilmu. Dia tunggu utk solat jumaat. Jemaahnya telah bergerak pagi. Saidina umar tegur dia kenapa tak pergi lagi. Umar kata adakah kamu dah lupa apa yg terjadi pd Abdullah b rawahah yg tunggu solat jumaat dan nabi s.a.w kata kamu tertinggal 500 thn. Jemaah kamu masuk syurga awal 500 thn. Umar r.hu ingatkan pd muaz b jabal. Sebagaimana pergerakan sahabat di zaman nabi s.a.w, begitu juga pergerakan yg sama dibuat oleh sahabat di zaman khulafak rasyidin.

Ulamak sahabat sentiasa bergerak supaya ilmu bertebaran ke seluruh alam. Melalui pergerakan sahabat ini menjadi dalil kpd ulamak zaman sekarang supaya mereka juga bergerak kpd org awam. Pergerakan ulamak akan membuka tempat utk mereka salurkan ilmu mereka.  Sebagaimana org kaya pergi kpd org miskin, maka akan terbuka jln infaq kpd org fakir. Begitu juga bila ualamak pergi kpd org jahil maka akan terbuka tempat utk salurkan ilmu. Sebab itulah sangat penting ulamak kena bergerak di jln Allah dgn membawa cahaya ilmu.

Muaz b jabal adalah mufti yg besar di madinah tapi kuburnya di Jordon. Muaz b jabal bagi targhib tentang ilmu. Belajarlah ilmu. Hasilkan ilmu kerana Allah akan wujudkan perasaan takut dlm diri kamu. Maksud kerana Allah : 1. mentaati Allah  2. sebarkan ilmu kpd hamba Allah utk redho Allah

Mempelajari ilmu adalah ibadat. Bermuzakarah tentang ilmu seolah-olah kita bertasbih kpd Allah. Berbahas utk memantapkan ilmu adalah jihad. Mengajar ilmu kpd org tak berilmu adalah sedekah jariah. Selagi mana org itu mengamalkan ilmu selagi itulah dia akan dpt ganjaran dari apa yg diajarkan.

Sahabat sentiasa mengira2 apa ganjaran yg akan dpt di akhirat nanti. Kita pula mengira2 apa ganjaran kat dunia. Bila bagi pakaian yg dah usang pd satu org fakir, maka selagi mana dia pakai pakaian tersebut walaupun hanya tinggal 1 helai benang yg masih melekat pd badannya, org yg bagi pakaian akan terus dpt pahala. Bagaimana pula mengajar ilmu yg menjadi punca mendapat keselamatan dunia dan akhirat selama-lamanya. Mengajar ilmu kpd org islam adalah asbab utk hampir kpd Allah kerana ilmu dpt membezakan halal dan haram. Ilmu merupakan peneman ketika sunyi diri. Hari ni, org yg sunyi diri main handphone. Sepatutnya ambil kitab dan baca, jadi peneman. Ilmu adalah petunjuk jalan agar tak sesat. Ilmu adalah rahbah, utk menunjuk kpd kegembiraan dan menyelamatkan dari kemudaratan. Ilmu adalah senjata utk lawan musuh. Ilmu merupakan perhiasan ketika bersama teman2. Melalui ilmu Allah tinggikan ramai manusia. Menjadi imam. Perbuatan mereka dijadikan sebagai panduan. Melalaui pandangan ahli ilmu, ramai org dpt petunjuk. Malaikat bergembira berkawan dgn ahli ilmu.

Hari ni kita seronok nak jadi doktor, engineer, arkitek. Nak belajar ilmu cari duit zakat dan sedekah tapi nak belajar jadi doktor sanggup berhutang. Dgn harta saya, saya nak jadi doctor. Tapi nak jadi mufti/alim, saya cari pusat zakat. Ahli dunia belajar kemahiran, ratusan ribu dibelanjakan. Satu org telah kata, walaupun saya dah jadi doktor selama 20 thn tapi masih saya tak habis2 bayar hutang pinjaman. Cuba fikirkan? Berapa banyak org telah korbankan harta utk belajar kemahiran dunia. Tapi utk ilmu akhirat, pergi minta dgn org.

Malaikat ingin sangat bersahabat dgn org berilmu. Malaikat bentangkan sayapnya dan sapu sayapnya ke atas tubuh2 pelajar ilmu. Semua makhluk, binatang di hutan, ikan di lautan, burung berterbangan, semua mendoakan keampunan utk org yg belajar ilmu. Ilmu utk hidupkan hati yg mati dan hilangkan kejahilan. Inilah cahaya utk berjalan dlm kegelapan.

Melalui ilmu, seseorang akan dpt darjat/kedudukan yg terbaik di dunia dan akhirat. Berfikir utk cari ilmu sama spt org yg berterusan berpuasa. Duduk dlm majlis ilmu, bermuzakarah tentang ilmu, spt mana bertahajjud di malam hari. Sama dari segi pahala tidak sama dari segi kedudukan. Bukan maksudnya tak perlu bangun tahajjud. Org yg pergi masjid utk belajar ilmu dpt ganjaran spt menunaikan haji. Adakah tak perlu pergi haji? Bukan macam tu. Dpt pahala sahaja. Tak boleh mengantikan amal haji. Haji masih kena buat.

Ilmu akan wujudkan kasih sayang antara kamu. Ilmu adalah imam kpd amal. Amal jadi makmum kpd ilmu. Ilmu akan memberi ilham kpd org2 yg baik dan org yg jahat akan termahrum/terjauh drp ilmu. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir