Hayatus sahabah - maulana saad

11/02/2018 - nizamuddin

Agama adalah himpunan amalan2. Begitu juga masjid adalah tempat berkumpulnya amalan2. Solat adalah penyelesaian semua masalah. Begitu juga masjid adalah merupakan tempat penyelesaian semua masalah. Rasulullah s.a.w telah menjadikan sahabat baginda sebagai ahli masjid utk membersihkan seluruh kehidupan mereka. Bila seseorang ada hubungan dgn masjid maka kehidupan dia akan suci. Org yg terputus hubungan dgn masjid maka terputus hubungan dgn Allah.

Rasulullah s.a.w telah jadikan umat sebagai ahli masjid. Bagi masa utk masjid merupakan amal yg khusus. Org yg dtg utk tunaikan solat sahaja adalah org2 munafikin. Org munafikin dtg ke masjid utk solat berjemaah sahaja. Utk tarbiyah dan taklim umat, nabi s.a.w telah hubungkan umat dgn masjid. Usul yg asas dlm kerja ini ialah menghubungkan umat dgn masjid. Dgn duduk dlm suasana masjid akan jadi sebab utk wujudkan tarbiyah dan taqwa.

Bani tsaqif kata, kami terima islam tapi tak nak solat, tak nak bayar zakat, tak nak buat dakwah, tak nak hancurkan berhala. Nabi s.a.w suruh dirikan khemah mereka di tepi masjid. Amal masjid akan jadikan hati mereka dtg kpd islam. Inilah adalah hikmah yg dibuat oleh nabi s.a.w.

Maksud drp jaulah kita ialah bagaimana umat dtg kpd suasana masjid. Masjid yg ada amalan memakmurkan masjid, maka kerja di masjid itu makin meningkat dan wujudnya suasana agama. Ini adalah satu kepastian. Sejauh mana kerja dakwah kembali kpd cara sunnah maka sejauh itulah hidayat akan menjadi am. Inilah perbezaan antara program persatuan dgn dakwah tabligh.

Bila kita buat kerja dgn berpandukan pd kelemahan umat, ini dipanggil persatuan. Adapun kerja dakwah ialah melihat kpd sirah. Melihat kpd apa yg dibuat oleh nabi s.a.w. Semua kerja kita adalah berdasarkan pd sirah. Nabi s.a.w telah ambil kerja drp sahabat r.hum. Utk tarbiyah umat, nabi s.a.w telah hubungkan umat dgn masjid.

Satu org pencuri, diikat di tiang masjid kerana bila duduk dlm masjid akan dtg perasan benci kpd kerja mencuri. Hati seorang musyrik yg duduk di masjid selama 3 hari jadi lembut. Hati dah terkesan. Hanya suasana masjid akan tarbiyah seseorang. Maulana ilyas kata, tabligh ialah bagaimana kita nak masukkan risalah Allah ke dlm hati dan tempatnya di masjid.

Banyak kisah2 sahabat yg dpt hidayat melalui amal masjid. Apakah amal sahabat di masjid? Halaqah taklim, membetulkan bacaan quran, targhib utk keluar di jln Allah, semua ini berjalan di masjid. Fitnah yg dtg kpd umat hari ni sebabnya hanya satu iaitu umat telah jauh dari amal masjid. Itu sahaja sebabnya.

Amal masjid adalah amal yg berterusan. Setiap org yg dtg ke masjid akan duduk dlm amal. Bukannya kita bawa amal dlm masjid ke luar masjid. Itu salah. Kita kena bawa org di luar kpd amal dlm masjid. Kita buat taklimi gasht. Amal taklimi gasht ini adalah amal ketua muhaditsin iaitu abu hurairah r.hu. yg telah bawa org di bazaar/pasar ke masjid. Kerja yg kita buat kena ikut sirah. Di masjid ada amal taklim, dan abu hurairah pergi ke pasar dan tashkil org dtg ke majlis taklim. Nak tahu keadaan sesuatu tempat tengok amal masjid.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir