Malfuzat Maulana Inamul Hasan

1. Apabila usaha agama berjalan maka Allah s.w.t akan hidupkan kesemua cabang-cabang agama. Madrasah akan bertambah, maktab akan bertambah walaupun kita tidak menyeru kpd pembinaan madrasah, namun melalui amalan dakwah ini kesemua cabang akan hidup. Bila usaha agama wujud, Allah s.w.t akan mewujudkan semua syiar islam.

2. Penyatuan antara satu dgn yg lain adalah kekuatan yg besar. Satu dgn yg lain kenalah bertolak ansur. Bergaullah sesama sendiri dgn tawadduk dan buatlah usaha dgn bersatu dan kasih sesama sendiri. Setiap karkun lama dan baru kena keluar jemaah utk 4 bulan dan 40 hari. Taklim perlu dihidupkan di setiap rumah. Jemaah masjid perlu dikuatkan. Usaha harus dibuat dgn mengikut sunnah nabi s.a.w.

3. Bagaimana sepatutnya keadaan karkun?
  1. keyakinan kpd Allah mestilah kuat
  2. jgn bergantung pd ilmu, harta, pengalaman dan kebolehan. tawajjuh hendaklah pd Allah
  3. niat hendaklah betul
4. Satu perkara penting dlm usaha masturat ialah bahawa usaha masturat perlu berada di bawah pengawasan, perhatian dan mesyuarat org2 lelaki. Wanita tidak boleh dgn sendiri mereka menjadi zumindar.

5. Usul terbesar bagi usaha masturat ialah mereka perlu membuat usaha di bawah pengawasan org2 lelaki yg terlibat di dlm usaha agama.

6. Masturat perlu mengambil berat akan amalan2 dibawah :
  1. menjaga solat 5 waktu di awal waktu di rumah
  2. menjaga pembacaan al quran
  3. menjaga tasbih 300 pagi dan 300 ptg (tasbih ketiga, selawat dan istighfar)
  4. menetapkan satu masa utk buat taklim fadhail amal setiap hari
  5. mendidik anak2 mengikut sunnah dan menjadi pembantu org lelaki di rumah utk keluar di jln Allah dan mereka perlu menjalani kehidupan yg suci dan bersih
jemaah masturat bersama mahram keluar 3 hari (mengikut usul dgn ketat), boleh dihantar ke kawasan yg berdekatan.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir