Malfuzat Maulana Yusuf

1. Apakah itu islam? Islam ialah mengorbankan jiwa dan harta utk agama Allah
Apakah itu ibadat? Ibadat ialah beramal dgn ikhlas kerana Allah
Apakah itu solat? Solat ialah mengambil sesuatu dari Allah
Apakah itu dakwah? Dakwah ialah memberi sesuatu kpd makhluk
Yakinlah akan janji-janji Allah tetapi jgn dijadikan tujuan. Kerana tujuan dari beramal ialah utk mencapai keredhaan Allah s.w.t


2. Merendahkan org lain, menghina, membicarakan keburukan org lain; semua itu sering timbul dan muncul di kalangan umat yg boleh menghancurkan kesatuan umat. Hukumnya adalah haram melakukan keburukan-keburukan tersebut. Sebaliknya perkara yg menyebabkan umat bersatu kembali ialah saling menghormati dan memuliakan, perkara ini sangat dituntut. Kita tidak perlu mengharapkan org lain memulia dan menghormati kita, kerana hal itu tidak menyatukan umat bahkan merosakkan umat.

3. Semakin banyak tercipta benda-benda baru dan benda-benda yg melalaikan manusia dari mengingati Allah s.w.t, maka akan semakin terbuka luas pintu musibah dan bencana. Cara mengatasi semua ini ialah dgn hidup sederhana, menahan rasa lapar dan dahaga serta melakukan amalan yg ditunjuki oleh Rasulullah s.a.w

4. Rasulullah s.a.w telah membentuk umat ini dgn menanggung berbagai kesusahan dan penderitaan. Kini, apabila dlm diri kita ada semangat perkauman dan kenegaraan maka hal itu boleh pecah-belahkan umat, yg juga bererti meruntuhkan usaha Rasulullah s.a.w

5. Cara utk membaiki alam dunia hanyalah dgn mengorbankan harta, masa dan diri: menahan kesusahan, kesempitan, lapar dahaga, panas sejuk, hanya semata-mata utk memperjuangkan agama Allah dan berdoa di tengah malam.

6. Yakinlah bahawa dgn mengamalkan muasyarat Rasulullah s.a.w, Allah s.w.t akan redho kpd kita dan keadaan dunia ini akan menjadi baik. Sebaliknya apabila kita mengikut muasyarat rekaan yahudi dan nasrani, keadaan dunia akan semakin rosak

7. Usaha yg sebenar ialah usaha dakwah utk manusia taat kpd Allah, bukan usaha atas dunia. Apabila kita tidak laksanakan usaha ini, maka manusia akan nenjadi rosak. Sesuatu yg kita anggap bermenafaat padahal sebenarnya mudharat. Sesuatu yg kita anggap kemuliaan sebenarnya terdapat kehinaan.

8, Apabila manusia melakukan amal baik, maka dunia juga akan menjadi baik. Hakikatnya, semua bergantung kpd usaha kita membetulkan amalan. Amalan-amalan baik yg telah dilakukan oleh manusia akan diangkat ke langit dan apabila diterima oleh Allah s.w.t maka rahmat akan mencurah ke bumi. Sebaliknya, apabila amalan itu buruk, maka kerosakan, kezaliman, peperangan, nifaq akan terjadi di mana-mana.

9. Apabila kehidupan kita tidak mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w sampai bila pun kita tidak akan capai kejayaan di dunia dan akhirat, walaupun asbab sebanyak dunia dan seisinya ada di tangan kita. Asbab dunia ialah kuasa pemerintahan, perdagangan, pertanian dan sebagainya. Apabila tidak mengikut amalan Rasulullah s.a.w maka semua asbab itu adalah seperti bangkai.

10. Adalah satu fikiran yg salah bahawa Islam akan berkembang apabila kita sudah mempunyai kuasa dan harta. Sedangkan mereka yg memiliki kuasa dan harta sedang menguburkan agamanya hidup-hidup. Hari ini, org yg mempunyai kuasa dan harta tidak dpt mencontohi kehidupan Abu Bakar r.a dan Umar r.a sebaliknya mereka mengekori gelagat kaisar, kisra, shaddad, qarun dan sebagainya. Menyangka Islam akan tegak dgn perkara itu adalah fahaman yg sungguh salah sama sekali. Bila-bila pun Islam hanya berkembang dgn pengorbanan. Begitu juga di zaman ini, Islam hanya berkembang dgn satu cara sahaja iaitu dgn pengorbanan.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir