jor qudama & ulamak 2019

Muzakarah bersama Mufti Riasat, Maulana Farouq dan Bhai Wasiful Islam dgn syura/otj markaz, jemaah tashkil & otj halqah

01/04/2019 - sri petaling

Penekanan diberi kpd :-
1. Amalan memakmurkan masjid 24 jam
2. Jemaah berpindah dari satu masjid ke satu masjid dgn berjalan kaki

~ Setiap jemaah 4 bln dan 40h yg bergerak dinasihatkan supaya berada di satu mohalla dan tidak berpindah sehingga berlaku 3 amal ini :-

1. Keluarkan jemaah tunai
2. Hidupkan 5 amal masjid di tempat itu
3. Hidup amalan masjid 24 jam

~ Amalan masjid 24 jam hendaklah dilatih ketika keluar 3h, 40h dan 4 bulan supaya apabila dah tangguh (balik), amalan ini dapat diteruskan di mohalla sendiri.

~ Di mohalla sendiri, amalan 24 jam ini hendaklah dibuat melalui syif (shift) secara bergilir-gilir.

~ Jika di mohalla, sempurnakan amalan dakwah dan infradi di masjid tetapi makan dan tidur di rumah. Kerana itu jadual perlu dibuat supaya sentiasa ada orang yg buat amal di waktu siang dan malam. Setiap org perlu dijadualkan supaya dalam 24 jam, 1/3 masa diberi utk mencari nafkah, 1/3 masa diberi utk keluarga dan 1/3 masa diberi utk amal masjid. Sptmana amalan di Masjid Nabawi, para Sahabat bergilir2 dtg ke masjid sehingga terwujud azan sebelum subuh yg menandakan waktu pertukaran syif.

~ Buang dlm fikiran kita yg mengatakan bhw amalan memakmurkan masjid 24 jam ini hanya melibatkan karkun shj tetapi libatkan semua org kariah yg dtg ke masjid.

~ Utk menjayakannya, ia tak akan berjalan dgn sempurna jika jazbah  hanya dibentuk dlm kalangan lelaki shj tetapi targhib hendaklah dibuat kpd kaum wanita di rumah juga semasa taklim rumah diadakan. Para wanita hendaklah menggalakkan suami, anak lelaki, menantu lelaki, cucu lelaki (yg dewasa) utk sama2 menghidupkan amalan 24 jam di masjid dan wanita pula wujudkan amalan di rumah.

~ Semasa amalan 24 jam berjalan, pastikan setiap masa ada org yg buat amal di dalam masjid dan juga di luar masjid. Jika munasib utk buat dakwah di luar masjid ketika larut malam pun, ia juga dibenarkan.

~ Amalan malam hendaklah dipenuhi dgn solat sunat, zikir, doa dan tilawah.

~ Utk itu semua org disarankan utk  keluar jalan kaki. Jemaah 40h dan 4 bulan (Dalam Negeri) digalakkan berjalan kaki apabila pindah dari masjid ke masjid walaupun ada yg berpengalaman 3 hari. Sebelum berpindah, targhib utk berjalan kaki hendaklah dibuat. Org tua atau yg uzur boleh menaiki kenderaan. Dan setiap jemaah yg bergerak dinasihatkan utk buat semua amalan2 di atas. Usahakan supaya duduk di masjid itu lebih dari 3 hari dan jangan pindah selagi tidak wujud amalan2 tersebut.

Inilah nasihat yg diberi ttg bagaimana cara utk meningkatkan tahap amalan di setiap masjid di seluruh negara.

Moga kita semua dapat amalkan.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir