jor qudama & ulamak 2019

Nasihat – maulana farouk bersama otj KL
02/04/2019 sri petaling

Sejauh mana keyakinan ada dlm diri kita, sejauh itulah kita akan buat usaha ini. Sekadar yakin yg ada, sekadar itulah istiqamah akan dtg. Istiqamah ialah seseorang itu mati dlm usaha. Maulana ilyas rah. kata bila dpt berita bahawa amla mati di jln Allah, yakinlah bahawa Allah telah buat keputusan utk bagi hidayat. Kamu kena bergerak di jln Allah dgn keinginan utk syahid. Dlm hati kita kena ada jazbah utk korban nyawa kita. Di mana dia meninggal, Allah akan bina mahligai drp sebiji mutiara. Tuan2 semua adalah org yg sangat bertuah. Allah s.w.t telah jadikan tuan2 otj utk kerja nabi. Kena yakin ini adalah usaha nabi2. pandangan kita mesti sentiasa kpd Allah.

Karguzari tuan2 sangat bagus. Tuan2 adalah negara pertama yg ambil takazah drp nizamuddin dan hantar jemaah ke seluruh dunia. Di sini ada satu kumpulan manusia yg sentiasa fikir mcm mana nak sempurnakan takazah nizamuddin. Kita nak wujudkan org2 macam ni di setiap masjid. Sentiasa fikir mcm mana nak sempurnakan takazah. Jgn kita rasa puas hati dan gembira dgn tahap kerja di negara kita. Bahkan kita kena fikir dan usaha mcm mana setiap negara yg berjiran dgn negara kita, negara2 dlm asia dan negara2 lain di seluruh dunia dpt dtg ke tahap usaha yg sama.

Ijtimaiyat bukan bermaksud kita bersatu atas satu2 perkara. Ijtimaiyat bermaksud apa yg ada dlm hati hadratji di nizamuddin, perkara yg sama ada dlm hati kita semua. Inilah ijtimaiyat. Satu fikir. Apa fikir yg ada di nizamuddin, fikir yg sama ada pd kita. Kalimah yg sama. Perkataan yg sama. Fikir yg sama. Org yg bertuah ialah dgn asbabnya Allah bagi hidayat pd ribuan org. Bila kita buat usaha ini sehingga menjejaskan kperluan kita, maka ini akan jadi asbab hidayat. Buat usaha hingga jejaskan keselesaan dan kerehatan kita, jejaskan hajat dan keperluan anak/isteri kita yg halal, barulah Allah akan jadikan kita asbab hidayat. Otj fikir atas apa yg difikirkan oleh otj, maka itulah akan jadi fikir org yg dibawah. Setiap org perlu dibangunkan atas maksud.

Kalau kita buat usaha atas hajat dan keperluan, samada hajat dah sempurna atau tidak, kita akan tinggalkan usaha ini. Sejauhmana basirah ada dlm otj, sejauh itulah basirah akan ada pd org dibawahnya. Basirah ialah keyakinan pd janji2 Allah. kalau kita tak nampak kesan dari usaha ini, masih kita tak boleh tinggalkan usha ini. Sptmana solat, walau tak nampak kesan dari solat, masih kita tak boleh tinggalkan solat.

Kuala Lumpur adalah pintu bagi Malaysia. Tuan2lah yg kena istiqbal org dari seluruh dunia. Kita kena sampaikan setiap perkara ke setiap masjid. Sejauh mana tuan2 buat usaha ini dgn penuh kebesaran, sejauh itulah org2 lain akan buat usaha dgn kebesaran. Dlm hati kita kena ada kebesaran dan keagongan usha ini. Dlm hati kita kena ada kebesaran dan keagongan nizamuddin. Sebelum kita hantar seseorang dari sini ke nizamuddin, kita fahamkan mereka tentang kebesaran nizamuddin. Bila sampai nizamuddin, jgn tuntut hak, kami perlu makan, tempat tidur, itu dan ini, jgn minta apa2 hak. Bila pergi tanpa ada apa2 keinginan, maka Allah akan bagi faham tuntutan takazah di nizamuddin. Hj abdul wahab rah. kata, setiap nafas yg kamu bernafas di nizamuddin jadi asbab peningkatan iman kamu. setiap debu zarah di nizamuddin penuh dgn fikir agama. Sebab pengorbanan, Allah telah jadikan nizamuddin sebagai markaz. Bayan subuh di nizamuddin adalah dakwah utk seluruh alam. duduk dgn penuh tumpuan. Bayan hidayat di nizamuddin adalah bayan hidayat utk seluruh alam. kita dengar dgn penuh tumpuan supaya kita faham nehej kerja yg sebenar. Karguzari dan wafsi di nizamuddin, secara berterusan usaha tempatan difahamkan. Kita kena duduk dgn penuh kepentingan majlis tersebut. Selepas isyak, ada taklim hiatus sahabah utk timbulkan jazbah sahabat dlm hati rakan seusaha di seluruh dunia. Duduk dgn penuh tumpuan. Apa sahaja yg diputuskan di nizamuddin, kita taat, banyak khair dan keberkatan dlm keputusan tersebut. Jemaah2 dari nizamuddin yg dihantar ke negara tuan2, tuan2 kena nusrah jemaah tersebut. duduk dgn jemaah tersebut. tengok macam mana jemaah tersebut buat usaha. Buat usaha secara amali dgn mereka.

Segala kemudahan dan kesenangan yg Allah bagi pd kita adalah utk agama. Di dunia, Allah akan bagi keberkatan. Di akhirat, ganjaran yg Allah sediakan tak dpt nak dibayangkan. Nikmat yg tak pernah dilihat oleh mata, tak pernah didengar oleh telinga, tak pernah terlintas dlm hati dan fikiran sesiapa. Usaha ni nak disampaikan ke setiap kpg, mahalah, setiap masjid dan individu. kita jumpa setiap individu dan bawa ke masjid. Pujuk rayu. Fahamkan dia supaya dpt bagi masa di masjid. Ambil nama dan masa. Usuli dia. Kita makmurkan masjid dgn amal siang & malam, 24 jam.

Berkaitan dgn usaha masturat, 
  1. keluar masturat setiap bln yg ke-3
  2. masukkan jemaah masturat ke setiap rumah org islam
  3. setiap mahalah, 30-40 rumah, ada satu taklim mingguan msturat. Usaha utk hubungkan setiap wanita dgn taklim mingguan masturat
Semua otj dtg kpd tertib 1/3, setiap thn 4B, setiap bln 10H dan setiap hari 8 jam. Kita hubungkan setiap jemaah masjid dgn mlm sabguzari. Setiap jor bulanan halaqah dibuat dgn sempurna, ambil karguzari dgn sempurna. Setiap otj sempurnakan jemaah 3H dari masjid sendiri dan baki lagi 7H sempurnakan tazakah lain. setiap thn buat jor masturat 2X utk masturat yg pernah keluar 10H/40H/2B. setiap org kena fikir utk sempurnakan takazah nizamuddin dari masjid. Setiap perkara yg telah diberitahu tadi, hendaklah kita beritahu ahlia/masturat kita di rumah supaya mereka juga ada fikir yg sama. Walaupun duduk dirumah, fikir seluruh alam.

Allah telah pilih tuan2 utk kerja agama. Buat keputusan utk jadikan kerja ini sebagai kerja tuan2. Jadikan keluar 4B setiap thn sebagai juzuk kehidupan, barulah akan rasa kemanisan iman. Kecilkan halaqah2, 12-15 masjid satu halaqah. Keluarkan jemaah2 jln kaki sebanyak mungkin supaya dpt masuk ke setiap tempat dan dpt bangunkan setiap masjid/surau. Supaya semua pusat2 maksiat dpt dihapuskan hingga ke akarnya. Semoga Allah jadikan kuala lumpur macam madinah munawarrah.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir