jor qudama & ulamak 2019

Bayan hidayat - maulana farouk
01/04/2019 sri petaling

Alhamdulillah, semata-mata kerana limpah kurnia dan taufiq dari Allah, Allah pilih kita utk keluar di jln Allah. semoga Allah terima dan qabul. Kita keluar bukan sebab duit, bukan sebab usaha, bukan sebab tertib dan aturan yg kita buat tetapi Allah yg keluarkan kita. Siapa yg Allah kehendaki, Allah keluarkan di jlnNya. Semoga Allah mudahkan dan terima pergorbanan yg dibuat utk keluar. Kita kena menghargai nikmat yg Allah kurnia ini. Apakah makna mensyukuri/menghargai nikmat ini? Menyempurnakan takazah2 yg ada dlm usaha inilah makna menghargai penerimaan Allah ini. Kita jgn lupa niat utk diri sendiri supaya kita juga dpt bahagian hidayah disamping kita usaha atas org lain. Dlm usaha ini ada beberapa amal yg akan jadi sumber hidayat. Kita nak belajar amalan2 tersebut supaya dtg hidayat kpd kita. Kita niat utk diri sendiri dan org2 yg kita jumpa. Ini adalah amalan nabuwwah. Ini adalah amalan para sahabat. Ini adalah amalan tarbiyah. Dlm amalan2 ini kita akan dpt pemeliharaan. Ini bukan amalan dari tempat yg tertentu. Ini bukan amalan yg dicipta oleh seseorang. Ini adalah amalan yg mengikut quran dan hadith. Para ambiya a.s telah letihkan diri utk amalan ini. Para sahabat telah dpt menarik khazanah Allah dari amalan2 ini. Kita kena keluar 4B setiap thn utk merasai kemanisan iman. Jadikan 4B setiap thn sebahagian drp juzuk kehidupan kita. Semua kita buat keputusan utk keluar setiap thn 4B jln kaki.

Kita keluar utk belajar usaha hidayat. Kita keluar utk usahakan org lain utk usaha dptkan hidayat. Oleh itu, perkara pertama dlm usaha ini adalah dakwah iman. Setiap org kena buat dakwah iman setiap hari. Org yg nak keluar jln Allah kena dakwah iman dan org nak balik pun kena dakwah iman setiap hari. Dgn dakwah iman, iman akan terbentuk. Bila iman terbentuk, sekadar itu amal agama akan bertambah. Sahabat kata, mula2 kami belajar iman. Kemalangan yg paling dahsyat ialah kita tinggalkan usaha atas iman. Oleh itu, perlu buat pengorbanan. Lapar dan dahaga ditanggung. Kena sabar. Banyak ujian2 yg dtg, dipukul, dihalau, dicemeti, diseret atas pasir yg panas, dibaringkan atas bara api, anak2 mengelupur, wanita2 menangis melihat kelaparan anak2 mereka. sahabat keluar dgn penuh mujahadah dan susah payah.

Iman terbentuk berkadar dgn mujahadah dan pengorbanan. Fardu ain atas setiap org utk belajar iman. Kita kena buat dgn penuh perasaan usaha ini. Kita nak fahamkan kebesaran Allah. usaha ini telah terlucut drp umat. Dlm suasana yg tak membantu kita, kita usaha atas iman, ini dipanggil ihya un sunnah, menghidupkan sunnah. Mengambil berat utk amalkan sunnah adalah alamat iman. Nafikan apa yg kita nampak. Allah yg buat segala-galanya. Asal usaha adalah dakwah atas iman. Utk usaha iman ini kita kena letihkan diri kita. Kita pujuk setiap org. kita sediakan setiap org. kita cerira kelebihan masjid dan bawa setiap org ke masjid. Ini adalah usaha yg mustaqil/berterusan. Kita jgn putus asa. Kita cerita kudrat dan kebesaran Allah.

Allah buat dgn kehendakNya. Tanpa apa2, Allah buat segala-galanya. Tanpa izin Allah, apa pun tak boleh jadi. Dari bumi tak dtg bijirin, tapi bijirin dtg drp khazanah Allah. dgn pertemuan suami isteri tak dtg anak, tapi anak dtg dari khazah Allah. sihat dtg dari Allah, bukan dari ubat. Harta tak dtg dari perniagaan, kedai tak boleh bagi keuntungan, hujan tak dtg dari langit. Semua berlaku dgn kehendak Allah. inilah mahfum kalimah lailahaillallah muhammadurasulullah. Kita ingkar semua benda, kita isbat/ikrar Allah

Semasa bagi dakwah, 3 perkara asas kena ada:
  1. makhluk bukan asal. asal ialah khalik/pencipta
  2. dunia bukan asal. asal ialah akhirat 
  3. mal/harta bukan asal. Asal ialah amal
maulana Yusuf rah. kata, satu org yg lemas. 1. kita keluarkan dia drp air  2. keluarkan air yg dia telah tertelan. Faham tuan2? Kita kena faham betul2 dan kita kena fahamkan org lain pulak. Kita fahamkan org lain bukan utk dia, tapi kita fahamkan org lain utk masukkan dlm hati kita. Kita sediakan org lain bukan utk dia, tapi utk sediakan diri kita. Dakwah utk da’i, bukan utk mad’u. Dgn mujahadah da’i. mad’u/org yg didakwahkan akan dpt hidayat. Dgn pengorbanan da’i akan dtg rahmat Allah. Maulana Ilyas rah. kata, bila pengorbanan kita sampai kpd tahap yg Allah kehendaki, maka Allah akan amkan hidayat. Janji Allah, bila bantu agama Allah, barulah Allah bantu kita. Bantu agama Allah ialah pujuk rayu setiap org, hubungkan dia dgn Allah. usaha ini bukan utk hubungkan dgn individu/sahsiah kerana individu akan mati. Dakwah kita ialah utk hubungkan manusia dgn Allah. Allah akan bersama dgn org yg bagi dakwah. Tentera2 Allah akan bersama dgn da’i. Allah dan kudratNya bersama kita. Bila akan dpt bantuan Allah? bila kita bantu agama Allah.

Bantuan Allah dan berkat adfalah 2 perkara yg berlainan. Makanan utk 4 org tapi makan 8 org, ini dipanggil berkat. Wang sedikit, masa sikit, kerja selesai, ini berkat. Bantuan Allah ialah bila kita jumpa setiap org, kita pujuk rayu dia, kita hubungkan dia dgn Allah dan Allah terima setiap perkataan kita. Bantuan Allah ialah hati2 manusia akan tertumpu kpd kita. Kita usahakan utk dpt bantuan Allah. sehingga semua hati2 manusia akan tertumpu utk buat usaha agama. Sehingga org jadi terpaksa buat usah agama. Hati yg keras pun, Allah boleh pecahkan/lembutkan dan ikut buat usaha agama. Hati manusia dlm gengaman Allah. bila Allah redho dan suka dgn usaha kita, Allah akan buat keputusan hidayat. Dgn niat inilah kita dakwah setiap org.

Kisah nabi dakwah satu org badwi. Org badwi tu minta saksi. Nabi panggil pokok. Pokok dtg membelah bumi dan jadi saksi. Kemudian pokok tu kembali ke tempat asal. Org badwi tadi ucap kalimah. Dia kata, saya akan balik dan dakwah semua kaum saya. Bila beriman sahaja, terus jazbah dakwah dtg dlm diri dia. Siapa yg ikut, saya akan bawa jumpa dgn tuan. Kalau tak ada org ikut, saya akan habiskan umur saya bersama dgn tuan. Kita semua niat utk buat dakwah sampai mati. Kita kena ada semangat mcm sahabat. Dlm apa keadaan pun kita akan buat dakwah.

Kita tak akan minta apa2 drp sesiapa. Dlm hati pun kita jgn terlintas nak minta apa2 drp sesiapa. Kita taka akan buat pembaziran dlm perbelanjaan. Tanpa izin kita tak akan guna barang sesiapa pun. Seseorang yg menjadi adat guna barang tanpa izin, di akhirat nanti dia akan dibangunkan sebagai seorang pencuri. Kita guna harta kita utk belanja kawan2 kita. Kita juga belanja org2 tempatan. Kita buat semua kerja sendiri. Kita bergerak dgn rasa berhajat. Kita bantu kawan2 kita dlm jemaah. Setiap masa kita tengok diri kita sendiri. Jgn sis2kan waktu walau 1 minit. Semasa makan, minum, tandas, keperluan2 yg lain, 1 minit pun jgn sia2. kita nak jadikan masa berharga bukan sekadar habiskan masa.

Maulana Yusuf rah, kata, 3 musuh akan bersama kamu semasa keluar di jln Allah:
  1. nafsu
  2. syaitan
  3. tabiat/adat buruk dlm diri
org yg dpt jaga semua ini akan maju dlm usaha agama tapi sebaliknya, kalau tak jaga, dia akan maju dlm kerosakan dan dia sendiri pun tak sedar yg dia dah rosak. Kita berada di jln yg sangat penting. Kita sedang buat usaha yg sangat besar. Tuan2 keluar dgn penuh pengorbanan. Tuan2 tinggal anak/isteri. Tinggalkan kerehatan, tinggalkan asbab keperluan. Banyak kesusahan yg tuan kena bersabar. Jangan takut. Jangan takut dgn sejuk dan panas. Jgn takut dgn kurang makan dan tidur.  Kita keluar bukan utk makan dan tidur. Kita keluar utk buat usaha yg sangat besar. Kesusahan yg kita lalui di jln Allah akan menarik tarbiyah dan hidayat drp Allah. jgn takut dgn ujian. Bila dtg ujian kita yakin pasti akan dtg bantuan Allah. ujian adalah utk tarbiyah. Ujian dari kawan2. ujian dari org tempatan, sakit. Jgn takut. Yakinlah kita akan dpt ganjaran. Sedikit sahaja kesusahan dtg kpd org mukmin, Allah pasti bagi ganjaran. 1 mint sakit kepala, Allah ampunkan semua dosa2 yg lalu. 1 hari demam dan bersabar, Allah ampunkan dosa seumpama baru lahir dari perut ibunya. Ujian2 di jln Allah, kita kena terima dgn senang hati.

Sahabat keluar di jln Allah di bln Ramadan. Panas terik, tiada makanan. Berjalan kaki. Debu2 yg melekat di anggota badan, akan diharamkan dari asap api neraka. Luka di jln Allah, di akhirat nanti darah tersebut akan jadi wangi seumpama kasturi. Debu2 akan ditimbang dan ditukarkan dgn kasturi. Semoga Allah bagi kita keghairahan utk keluar di jln Allah. kalau kita semua ada keyakinan dgn janji2 Allah, maka kita semua nak mati di jln Allah.

Beruntunglah tuan2 yg nak keluar di jln Allah. Allah berkati tuan2 yg nak keluar di jln Allah. kita nak hargai keluar ini. Dimana kita pergi, kita akan buat kerja dgn penuh tumpuan. Kita nak sediakan setiap individu. Maksud drp usaha ini kita nak hidupkan setiap sunnah. Semua sunnah2 yg dah mati nak dihidupkan kembali. Kita keluar masjid dgn cara sunnah. Pakai kasut dgn cara sunnah. Naik kenderaan dgn cara sunnah. Semua amalan yg dibuat oleh sahabat, kita nak buat. Kita tidak bergerak dgn pengalaman. Kita nak ikut cara perjalanan sahabat. Kita kena yakin semua yg kita buat ini adalah apa yg dibuat oleh sahabat.

Dlm safar kita buat amal. Solat berjemaah, taklim dan taklum, ikram dan khidmat, zikir dan ibadat. Siang pujuk rayu manusia dan letihkan diri. Waktu malam merayu pd Allah. Siang atas kuda, mlm atas sejadah. Org yg buat dakwah dgn betul, maka doa dia pun akan jadi betul. Dlm usaha ini, letihkan diri dituntut dan disukai. Siang letihkan diri dgn dakwah, mlm letihkan diri dgn ibadat.

Dlm safar sentiasa berwuduk. Jadikan kebiasaan/adapt, sentiasa berwuduk. Org yg berwuduk dlm ibadat. Wuduk adalah perisai. Nabi dengar tauk langkah bilal dlm syurga. Apa amalan kamu? setiap kali wuduk saya batal, saya ambil wuduk dan solat beberapa rakaat. Bergerak sambil beramal. Masuk kpg baca doa. Masuk masjid cara sunnah. Letak barang2 satu tempat dan tutup dgn kain. Solat sunat 2 atau 4 rakaat. Kemudian duduk dlm mesyuarat. Mesyuarat yg sempurna bila ada org tempatan bersama. Mesyuarat adalah nama bagi fikir. Mesyuarat bukan hanya pembahagian kerja. Dgn keilhklasan kita, Allah akan campak fikir dlm hati kita. Kita tawajjuh. Kita dengar ehwal tempatan. Ambil pandangan dari kawan2 kita. Kalau tak ambil pandangan, bagaimana nak ambil kerja drp mereka. kemampuan kawan2 dpt dizahirkan. Mesyuarat adalah amalan yg sangat penting. Sehingga amal dlm rumah pun kena meyuarat. Mesyuarat masjid, mesyuarat halaqah, mesyuarat markaz, mesyuarat negara, mesyuarat dunia. Mesyuarat jadi asbab menarik tumpuan Allah dan menarik bantuan Allah. mesyuarat dgn penuh fikir. Kemudian bahagikan amal2 dgn kawan2. setiap org dgn bergilir2 buat semua amal. Org lama bawa org baru sama2 buat kerja. kita kena hargai org baru. Mereka keluar dgn pengorbanan. Org lama kena bersyukur kerana org baru ada bersama kita. Sibukkan semua kawan2 kita dgn amal. Dlm muzakarah ajar kerja. secara amali pun ajar kerja. Contoh, hari ni saya jadi mutakallim, kamu ikut dan dengar. Esok kamu jadi mutakalim. Tengok cara buat mesyuarat, satu hari nanti kamu bawa jemaah, beginilah cara mesyuaratnya. Berurusan dgn kawan2 dgn kasih sayang. Kita ambil pandangan dan kita hargai pandangan mereka. Jangan tekan syor, bila tekan syor tanda ada kibir dlm hati.  Menekan syor akan memecahkan kesatuan. Kena berjaga2. Jgn pecahkan ijtimaiyat kita. Hati yg pecah tak boleh bawak apa2 spt bekas yg bocor.

Setiap ahli jemaah kena kuasai 3 perkara:
  1. taklim
  2. khidmat
  3. khususi mulakat 
khidmat, kita buat sndiri. Jgn bagi peluang pd org tempatan mereka khidmat lebih dulu drp kita. Nabi s.a.w sendiri buat khidmat, cari kayu api. Taat pd amir, ini adalah khidmat pd amir. Khidmat pd kawan2. jgn lupa pd diri kita sndiri. Jgn lupa pd org tempatan. Jgn biarkan kawan kita menangis. Jgn sibuk dgn amal2 org lain tapi amal sendiri tak buat. Jgn sampai kita dpt usaha org tempatan keluar jln Allah tapi kawan kita dlm jemaah cabut lari. Bila kita buat semua amal dgn sungguh2 dan letihkan diri, maka sayang pd usaha agama akan masuk dlm hati. Sayang pd amal akan masuk dlm diri kita. Nur amal akan masuk dlm diri kita. Basirah/keyakinan amal akan masuk dlm hati. Bila dtg basirah, maka istiqamah akan dtg dlm amal.

Kita duduk dlm taklim dgn mujahadah. Kita dengar seolah2 nabi sendiri yg baca hadith tersebut. kita duduk dgn adab. Duduk tahiyat. Agama adalah adab. Kita nak amal semua sunnah. Kemudian buat halaqah tajwid. Kalau ada 1 org sahaja yg boleh baca quran dgn baik, buat satu halaqah sahaja. Ini bukan halaqah baca dan dengar tapi halaqah belajar dan betulkan. Fatihah kena betul supaya solat kita sah. Bila solat betul maka seluruh kehidupan kita akan jadi betul. Semua org kena cakap 6 sifat setiap hari. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir