jor qudama & ulamak 2019

Bayan maghrib – mufti riasat
31/03/2019 sri petaling

Allah maha sempurna dari segi sifat dan zatNya. Allah tidak terikat dgn asbab spt kedai, pejabat atau apa2 usaha dan asbab. Dgn qudratNya, Dia cipta dan tadbir makhluk dan alam ini. Rob bukan hanya lafaz tapi hakikatnya. Allah Maha pemelihara. Allah lakukan dgn QudratNya. Allah tak perlu asbab nak pelihara seseorang. Allah  tak perlu doktor untuk sembuhkan sakit. Allah tak perlu pejabat untuk sempurnakan sesuatu. Allah tak perlu kedai untuk sempurnakan hajat. Setiap makhluk berhajat pd Allah. Allah tak perlu pd mana2 makhluk. Allah tak perlu pd Malaikat. Allah jlnkan nizamNya dgn perantaraan Malaikat. Dgn perintah Allah, Malaikat lakukan sesuatu. Nizam Allah sgt sempurna tak pernah pincang atau cacat. Nizam Allah tak pernah kelewatan. Kita beriman dgn Malaikat dgn Nizam Allah. Begitu juga beriman dgn kitab, yakin dgn qanun atau peraturan Allah. Tidak berubah qanun atau undang-undang Allah sampai bila2. Qanun atau undang2 manusia boleh berubah2, bila tukar pemimpin ia akan tukar undang2 lain pulak. Allah Maha Razik, selain Allah perlu rezeki dari Allah. Allah Maha Pemelihara, selain Allah perlu dipelihara oleh Allah. Makhluk sentiasa berhajat pd Allah. Dlm setiap ehwal dan keadaan ia berhajat pd Allah. Hatta Jibril yg besar itu pun  berhajat kpd Allah.

Ada 3 makhluk yg besar:
1. Insan. ada baik dan buruk. Jika tidak diusahakan jd baik, ia akan lebih teruk dari binatang. Jika diusahakan jd baik ia akan jadi lebih baik dari malaikat.
2. Malaikat. semua baik. tak pernah lawan perintah Allah. Menjalankan perintah Allah tanpa soal.
3. Jin. ada baik dan buruk. tapi buruk lebih banyak dari baik.

Allah tak berhajat pd ketiga-tiga diatas. Allah boleh guna makluk lain. Namrud raja yg hebat dibinasakan hanya guna nyamuk yg tempang. Abrahah dihancurkan hanya guna burung kecil abaabil. bawa batu kecil saja tentera Abrahah binasa. Burung, batu, nyamuk tiada kuasa tapi dgn perintah Allah. Satu org makan ubat, ia sembuh, bukan ubat bg sembuh. Syifak dari Allah bukan pd ubat. Disebalik kuasa yg kita nampak, dibelakangnya ada Qudrat atau kuasa Allah. Nabi Musa sakit, Allah perintah makan satu jenis akar kayu. Dia makan dan  sembuh. Di masa yg lain, Nabi Musa sakit lagi, beliau terus ambil akar kayu tersebut tapi tak sembuh. Beliau mengadu pd Allah, Allah kata sembuh atau syifak dari Aku bukan pd asbab akar kayu.

Namrud kerah rakyat kumpul kayu api, nak bakar Nabi Ibrahim. Api terlalu panas, burung pun tak berani lalu atasnya. Nak campak Nabi Ibrahim pun kena  guna alat manjenik. Api tak boleh membakar, ia bergantung pd perintah Allah. Dtg perintah Allah, Wahai api, Sejuk dan sejahtera kpd Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim duduk dlm api spt duduk dlm syurga kerana perintah Allah sejuk dan sejahtera kpd Ibrahim.

Begitu juga kisah Nabi Musa ketika dikejar Firaun, dtg perintah Allah suruh pukul dgn tongkat ke laut. Allah dtgkan perintah bertentangan dgn akal. Ayat quran tentang ruh. mereka bertanya tentang apa itu Ruh. katakanlah Ruh adalah perintah Allah. Kita lihat bila ruh tercabut, kaki tak boleh jln, mata tak boleh lihat, Bila roh tiada semua tak boleh berfungsi. Bila Nabi Musa di suruh pukul laut, ikut akal apalah ada dgn pukul laut, hanya air akan berkocak. tapi ini perintah Allah suruh pukul laut, walaupun bertentangan dgn akal maka  terbelah laut jadi 12 lorong. Allah selamatkan Musa dan pengikutnya, Firaun dan tentera dihancurkan dgn air laut yg sama.

Bila kita kata Allah yg  buat dgn perintahnya bukannya  asbab, maka org akan kata kita gila. Bila Nabi dakwahkan org quraish, bagitahu bukan asbab yg selesaikan masalah, maka mereka kata Nabi gila, Mereka kata 360 berhala tak boleh selesai masalah mana mungkin Allah yg satu boleh selesai masalah. Inilah hakikatnya bila kita dakwahkan kekuasan Allah, org akan kata kita gila.

Keyakinan yg di bawa oleh nabi2 ialah selesaikan masalah dgn amal iaitu perintah Allah, bukan asbab. Selesai masalah dgn asbab adalah yakin yg salah, itu adalah yakin  org kafir. Bila asas ini tak betul apa2 takaza agama kita tak boleh buat. Bangunan perlu asas yg kuat. Kalau faundation tak kuat, bangunan tak boleh tegak lama akhirnya ia akan tumbang. Iman dgn yakin yg betul.  sifat perlu yakin yg betul. Ini perkara asas. Setiap hari kita perlu dengar taklim untuk dtgkan yakin yg betul. Ini perkara asas. Bila yakin betul, takaza agama  akan dpt dilaksanakan. Jika asas yakin ini tak betul, apa2 takaza kita akan lihat pd asbab dan takaza tak dpt dipenuhi.

Org lama dari segi sifat bukan dari segi  masa lama dlm dakwah. Akhlak nabi,  boleh  bersatu dan menyatukan. Akhlak Nabi org suka nak duduk dgnya, org kafir pun suka nak duduk dgn Nabi. Sifat kebaikan dan akhlak yg betul, kita kena usahakan. Setiap org kena usahakan sifat dan akhlak spt akhlak nabi saw. Rakan seusaha, org lama, perlu sentiasa baik didepan dan di belakang orang. lebih2 lagi bila ia berseorangan, kena ada rasa  takut pd Allah walaupon org tak nampak apa dia buat. .

Ada 3 peringkat akhlak:
1. hasanah
2. karimah
3. azimah

Akhlak azimah, org buat jahat, balas dgn kebaikan. Kisah Zaid bin Saanah, seorang  pendita Yahudi, nak uji tanda2 kenabian, Dia bagi hutang pd Nabi, sebelum tiba masa utk bayar,  dia dtg tuntut hutang dgn kasar. Umar marah dan  minta izin nak bunuh. Nabi tak bagi. Malah Nabi suruh Umar bayar hutang tersebut  lebhkan 20 gantang. Akhirnya dia masuk Islam dgn akhlak ini.

Satu kedai, buat iklan kebaikan brg2 dlm kedai. org akan pergi beli brg2 yg baik itu. Begitu juga bila org Islam amalkan dgn sifat2 mulia, org akan dtg pd Islam, berbondong2 org dtg pd Islam. Bila usaha dakwah tak dibuat, org bukan islam tak jadi nak masuk Islam. Org bukan Islam baca buku islam, mereka kata islam bagus, tapi  bila lihat akhlak, muamalat, muasyarat org islam teruk, mereka tak jadi masuk Islam..

Org Islam bila tiada dakwah, ibadat rosak, muamalah rosak, muasyarah rosak, Ibadat tiada roh. Ini kesan bila dakwah ditinggalkan. Bila Nabi wafat, dakwah tiada, umat atau kaum akan rosak. Selepas Nabi Isa, tiada dakwah selama 570 tahun, dakwah terhenti, maka yakin manusia jadi salah, berhala 360 wujud depan kaabah. Zaman Nabi Musa, kaumnya ditinggalkan 40 hari saja, Nabi Musa pergi jumpa Allah, dakwah terhenti, ramai pengikut Musa murtad, sembah lembu. Kesan bila dakwah di tinggalkan, maka iman, ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak semua akan rosak.

Menjalankan kerja dakwah adalah satu kefarduan, perintah Allah. Sebagai mana solat, puasa, haji adalah fardu. Bina iman dlm diri adalah fardu. Allah akan tanya di akhirat. Kalau sempurna amalan fardu dakwah ini, insyaAllah kita akan selamat. Kalau tidak sempurna, kita akan susah. dakwah sama kefarduannya dgn solat, puasa dan lain2 amalan. Semuanya adalah perintah Allah yg perlu disempurnakan dan akan ditanya di akhirat. Kita kena sempurnakan solat, kalau tidak kita akan ditanya. Begitu juga dgn dakwah, kita akan ditanya tentang kesempurnaannya.

Jika kita lihat, beberapa zaman yg lalu, usaha dakwah  hanya berjalan ikut masa dan bangsa dan tempat tertentu. Mmg sejarah ada tertulis. Tetapi Maulana Ilyas telah letak usaha ini dgn bergerak ke seluruh dunia tiada sempadan bangsa dan tempat. Asobiah adalah racun bakteria yang sgt bahaya. Usaha ini  adalah untuk satukan umat di bawah  satu amir. Ada 30 negara hadir di jor ini. Mcm2 negara ada. Thn lps dari Ijtimak Malaysia saja 299 jemaah di hantar ke 90 negara. Perkara ini tak pernah berlaku sebelum ini. Satu kerja yg besar telah berlaku sekarang. Satu cara, satu fikir, dibawah satu amir bergerak keseluruh dunia. Bukan senang nak wujudkan usaha sebegini melainkan dgn pengorbanan yg tinggi. Jemaah 4bulan, 40hari, dihantar keseluruh dunia, begitu indahnya usaha ini. Bergerak dgn satu cara, satu fikir menyatukan umat di  seluruh dunia.

Maksud kerja ini bukan memenagi mana2 negara, tapi maksud adalah nak hidupkan agama dan usaha agama. Mauud adalah janji Allah. Seperti Rom, Parsi jatuh pd sahabat - ini mauud atau janji Allah tapi bukan maksud. Sahabat buat pengorbanan tanpa fikir nak dpt mana2 negara. Buat usaha ini sebagai sebahagian dari juzuk diri kita. Kita akan dpt kemanisan iman. Kita org lama, saf pertama. Saf pertama kena betul, baru saf belakang akan betul. Kita kena korbankan harta dan diri untuk usaha ini. Keadaan susah dan senang akan berubah, perintah Allah tak berubah. Keadaan di datangkan  untuk uji dan  majukan kita. Org akan makin hampir dgn Allah bila dia istiqomah. Ada masalah bawa ke halqah, tak selesai  bawa ke markaz, tak selesai bawa ke Nizamudin. Disana akan diputuskan. Usaha ini kena dibuat dgn rasa sayang pd usaha yg mulia ini, hatta nyawa kita akan di bagi untuk usaha ini sama spt Nabi dan sahabat bagi nyawa dan harta untuk usaha ini.

Jemaah ijtimak yg sebenar ialah jemaah yg dtg dgn niat hadir ijtimak saja tapi dia sedia keluar tunai tanpa persiapan, maka iman ia akan naik. Siapa sedia 4 bulan, 40 hari, bangun bagi nama…

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir