jor qudama & ulamak 2019

Bayan maghrib - maulana farouk
30/03/2019 sri petaling

Satu perkara yg pasti, Allah bagi hidayat pd siapa yg Dia kehendaki. Allah s.w.t berkuasa atas setiap sesuatu. Allah yg lakukan segala-galanya. Allah buat apa sahaja yg Allah nak buat. Allah buat dgn kudratNya sendiri. Allah buat segala-galanya tanpa sesuatu. Tanpa benda, Allah boleh wujudkan benda2. Semua makhluk berkumpul tak boleh buat apa2 tanpa Allah. Allah khaliq/pencipta. Allah dgn kudratNya telah cipta langit. Langit tak tercipta dgn sendirinya. Allah cipta bumi dgn kudratNya. Keyakinan ini kena diwujudkan dlm hati kita. Yakin manusia rosak sebab penglihatannya. Allah zahirkan sistem dunia utk uji manusia. Maulana Yusuf rah. kata, apa sahaja yg kamu nampak kena terus nafikan, kalau tidak ia akan masuk dlm fikiran kamu dan akan rosakkan keyakinan dlm hati kamu. Apa sahaja yg kita nampak kena nafikan, cahaya tak dtg drp matahari, langit tak boleh turunkan hujan, tanah tak boleh tumbuhkan tanaman, pokok tak boleh keluarkan buah-buahan, ubat tak boleh sembuhkan penyakit, kerajaan tak boleh buat apa2, tentera tak boleh buat apa2, bilangan tak boleh buat apa2, kekuatan tak boleh buat apa2, akal tak boleh buat apa2, pengalaman tak boleh buat apa2, semua benda2 tak boleh buat apa2, Allah yg buat segala-galanya. Lailahaillallah, hanya Allah yg layak disembah. Bila nafikan asbab barulah akan dtg keyakinan pd Allah. Kita boleh guna asbab tapi asbab tak boleh masuk dlm hati kita. Bila asbab masuk dlm hati, maka ia akan jadi kebinasaan dan kemusnahan kita. Bila tiada yakin dlm hati, maka akal akan rosak.

Dgn perantaraan dakwah, satu org akan hampir dgn Allah. Hari ni kita semua telah tinggalkan dakwah infradi, maka kita semua telah jatuh dlm fitnah. Walaupun kita buat amal tapi amal kita tiada yakin. Kerosakan yg berlaku hari ni kerana kita telah tinggalkan kerja dakwah. Bila kita mendatangi org yg jauh dari agama, maka akan dtg dlm diri kita fikir risau tentang agama. Dlm usaha ini, kena pergi jumpa manusia. Bila satu org islam ziarah satu org islam yg lain, 70,000 malaikat akan doakan utknya. Mizaj sahabat, mereka pujuk rayu setiap org. dlm hati mereka tidak ada perasaan takut pd ghairullah. Dgn perantaraan dakwah, mereka jadi org yg sempurna. Dakwah infradi adalah usaha yg asas. Dgn dakwah, iman, amal dan akhlak akan jadi sempurna.

Sahabat2 telah pujuk rayu manusia supaya duduk dlm halaqah iman. Abdullah bin rawahah, abu hurairah dan muaz bin jabal telah ajak org diluar masjid bawa ke masjid dan duduk dlm halaqah iman. Kita letihkan diri utk bagi dakwah. Kita dakwah setiap org. Dimana sahaja kita berada, kita buat dakwah. Kita jadikan kpg kita macam madinah munawarah. Masjid dan rumah dihidupkan dgn amal. Bila kita hidupkan amal di masjid siang dan malam, maka Allah akan hidupkan amal di rumah dan agama akan tersebar ke seluruh kampong sehingga wujud suasana agama, dan org yg benci dgn islam pun akan dpt hidayat. Inilah yg berlaku di madinah di zaman nabi s.a.w. Apa kita patut buat? Kita kena buat macam sahabat2 telah buat. Kita kena bagi masa lapang kita utk masjid. Bukan 1 jam atau 2 jam tapi bagi semua masa lapang kita di masjid. Ini akan menghapuskan segala kerosakan di luar sana. Jemaah masjid adalah setiap org islam yg ada dlm mohallah tersebut. Kita kena wujudkan dlm hati setiap org islam kerisauan kemunduran agama di seluruh dunia dan wujudkan kerisauan utk hidupkan agama di seluruh dunia.

Macam mana nak tahu jemaah masjid kuat? Jemaah masjid kuat bila jadi macam hari kewafatan nabi s.a.w, Abu bakar r.hu telah hantar semua org lelaki akil baligh keluar di jln Allah, tidak ada satu org pun tinggal di madinah. semua keluar di jln Allah. Usaha utk memakmurkan masjid adalah usaha yg mudah. Bawa org di luar masjid ke dlm masjid dan jgn biarkan masjid kosong drp amal. Org yg kita bawa ke masjid, dakwah dan sediakan dia, ambil nama, minta azam dan niat, tanya dia bila dia sedia bagi masa hari2 di masjid. Bawa perkara ni dlm mesyuarat. Kita tunggu dia atau usuli dia pd masa tersebut dan gunakan dia. Inilah t/jawab kita. Jumpa setiap org dan bawa setiap org ke masjid. Semua org islam dihubungkan dgn masjid. Siang-malam kita hidupkan masjid. Bila jemaah dtg ke masjid kita, kita gunakan jemaah itu utk buat usaha. Inilah penyelesaian bagi segala fitnah. Hidupkan amal sepanjang malam, tertibkan. 10-2 mlm, 12-2am, 2-4am, 4-6am, bahagi2kan masa dan org.

Buat tertib macam sahabat, 8jam, 10jam, 12jam bagi masa di masjid. Separuh siang cari rezeki dan separuh siang lagi hidupkan amal masjid. Separuh malam utk keluarga, separuh malam lagi utk hidupkan amal masjid. Masjid yg dah ada amal memakmurkan masjid (AMM), bagi t/jawab utk buat AMM di masjid yg belum ada AMM. Pergi ke sana dan buat usaha secara amali.

Bawa semua jemaah masjid ke mlm sabguzari (mlm markaz). Hari ni kita ingat dah buat usaha. Tapi kita cuma sampaikan pesanan. Yg dikehendaki ialah buat usaha, pergi jumpa, pujuk rayu, sediakan dia dan pd mlm sabguzari pergi ambil dia dan bawa dia bersama2 dgn kita. Jgn bawa yg belum keluar, org2 baru hubungkan dgn amal masjid. Mlm sabguzari bukan utk bayan, makan dan tidur. Mlm sabguzari ialah mlm utk berjaga malam. Mlm sabguzari pun kita kena bahagi2kan masa. Setiap halaqah diberi masa supaya sepanjang malam hidup amal. Contoh utk hidupkan masjid 24jam dibuat pd mlm sabguzari. Ambil kehadiran. Masjid mana yg tak dtg. Usuli mereka supaya dpt dtg minggu berikutnya. Minta laporan seminggu, apa hasil usaha dah buat. Org yg bagi bayan pd mlm sabguzari ialah org yg buat pengorbanan dan dia sediakan org lain utk buat pengorbanan. Bagi takazah pd setiap masjid dan individu. Mlm sabguzari ialah mlm utk ambil takazah. Sahabat risau mcm mana nak sempurnakan takazah sehingga tak makan, tak tidur. Org2 baru yg lihat kerisauan org2 lama, maka mereka akan terkesan dan akan balik dgn niat balik utk buat usaha. Setiap wajah karkun2 lama kena dizahirkan fikir risau tentang kemunduran agama di seluruh dunia dan terserlah kerisauan utk hidupkan agama di seluruh dunia. Semua kena bangun mlm dan menangis di depan Allah. Bayan subuh pula ialah utk fahamkan rakan2 seusaha tentang kerja.

Maulana ilyas kata dtgnya org baru berterusan dlm usaha ini dan org lama tinggalkan usaha, ini bukan kemajuan dlm usaha tapi kemunduran dlm usaha. Bila satu org di barat tinggalkan solat dan kita yg duduk di timur, tak ada kerisauan, ini bermaksud ijtimaiyat umat ini telah hilang. Kerana tiada ijtimaiyat, maka bantuan Allah telah tertarik dari umat ini.

Jor bulanan halaqah ada banyak kebaikan tersembunyi. Jor bulanan halqah adalah perantaraan utk sampaikan agama ke setiap kpg, setiap masjid, setiap rumah dan setiap individu. Dgn jor halqah akan dpt dengar karguzari dari setiap masjid. Ambil kehadiran. Bila ada kekurangan dlm kehadiran, semua kena fikir dan risau. Kena usahakan semua 100% rakan seusaha dpt hadir. Masjid yg tak dtg kena pergi ziarah dan bagi karguzari pd mereka dan bagitahu tarikh jor bulanan yg akan dtg dan usaha atas mereka supaya dpt hadir jor bulanan halqah akan dtg. Otj halqah kena dengar karguzari setiap masjid. Ucap syabas pd mereka atas apa yg mereka dah buat dan apa yg kita nak mereka buat kita bagi targhib. Setiap amal kita kena tanya dlm karguzari. 1. Berapa org buat? 2. Macam mana buat? Berapa org duduk mesyuarat harian dan mcm mana buat mesyuarat, berapa org duduk taklim dan mcm mana buat taklim, begitulah juga dgn gasht, usaha masturat, jemaah 3H, AMM, usaha pelajar. Kita kena buat usaha spt mana sahabat telah buat.

Selepas ambil karguzari, satu org lama kena bagi targhib antara 45 minit – 1 jam. Bagitahu kelebihan usaha. Bagitahu tentang pengorbanan para sahabat. Bagitahu keadaan2 di seluruh dunia. Sediakan mereka tunai utk pergi ke seluruh dunia. Sediakan mereka utk keluar dgn masa yg tidak terhad dan belanja yg tidak terhad. Bagi takazah pd setiap masjid, 4B negara jauh, 4B jln kaki, etc. Kemudian duduk ikut masjid dan buat azam dlm masa sebulan apa usaha nak buat dan nak capai. Kumpul semua azam. Masjid yg kuat diberi t/jawab utk usaha atas masjid yg lemah. Hantar jemaah 3H, buat 2½ jam dan 2nd gasht. Halaqah yg kuat bantu halaqah yg lemah. Bantu utk buat jor halaqah mereka. Berterusan selama 6 bln utk bantu tempat yg lemah. Bila otj ambil fikir ini, maka Allah akan ambil kerja drp mereka. Jgn tunggu org buat, kita mulakan dulu, maka Allah akan bantu. Setiap bulan ambil karguzari. Berapa banyak usaha kamu telah bangunkan di tempat lemah tersebut. Kita bagi takazah dan tanya apa usaha dah buat utk sempurnakan takazah tersebut.

Dlm jor halaqah kena ada taklim hayatus sahabah dan perlu dibuat dgn penuh ihtimam. Kalau dlm halaqah kita tak ada ulamak 1 thn yg boleh baca hayatus sahabah, kita pergi ambil mereka dari halaqah lain walaupun jauh 40-50km. ambil dan hantar mereka. Dgn perantaraan taklim hayatus sahabah, maka rakan2 seusaha akan dpt jasbah sebagaimana jasbah para sahabat. 2 faedah akan dpt:
1. buat pengorbanan  dan tambah pengorbanan berterusan mcm sahabat 
2. akan timbul perasaan menyesal/bersalah kerana tak dpt buat usaha sebagaimana sahabat buat usaha. Perasaan bersalah ini akan menyebabkan kita makin hampir dgn Allah.

Tahap pengorbanan kita hendaklah bertambah. 40H kpd 4B. 4B kpd 6B (4B keluar, 2B tertib nizamuddin), 3H kpd 10H, 2½ jam kpd 8 jam. Kita juga kena keluar jln kaki di jln Allah. jln kaki bukan sebab tak ada duit. Jln kaki sebab kita nak sifat2 sahabat dtg dlm diri kita. Dgn kesenangan, kekufuran akan tersebar. Dgn kesusahan/pengorbanan, hak akan tersebar. Setiap rakan seusaha kena jaga nisab tahunan. Org lama 10X ganda kena buat usaha.

Tashkil pertama: niat sungguh2 dlm hati, nak bagi masa 8 jam setiap hari, nak hidupkan amal di masjid

Tashkil kedua : niat sungguh2 dlm hati, nak bagi masa 10H setiap bulan. 3H bersama mahalah. 7H lagi dgn tkazah yg diberi oleh halaqah.

Tashkil ketiga : yg dtg nak keluar 40H/4B, sedia keluar jln kaki

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir