M3BM - bentang takazah

01/11/2019 - Hj muharram

Alhamdulillah, dgn kasih sayang dan kerahiman Allah, telah menanugerahkan kita kerja yg sangat besar. Kerja nabi s.a.w. kerja yg akan menyelesaikan segala masalah umat. Masalah individu, masalah keluarga, kampong, daerah, negeri, negara, seluruh alam, masalah dunia dan akhirat. kita buat kerja ini utk bina iman kita. bukan utk org lain. perkara yg  diyakini akan jadi mudah utk kita buat. Asas kerja ni ialah kita kena bagi pengorbanan. Mengorbankan keinginan kita semata-mata kerana Allah.

Utk memahami kehendak Allah dan rasul, kita kena buat 2 perkara:
1. khuruj fisabilillah. berterusan keluar di jln Allah.
2. amal makami. berterusan bawa org kpd amal masjid, amal rumah, maktab

Para sahabat sangat memahami kehendak kerja. bila wafat nabi s.a.w, berlaku kekecohan, ada yg murtad, tak nak keluarkan zakat, nabi palsu, ancaman dari rom dan parsi. Abu bakar r.a kata, adakah agama akan berkurangan semasa aku hidup. Keselamatan dan kejayaan ialah bila kita jaga agama. Umat islam akan dpt bantuan Allah. Apa Abu bakar r.a buat, beliau telah kosongkan  madinah. penyelesaian umat ini ialah kita kena mengutamakan khuruj fisabilillah. Semua kena keluar di jln Allah. yg tinggal cuma wanita, kanak2, org tua, org uzur.

Kalau ikut pengalaman, bila nak kena serang, kita patutnya bertahan. Tapi ikut sunnah dan sirah tidak begitu. Usaha agama tidak ikut kepandaian dan pengalaman. Abu bakar r.a perintah semua keluar di jln Allah. hatta, kalau semua yg tinggal di madinah, isteri2 nabi di bunuh, tiada org nak kebumi, dtg serigala menggonggong mayat2, aku lebih rela drp agama berkurangan. Begitu sekali keyakinan beliau menyempurnakan takazah agama.

Masalah kita yg sebenarnya ialah kita tak keluar di jln Allah. org islam kena mengutamakan keluar di jln Allah. bila ada takazah, kena keluar di jln Allah. takazah ada di seluruh dunia. Semasa perang tabuk, 30,000 pergi, hanya 3 org tak pergi. Perang tak jadi. Sepatutnya tak jadi masalah, tapi Allah tak terima. Apa jadi? Mereka telah dipulaukan selama 40 hari, nabi pun tak jawab salam mereka. bukan tak nak keluar tapi menangguhkan utk keluar sehingga jemaah balik. Ini mengundang kemurkaan Allah. 10 hari lagi dipisahkan drp isteri. Selepas 50 hari baru dpt keampunan dari Allah. ini pengajaran utk umat sehingga hari kiamat.

Kita bukan sahaja kena taat perintah Allah, bahkan kita kena menyegerakan perintah Allah walaupun perintah Allah dtg dlm keadaan tak sedia. Contoh, perintah utk tukar kiblat dari baitulmaqdis ke baitullah. Inilah ketaatan. Apa yg nabi buat, itulah yg sahabat buat. Akan dtg bantuan Allah. Semasa haji widak, 124,000 sahabat telah berhimpun. Kamu hendaklah sampaikan kpd yg lain. walaupun beribadat di mekah dan madinah dpt ratusan/ribuan pahala, mereka tetap keluar jln Allah. hanya 10,000 sahaja kubur sahabat di mekah dan madinah. lagi 114,000 bertebaran seluruh alam.

Org Malaysia banyak kekurangan, tapi Allah nak bagi kita peluang. Nikmat yg Allah bagi kena guna utk agama. Visa percuma, boleh pergi banyak negara. Kita jadi asbab utk agama bangun di negara2 seluruh dunia. Kita rapat dgn nizamuddin. Kita ikut nehej nizamuddin. Allah bantu kita. kena betulkan kerja, maka hasil akan dtg. Nehej kerja ikut sunnah dan sirah. Kita kena sediakan diri kita utk pergi ke semua masjid di seluruh dunia.


Jgn ada apa2 kepentingan dlm kerja ini. Takut Allah tak terima. Buat semata2 kerana Allah, nak tegakkan kalimah Allah, org yakin pd Allah, ikut sunnah nabi s.a.w, masjid 24 jam, di rumah2 ada amal masjid, org kembali kpd Allah dlm keadaan Allah redho dgn kita. Semua sedia, insyaAllah. 

8 region (nov 2019 - nov 2020) 

1. Afrika - 300j
2. Eropah - 120j
3. Amerika utara - 120j
4. South pasifik - 80j
5. Amerika selatan - 20j
6. Arab - 40j
7. Far east/asean - 140j
8. China - 80j

Total : 900j

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir