Bentang takazah: kapt nuruddin

Mesyuarat bulanan KL - 10/11/2019

Penyempurna segala takazah agama adalah Allah s.w.t sendiri. Kita hanya boleh merayu pd Allah utk gunakan diri kita dan sediakan org lain. tidak ada satu makhluk pun yg sempurnakan takazah agama. Allah s.w.t ada kerajaanNya sendiri. Allah milik mutlak usaha agama. Usaha agama tak tertakluk pd sesiapa. Allah pelihara setiap waktu. Sangat salah, fahaman yg kita ada, perlu ada org lama, perlu pengalaman, perlu kepandaian, perlu ilmu, ini semua tak perlu. Yg perlu ialah kemahuan dan kehendak hati. Selepas nabi s.a.w wafat, agama tak mati, bahkan agama tetap akan maju. ini cara Allah. agama tidak ikut cara tertib dunia.

Nabi s.a.w adalah nabi yg terakhir dan kita adalah umat yg terakhir. t/jawab kerja agama telah diberi pd umat akhir zaman, dan kita akan ditanya oleh Allah di padang mahsyar. Ini amanah. Inilah maksud umat ini. Tidak akan ditanya langsung pasal dunia. Allah tak nak kita ada hubungan dgn dunia ini. Yg akan ditanya hanya amanah agama. Mcm mana nak jawab. mlm yg paling genting ialah mlm pertama dlm kubur. Hari yg paling genting ialah hari pertama di padang mahsyar.

Soalan dlm kubur bukan siapa tuhan kamu. apa tuhan kamu. bukan man, tapi ma. Apa agama kamu. hari2 kamu buat apa. Adakah Allah bersama kamu. Doa masnun adalah doa sunnah. Utk hubungkan diri dgn pencipta. Bukan ciptaan/rekaan. Hubungan ini akan dtg hanya dgn usaha agama. Cara lain ialah cara budaya. Cara rekaan. Budaya rekaan inilah yg rosakkan umat. Kita telah rosak sebelum tabligh. Kalau Allah tak ambil kita buat usaha, kat mana kita hari ni?

Takazah agama adalah dari Allah sendiri. Kita telah bersumpah depan Allah utk ambil takazah agama ini semasa di alam roh. Kita adalah khalifah atas mukabumi. Kita mewakili Allah. Allah suruh hancurkan sempadan2 dunia yg dibuat melalui kerja dakwah. kena faham. Allah akan letakkan dunia bawah tapak kaki kita dlm keadaan hina. Kalau tidak, kita akan dihinakan oleh Allah dlm dunia ini lagi. Sekarang ni kita lihat org islam dihinakan, sanggup jadi hamba org kafir dan mengaku kekafiran itu betul. Buka tudung, cukur janggut, tak solat. Kita bermusuh dgn Allah.

Bila tinggalkan kerja agama, maka kefahaman agama yg betul drp Allah tak akan dtg. Cara kemahiran, cara teknologi, tak ada hubungan langsung dgn Allah. org islam akan kecewa dgn agama dia sendiri. kecewa dgn doa dia sendiri. kecewa dgn amalan dia sendiri. Kena keluar dari kemelut dan kesasatan ini. Utk selesaikan semua masalah ini, kena bergerak jumpa semua org. org pertama yg Allah selesaikan masalah, ialah diri dia sendiri. Ini pasti. Ini janji Allah. Allah akan gunakan setiap org yg menyerahkan diri dia kpd Allah.

Jgn ada perbandingan antara hidayat dgn harga dunia. Kita akan jadi bodoh dan menyesal. Kita kena tahu harga akhirat. air mata darah dan nanah pun tak akan dpt selesaikan masalah di akhirat. ini bukan perkara yg kecik. Ini antara syurga dan neraka. Inilah maksud saya dan tuan, maksud isteri dan anak kita dihantar. kita umat akhir zaman. Amaran Allah pd umat terdahulu ialah dgn bala/ancaman. Amaran Allah pd umat ini ialah kiamat akan dtg. Di kiamat nanti, akan ditanya pasal usia muda. Tak tanya pasal usia tua. Allah tak hairan dgn umur tua. Duduk masjid tak balik pun, Allah tak hairan sebab dah tua. Masa muda ialah prime time. Umat ini umur antara 60-70 thn. nak mati kat mana? Nak mati di jln Allah atau nak mati atas riba isteri. Pembohong besar ialah isteri, dia kata saya sayang abang, bila mati, mlm tu juga dia suruh tanam. Umat hari ni hancur pasal wanita. Fitnah paling besar akhir zaman ialah wanita. Karguzari yg kita dengar hari ni pasal taklim rumah, jemaah masturat, semua gagal. Bila balik rumah nanti, isteri kata, abg sambut takazah apa tadi kat markaz? Nah, abg ambik gelang ni esok keluar jln Allah. Mengigil kita. inilah kedahsyatan wanita. Wanita paling ramai dlm neraka dan me-neraka-kan ramai org lain bersama dia. Ini warning. Jgn jadi macam ni. Bawa mereka keluar jln Allah. Jemaah tak keluar drp markaz. Jemaah keluar dari rumah kita. taklim rumah pun tak buat. Balik kena taubat.

Fitnah yg besar ialah org yg dah keluar, tak keluar lagi. Dia menarik azab Allah dan tutup pintu hidayat. Tak suka markaz la, tak suka org tu la, tak suka org ni la, berdalih dgn Allah. sebab itu kita kena betulkan kehiduapn kita dgn Allah. hanya nak sukakan org, tapi murkakan Allah, Allah akan bencikan semua org yg kita sukakan itu. Ini keadaan umat depan mata kita. kita kena hadapi. Penyelesaian ialah dlm kerja agama. Tak boleh bertangguh. Masa milik Allah. ini amanah.

Apa manusia paling takut? Maut? Sebab malaikat maut tak nampak, itu pun dia tak takut. Perkara yg org paling takut ialah tashkil. Ini kehebatan usaha agama. Sedahsyat-dahsyat perkara ialah tashkil. Ujian yg besar atas iman ialah tashkil. Yg tashkil ialah Allah. Allah perintah. Sahabat r.hum faham, bila tashkil tak balik lagi dah. Nak kahwin, bila tashkil, terus beli peralatan perang.

Tashkil bukan minta. Tashkil ialah perintah. Kita kena ubah kefahaman. Hari2 kena istighfar dan solat taubat. Ubah. takut dunia, takut miskin, takut susah. Usaha agama tak ada kena mengena dgn hasil. Ini zaman mujahadah. Zaman korban. Hasil di tangan Allah. usaha agama ialah tentang cara. Memberi. Hasil milik mutlak Allah. Hari ni kita susah nak keluar sebab tengok hasil. Kalau Allah tunjuk hasil dlm usaha agama, kita akan rosak. Keluar jln Allah semua sendiri, harta sendiri, masa sendiri. Ajaib tertib yg Allah buat.

Kisah fatah mekah, balik dari mutah. Dlm 1 thn, 2 tashkil besar. Nabi s.a.w dah buat keputusan utk perang. Tapi nabi tak bagitau sahabat. Hanya 2-3 org sahaja yg tahu. Route pun tak bagi tahu. 10,000 org sedia. Nak jaga kesucian hati. Keluar utk redho Allah semata-mata. Apa yg diberitahu dlm bayan hidayat, itu saja yg kita buat. Yg lain tak perlu buat. Keluar ke German, beli spare part kereta. Kereta maju, agama tak maju. semoga Allah ampunkan kita. jgn ada hubungan dgn dunia. Ceraikan dunia. Dunia hanya mainan dan senda gurau.

Takazah seluruh dunia dibentang pd org m’sia hari ni. europe, amerika, far east, oceania, afrika, asia. Saudi pun dah boleh masuk. Allah nak ikram org m’sia. Pergilah kemana kamu nak pergi sekarang. Sebelum Allah buat keputusan, siapa boleh pergi, siapa tak boleh pergi. Minta dgn Allah, supaya Allah sampaikan kita ke seluruh alam utk menafaat diri dan umat serta akhirat. rayu pd Allah walaupun satu sen pun tak ada. Jgn sekali-kali kata saya layak. Malu dgn Allah. Cerita kekurangan kita dgn Allah. Allah yg akan buat kerja ini. Allah yg akan buat keputusan hidayat. Allah pembuka hati. Kita sediakan diri kita. Usaha ini tidak pernah bersama dgn apa2 kesenangan dunia. Usul dan tertib adalah utk mudahkan jemaah keluar dan tak bagi masalah pd sesiapa. Supaya tak meminta dan mengharap.

Masalah umat hanya selesai melalui hidayat. Hidayat dtg dgn mendatangi umat. Ini cara Allah. jgn ubah. Secara masjid ambil takazah. Dari november hingga januari 2020, negara mana nak pergi. Kita layakkan diri dgn tangisan. Minta dgn Allah. susah sekejap kat dunia tapi gembira selamanya dgn bidadari di syurga. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir