Posts

Showing posts from 2019

gerhana @ sendayan

Image
khutbah

mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh

maulana saad nizamuddin - 29/11/2019 Ada 2 cara utk dpt faedah drp kudrat Allah s.w.t. Pertama, dgn asbab. Kedua, dgn amal. Asbab hanya diberi kpd org bukan islam. Mereka memahami kejayaan bila usaha atas asbab. Mereka gunakan asbab samada halal atau haram utk dpt faedah dari kudrat Allah. Utk dpt faedah langsung dari kudrat Allah, kena keluarkan yakin asbab drp hati. Ini syarat. Punca utama amal kita jadi sia2 dan putus hubungan dgn Allah ialah asbab. Org yg usaha atas asbab, akan bentangkan asbab depan Allah utk dptkan sesuatu dari Allah. Ini cara yg salah. Cara yg betul ialah kita harap dari Allah dgn perantaraan amal. Kita adalah hamba. Kita bukan pekerja. Hamba tak dpt gaji. Pekerja dpt gaji. Kita beribadat bukan utk dpt syurga. Masuk syurga atas rahmat Allah. Ibadat adalah hak Allah yg perlu disempurnakan. Kita rasa harta, kekayaan, kesihatan, kerehatan yg kita dpt di dunia sebab amal. Org mcm ni akan tinggalkan amal. Amal adalah makhluk. Syurga adalah makhluk. ma...

mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh

maulana saad nizamuddin - 28/11/2019 Allah gagalkan perancangan dan usaha manusia supaya manusia kenal siapa rob. Manusia yg tak hubungkan kegagalannya dgn Allah, sebaliknya hubungkan kegagalan dgn asbab, maka dia tak akan kenal siapa rob. Kejayaan tak bawa kpd kesyukuran, kegagalan tak bawa kpd taubat. Sepatutnya kejayaan dan kegagalan menyebabkan manusia makin hampir kpd Allah. Hari ini manusia, berjaya pun makin jauh dari Allah, gagal pun makin jauh dari Allah. Org yg nisbatkan kejayaan dan kegagalan dgn Allah, maka dia makin hampir dgn Allah. Allah bagi asbab pd manusia utk ujian. Banyak mana manusia ingat pd Allah. Kefarduan yg paling besar ialah iman. Sempurnanya janji2 Allah atas setiap amal bergantung pd iman. Hari ni org tak belajar ilmu iman. Org sibuk dgn ilmu ahkam dan masail sehingga lalai dgn amal. Amal2 spt solat sunat, zikir, membantu dlm mendapatkan ilmu. Kita anggap menuntut ilmu adalah zikir, maka tak payah zikir lagi. Sedangkan zikir sangat penting dlm me...

mesyuarat m'sia 2019 - bayan subuh

maulana saad nizamuddin - 27/11/2019 Hari ini amal kita semua dlm kelalaian. Sebab? Amal tidak dipindahkan kpd amal yg seterusnya. Dari zikir pindah kpd zikir yg lain. Hari ini, kita berpindah dari satu kelalaian ke satu kelalaian yg lain sehingga semua masa dihabiskan dgn kelalaian. Kita pindah dari dosa ke dosa. Org yg hidup dgn kelalaian, mati penuh dgn azab. Kita rasa bila dah buat amal tertentu, kita rasa cukup, sedangkan 24 jam kehidupan org mukmin sepatutnya dipenuhi dgn zikir. Berpindah dari zikir ke zikir. Kehidupan org kafir dipenuhi dgn kelalaian. Org mukmin tidak akan berhenti drp zikir. Bersama dgn isteri juga adalah zikir. Walaupun ketika sedang memenuhi nafsu, tapi ia dipenuhi dgn perintah Allah. ini dipanggil zikir. Kalau tidak, syaitan akan masuk dlm amalan tersebut. Syaitan bukan hanya timbulkan was2 dlm solat sahaja, syaitan akan masuk dlm semua ibadat dan amal org mukmin. Ketika bersama isteri tak baca doa, maka syaitan akan masukkan benihnya ke dlm perut...

mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad nizamuddin - 26/11/2019 Kita kena faham kata2 sahabat dan khulafak rasyidin. Kata2 mereka terdapat nasihat utk kita dlm usaha dakwah. Bila umat beramal tanpa dakwah, maka kebolehan umat akan jadi lemah. Yg menggerakkan amal ialah iman. Yg menggerakkan iman ialah dakwah. Tanpa dakwah iman tidak akan sempurna. Ini adalah perkara yg hak. Satu org yg sibuk islah dirinya sahaja dan tidak bawa org lain kpd agama, maka imannya tak akan sempurna. Utk sempurnakan iman adalah dlm dakwah illallah. Janji Allah kemenangan utk org islam adalah atas nusrah agama. Nusrah agama itu adalah dakwah illallah. Nabi s.a.w bersabda, bantulah org zalim dan mazlum. Sahabat tanya, kami faham kena bantu org dizalimi. Tapi mcm mana nak bantu org zalim. Bantu org zalim drp kezaliman mereka. Usaha utk halang kemungkaran ialah bantu org zalim tersebut. Nusrah agama ialah amal makruf nahi mungkar. Itulah bantu agama Allah. Tanpa dakwah, umat islam tidak akan dpt kemenangan. Bantu agama Allah, A...

mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad nizamuddin - 27/11/2019 Ini kisah bayan2 zaman khulafak rasyidin. Pd zaman tersebut, bayan adalah perkara yg besar dan berkaitan kanun. Bayan bukan ikut apa yg kita suka nak cakap. Kenikmatan syurga adalah perkara yg dijanjikan/mau’ud. Amal adalah maksud. Hari ni, kita banyak bayan pasal mau’ud drp maksud. Bila maksud tak tercapai, macam mana nak dpt mau’ud. Hari ni kita suka bayan pasal perkara yg kita rasa seronok. Sedangkan para sahabat, dlm bayan, mereka bayan tentang hadith nabi s.a.w dan targhib utk beramal dan tegahan drp melakukan dosa. Dlm bayan, kita kena banyak nukilkan kata2 para sahabat kerana mereka adalah org yg paling ikhlas dlm mengumpulkan antara qaul/kata2 dan amal. Bayan kita akan jadi lebih berkesan. Baca quran dgn suara yg merdu. Suara yg merdu tak akan terhasil tanpa kita faham quran. Di haramain, kita rasa seronok bila dengar imam baca quran sebab imam faham apa yg mereka baca. Talbiyah abdullah b zubair sangat merdu kerana dia letak ...

mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad nizamuddin - 28/11/2019 Ini kisah tentang ucapan bayan Abdullah bin Zubair r.hu. Dari bayan2 beliau kita dpt tahu bagaimana nak wujudkan tidak harap pd dunia. Sepanjang hari kita bercakap pasal keperluan dunia. Kita terlalu banyak cerita tentang harta sebab itu kita lupa nak cerita tentang akhirat. Kita sepatutnya banyakkan cerita tentang akhirat. Kita kena nukilkan kata2 sahabat sebab mereka ialah org yg tiada keinginan pd dunia. Nabi s.a.w bersabda, kalau anak adam diberi satu lembah emas. Maka manusia jadi tamak, dia akan usahakan lembah emas yg kedua.  Bila dpt lembah kedua, dia akan usahakan utk dptkan lembah emas yg ketiga. Kita sentiasa nak bandingkan berapa banyak harta yg ada pd kita sekarang ni. Kita nak supaya lebih drp org lain. Keinginan manusia di dunia tiada had. Perut manusia hanya dpt dipenuhi dgn tanah kubur sahaja. Bila masuk dlm kubur baru akan sedar. Satu solat di masjid nabawi 1000X ganda lebih afdal drp masjid lain. Satu solat di m...

mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad nizamuddin - 29/11/2019 Maksud bayan bukan utk zahirkan ilmu. Bayan sebegini hanya akan dtgkan kibir. Seseorang yg cuba lafazkan sesuatu perkataan utk zahirkan kebolehannya, maka ini adalah kibir terhadap ilmu. Kibir ilmu lebih dahsyat drp kibir kejahilan. Bayan yg akan dtgkan kesan ialah apa yg ada dlm hati, rasa kesedihan bagaimana umat dpt dtg kpd amal. Sekiranya kaifiat ini tidak ada dlm hati, maka bayannya hanya takluk dgn lidah, tiada kaitan dgn hati. Ilmu yg ada kaitan dgn hati, pd dirinya akan dtg faedah dan org yg dengar pun dpt faedah. Sekiranya dlm bayan tidak ada tashkil, ia bukan dari kerja ini. Nabi s.a.w telah sediakan umat kpd amal. Wujudkan halaqah2 dlm masjid, supaya umat dtg kpd amal. Umat dlm kejahilan sebab amal umat tiada kaitan dgn taklim. Bila ada hubungan dgn taklim, duduk dlm majlis ulamak, maka amal akan sempurna. Selepas dengar taklim fadhail, dirikan solat. Tapi hari ni, lepas sembang2 kita dirikan solat. Dari kedai, kita berlar...

mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad nizamuddin - 30/11/2019 Segala usul dlm usaha dakwah diambil drp sirah. Kerja ini tidak mengikut kehendak kita. Maksud perutusan ambiya ialah utk hidupkan usaha dakwah. Kita kena buat usaha ini sebagaimana para sahabat telah hidupkan usaha ini. Jumpa manusia dan keluarkan manusia di jln Allah. Maulana ilyas rah. kata, maksud usaha ini bukan hanya utk betulkan kalimah dan solat sahaja. Belajar semasa keluar di jln Allah bukan satu pengakhiran. Ini baru alif, ba, ta. Nabi s.a.w telah sediakan satu majmak bersama baginda yg sentiasa bersedia utk menyambut sebarang takazah spt kuda2 yg sedia ditunggang. Nabi s.a.w akan tashkil walaupun org baru masuk islam. Dia akan diberi takazah ikut kemampuan yg dia ada. Setiap org faham dia kena buat pengorbanan. Apa itu murtad? Yg kita faham murtad ialah org yg tinggalkan agama. Sahabat punya fikir, org yg tinggalkan jemaah, tak buat usaha agama, berada dlm kemurtadan. Hari ni, bila kita tak keluar 40H dlm setahun, kita tak...

mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad nizamuddin - 01/12/2019 Utk kekalkan hidayat dlm umat ialah melalui dakwah illallah. Dakwah bukan hanya beritahu, bahkan kita kena keluar dan jumpa manusia bawa kpd amalan agama. Walaupun dlm medan perang, para sahabat buat dakwah supaya manusia dpt hidayat. Itulah maksud sebenar. Jihad bukan hanya qittal. Maksud sebenar ialah supaya manusia dpt hidayat. Harta dan diri digunakan di jln Allah supaya manusia tidak musnah dgn kekufuran. Dakwah amal makruf nahi mungkar adalah satu usaha, bukan hanya bayan/takrir, tapi ia adalah usaha utk hidupkan amal dlm kehidupan seharian kita. Keluar di jln Allah, nehejnya bukan utk membunuh. Ghazwah yg nabi sertai, sangat sedikit yg berlaku pembunuhan. Terus menerus keluar di jln Allah supaya manusia terhindar drp kemusnahan. Banyakkan belanja di jln Allah. Banyak mana kita belanja utk nafsu, diri dan keluarga dibandingkan dgn belanja di jln Allah? Kita patut rasa sedih kerana ramai org salah faham tentang penggunaan harta,...

mesyuarat m'sia 2019 - hayatus sahabah

maulana saad nizamuddin - 02/12/2019 Dakwah adalah tarbiyah dan hidayat. Dakwah tidak dibuat ikut resam. Dakwah dibuat cara sunnah. Hidayat tidak ada kaitan dgn adat resam. Dakwah tidak ikut zaman. Dakwah dibuat dgn cara nabi s.a.w. Dakwah cara nabi bersesuaian dgn setiap zaman hingga kiamat. Kaedah ini tak akan berubah sampai kiamat. Spt mana cara beribadat pd Allah tak berubah sampai kiamat, begitu juga cara dakwah tak akan berubah sampai kiamat. Nabi perintah kita utk ikut cara beribadat, begitu juga nabi perintah kita utk ikut cara buat dakwah. Imam malik rah. kata, umat akhir tidak akan terislah melainkan dgn cara umat terdahulu diislah (sahabat). Nabi telah satukan kerja hidayat dan tarbiyah dgn masjid. Semua urusan umat islam di masjid. Semua syukbah dlm agama berkait dgn masjid. Ada musibah, perbalahan, nak berniaga, perkahwinan, semua dtg ke masjid. Bahkan pencuri pun di letakkan di masjid. Sehingga terkesan dgn amalan masjid. Dakwah tidak mengikut kesesuaian z...

mesyuarat m'sia 2019 - bayan zohor

maulana shamim nizamuddin - 01/12/2019 Allah s.w.t telah bagi satu anugerah kerja yg agong pd kita. Kerja yg menyebabkan kita dimuliakan dan diberi kejayaan. Kerja ini adalah kerja Allah dan kerja para nabi. Kerja ini adalah kerja yg besar dan mulia. Sesiapa yg buat kerja ini dia juga org yg besar dan org yg mulia. Sesiapa yg buat kerja ini, tak akan berhajat lagi pd sesiapa. Syarat utk jadi mulia dlm kerja ini ialah seseorang tak merasai besar, tak merasai mulia, bahkan dia merasai kerendahan dirinya. Selagi dia merasai ketinggian kerja ini, kepentingan takazah dlm kerja ini, sanggup korban harta, diri, masa, kemampuan dan kebolehan, maka Allah akan terus bagi kejayaan dan kemuliaan kpdnya, dan Allah tak akan hapuskan kemuliaan ini, hari demi hari Allah akan letakkan kemuliaan dlm diri manusia terhadap org yg menjalankan kerja ini. Bila kita buat kerja ini, kita akan didatangi oleh halangan, mujahadah, ujian, berbagai kesusahan. Kita kena terus istiqamah dlm kerja ini. ...

mesyuarat m'sia 2019 - bayan zohor

maulana shaukat nizamuddin - 02/12/2019 Sejak dari nabi adam a.s hingga nabi s.a.w, semua umat yg lain hanya beribadat tetapi umat nabi s.a.w, bukan hanya beribadat, bahkan diberi t/jawab utk usaha bagaimana semua manusia seluruh dunia dpt mengabdikan diri kpd Allah. Tidak akan ada lagi nabi dihantar sehingga hari kiamat. Akan tetapi kerja kenabian perlu diteruskan hingga kiamat. Nabi s.a.w adalah nabi terakhir dan umat ini adalah umat terakhir. Kerja kenabian mengajak manusia kpd Allah telah diberi t/jawab kpd umat ini. Allah telah muliakan umat ini dan telah pilih umat ini. setiap drp kita dihantar utk seluruh alam. bukan hanya utk kawasan tertentu, negara tertentu sahaja. umat ini kena sedar akan t/jawab tersebut. Maksud umat ini dilahirkan utk bergerak ke seluruh alam, utk hidupkan agama di seluruh alam. Umar r.hu kata pd ahli madinah, walaupun madinah adalah satu bandar yg penuh dgn keberkatan, bandar cahaya, tempat tinggal nabi s.a.w, malaikat berulang alik membawa wah...